Wednesday, February 25, 2015
MENGAPA kau termenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.
Inilah
juga sebahagian daripada drama atas nama
Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium
Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat
secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem
Terbaik Tahun 2015 dan sebab itulah
tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN
MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan
yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama
tersebut.
Monday, January 26, 2015
SEBENARNYA tika dan
saat ini, fikiran dan seluruh tumpuan tenaga saya sedang di
tumpukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Fikiran dan
emosi dikongsikan bersama, meratapi kemusnahan harta benda yang
menjadi sebahagian dari kehidupan mereka manakala tenaga fizikal dan
keringat turut dicurahkan membuat persiapan bagi mereka ini memulakan
kehidupan pasca banjir sekadar termampu. Semoga cabaran berasaskan
perancangan Allah ini memberi 1001 pengajaran yg bermakna.
Namun walaupun dalam keadaan begini, saya perlu terus menulis, menulis sesuatu yang ada kaitan dengan perjuangan bangsa dan kebenaran. Tulisan yang akan membuat telefon saya tidak berhenti berdering kerana dihubungi oleh pimpinan politik dan pentadbiran untuk bertanya dan mendapat penjelasan lanjut secara ekslusif...terima kasih atas perhatian pada setiap tulisan didalam blog ini.
Kali ini saya ingin
mengajak semua mengingati semula satu ayat Allah yang telah menjadi
popular dan diulang sebut dalam semua majlis penyokong gerakan Anwar
Ibrahim termasuk dikalangan pimpinan bukan Islam yg sengaja dihafal
untuk dijaja merata tempat bagi menarik simpati termasuklah oleh Gobala
Krishnan sejak 1998 lagi.
Thursday, December 25, 2014
![]() |
| Gerakan mengangkat pemikiran Anwar! |
TAHUN 2014 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
tahun yang pada sesetengah orang menilainya sebagai tahun kegelapan
untuk Malaysia dan penilaian itu dibuat berasaskan kepada pelbagai
bala bencana menimpa negara seperti kehilangan MH 370, terhempasnya
MH 17, kemarau sehingga kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan
bencana yang menutup tirai Disember 2014 adalah banjir besar dan
cukup luar biasa melanda negara khususnya di Pantai Timur.
Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya,
paling kurang menguji sesiapa di kalangan kita yang akan bersyukur
dan siapa pula yang terus menjadi kufur, sambil berdoa semuga fajar
2015 akan membawa sinar yang lebih benderang walaupun mungkin
cahayanya hanya kelihatan di hujung terowong.
Namun apa juga bencana yg telah berlaku ianya tidak sehebat bencana yang dialami oleh Tun Mahathir dan Pak Lah hadapi. Bencana banjir, kemarau, hilang dan jatuh kapal terbang walaupun ianya melibatkan satu negara berkabung ianya tidak dirasai oleh pemimpin seteruk bencana gerakan menjatuhkan pemimpin khususnya PM. Bencana itu telah dirasai oleh Tun M dan juga Pak Lah, tapi belum dirasai oleh Najib.Apakah di tahun 2015, PM Najib akan turut sama merasai bencana ini?
Saturday, December 6, 2014
![]() |
| Harapan besar di bahu Ahmad Razif.. |
SENTUHAN
ringkas dan manja tentang apa yang berlaku di Terengganu baru-baru
ini melalui Facebook Rafi Awg Kechik II rupa-rupanya telah dijadikan
modal dan bahan polemik oleh seorang anak Terenganu yang mempunyai
cita-cita politik di Kuala Nerus untuk menghasut MBAhmad Razif dan rakyat
Terengganu kononnya penulis berniat jahat untuk menjatuhkan maruah MB
dan rakyat Terengganu sehinggakan beliau menggerakkan satu
gelombang untuk menyerang kredibiliti penulis.
Penulis
faham maksud anak Kuala Nerus di Putrajaya berbuat demikian,ini
kerana beliau kini sedang menghitung hari untuk disingkirkan dari
kerusi empuk di Putrajaya atas sebab kegagalannya menjadi Ketua
Jabatan dan tindakan yang beliau lakukan adalah untuk menjadi juara
di mata MB itu saolah-olah satu strategi mencari nyawa untuk mencari
tempat dalam kerajaan negeri dan mencari kedudukan dalam politik
Terengganu.
Sebab
itulah disebar merata didalam FB dan media maya, poster yang
dibuat oleh para macai kepada budak Kg Pengkalan Arang ini gambar
penulis dengan ayat `kechik pada Rafi, besar pada rakyat
Terenganu dan Rafi perlu mohon maaf'.
Monday, December 1, 2014
![]() |
| Bakal karamkah bahtera pimpinan PM Najib? |
TIRAI PAU 2014 telah selamat dilabuhkan dengan
mencantumkan seluruh perasaan para perwakilan dan pimpinan UMNO
dengan roh kebersamaan,solidariti dan `wahdatul fikr' untuk menunaikan
tanggungjawab fardu kifayah kepada agama dan bangsa yang
dimanifestasikan dengan penuh sebak melalui lagu WARISAN, sebuah lagu
yang liriknya menggambarkan kedudukan orang Melayu dan memotivasikan
orang-orang Melayu untuk bertindak demi masa depan.
Warisan juga menjadi sebuah lagu yang bila bergema boleh
menghadirkan pelbagai memek muka, ada yang bersemangat, ada yang
hiba, ada yang gerun, ada yang geram, menyampah, mencebik bibir dan
tidak kurang juga yang kepanasan bagaikan syaitan mendengar ayat suci
Al-Qur'an dan sebab itulah bukan perkara yang ajaib jika agensi yang
secara `legitemate' ditubuhkan pada 1974 oleh PM pada waktu itu
Tun Abdul Razak, ayahanda kepada PM Najib untuk melatih dan
membina Melayu pun kepanasan bila dengar lagu ini dan tidak
teragak-agak mengambil tindakan tatarertib jika lagu ini berkumandang
dalam program latihan mereka.
Monday, November 24, 2014
![]() |
| Ini pun idea Raja Arif tau! |
TIDAK ada orang lain yang
lebih gembira menanti tarikh PAU tahun ini melainkan Raja Arif Raja Ali,Ketua
Pengarah BTN dan mungkin telah berpasang-pasang baju melayu ditempah mengalahkan perwakilan
dan Ketua UMNO Bahagian ataupun ahli MKT kerana untuk tempoh sepanjang PAU ini
Raja Arif akan menjadi lebih UMNO
daripada seluruh pemimpin dan ahli UMNO yang ada.
Maka berbuih-buihlah mulut serta berceceran air liur Raja
Arif akan bercakap dengan setiap pemimpin UMNO yang ditemui di PWTC nanti
tentang kehebatan beliau dan kehebatan anak-anak buah beliau menjadi penggerak kepada
UMNO dan penyumbang besar kepada kejayaan kerajaan yang ada. Apatah lagi program
Aku IP sekarang ini sedang di tayang di TV3 dan akan dicananglah ke seluruh pelusuk PWTC nanti bahawa
itu adalah idea beliau dan Hanafi Harun, Timbalan Ketua Pengarah
(Latihan} dan sekaligus menafikan idea
dan program itu sebenarnya adalah idea dan program Timbalan Menteri Razali Ibrahim, jadilah lembu
punya susu, sapi lah yang dapat nama.
Friday, August 29, 2014
![]() |
| Kalau ikut perkiraan pakar strategiklah! |
KRISIS politik Selangor
telah benar-benar menguji konsep kesepakatan,tahalul siasi dan konsep kerjasama
dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR
yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa
kesudahannya,siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai
pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan
hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan
Barisan Nasional.
Semua media sentiasa
melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini
dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa
selesa,tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik
dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan
Nasional.
Soalnya,apakah krisis dalam
kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik
orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN?Kita tidak perlu menunggu lama
dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang
sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk
UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur,Kelantan ekoran
kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan disinilah
bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam
kerajaan campuran Selangor ketika ini.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-






