Saturday, December 19, 2009

PERDANA  Menteri Najib dan rakyat jangan sesekali terperangkap dengan laporan NKRA, Laporan yang ditulis oleh pegawai-pegawai Kementerian masing-masing secara jelas tidak mencerminkan aspirasi rakyat secara keseluruhannya. Laporan yang diangkat seharusnya menyeluruh dan melihat kehendak serta keperluan dan tanggungjawab terhadap rakyat terbanyak telah dipenuhi secara bertanggungjawab dan terkesan.


(Gambar : Tan Sri Sidek Hassan- KSN)
 
Kenyataan Najib yang berpuas hati dengan laporan NKRA  di semua kementerian akan dilihat sebagai  sesuatu yang terlepas pandang dan kemahuan Najib supaya rakyat memberikan respon di sebalik laporan itu juga harus dilihat bukan sesuatu helah yang dicari untuk mengabui mata rakyat.


Tahap yang dikatakan kementerian cemerlang dan memenuhi piawaian NKRA masih lagi bersifat orde lama tatkala fungsi Ketua Setiausaha kementerian masing-masing menggunakan kuasa yang ada sewenang-wenang hinggakan menteri di sesebuah Kementerian tersebut tidak ubah seperti patung semata-mata.Menteri hilang punca di bawa pimpinan KSN yang ada hari ini.


Kumpulan KSU yang boleh dikatakan di semua kementerian mengambil kesempatan di atas keterbukaan Najib untuk menekan dan menindas Menteri dan Timbalan Menteri, mereka langusng tidak mempedulikan kedudukan Menteri dengan melaksanakan arahan daripada Najib itu sebagai arahan terus tanpa merujuk,berbincang dengan Menteri terbabit.

Dalam masa yang sama, mereka juga dilihat mengambil kesempatan menekan kerajaan Barisan Nasional yang mereka anggap sedang bermasalah dan peluang inilah mereka manipulasi untuk menunjukkan kuasa , jenis Menteri yang tidak bertanggungjawab pula membolot segala peruntukan rakyat untuk kepentingan mereka, mengkayakan kroni dan sudah tidak peduli tentang nasib dan masa depan kerajaan yang mereka terlibat.Sebab itulah ada yang sanggup tidak hadir ke parlimen.


Bila kuasa KSN dan KSU dilihat begitu merajai  sesebuah kementerian, kita percaya laporan NKRA yang disediakan hanyalah satu formality untuk menutup beberapa kelemahan yang sepatutnya rakyat ketahui secara jelas.Dan kita percaya akan wujud pembohongan yang direkacipta demi melngkapkan satu laporan yang kononnya telah terlaksana.
 

NKRA tidak harus diukur sebagai kejayaan seseorang Menteri yang menerajui sesebuah kementerian. Bila Menteri bolah dianggap sebagai budak pejabat kepada KSN dan KSU, wajarkah KPI Menteri itu dinilai sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam kementerian masing-masing. Mereka cuma jadi tukang angguk ataupun tukang yang menurunkan tandatangan di atas kertas rasmi sedangkan segala keputusan telah pun dibuat oleh KSU masing-masing.Secara jelas, Menteri cuma diletakkan di situ sebagai satu simbol semata-mata.


Kalau dulu kuasa KSU hanya terhadap kelulusan sebanyak RM 10 juta tetapi kini KSU diberikan lebih kuasa untuk meluluskan tanpa persetujuan Menteri ataupun Perdana Menteri sehingga mencecah RM50 juta. Bila kuasa ini diberikan sewenang-wenangnya, apakah mungkin tidak ada ketirisan yang berlaku dan Menteri tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya tunduk serta akur kepada keputusan yang telah dibuat. Dan lebih malang lagi, Menteri akan dituding sebagai bersalah sekiranya berlaku sesuatu yang diluar jangka.


Malang sungguh kepada Menter-Menteri ini, kuasa yang ada kepada mereka hanyalah menerima rayuan tetapi rayuan itu juga mesti disokong ataupun disahkan oleh KSU. Jadi apa kuasa menteri ada? Kalau rakyat memberontak, Menteri ataupun Perdana Menteri yang jadi sasaran, KSU sesebuah kementerian tersebut hanya senyum apabila masalah rakyat baik yang terlibat adalah ahli perniagaan, kontraktor ataupun rakyat biasa menyerang kepimpinan Menteri di peringkat kementerian. KSU bangga kerana KSN menyokong sebarang tindakan mereka.


Kita tak nak menyebut Kementerian mana yang Menterinya macam budak pejabat, kita tak nak menyentuh KSU mana yang begitu hebat menggunakan kuasa mereka tetapi paling jelas tidak ada kombinasi tugas antara KSU dengan Menteri dan antara menteri dengan KSU. 


Persoalannya daripada sudut mana penghasilan NKRA ini digarap? Rakyat di bawah masih merungut, perkhidmatan kementerian melalui slogan Rakyat didahulukan masih begitu juga, tak ada perubahan dan tindak tanduk KSU maupun KSN ini lebih kepada mahu menjerumuskan keburukan BN di mata rakyat.Pendekatan kepimpinan baru yang KSN perkenalkan lebih banyak menyusahkan Menteri untuk berhubung degna rakyat di bawah.


Bila berlaku apa yang disifatkan seperti boikot dalam parlimen baru-baru ini, kita melihat ada sesuatu yang tidak kena di kalangan MP BN, di kalangan Menteri yang tidak hadir. PM Najib harus melihat apa yang berlaku di parlimen dalam sudut yang positif. 


Ada MP yang dinafikan hak mereka, MP menuntut tambahan RM 1 juta untuk pembangunan masyarakat tetapi tidak dilayan dan Menteri yang tidak menjaga kawasan ataupun ada kawasan parlimen bebas menngunakan apa yang mereka perolehi di kementerian yang secara jelasnya dilihat bukan untuk membangunkan rakyat, jauh sekali untuk kepentingan rakyat perbelanjaan yang mereka gunakan. Untung jadi Menteri atau Timbalan Menteri kalau tidak ada tanggungjawab di peringkat kawasan Parlimen, cuma jaga kementerian sahaja.


Rakyat yang memerlukan bantuan mencari MP dan Menteri pula menuding jari kepada MP di kawasan masing-masing bagi menyelesaikan masalah rakyat itu dan inilah menimbulkan satu konflik antara bidang tugas dan peruntukan.


Tindakan menyambung khidmat KSN dilihat bukan satu tindakan yang bijak apatah lagi ada tuduhan yang mengatakan bahawa KSN ini lebih condong kepada penentangan secara senyap kepada kerajaan pimpinan Najib dan menurunkan kuasa sewenang-wenangnya kpeada KSU di kementerian masing-masing dilihat juga sebagai langkah untuk melumpuhkan gerakkerja Menteri  dalam menguruskan kementerian untuk kepentingan rakyat.


Oleh itu rakyat diiingatkan jangan terpedaya dengan laporan NKRA di semua kementerian  kerana yang menyediakan laporan pastinya akan menulis yang baik-baik di kertas sedangkan implement mereka di peringkat bawah masih bertaraf kelas tiga.Mungkin selepas ini tidak akan ada lagi jawatan Menteri itu dan ini di mana-mana Kementerian kerana semuanya telah diurus serta diselenggara oleh KSU dan KSN. Yang menang pilihanraya, buka pusat khidmat di kawasan masing-masing sahaja, tak payah bercita-cita nak berjawatan di peringkat pusat.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau Menteri tak ada kuasa, Timbalan Menteri kira lagi haprak lah yeaa..

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
mohon didedahkan dengan lebih terperinci akan kuasa yang 'terlampau' yang ada pada mereka tuan agar gerakan ini boleh dilondehkan kerana ianya amat berbahaya kepada kuasa melayu yang ada...
terima kasih

ZJ said...

memang betul tu bang.. Sain menteri x laku.. tengok la kementerian Pelajaran, KDN, Kem. penerangan komunikasi & multimedia waima kementerian kewangan sendiri.. tanya la dato' husni kalau x percaya.. kementerian wilayah lagi la.. mcm Maharaja Lawak.. yg kaya Ravi & such

Anonymous said...

Siapa Ravi yang disebut oleh ZJ ni? Boleh tolong dedahkan dan lapor kepada SPRM , jika tidak kita orang Melayu akan kerugian besar. Tambahan pula bila kita dah tau ada kemungkaran kita biarkan berlaku kita juga akan tanggung kesannya. MasyaAllah.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers