Thursday, December 31, 2009

TIRAI 2009 bakal dilabuhkan menjelang tidak berapa lama lagi namun politik UMNO Wilayah Persekutuan masih suram.Kuala Lumpur yang sering dilabelkan sebagai jendela kepada mana-mana parti yang ada dalam Negara ini masih belum menemui sentuhannya.Perlantikan TSMY sebagai Pengerusi badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak banyak membantu, UMNO Wilayah Persektuan masih berada di landasan yang sama tanpa apa-apa perubahan ke arah menjuarai suara rakyat.

(Gambar: Bayangkan bagaimana UMNO WP hari ini tanpa Syed Ali-namun mampukah beliau mengemudikan UMNO WP dengan sikap pemimpin lain sepeti enau dalam belukar-melepaskan pucuk masing-masing?)

Kecuali Umno Bahagian Cheras, walaupun disedari umum bahawa UMNO tidak pernah bertanding di kawasan itu dan BN tidak pernah menang di Parlimen tersebut namun  UMNO Bahagian ini sentiasa tidak reda dengan berbagai-bagai program dan seandainya Cheras juga mengikut segala gerakan di bahagian-bahagian lain, maka UMNO Wilayah Persekutuan sudah boleh dilihat pupus ataupun melalui sindrom `manopouse’.

Amat malang, dalam UMNO memerlukan kebangkitan semula untuk menawan beberapa buah kawasan yang jatuh di tangan pembangkang pada PRU 12 lalu, masih ada kalangan pemimpin di peringkat bahagian masing-masing sedang lena di ulit mimpi, yang baru menang Ketua Bahagian sedang mengisi kemenangan itu bukan untuk kepentingan parti, yang kalah bertanding di peringkat Bahagian makin mula menjauhkan diri-mengharap kiambang bertaut setelah biduk berlalu rupanya tidak semudah kata-kata di Wilayah Persekutuan ini.

Hari ini sudah ada yang mula bercakap dalam nada yang berbeza-beza.Sudah ada yuang mula membuat perbandingan antara orang itu dan orang, antara pemimpin itu dan pemimpin ini. Sudah mula kedengaran suara-suara mencerca terhadap kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan tetapi suara-suara ini akan dianggap sebagai suara orang-orang kecewa oleh pemimpin yang tidak mahu mengakui kesilapan namun hakikatnya melihat kepada mempersiakan amanah dan tanggungjawab ahli UMNO di semua peringkat, kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan harus mula mencerminkan sejauh mana komitmen mereka untuk mengembalikan semula kegemiliangan UMNO dan Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan ini.

Syed Ali, Ketua Bahagian Cheras yang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sedang dibebani dengan harapan serta tanggungjawab besar untuk merakyatkan UMNO terutama di Wilayah Persekutuan ini tetapi dalam masa yang sama, beliau dilihat berdepan dengan karenah beberapa corak kepimpinan yang lain dimana lebih meletakkan kepentingan peribadi melebihi daripada kepentingan parti dan Setiausaha Badan Perhubungan itu seolah-olah dijadikan simbol semata-mata dan Mesyuarat Badan Perhubungan pula hanya digunakan bukan untuk bermuhasabah diri dan parti tetapi lebih kepada memperkecilkan siasah parti itu sendiri.

Ada yang melihat mereka  meletakkan diri mereka itu lebih penting daripada ahli dan rakyat lain, malah ada yang berkerja seolah-olah yakin bahawa UMNO BN tidak akan memerintah lagi selepas PRU 13 nanti. Bangga dan bongkak dengan kedudukan dan jawatan.Oleh itu corak kerja yang mereka lakukan adalah memanipulasikan atau memperalatkan secukupnya jawatan yang ada untuk memperkayakan diri sendiri dan orang-orang sekeliling.

TSMY harus menggunakan ruang dan peluang yang ada memperbetulkannya dan mengangkat kembali kegemilangan UMNO Wilayah Persekutuan ini dan kita percaya kesibukan TSMY dijadikan alasan oleh beberap pihak untuk tidak memacu UMNO dengan alasan tidak ada arahan daripada p[ucuk pimpinan tasan. Apakah untuk memartabatkan UMNO BN itu perlu arahan?Laksanakan program secara berterusan di peringkat Bahagian itu perlu arahan? Dan tidak salah melaksankan sesuatu demi kepentingan parti dan rakyat, ini rasanya tidak perlu arahan kecualilah pemimpin yang dilantik itu memang jenis yang hanya mahu jawatan tetapi tidak tahu huat kerja Tetapi untuk memartabatkan diri sendiri.tidak perlu pula arahan daripada sesiapa?

Ratah segala yang ada di sekeliling termasuklah di DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu, adakah memang diarahkan? Apakah menggunakan kedudukan dan jawatan untuk mengaut segala keuntungan peribadi, itu juga kerana arahan? Dan bila memerlukan perlaksanaan gerak kerja parti  tiba-tiba ada pula yang berkata, kita sedang menunggu arahan daripada pucuk pimpinan parti di peringkat Wilayah Persekutuan.Rakyat dan ahli UMNO di bawah pula sedang ternganga melihat betapa `hebat’nya pemimpin mereka…

6 comments:

Anonymous said...

Nasib baik ada Syed Ali, kalau tidak ada yang tak tahu yg Wilayah Persekutuan ni ada UMNO...yang lain sibuk duk kejar projek je..

Azmah Murshid

Anonymous said...

Askum,
Saya tertarik dgn ulasan sdr tentang UMNO WP ini.Walaupun tidak menyeluruh, mungkin keterbatas ruang namun saya nampak ada sesuatu yang cacat sednag berlaku dalam pentadbiran UMNO WP hari ini.
Benar..saya bersetuju tanggapan tulisan saudara terhadap Ybhg Datuk Syed Ali itu cuma saya mohon kepada saudara yang saya kenal, saya masih ingat tentang buku sdr tentang Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ini...sdr agak berani sedikit drp yang lain membongkarkannnya...cuma saya harap saudara bongkar tentang beberapa orang pegawai YBM Menteri yang sewenangnya menggunakan hubungan erat dgn Menteri untuk memonopoli segala kontrak drp DBKL...
Ada Pegawai Khas yg mufli tetapi diberikan peranan yang cukup besar..tolong siasat dan saya harap sdr tidak keberatan untuk mendedahkannya...Ismail Abdul Rahman( Sri Hartamas)

Sanggah Tok Janggut said...

Wksalam..izinkan saya menjawab persoalan Ismail Abd Rahman..

Insya Allah- cukup fakta dan bukti akan saya dedahkan...saya pun ada mendengarnya...

Sanggah Tok Janggut said...

Azmah Murshid- dengan kekuatan seorang pemimpin shj..UMNO WP tak mampu bangkit...

KATA KALAM said...

Saya amat bersetuju dgn kenyataan PM berkaitan dengan MP yg gagal hadir pada pengundian Budget yg lalu. Pada hemat saya dalam UMNO juga PM yg juga Presiden UMNO harus tegas dalam memilih kalangan ketua bahagian yg dirasakan layak untuk naik pangkat. Bukan sahaja di Wilayah Persekutuan, tp perkara yg sama juga berlaku di Selangor. Harap PM tengok tengok perkara ni. Belum nampak kocak apa pun yg dimaksudkan UMNO/BN juara rakyat... harap jgn terlambat.

PUTRA MERDEKA said...

ada lagi ke UMNO WP ni?
pengerusi perhubungan dilihat tak bermaya malah dilihat tidak serius, ketua-ketua bahagian pulak ada 'rekod' yang dipegang oleh kawan dan lawan dengan menjaja cerita mengikut versi masing-masing. juara rakyat? lupakanlah...

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers