Tuesday, December 27, 2011
ISU pelarasan gaji penjawat awam
masih lagi hangat didebatkan walaupun PM Najib mengarahkan penangguhan Skim
Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan mengarahkan JPA berunding dengan Ceupacs.Ceupacs
yang pada mulanya garang menentang SBA ini tiba-tiba menjadi kendur namun
penjawat awam yang terlibat dalam skim gaji baru SBPA walaupun diberikan
taklimat oleh Bahagian Sumber Manusia kementerian atapun jabatan masing-masing tidak
pun diberitahu kenaikan gaji mereka dan hanya pengurusan tertinggi serta
premier sahaja yang tahu berapa banyak gaji mereka yang dinaikan oleh mereka
sendiri.
Inisiatif dari Jabatan Sumber ini
mungkin betul kerana Pegawai-Pegawai Kementerian masing sudahpun menerima
taklimat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan mereka melaksanakan arahan
namun sejauh mana taklimat tersebut mampu menghakiskan kecelaruan minda penjawat
awam tentang kenaikan gaji mereka dan penjawat awam hanya dimomokan dengan
syarat-syarat baru tempoh persaraan.
Soal tempoh bersara bukan perkara
pokok yang didebatkan ketika ini dan taklimat umur persaraan hanyalah isu terpencil dan ada yang
menyifatkan taklimat tersebut sekadar untuk menutup apa yng berlaku sebenarnya
di sebalik proses menyalaraskan gaji baru penjawat awam di semua
peringkat.Penjawat awam kerunsingan ataupun bercelaru minda pelarasan gaji
seperti dimumkan oleh Perdana Menteri memberikan mereka untung yang sedikit
tetapi ada pihak lain menangguk di air keruh.
Pelarasan SBPA ini dilihat memberikan
`durian runtuh’ kepada sekitar 2,000 orang sahaja dan yang melaraskan gaji ini bukan
mengambil kira suara ataupun denyut nadi penjawat awam sekitar 1 juta lebih itu
tetapi lebih kepada memproses kenaikan gaji mereka laba
atau untung bukannya kumpulan Sokongan 1 dan 2.
Malah kalangan Pengurusan Tertinggi
dan Premier sudah mula mencongak untung besar yang bakal mereka perolehi hasi dari pelarasan gaji ini.Ada yang menempah
kereta baru,rumah baru dan tidak kurang juga yang bercita-cita untuk menambah
isteri baru dan sebab itulah didesak penjawat-penjawat awam bersetuju menerima
serta menandatangani borang SBPA itu.
Taklimat Jabatan Sumber Manusia cuba
lari dari isu sebenar.Mungkin taklimat Jabatan Sumber ini hanya bersandarkan
arahan JPA semata-mata dan tidak memenuhi matlamat PM Najib ketika
membentangkan Belanjawan 2012 dan kumpulan sasaran yang mahu kerajaan bantu masih
terpinga-pinga,apa yang mereka harapkan dari pembentangan Belanjawan yang
didedahkan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan apa yang mereka perolehi
sebelum ini.Bajet PM Najib itu memberi keuntungan besar kepada pengurusan
tertinggi dan preimier semata-mata.
Pembentangan Belanjawan 2012 diambil
kesempatan untuk melaraskan gaji mereka sendiri hingga kenaikan mencecah 100 % dan
kalau kita melihat jumlah Penjawat Awam yang perlu dibela ataupun diberikan
perhatian oleh kerajaan menurut laporan JPA sehingga tahun 2009 berjumlah
1,253,026 dengan pecahan-pecahan seperti berikut:-
1.Perkhidmatan Awam Persekutuan - 1,003,223
orang
2. Perkhidmatan Awam Negeri-81,903
orang
3.Badan Berkanun Persekutuan- 110,708
4.Badan Berkanun Negeri- 13,014
orang
5.Pihak Berkuasa Tempatan-44,178
Daripada jumlah ini, untuk SBPA,
hanya 35 orang Kumpulan Premier yang gajinya tidak termasuk elaun adalah antara
RM35-RM65 ribu sebulan dan ini belum masuk
lagi janji insentif antara 5-15% gaji dan pelarasan gaji baru ini, mereka yang
dapat durian runtuh sedangkan yang lain masih lagi seperti ditakuk lama.PM
Najib kena ingat,jangan yang dikendong pun tidak dapat,yang dikelek berciciran.
Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
(JUSA) pula, data lama menunjukkan 1900 orang dan ini bukan semua Pegawai
Tadbir Diplomatic (PTD) kerana ini termasuk juga doktor pakar, professor
universiti, Ketua-Ketua Jabatan Teknikal seperti saintis, penyelidik, guru
pakar, pegawai pendidikan sama ada di Kementerian dan Pengarah JPNi, Pegawai
Pertanian dan jurutera seperti jawatan Pengarah JKR Negeri.
Bakinya Kumpulan Pengurusan &
Profesional (P&P) yang kemasukan bertaraf
ijazah dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana yang kemasukannya diploma dan ke
bawah hingga PMR.Golongan inilah sebenarnya yang cuba dibela oleh Perdana
Menteri tapi lain yang PM Najib harapkan,lain pula jadinya.
Isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012
menjadi persoalan ataupun teka teki kerana selama ini semua gaji terbuka untuk
makluman awam,ianya tidak ada rahsia sejak dari zaman British lagi. Ada dalam website,
Warta Kerajaan dan lain-lain cara. Begitu juga Skim Saraan Baru (SSB) pada
tahun 1991 ke Skim Saraan Malaysia (SSM) pada tahun 2002 seperti mana dalam PP4/2002. Gaji KSN hingga Jusa/khas C
didedahkan untuk maklumat awam seperti dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-VK-VU.pdf (Lampiran A)
Kenapa sebelum ini boleh didedahkan
kerana ianya menggunakan wang awam. Tiada unsur rahsia atau keselamatan di
sini. Dokumen yang sama dibentangkan di Parlimen. Dalam SBPA ini kononnya
berlaku `adjustment` atau pelarasan contohnya kumpulan P&P daripada sistem
gaji matriks seperti contoh dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-N.pdf.(Lampiran
(Lampiran B)
Mengapa kali ini dirahsiakan dan ada yang mendakwa
kerahsaian ini penting kerana yang menggubal kenaikan gaji ini tidak mahu diketahui
ramai kenaikan gaji secara melampau kalangan JUSA-JUSA ini.Barangkali inilah
sebabnya SBPA ini menjadi begitu rahsia untuk tahun 2012.Tidak salah JUSA Turus,A.B
atau C naikkan gaji mereka tapi adalah melampau kalau mereka menaikkan gaji
mereka sendiri hingga 100 %.
Gaji Matriks ini ada peringkat (P) iaitu
daripada P1 hingga P3 dan ikut kenaikan gaji tahunan T1, T2 dan T3 hingga
sampai habis T tersebut, T membawa makna tahun perkhidmatan bagi seseorang
penjawat awam.
Dalam SBPA ini, gaji matriks ini
diubah kepada gaji sebaris, iaitu tiada lagi P2 dan P3. Perubahan ini
menyebabkan pelarasan yang menyebabkan ada kenaikan tetapi masih perlu dalam
pernyataan dasar PM di Parlimen Oktober 2011 lalu iaitu 7-13% seperti para 56 elemen keempat ucapan PM
ini http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf (Lampiran C)
Isunya, ada penjawat awam yang dapat
kenaikan didalam lingkungan 7-13% tetapi ramai juga yang bawah daripada itu dan
ini diterima asalnya oleh majoriti penjawat awam tetapi ada sesiapa yang boleh
jelaskan bagaimana gaji JUSA dalam SBPA ini yang memang tiada gaji matriks
P1,P2, P3 seperti P&P dalam SSM seperti Lampiran A di atas boleh naik
sampai 100%?.
Bagaimana `adjustment’nya boleh membuatkan Mata gaji JUSA C
dalam SBPA sebagai contohnya didakwa boleh mencecah sampai RM15 ribu sebulan
sedangkan gaji asal SSM untuk maksimum gaji untuk Jusa C (lihat VU5 dalam
Lampiran A) hanya RM7672.50 sebulan. Gaji baru JUSA C dalam SBPA hampir sama
dgn mata gaji akhir SSM untuk KSN yang dalam skim lama SSM pun hanya
RM13,940.30.
Pelarasan gaji ini ada yang
menyifatkannya sebagai satu `rompakan` di siang hari kerana ini jelas
bertentangan dengan dasar yang ditetapkan oleh PM dalam bajet iaitu kenaikan
hanya 7-13% tetapi JUSA mengambil kesempatan menaikan gaji mereka lebih
daripada itu.Kalau begitu apa gunanya PM
Najib bentang di Parlimen kalau pegawai boleh buat sesuatu yang berlawanan
dengan kuasa Parlimen dan Eksekutif?Di mana kuasa PM Najib?Sia-sia sahaja
penyelarasan gaji baru penjawat awam kalau keputusan Parlimen tidak diambil
kira.
Dan sebagai contoh jika pegawai JUSA C yang dulunya gaji
maksimum hanya RM7672.50 kini boleh dapat RM13 ribu sebulan tidak termasuk
elaun dan kemudahan percuma. Jika selepas
ini mereka memilih untuk bersara
atau dibersarakan kerana tidak berprestasi tinggi atau khianat atau tidak
patuh pada dasar Kerajaan, mereka dengan mudah dapat pencen penuh iaitu lebih
kurang RM7000(separuh daripada gaji yang dilaraskan dalam SBPA) seumpama dengan
gaji penuh masa SSM..
Mereka ini tidak perlu
bersungguh-sungguh berkerja dan kesan daripada ini kerajaan yang menanggung segala
pengkhianatan mereka ekoran pelarasan gaji yang berat sebelah ini.Kalau inilah
niat Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan ataupun
pendapatan penjawat awam,slogan Rakyat DiDahulukan hanya retorik
semata-mata.najib belum cukup merasai denyut nadi rakyat.Ingat Penjawat awam
adalah sebahagian besar fixed deposir kerajaan.
Monday, December 26, 2011
![]() |
| Shukri bongkak,biadap dan kurang ajar! |
MELOYAKAN
dan menjijikkan atau lebih tepat sekali mereka ini telah tersasar daripada
identiti diri sebagai bangsa Melayu yang penuh dengan adab dan sopan-santun.Itulah
gambaran sebenar gelagat segelintir pelajar yang mengaku bergelar mahasiswa.
Mereka mengenalkan diri mereka sebagai 'Solidariti Mahasiswa Malaysia'.
Mereka
merasakan diri mereka golongan cerdik pandai. Namun, benarkah seperti yang
didakwa mereka? Adakah keputusan peperiksaan mereka yang lalu iaitu SPM
mendapat keputusan yang cemerlang?
Jawapannya
pasti tidak, jika mereka merupakan pelajar yang cemerlang, sudah pasti sekarang
ini mereka menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara yang
dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun swasta kerana pelajar cemerlang
ini merupakan aset negara yang begitu berharga.
Kumpulan
ini perlu sedar diri dan bersyukur. Bagaimana pula keputusan peperiksaan yang
bakal mereka peroleh kelak, setelah memegang segulung ijazah. Ijazah kelas ke
berapa? Atau sama seperti keputusan SPM yang mereka peroleh iaitu sekadar lulus
'cukup makan' sahaja. Benarlah seperti nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad,
mahasiswa perlu fokus pada pelajaran kerana itulah matlamat sebenarnya.
Agak
mengecewakan dan juga menggelikan hati apabila diamati kenyataan yang dibuat
oleh Ahmad Syukri Abdul Razab (Pengerusi SMM) di YouTube 'tuntutan SMM kepada
Perdana Menteri Malaysia' dan 'Isu turun bendera, SMM: Kami buat cara beradab',
cara beliau bercakap sama seperti lenggok 'Anwar Ibrahim' sedang berceramah,
mungkin Anwar adalah idola Ahmad Syukri.
Beliau
bercakap seperti mewakili suara sebuah parti politik ditambah pula dengan
kenyataan yang bongkak juga terlalu sombong dari Adam Adli yang merupakan
seorang penuntut UPSI yang menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf
atas tindakan menurunkan bendera termasuklah kepada Perdana Menteri.
Satu
siasatan dan tindakan tegas oleh pihak yang berwajib perlu dilakukan dalam
kadar segera atas tindakan biadap dan kurang ajar mereka ini.Adakah
mereka ini alat perkakas mana-mana parti politik? Siapakah dalang yang
sebenarnya di belakang mereka? Perlukah mereka ini terus belajar di IPTA?
![]() |
| SMM wakili mahasiswa sakit! |
Mereka
ini merupakan kumpulan yang terlalu kecil dan bukanlah mewakili kumpulan
majoriti dalam kalangan mahasiswa IPTA seluruh negara. Perlu diingat, walaupun
mereka ini merupakan kumpulan yang terlalu kecil tetapi mereka membawa satu
virus yang amat bahaya kerana kesannya akan mempengaruhi mahasiswa lain dan
akhirnya virus ini akan merebak dalam skala yang lebih besar.
Besar
kemungkinan juga kumpulan virus ini mempunyai dana khas yang dibiayai oleh
kumpulan tertentu untuk menjayakan agenda jahat lagi tersembunyi.Kepada
semua bangsa Melayu perlu bersama-sama dalam membenteras gejala ini.Cukupkah
kita hanya sekadar melihat tanpa membantu menghentikan budaya songsang ini?
Jangan
kita biarkan gejala ini berleluasa cukuplah dengan perpecahan yang telah
terhidang di depan mata dalam kalangan orang Melayu angkara fahaman politik
masing-masing.
Jangan
kita biarkan IPTA yang dibina oleh kerajaan dan hasil usaha perjuangan orang
kita terdahulu untuk membantu anak-anak kita menimba ilmu dijadikan gelanggang
politik yang bakal menimbulkan perpecahan dalam kalangan pelajar dan akhirnya
anak-anak kita terkebelakang dari segi pencapaian akademiknya daripada bangsa
lain bak kata perpatah 'yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran'.
PARTI Tindakan Demokratik
(DAP) kini rancak mengatur langkah untuk menjadi kuasa yang unggul dalam
Pakatan Rakyat, langkah yang tentunya mencantas usaha PAS melaksanakan hukum
hudud sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Pensyarah Sains
Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain berkata,
usaha DAP yang rancak untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan
Raya Umum ke 13 jelas bertujuan mempengaruhi imbangan kuasa dalam gagasan
pembangkang itu.
"DAP sudah pun
menguar-uarkan untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya akan datang.
Pada saya, ia belum tentu lagi berjaya tetapi dia punya strategi untuk meletak
calon Melayu dan untuk mengubah kerangka kepimpinan mereka,” jelas Atory dan beliau berkata demikian
dalam satu temu bual ekslusif bersama AntaraPos.com.
Mengulas lanjut, Atory
berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin lemah berbanding prestasinya pada
pilihanraya umum yang lalu, dan tidak lagi boleh dianggap sebagai kuasa utama
dalam Pakatan Rakyat.
Keadaan itu membuka ruang
untuk DAP muncul sebagai kuasa dominan dalam Pakatan, sekali gus menghakis
pengaruh PAS dalam sebarang kerajaan yang bakal ditubuhkan jika pembangkang
menang pilihan raya.
PKR kini hanya mempunyai 25
kerusi Parlimen setelah enam wakil rakyatnya lompat parti. Media arus perdana
turut melaporkan parti itu mengalami masalah organisasi dan hampir dipaksa
keluar daripada ibu pejabatnya kerana tidak membayar sewa.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR akan mengetahui nasib beliau bersabit
kes liwatnya pada 9 Januari depan.
Atory berkata ketika
pelbagai persoalan menghimpit masa depan PKR, DAP semakin kuat sehingga berani
menampilkan lebih ramai calon Melayu, tanggungjawab yang dahulunya diberikan
kepada PAS dan PKR.
"(Dengan) lemahnya PKR,
maka bangkitnya DAP dan kebimbangan itu ada apabila DAP nanti dengan PAS sudah
tentu DAP dijangka mendominasi dan PAS ini sebagai rakan kongsi sahaja,"
katanya.
Keadaan itu, jika menjadi
kenyataan akan menempelak komitmen Pas untuk melaksanakan undang-undang Islam
di Kelantan dan Terengganu, malah di peringkat nasional.
Ini kerana DAP
terang-terangan menolak undang-undang berkenaan kerana takut hilang undi Cina,
sekali gus menimbulkan persoalan kenapa PAS terus bersekutu dengan parti itu.
"Saya fikir ini memang
DAP punya strategi (letak calon Melayu),ini betul-betul kerja keras mereka.
Strategi itu nampak menggerunkan tetapi bagi saya, belum nampak ke arah yang
mana DAP akan menjadi Perdana Menteri, sebab kalau betul-betul DAP hendak
menguasai negara ini, dia (DAP) mesti membuat perkara yang penting,"
katanya.
Dalam pilihan raya umum
2008, DAP memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 28 kerusi Parlimen dan
73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mengambil alih pentadbiran
kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pada pilihan raya negeri
Sarawak yang lalu, DAP menang 12 kerusi berbanding PKR yang menang tiga kerusi
manakala PAS tewas di semua kerusi yang ditandingi.
SAYA berharap laman ini dapat
membenarkan saya menulis mungkin buat kali terakhir mengenai kes Dr. Mohamad
Khir Toyo yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi. Dr.
Mohamad Khir dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanah terbabit
dirampas.
Tidak
ada alasan untuk mempertahankan sebarang tingkah laku salah guna kuasa dan
rasuah jika ia terbukti benar dan diuji oleh kebenaran maksima Mahkamah. Sama
ada ia Ketua UMNO Bahagian, bekas Menteri Besar hatta Menteri pun harus
berhadapan dengan undang-undang negara.
Namun
dalam penghakiman Khir Toyo pagi tadi, saya dapati penghakiman oleh Datuk Wira
Mokhtarudin sangat melucukan dan bakal menjadi bahan lawak jenaka dalam fraterniety
guaman negara.Bagi mereka yang membenci Dr. Khir atau UMNO, hukuman tersebut
adalah adil dan Dr. Khir layak mendapatkannya. Itu soal lain. Jika Dr. Khir
benar-benar rasuah sekalipun sudah tentu kita mahukan beliau dijatuhkan hukuman
atas sebab yang betul dan alasan yang diterima akal.
Malangnya
apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan bahawa penghakiman
dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan ini tidak memenuhi ujian-ujian penting dalam
menjatuhkan hukuman. Saya menulis dalam ulasan sebelum ini bahawa untuk
membuktikan sama ada Khir Toyo bersalah atau tidak dalam mendapatkan satu
barangan dengan balasan yang tidak mencukupi ialah bergantung kepada jawapan
kepada soalan-soalan berikut:
1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah
yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM
6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir
memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.
2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan
harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim
and Co atau nilai oleh TransAsia.
3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut
sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007,
Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai
harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.
4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai
pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau
tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah
kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan
melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir
bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh
Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.
5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr.
Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau
tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.
6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co,
bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa
menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan
memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat
diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan
untuk menjual kepada tertuduh.
Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.
Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.
Hujahan
ini sangat luar biasa kerana Pendakwaraya tidak pernah memanggil saksi mereka
Datuk Sumardi untuk memberi keterangan mengenai situasi tersebut. Namun Hakim
memilih untuk mempercayai kenyataan SP2 yang dinafikan oleh tertuduh.
Malahan
Mokhtaruddin juga berhujah bahawa pengakuan SP2 dan Dr. Khir bahawa SP2 ada
menawarkan hartanah tersebut dengan harga RM 5 juta merupakan bukti yang
mencukupi untuk menunjukkan Dr. Khir mendapatkan barangan dengan balasan yang
kurang daripada nilai sebenar. Ini bermakna menurut tafsiran Hakim, harga yang
ditawarkan oleh SP2 menjadi “benchmark” balasan tidak mencukupi seperti dalam
pertuduhan.
![]() |
| Khir tenang dan tetap yakin tidak bersalah... |
Hakim
tidak langsung mengulas mengapa beliau menolak atau tidak menerima nilai
pasaran oleh penilai profesional seperti Rahim and Co dan Irhamy and Co sebagai
benchmark untuk menentukan balasan tersebut mencukupi atau tidak. Hakim juga
tidak langsung mengambil hirau penilaian oleh Jabatan Penilai Hartanah dan
lain-lain penilai.
Dengan
kata lain, Hakim membuka satu keadaan yang sangat merbahaya pada masa hadapan
dalam isu pegawai kerajaan membeli hartanah atau barangan lain. Seseorang
pegawai kerajaan yang pernah atau akan membeli sesuatu barangan daripada orang
yang beliau pernah mempunyai urusan rasmi akan berhadapan dengan ancaman
pendakwaan pada masa hadapan. Kes hanya perlu diwujudkan dengan penjual mengaku
bahawa beliau mahu menjual dengan harga yang lebih tinggi tetapi pegawai
tersebut meminta membeli ikut harga pasaran.
Hakim
juga jelas tidak mengambil kira fakta bahawa yang menawarkan untuk menjual
hartanah tersebut ialah SP2 dan tertuduh hanya meminta untuk diadakan penilaian
mengikut harga pasaran jika SP2 benar-benar mahu menjualnya.
Lebih
melucukan hakim mendakwa beliau percaya kepada kejujuran dan kebenaran
kenyataan Saksi Pendakwa 2 (Datuk Shamsuddin Haryoni) dan Saksi Pendakwa 3
(Nasir) berdasarkan persembahan mereka di dalam Mahkamah. Ini sangat
menghairankan kerana sungguhpun sepanjang perbicaraan kita melihat pelbagai
kenyataan tidak masuk akal termasuk pembayaran berjuta-juta ringgit secara
tunai tanpa sebarang bukti resit mahupun barangan yang dibeli oleh Nasir, Hakim
menganggap Nasir seorang yang boleh dipercayai.
Dengan
itu kata Hakim, “Berdasarkan keterangan SP2 dan SP3, tertuduh telah mengadakan
satu pakatan lebih awal untuk membeli rumah tersebut dengan terbabit dalam
ubahsuai rumah dari awal sebelum transaksi pembelian dilakukan. Ini ini saya
dapati tertuduh telah melakukan kesalahan.”
Kenyataan
Hakim ini sangat luar biasa. Luar biasa bukan sahaja beliau menerima pakai
kenyataan SP2 dan SP 3yang banyak percanggahan, malah yang lebih serius ialah
mensabitkan kejadian ini dengan pertuduhan yang didakwa ke atas Khir Toyo.
Khir
Toyo dituduh mendapatkan satu barangan dengan balasan yang beliau ketahui tidak
mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau. Jadi
apa relevan sama ada beliau berpakat untuk melakukan ubah suai atau tidak?
Hakim
bukan sahaja tidak dapat mewujudkan satu benchmark yang sesuai untuk menentukan
balasan yang tidak mencukupi tetapi juga telah membuat kesimpulan yang
berlainan sekali dari pertuduhan iaitu kononnya terdapat pakatan menipu dalam
pembelian hartanah tersebut.
Jika
Khir Toyo berpakat dengan Shamsuddin untuk melakukan penipuan maka satu
pertuduhan lain harus dibuat. Adalah sangat luar biasa untuk Hakim keluar dari
ruang lingkup pertuduhan untuk mendapati Khir Toyo bersalah.
Sungguhpun
Mahkamah mahu menghukum Khir Toyo untuk menunjukkan bahawa sistem kehakiman
negara ini bebas, namun ia bukanlah bermakna memberi lesen kepada hakim membuat
penghakiman semberono dan memalukan pengamal undang-undang sendiri.
Adalah
tidak masuk akal untuk hakim menolak penilaian nilai pasaran sebagai benchmark
untuk menentukan balasan pembelian tersebut mencukupi atau tidak tanpa sebarang
huraian penghakiman yang mempunyai legitimasi. Ketika mensabitkan kesalahan
Hakim langsung tidak mengulas isu ini yang diminta secara jelas oleh pembela
dan hujah pembelaan isnin lalu.
Hakim
juga langsung tidak menyatakan mengapa beliau berpendapat rumah yang tidak
disiapkan pada 2007 tersebut dianggap sama harga dengan rumah siap pada 2004
atau pun mengapa rumah tersebut dianggap lebih daripada RM 3.5juta mengikut
neraca keadilan undang-undang.
Selain
Hakim, pendakwaraya juga menimbulkan prasangka di kem Khir Toyo mengenai
terdapat percubaan menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam apabila secara
tiba-tiba memohon penggunaan hukuman rampas barangan yang terbabit dalam kes
mengikut Seksyen 36 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Secara profesionalnya
Pendakwaraya sepatutnya dari awal memaklumkan niat mereka untuk meminta seksyen
ini diambil kira ketika menjatuhkan hukuman sekiranya tertutuduh di dapati
bersalah. Namun pendakwaraya hanya mengemukakan semasa hujahan untuk meminta
hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas Khir Toyo sekaligus menyebabkan peguam
bela tidak bersedia dengan hujah mereka.
Hakim
menangguhkan sidang seketika bagi membolehkan beliau meneliti kandungan seksyen
tersebut. Apabila kembali Mokhtarudin enggan membenarkan sebarang penangguhan
untuk membolehkan peguam bela menyediakan hujah, sebaliknya bersetuju dengan
pendakwaraya bahawa keputusan merampas hartanah tersebut merupakan sesuatu yang
mandatori.
Beliau
terus menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan hartanah tersebut menjadi milik
kerajaan. Hakim kemudiannya terus bangun tanpa menunggu sebarang permohonan
menangguh hukuman. Ini menyebabkan peguam bela terpaksa meninggikan suara
menyatakan mereka ingin membuat permohoanan penangguhan hukuman. Akhirnya
beliau duduk kembali dan kemudiannya meluluskan permohonan penangguhan hukuman dengan
syarat rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari.
Keputusan
hakim merampas hartanah yang berada dalam kaveat HSBC ini juga menimbulkan
tanda tanya dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi undang-undang lain apabila
dicabar oleh Bank nanti. Hakim membuat keputusan seolah-olah tidak menyedari
bahawa hartanah tersebut dibeli secara pinjaman.
Nilailah
hujahan penghakiman dan hujahan pembelaan dan lihatlah siapa yang lebih
rasional dan memenuhi kehendak undang-undang dan pertuduhan
.
Bagi saya, hakim ini patut merasa malu dengan
hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini. Cuma
hakim ini bernasib baik ialah kerana penghakimannya ini membabitkan seorang
pemimpin UMNO. Jika ia terjadi kepada Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin
Pakatan Rakyat, nesacaya sudah seantero Malaysia beliau dikutuk dan dikeji
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-








