Wednesday, December 23, 2009
ANGKARA siapa dan siapakah yang menyusun agenda sehingga terbongkar isu kehilangan enjin pesawat TUDM. Macam ada sesuatu yang tidak kena, semacam ada usaha berterusan untuk menjadikan Perdana Menteri Najib sebagai sasaran untuk menanggung kecuaian beberapa pihak tertinggi dalam ATM.Kementerian Pertahanan sudah bertindak,Menteri Pertahanan telah pun mengarahkan siasatan dan laporan polis, dibuat individu yang terbabit sudah pun menreima hukuman.
.
Kita terima ini sebagai satu kecuaian dan juga sebagai satu malapetaka dalam sistem perkhidmatan pertahanan malah kita juga mengutuk sekerasnya sesiapa sahaja baik kontraktor ataupun mana-mana pegawai yang terlibat sehingga enjin pesawat ini dicuri sedemikan rupa.

Namun membongkarkannya setelah  beberapa tahun seperti membawa agenda tersurat daripada beberapa pihak.Apakah isu kehilangan enjin ini akan dijadikan sasaran terbaru untuk menyerang kepimpinan Najib? Siapakah sebenarnya dalang dan mengapa Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan begitu bersungguh mendedahkan perkara ini sebagaimana beliau mahukan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diserahkan kepada UMNO.

Ada pihak sudah mula meragui keikhlasan Zahid dalam soal ini.Benar, ini soal Negara tetapi soal ini harus ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dan adakah beretika menuduh Menteri Pertahanan sebelum ini sebagai puncanya sedangkan semua orang tahu hari ini, kuasa Menteri cukup terhad kalau mahu dibandingkan dengan kuasa-kuasa yang ada pada KSN dan KSU.

Dan apakah setiap kesilapan ataupun kecuaian yang dilakukan oleh mana-mana pegawai kerajaan, yang akan dipersalahkan Perdana Menteri, Menteri ataupun Timbalan Menteri?Oleh situ kita amat berharap tida  ada pihak yang cuba mengadu domba dan menjadikannya sebagai isu politik dan mengangggap ini adalah antara isu yang harus ditangani bersama demi kepentingan Negara.

Meskipun akhbar telah membongkarkannya namun Kementerian Pertahanan telah menyedari lebih awal dan telah pun mengambil tindakan kepada semua pihak terbabit dan apakah akan ada tindakan kali kedua akan diambil terhadap individu terbabit sedangkan mereka telah pun menerima hukuman sebelum ini.

Kalau mahu melihat dari sudut tanggungjawab, Panglima Angkatan Tentera hari ini perlu dipertanggungjawabkan atas kecuaian itu kerana ketika itu beliau adalah Panglima Tentera Udara tetapi untuk ketika ini sasaran kesalahan dan kecuaian ini dituding kepada Najib yang ketika itu menjadi Menter Pertahanan. Dan kalau KPI nya sebagai Panglima Tentera Udara ketika itu, beliau sebenarnya tidak layak memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Kita melihat isu kehilangan enjin pesawat ini telah dijadikan sebagai bahan kempen untuk terus mengasak Najib dan kita pasti isu ini akan digunakan oleh pembangkang untuk terus memperkecilkan Najib dan juga secara jelas mereka akan menggunakan isu ini untuk memberikan tekanan kepada Najib bagi melepaskan jawatan Perdana Menteri, kononnya sebagai bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku.

Ini cabaran terbaru Najib terima selepas cuba dikhianati oleh MP Barisan Nasional,Menteri dan Timbalan Menteri  sewaktu pengundian belah bagi di Parlimen baru-baru ini dan belum reda isu tersebut tiba-tiba angin semilir menerpa membawa isu kehilangan ejin pesawat ini.

Apakah ini mainan broker-broker politik yang sedang mengatur sesuatu tanpa memikirkan kesannya terhadap Negara ataupun ada tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO dan BN mahukan Najib berundur daripada kerusi Perdana Menteri untuk member laluan dan memudahkan mereka mengambil alih tampuk kuasa.Sekiranya ini benar maka jelaslah pembongkaran kes kehilangan dua enjin itu berisyarat poltik
.
Najib perlu lakukan sesuatu sebelum sesuatu yang memudaratkan Negara  dan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri terus tercemar dan kesan daripada kehilangan enjin ini sudah pun ada pihak menjalankan gerakan secara senyap dan sudah mula berkira-kira keuntungan poltik mereka.

2 comments:

espanola said...

tindakan DZH ada kebenaran juga.kalau tidak, banyak lagi barang yang akan hilang.sekurang-kurangnya rakyat tahu dan rakyat berhak mengetahui.taxpayer.

Lukman said...

Enjin Jet Yang Hilang...ianya berlaku di zaman ds najib jadi menteri pertahanan dan ianya diakui najib dan menyerahnya pada polis untuk siasat serta tindakan seterusnya.
Pokok persoalannya dikalangan politikus membawa pelbagai persepsi tentang isu ini.
Ada yang anggap isu ini ditimbulkan oleh ds zahid hamidi sebagai menteri pertahanan sekarang untuk memburukkan imej najib dan kononnya satu usaha untuk menjatuhkan najib.
Apakah mereka yang mempunyai persepsi begini tidak sedar bahawa zahid itu adalah bekas setiausaha politik najib dan istilah dikalangan politikus anggap zahid itu budak najib, kenapa dia nak jatuhkan bosnya. Mana lojiknya.
Tanggapan sekarang tertumpu pada isu ini berlaku di zaman najib kenapa tidak di zaman Abdullah yang mana ketika itu najib sebagai menteri pertahanan.
Apa yang difahamkan oleh pihak-pihak yang dekat dengan ds najib ialah tindakan membongkar isu ini adalah dalam pengetahuan najib sendiri.
Najib tidak membongkarkannya semasa Pak Lah jadi PM kerana dikhuatiri akan dianggap cubaan untuk mensabotaj kepimpinan Pak Lah dan menambah pening kepala Pak Lah lagi.
Ada yang anggap sekiranya isu ini timbul ketika itu mungkin PRU12 Barisan Nasional (BN) tidak dapat memerintah negara ini.
Maka kehadiran isu ini sekarang adalah dalam pengetahuan najib dan tidak timbul usaha untuk jatuhkan najib.
Cuma bagaimana najib nak tangani isu ini, ramai pihak sekarang sedang fokus terhadap sebarang reaksi dan tindakan tegas najib.
Mereka mahu najib tegas, sekiranya najib tidak melindung pihak-pihak terbabit dalam isu ini maka satu kejayaan dan kesungguhan politik najib untuk menghancurkan 'penjenayah dalaman' yang selama ini bermaharajalela sekaligus memberi amaran keras kepada pihak lain bahawa najib bukan hanya sekadar bercakap tapi melaksanakannya dengan tindakan tegas.
Ketegasan najib dalam menangani isu sebegini dan perkara lain walaupun melibatkan pemimpin umno akan dianggap usaha memulihkan kredibeliti kerajaan pimpinannya.
Malah ada pihak yang mahu usaha itu perlu dilakukan serentak dalam parti umno.
Pada isu enjin jet ini, najib tahu perkara sebenar dan polis kena pastikan bukti yang kukuh sebagaimana kehendak peguam negara yang mahu siasatan lebih terperinci dilakukan bagi membawa mereka yang terlibat dibawa kemuka pengadilan.
Satu harapan yang tinggi pada ds najib agar isu ini tidak akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya dan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat jelata perlu dilakukan dengan kadar segera....

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers