Monday, October 10, 2011
DALAM cubaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada, pakatan pembangkang turut tidak ketinggalan membentangkan apa yang dipanggil sebagai "belanjawan memastikan kesejahteraan untuk semua".


Namun disebalik pelbagai janji manis dan angka-angka besar, apa yang dikenali sebagai belanjawan bayangan itu, sekiranya dilaksanakan, bakal mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan kepada rakyat biasa Malaysia.

Tidak sepertimana Belanjawan 2012 komprehensif yang dibentangkan Perdana Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang memilih pendekatan perbelanjaan lebih besar bagi memastikan pertumbuhan mampan ekonomi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengambil pendirian lebih berhati-hati.

Di bawah belanjawan Najib, ekonomi diunjurkan tumbuh pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus. Di bawah perancangan pakatan, aliran pertumbuhan diunjurkan naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus, berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011.

Bernama melaporkan, menurut penganalisis politik, dokumen belanjawan pembangkang mengandungi preskripsi ortodoks Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk Malaysia ketika Anwar menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan Asia 1997-98 sebelum beliau dipecat.

Cadangan pemulihan itu termasuk mengenakan kadar faedah tinggi, memperketatkan pinjaman bank, meningkatkan duti import dan melakukan pemotongan besar-besaran terhadap perbelanjaan infrastruktur awam, yang sekaligus menyekat pertumbuhan ekonomi.

Rakyat Malaysia yang mengharungi krisis itu selama lebih satu dekad sukar untuk melupakan penderitaan yang mereka terpaksa lalui.

Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti pembangkang, memperuntukkan belanjawan RM220 bilion bagi 2012, lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion.

Bagaimanapun, ia meramalkan pendapatan kerajaan sebanyak RM181 bilion mustahil boleh dicapai. Kerajaan menyatakan bahawa pendapatannya boleh mencecah RM187 bilion tahun depan. Najib memilih untuk berbelanja lebih pada 2012 (lebih tinggi daripada RM212 bilion tahun ini) untuk merangsang permintaan domestik dan pelaburan.

Lagipun, asas ekonomi negara kekal kukuh dan mantap. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat enam kali ganda kepada RM29 bilion pada 2010, pertumbuhan tertinggi di Asia. Pada separuh pertama 2011, FDI mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2010.

Bagaimanapun, Najib memberikan jaminan bahawa kerajaan akan memastikan fiskal tidak terjejas dan akan berusaha mengekang defisit fiskal.

Terdapat beberapa contoh lain bagaimana kehidupan akan berdepan kesukaran di bawah cadangan belanjawan pembangkang. Pertamanya ialah peruntukan subsidi yang amat kecil iaitu RM22 bilion berbanding subsidi kerajaan sebanyak RM33.2 bilion dan ini bermakna lebih ramai orang, khususnya golongan miskin, akan berdepan kesukaran untuk menyara kehidupan berikutan kos hidup yang semakin meningkat.

Dalam "Belanjawan Rakyat", Perdana Menteri secara terperinci menggariskan setiap barangan perlu yang akan terus disubsidi oleh kerajaan. Bukan sesuatu yang luar biasa jika rakyat Malaysia, termasuk golongan kaya, sering meremehkan pemberian subsidi itu. Subsidi berkenaan termasuk petrol, diesel, gas memasak, gas asli, gula, beras, tepung dan bil elektrik.

Cadangan pakatan untuk memotong sejumlah besar peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun depan iaitu RM10 bilion, pastinya akan menjejaskan bayaran gaji untuk ribuan warga kerja JPM. JPM merupakan tunjang ekonomi negara dan badan pembuat keputusan kerajaan dan badan pelaksana.

Mungkin cadangan belanjawan pakatan yang paling kontroversi ialah penetapan gaji minimum RM1,100 untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pekerja asing. Bagaimanapun, banyak penganalisis politik berpendapat cadangan itu tidak praktikal dan memudaratkan daripada segi sosio-ekonomi.

Gaji yang dicadangkan itu jauh lebih tinggi berbanding kadar pasaran semasa bagi buruh tidak mahir. Adalah tidak masuk akal untuk menjangkakan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk pekerja tidak mahir tanpa mempertimbangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap permintaan buruh, inflasi dan produktiviti.

Pendekatan lebih baik ialah kenaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi kadar gaji minimum. Menariknya, gaji minimum RM1,100 itu juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja sektor awam yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Cadangan itu dan perancangan pembayaran bantuan khas untuk kanak-kanak, warga tua dan wanita, semuanya akan dibayar setiap tahun, telah menimbulkan kebimbangan terhadap kekukuhan kewangan negara di bawah pentadbiran pakatan.

"Kita hanya boleh mengagihkan wang apabila kita mempunyai lebihan fiskal atau ia mungkin akan membebankan lagi negara," tulis kolumnis Lim Sue Goan dalam MySinChew.com column.

Tumpuan khas yang diberikan kepada penjawat awam membabitkan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion turut menimbulkan tanda tanya ekoran sejak awal lagi pakatan menegaskan perkhidmatan awam sudah terlalu besar dan perlu dikecilkan.

Mungkin orang akan mempersoalkan bahawa motif pakatan dalam mengambil pendekatan populis itu sebenarnya bertujuan untuk memancing semula sokongan penjawat awam.

Natijahnya ialah pakatan membelanjakan wang yang tidak dimiliknya dan belanjawannya kekal dibayangi oleh pelan induk sosio-ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang pragmatik.
Tuesday, September 6, 2011
Lakaran kejadian yang mengorbankan Noramfaizul di Somalia
MISI yang mulanya mewangi tiba-tiba dilihat dan sedang dijadikan satu misi yang tidak berguna oleh pembangkang dan hanya kerena kematian Noramfaizul yang terkena peluru sesat,pembangkang mengambil peluang menyerang misi ini kononnya sebagai alat propaganda UMNO dan mereka yang tidak tahu apa-apa mula menghalakan senjata fitnah ke atas Ketua Misi Kemanusian itu iaitu Azeez Rahim.Pembangkang cuba menjadi hero di saat masih ada ratap tangis menangisi kematian jurukamera BernamaTV itu.


Pembangkang dan kumpulan media terutamanya portal-portal yang menyokong mereka menyelinap ke setiap sudut untuk memanafaatkan agenda jahat memperlekehkan misi  dan saat ini Azeez Rahim diserang dengan begitu hebat sekali,tenggelam nilai kemanusiaan yang menjadi agenda Kelab Putera 1 Malaysia itu kerana mereka merasakan kematian NoramFaizul itu boleh dipolitikkan bagi menghasut rakyat membenci misi-misi sebegini dan secara tidak langsung pembangkang sedang mengambil kesempatan untuk menghuru harakan lagi keadaan.

Azeez Rahim dilihat berlapang dada walaupun ada rasa terkilannya dan beliau langsung tidak hairan dan mengambil teguran serta kritikan sebagai panduan walaupun terkilan dengan cara pembangkang yang sengaja  mencari salah untuk kepentingan politik mereka.Dan dalam temubual di pejabatnya Azeez Rahim membuka sebahagian mauduk misi ini,tentang Noramfaizul dan menyanggah kegilaan pembangkang yang sedang mencari kesempatan atas kesakitan orang lain ini.

 Kita ikuti tembual dengan Azeez Rahim :-

 Idea hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?

Ia bermula dengan bila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.Sebelum itu kita sudah hantar pasukan recce team,  ke sana dan dapat semua maklumat, bila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun DrMahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.

Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.Bila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.

Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, insuran pun tak ada, hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh claim apa-apa…

Sain masa  sebelum pergi?

Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.

Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.

Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.

74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke air port, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, Sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.

ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang. 

Tujuh orang itu pasukan peninjau team yang pergi empat hari sebelum kami pergi.Mereka sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan Presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang Timbalan Menteri Perikanan.

Jadi apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.

Awalnya bukan Noramfaizul yang tersenarai!
Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)

Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.

Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.

Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat. 

Kita pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut pada 2 September.

Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?

Pada hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5,10 minit petang (waktu Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “you tak payah pergilah, you hantar budak you pergi, you duduk di kem, buat story,”

Kemudian, arwah kata “Saya hendak meeting dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang, tapi sekarang ini kami hendak balik hantar story,”Jarak saya dengan arwah 200 meter, bila arwah kata hendak balik hantar story, saya panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata jenis JPMG.

Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.

Saya tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong, NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia. “Okay kami datang sekarang,” kata saya.Saya pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit sampai.

Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.

Dia sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan doktor Alwi (Datuk Dr Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu USD.

Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.

Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, he going, he going,”,

Dalam masa yang sama, saya ajar mengucap, tak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada, saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).

PM tanya keadaan Noramfaizul . Saya kata dah meninggal. PM kata you jangan panic, tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.

Saya pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia call, minta nombor telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.

Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.

Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….
Hari ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.
 
Sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori terhadap peristiwa ini?

Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul masa azan waktu Maghrib.

Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang, 

Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka, (pembuli).

Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare, dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.

Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.

Satu peluru sahaja, laporan Reutres tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.

Melissa bila tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.Bila saya sampai di situ, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah ketentuan Allah SWT.
 
Kenapa tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?

Okay, bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU JAKET KALIS PELURU.

Di sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “you tengok misi kemanusiaan Qatar, Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, you tengok askar saya, polis saya, ada pakai ke?”

Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.
Kalau kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai apa hangpa nak mai?”

Macam pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya dengan kami ke?
Lagi pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya mereka untuk bersuka ria.

Azeez sedang berdepan dengan saat-saat getir..
Fakta lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya, Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata you datang sekarang, selamat. Baru kita pergi.Mereka sudah sahkan, hendak apa lagi!.

Siapa yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.Sepanjang di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.

Boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?

African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi. 

Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.

Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.

Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita. 

Pembangkang kata ini bukan misi kemanusian, ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen Datuk? 

Saya dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.Pemergian Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada kepentingan peribadi.

Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.

Wartawan yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu pasukan atas nama Malaysia.Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.

Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia.

Jadi bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga, janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia antarabangsa.Malaysia dikenali sebagai negara kecil yang rakyatnya berjiwa besar.

Monday, September 5, 2011

Peguam Negara makin tercabar!
MAKIN banyak kekeliruan timbul apabila pejabat  Peguam Negara terus berdiam diri untuk tidak mengambil tindakan ke atas beberapa siasatan polis yang telah selesai dan telahpun diserahkan untuk tindakan susulan dan kerana kegagalan Peguam Negara bertindak,kesan buruknya  adalah ditanggung oleh Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Sudah ada yang mula menuding jari bahawa Pejabat Peguam Negaralah yang menjadi punca kerajaan,KDN dan juga polis dicemuh ekoran kelembaban mereka mengambil tindakan membawa pesalah yang sudah pun disoalasiasat  dan sempurna kertas siasatannya oleh polis ke muka pengadilan.

Isu laporan palsu Anwar tentang video seks bilamana tiga Dato T telahpun dijatuhkan hukuman,,pelanggaran  perintah mahkamah oleh peserta himpunan Bersih,maki hamun Zuraidah MP Ampang terhadap mahkamah,cetakan palsu yang menggunakan Utusan Malaysia dalam isu cincin oleh Badrul Hisham dan banyak lagi kes-kes yang memerlukan tindakan segera daripada pejabat Peguam Negara namun sehingga hari ini tidak ada satu pun tindakan susulan termasuklah menghadapkan Anwar dan pembangkang yang menghina mahkamah serta institusi kehakiman dalam setiap ceramah-ceramah mereka.

Berbeza tindakan pejabat Peguam Negara apabila kes-kes melibatkan UMNO seperti apa yang berlaku terhadap Khir Toyo, demonstrasi kepala lembu, bekas MP Labuan dan beberapa kes-kes lain lagi  dan jelas begitu efisen Peguam Negara bertindak dengan menghadapkan mereka ini ke mahkamah  namun dalam masa yang sama bila melibatkan kepimpinan pembangkang, pejabat Peguam Negara menjadi seperti tikus jatuh ke beras malah untuk menahan passport antarabangsa Anwar pun mereka tidak berani.

Semua kes yang telah pun disiasat oleh polis tergantung tanpa sebarang tindakan ataupun kenyataan lanjut daripada pejabat Peguam Negara dan lantaran itulah polis ataupun Kementerian Dalam Negeri dituding sebagai tidak bertanggungjawab,bacul dan sebagainya malah lebih malang lagi bila Menterinya pula dicerca semaunya oleh rakyat dengan berbagai-bagai perkataan dan celaan.

Malang datang bertimpa-timpa terhadap Menteri Dalam Negeri dan polis apabila sebahagian besar rakyat mula mempersoalkan kemampuan memimpin dan menguatkuasakan undang-undang.Hishamuddin dituding sebagai pemimpin yang lemah dalam zamannya hingga jenayah politik berleluasa.

Atau adakah ada kes-kes tertentu dihalang oleh pihak-pihak tertentu di peringkat KDN ataupun Jabatan Perdana Menteri untuk tidak dimajukan kepada pejabat peguam Negara atas kepentingan tertentu seperti mahu menjaga undi ataupun sokongan yang dibimbangi akan hilang sekiranya ada tindakan-tindakan susulan?

Kita kena sedar juga bahawa Peguam Negara tidak boleh meminta untuk dimajukan kertas siasatan yang telah siap itu kerana ianya akan dilihat cuba menganggugugat kepentingan kementerian lain dan sekiranya ada halangan-halangan di pihak Kemneterian dalam negeri ataupun Jabatan perdana Menteri, maka kes-kes yang berprofil tinggi itu akan terperap hingga ke satu tarikh yang mereka sendiri pun tidak tahu bila masa untuk didakwa.

Hisham terus dicerca..
Kebanyakan rakyat mungkin menganggap pejabat Peguam Negara di bawah kementerian yang sama iaitu Kementerian Dalam Negeri tetapi sebenarnya pejabat Peguam Negara tertakluk dibawah Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada Nazri Aziz dan sebab itulah berlaku kepincangan dalam soal menyiasat dan mendakwa ini kerana bidangkuasa Peguam Negara tidak perlu tunduk kepada hasil siasatan polis seandainya kertas siasatan tidak dimajukannya.

Rakyat mula mempersoalkan peranan undang-undang hingga ada yang berani mengandaikan bahawa undang-undang kita terlalu takut untuk menghukum Anwar Ibrahim bilamana Ketua Pembangkang ini sewenang-wenangnya mencerca undang-undang Negara. Sebagai yang mengawal undang-undang, kelemahan ketara dirasai terhadap kepimpinan Peguam Negara hari ini.

Benar Anwar sedang dihadapkan di mahkamah tetapi adakah dibenarkan oleh undant-undang untuk beliau mencerca undangt-undang lain dan melakukan kesalahan berulang kali untuk kes-kes yang berlainan.Kumpulan pembangkang ini mencatur undang-undang mengikut kehendak dan aspirasi mereka tanpa mempedulikan kesan jangka panjang.

Pertembungan kepentingan politik dan penguatkuasaan undang-undang menjadikan Negara berada dalam kancah identiti yang berbeza-beza malah rakyat tidak boleh disalahkan apabila sudah ada yang menuding jari bahawa masanya sudah sampai untuk Peguam Negara berundur diri daripada kerusinya bagi membolehkan satu transformasi undang-undang dilakukan yang membabitkan tanggungjawab serta keberkesanannya.


Saturday, August 27, 2011
Kepalsuan Fauziah MP Kuantan dibongkar
FAUZIAH SALLEH tidak ada pilihan lain lagi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Pahang terutama sekali di Parlimen Kuantan serta Indera Mahkota yang beliau perdaya selama ini kononnya projek Lynas merbahaya kepada rakyat serta  negeri itu dan tidak menepati kehendak piawaian antarabangsa sedangkan projek Lynas ini cukup penting kerana ianya. menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi Negeri Pahang dan membuka banyak peluang-peluang perkerjaan.


Pendedahan MP Hulu Langat,Dr Rosli Che  Mat jelas menunjukan bahawa selama ini Fauziah berbohong,menipu dan memanipulasikan segala fakta yang mungking beliau kutip di kedai kopi bukan sahaja berbohong di Kuantan ataupun Indera Mahkota tetapi beliau turut berbohong dalam Dewan Rakyat  bilamana beliau mendesak dengan begitu keras supaya projek tersebut dihentikan demi keselamatan dan nyawa penduduk Kuantan serta yang berdekatan.


Tembelang penipuan Fauziah ditelanjangkan satu persatu oleh Dr Rosli yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat itu membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan mahu menyaman TV3,Wartawan dan beberapa individu sekiranya pendedahan tentang keperluan serta kebaikan projek Lynas itu tidak dihentikan siarannya oleh TV tersebut.


Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear membelasah gelagat partinya sendiri bersekongkol dengan Fauziah yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Tindakan Dr Rosli ini tidak disenangai oleh pimpinan PAS dan akhirnya beliau dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang projek Lynas ini.


Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS apabila beliau boleh dihalang begitu sahaja oleh partinya daripada mendedahkan kebenaran.Malang nasib Dr Che Rosli ini dan lebih memalukan lagi PAS yang kononnya selama ini mendakwa mendapat pengikhtirafan golongan professional akhirnya turut memalukan kepakaran yang ada pada golonngan-golongan ini.


Jelas PAS sanggup bersekongkol dengan penipuan fakta oleh Fauziah selama ini di mana selama ini PAS merelakan segala fakta diselewengkan dengan begitu tidak bermoral oleh Fauziah dan pasukanya di Pahang.


Antara mereka yang terpedaya dan diperdaya
Soalnya adakah Dr Rosli sanggup tunduk dan turut berbohong serta menpu seperti Fauziah ini?Sekiranya beliau memilih untuk berdiam diri dan menelan bulat-bulat segala pembohongan tersebut,secara tidak langsung Dr Rosli telah menghina kepakaran yang beliau milik selama ini hinggakan beliau digelar saintis.

Sanggupkah Dr Rosli menelan bulat-bulat penafian yang dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan Dr Zulkifli sedangkan mereka ini bukan pakar nuklear seperti beliau dan ketiga-tiga mereka ini sedang tunjuk hebat walaupun mereka bukan tahu sepatah pun tentang nuklear ataupun projek Lynas itu sebagaimana kepakaran yang dimiliki oleh MP PAS dari Hulu Langat ini.Jelaslah juga tindakan tokoh-tokoh PAS ini cukup biadap terhadap kepakaran yang Dr Rosli miliki.


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya menolak projek nuklear Lynas. Dan dalam masa yang sama Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang selama ini menjadi burung kakak tua membising membantah  projek kilang Lynas difahamkan juga turut memperlekehkan pandangan dan kepakaran Dr Che Rosli.


Kumpulan yang meletakkan hanya kepentingan politik sebagai asas penting mereka sedang berusaha untuk mengelirukan pandangan serta pemahaman rakyat terhadap isu Lynas ini.Mereka kutip segala maklumat palsu dan menggunakan segala tipu daya yang ada bagi mengelirukan rakyat.


Kumpulan pembangkang yang dikepalai oleh Fauziah Salleh ini  menolak laporan Panel Pakar Bebas Antarabangsa iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yangdianggotai oleh 9 pakar terdiri daripada 9 orang ahli, empat orang dari IAEA dan selebihnya dari Kanada,United Kingdom,Balanda dan Afrika Selatan. Mereka ini adalah merupakan pakar-pakar terkemuka berkaitan dengan aspek kesiahatan dan keselamatan radisi. Jadi siapa Fauziah Salleh untuk membantah tentang keselamatan ataupun tahap radiasi Lynas ini?


Dalam laporan,pakar-pakar  menjelaskan bahawa Lynas sehingga kini teklah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh dua badan pengawal tempatan iaitu AELB dan DOE.Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik dan bermuka-muka parti itu.


Tidak cukup dengan laporan pakar-pakar itu dan juga pendedahan terbaru Dr Che Rosli,paling kita kesalkan lagi, mereka berterusan menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekonomi namun pembangkang tetap meletakkan kepentingan politik sebagai yang utama daripada segalanya meskipun Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sendiri  menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.Pakar-pakar telah mengsahkan dan MP PAS juga mengsahkan Lynas selamat serta langsung tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh Fauziah Salleh.


Bila penipuan ini terbongkar.mana mereka semua ini mahu letak muka?Baik Fauziah,Tuan Ibrahim,Mahfuz atau Zulkefly harus mencerminkan muka mereka, siapa lebih pakar antara mereka dengan Dr Che Rosli? Atau mereka mahu terus tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar dari segala pakar termasuklah kepakaran mereka mengatasi Dr Che Rosli.

Wednesday, August 10, 2011

Rosmah harus buktikan beliau mangsa fitnah!
SEBENARNYA tidak ada sebab untuk memilih menulis tentang Rosmah Mansor kerana beliau bukanlah sesiapa,beliau bukan wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya ataupun Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk bertanggungjawab terhadap mana-mana kementerian  tetapi beliau hanyalah  secara kebetulan isteri seorang Perdana Menteri yang sedang hebat diperkatakan oleh kawan dan lawan ketika ini.

Rosmah Mansor ketika ini ternyata dijadikan sasaran berterusan pembangkang untuk mempertikaikan peranan yang beliau mainkan sebagai isteri Perdana Menteri malah ada yang melihat kadang-kadang tindak tanduk beliau tidak mencerminkan kedudukannya sebagai seorang isteri yang seharusnya berdiri di belakang suami untuk membantu sekadar yang termampu.

Kita tidak tahu apakah punca sebenar Rosmah Mansor diserang bertubi-tubi oleh pembangkang?Adakah beliau dilihat sebagai kelemahan PM Najib ataupun dia dilihat sebagai kekuatan yang harus diruntuhkan seandainya pembangkang bercita-cita untuk menawan Putrajaya?Ataupun pembangkang sedang irihati melihat kecemerlangan Rosmah membantu suaminya untuk mengemudikan Negara ini?

Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa idea menubuhkan PERMATA adalah satu idea yang bagus demi survival kanak-kanak Malaysia.Jelas Rosmah begitu bersungguh menjayakannya tanpa mempedulikan apa kata pengkritik terhadap idea beliau itu hingga ada yang mengatakan bahawa campurtangan berterusan Rosmah terhadap gagasan ideanya itu seperti mengambilalih peranan serta tanggungjawab kementerian berkaitan.Itulah persepsi yang terus dimainkan oleh pembangkang.

Namun sikap berdiam diri Rosmah menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan dan parti pimpinan suaminya PM Najib.Setiap isu yang timbul ataupun fitnah yang dilemparkan, Rosmah lebih mudah mengambil sikap berdiam diri dan menguncikan segala kenyataan dengan membiarkan fitnah ataupun kenyataan demi kenyataan terhadap diri beliau dicanai semahunya oleh pembangkang dan orang-orang yang tidak senang dengan kedudukan ataupun ideanya.

Dalam saat beliau diserang atau difitnah bertubi-tubi,ramai yang berharap agar beliau tampil untuk mempertahankan dirinya atau mengambil tindakan undang-undang sebagaimana Rais Yatim mengambil tindakan undang-undang apabila beliau dan keluarganya difitnah.Mereka mahu Rosmah buktikan segala serangan-serangan peribadi terhadap beliau selama ini adalah fitnah semata-mata.

Rosmah tidak boleh berharap semata-mata kononnya rakyat boleh menilai ataupun berselindung di sebalik kenyataannya bahawa beliau berpendidikan dan tidak salah membantu suaminya dalam soal-sola yang melilibatkan pentadbiran Negara walaupun sebelum ini tidak ada dalam sejarah Negara seorang isteri begitu sekali menggunakan kedudukan hingga dilihat lebih sudu dari kuah.

Benar kita setuju kalau itu sejarah yang diubah dan boleh menguntungkan kerajaan dan parti tapi dalam masa yang sama, Rosmah harus juga mengambil kira pandangan orang-orang bawah ataupun rakyat yang semakin hari dimomokkan dengan segala cerita dan berita negatfi tentang beliau dan dalam masa yang sama Rosmah dilihat langsung mengenepikan penyokong-penyokong serta keluh kesah rakyat diperingkat akar umbi.

Kata orang berani kerana benar,takut kerana salah dan kebimbangan inilah yang menghantui penyokong kerajaan dan parti apabila sikap berdiam diri Rosmah itu akan ditafsirkan sebagai benar-benar bersalah dan Rosmah meletakkan parti dan kerajaan dalam keadaan yang lebih rumit..Terlalu payanh menangkis serangan pembangkang apabila tuan tubuh sendiri berdiam diri seribu bahasa.

Kita tidak berniat untuk mengungkit segala macam tomahan yang dilemparkan terhadap beliau kerana kita sendiri pun seram sejuk dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang namun sikap `memekakkan telinga dan menebalkan muka’ merungsingkan ramai dan rakyat perlu rungsing kerana beliau adalah orang yang disahkan rapat serta akrab dengan Perdana Menteri.

Logiknya isu cincin ini gila!
Sebagai satu  contoh,dalam isu cincin berlian yang dikatakan bernilai USD24 juta itu dan isu ini dimomokkan oleh seorang penyokong PKR dari Rembau, seharusnya Rosmah tampil mengambil tindakan undang-undang dan mengheret pemfitnah ini ke muka pengadilan tapi malangnya Rosmah tidak ada ketegasan ini dan membiarkan isu cincin itu diperkatakan baik di kedai kopi atau di mana-mana sahaja dan jawapan Rosmah yang tidak mahu melayan isu ini bukanlah penamat kepada segala dakwaan yang dilemparkan itu.

Mencari simpati dan pengertian dalam kedudukan parti dan kerajaan yang dilihat tidak kuat ini, Rosmah seharusnya lebih berani untuk `mengajar’ sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah terhadap beliau kerana fitnah-fitnah itu bukan sahaja mencemarkan maruah beliau tetapi turut menjadikan PM Najib terpalit sama dan lebih malang lagi parti dan kerajaan akan dimangsai secukupnya oleh pembangkang yang mengambil kesempatan atas sikap berdiam diri itu.

Lihat bagaimana Anwar Ibrahim dan Wan Azizah menggunakan mahkamh untuk menutup krtikan ataupun tudahan terhadap beliau dan tindakan yang dibuat oleh suami isteri malang ini sedikit sebanyak berjaya menyentapkan gerakan untuk lebih membongkar lagi penipuan dan pembohongan mereka. Rakyat hari ini lebih yakin Anwar dan Wan Azizah tidak bersalah kerana  `keberanian’ yang mereka tunjukkan itu.

Kita tidak minta banyak ataupun kurang daripada Rosmah.Kita hanya mahu beliau tampil mempertahankan dirinya kerana hari ini beliau telah dijadikan sasaran kritikan,tohaman dan celaan yang cukup hebat daripada pembangkang hingga sampai kepada satu peringkat, beliau dianggap liabaliti kepada parti dan kerajaan pimpinan PM Najib.

Mengapa pembangkang begitu berani sekali?Sebabnya cukup mudah kerana mereka yakin Rosmah tidak ada keberanian untuk mempertahankan dirinya apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang. Kita bukan tidak saying Rosmah tapi kita lebioh sayangkan parti dan kerajaan.Pemimpin boleh dating dan pergi tapi institusi dalam apa sahaja keadaan perlu dipertahankan maruah dan kredibilitinya.

Kita perlu ingat dan sedar bahawa politik Malaysia ini sedang dibina berdasarkan persepsi.Fakta dan bukti bukan lagi menjadi keutamaan.Kegagalan menguruskan persepsi akan banyak mendepani kerajaan dan parti dalam masalah.Kita perlu akui dalam menguruskan persepsi hari ini, pembangkang telah berjaya.

Sikap berdiam diri Rosmah banyak kesan buruknya kepada parti dan kerajaan dan lagi lama Rosmah berdiam diri,lagi banyak masalah kepada kerajaan dan jentera parti..
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers