Monday, December 21, 2009
BERMULA tahun 2010, Abu Kassim adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.Sudah pun ada yang bercakap, tahun depan juga adalah tahun yang akan menyaksikan tangkapan beramai-ramai ahli-ahli politik, pemimpin UMNO dan kemungkinan besar beberapa orang Menteri ataupun bekas Menteri akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan rasuah dan penyelewengan.

Sebelum menjalankan tugas dan tanggungjawab sudah ada suara-suara yang menakutkan.Sudah ada khabar yang disebarkan bahawa Abu Kassim adalah penyokong tegar PAS, lahir dalam keluarga di Pendang, Kedah yang rata-rata adalah aktivis PAS dan dengan kedudukan yang beliau perolehi hari ni, maka adalah amat mudah untuk Abu Kassim menjalankan misi memalukan ataupun memenjarakan pemimpin-pemimpin daripada kalangan UMNO dan Barisan Nasional.

Malah ada juga yang membuat andaian, walaupun Abu Kassim akan bertindak atas dasar profesionalisme namun bukan mudah untuk beliau menolak tanggapan bahawa segala tindakan yang bakal berlaku pasti akan dikaitkan dengan kecendurangan politiknya.Oleh itu bersiap sedialah UMNO dan BN..

Sebelum inpun, di saat Ahmad Said Hamdan mengemudi SPRM telah wujud dua kumpulan di dalam SPRM yang memberikan tekanan supaya siasatan lebih tertumpu kepada kakitangan kerajaan dan pemimpin di kalangan UMNO dan BN daripada memberikan tekanan serta siasatan terhadap mana-mana pemimpin daripada kalangan pembangkang termasuklah yang membabitkan DAP.

Sebab itulah sehingga ke hari ini, tidak ada tindakan secara besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang dan kebanyakan bilangan yang dihadapkan ke mahkamah adalah datang daripada penjawaat awamayang berkerja dengan kerajaan Barisan Nasional.

Kalangan pemerhati politik sudah pun membuat andaian dan tanggapan bahawa pasukan yang bakal dipimpin oleh Abu Kassim ini akan dilihat berat sebelah serta sentiasa cuba mencari dan memerangkap pemimpin ataupun ahli-ahli poltik daripada UMNO dan BN. Sasaran serta tumpuan mereka lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk memanipulasikan kes-kes rasuah BN sebagai modal pada PRU13 nanti.

Beberapa kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin pembangkang seperti Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Ronnie Liu dan beberapa orang lagi masih tergantung tanpa sebarang tindakan susulan dan kerana inilah kredibiliti SPRM mula diragui apatah lagi dengan perlantikan Abu Kasim sebagai Ketua Pesuruhjaya yang ditafsirkan olah ramai orang sebagai bonus kepada pakatan pembangkang.

Sejauh mana ketelusan serta ketulusan Abu Kasim menjalankan tugas dengan meletakkan sokongan poltiknya terhadap PAS akan diuji melalui pembaharuan dan tindakan yang akan beliau lakukan.Apakah Abu Kasim akan bertindak sejajar dengan Akta SPRM ataupun meletakkan kepentingan parti yang disokongnya dengan mencari ruang dan peluang untuk mengheret seramai mungkin pemimpin UMNO dan BN.

2 comments:

espanola said...

kita tengok siapa yang kena

Anonymous said...

Tuan,
Kerajaan BN/UMNO terlalu berlembut tak kisah siapa pun boleh dilantik sebagai pegawai kanan. Akhir sekali inilah yang terjadi mereka akan menggigit semula tangan yang memberi mereka peluang tersebut. Sebelum bersara dah terang-terang menjadi dalang pembangkang. Lepas bersara terus jadi calun.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers