Wednesday, May 18, 2016
Satu
ketentuan Tuhan yang cuba ditafsirkan sebagai bala oleh sebahagian orang yang telah terpesong pegangan agama malah fikiran mereka juga telah rosak kerana hanya boleh menilai sesuatu yang
negatif sahaja tanpa cuba berfikir dan mentafsir peringatan Allah di dalam surah Yaasin ayat 82 dan 83 yang bermaksud
:
`SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA ADALAH APABILA IA MENGHENDAKI SESUATU TERJADI,
HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU “JADILAH ENGKAU”, MAKA IA PUN
TERUS TERJADI. OLEH ITU AKUILAH AKAN KESUCIAN ALLAH DENGAN MENGUCAP
SUBHANALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP2 SESUATU DAN KEPADANYALAH
KAMU DIKEMBALIKAN…'
Thursday, May 5, 2016
PENGUMUMAN PM Najib tentang kedudukan Ahmad Razif yang terus kekal sebagai Menteri
Besar Terengganu telah melegakan banyak
pihak terutamanya `TeamRazif'(meminjam slogan TeamAdnan di Sarawak) dan ianya juga
sekali gus menjadikan `RazifFever' (sekali lagi meminjam tagline Sarawak
AdnanFever) menjadi semakin kebah.
Namun kepada ramai orang
yang memerhati sepak terajang politik Terengganu, pasti tertanya-tanya apakah
sebenarnya yang terjadi dan apa sudah jadi dan itulah karamatnya slogan "
tak pernah sebelum ini" yang menjadi `tagline' kebanggaan orang-orang
Terengganu dan mereka semua
tertanya-tanya apakah kesudahannya, apakah benar krisis ini sudah berakhir atau
ianya membuka episod krisis yang baru di Terengganu.
Saturday, October 17, 2015
![]() |
| Ibrahim Saad diumumkan KP BTN yang baru. |
PANJANG
jangkamasanya sebuah perjalanan perjuangan mengangkat nilai bangsa dengan permulaan tahun
2011 hingga kini tahun 2015 dan khabar yang singgah di telinga cukup untuk membuatkan
kita menarik nafas lega dan tidak ada perkataan lain yang pertama terucap melainkan
merafak rasa syukur bila dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa sudah ada
pengumuman daripada Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) iaitu Azalina Otrhman Said bahawa Biro Tata Negara (BTN) akan mendapat Ketua
Pengarah yang baru iaitu orang lama dalam BTN yang akan dinaikan pangkat menggantikan
Raja Arif Raja Ali iaitu Dato Ibrahim Saad.
Terbitnya
rasa syukur ini adalah kerana perjuangan yang panjang dan berliku yang di
tempuhi, akhirnya ada sedikit kemanisan dan erti. Perjuangan yang tidak
langsung sama sekali bertujuan peribadi tetapi semata-mata ingin menyelamatkan
salah satu agensi yang menjadi wadah kepada perjuangan bangsa dari dimusnahkan
dari dalam oleh sibangang dan sitolol yang menjadi utusan bagaikan `trojan
horse' dalam epik sejarah yang terkenal.
Sekalung
tahniah kepada PM Najib dan Menteri di
JPM diatas keputusan tepat dan bijak biarpun agak terlambat
untuk menukar KP BTN kerana masa yang ada cuma tinggal 2 tahun 6 bulan sahaja
lagi tetapi bak kata pujangga `some thing better than nothing',sekurang-kurangnya kalian akhirnya menyedari sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan agensi ini.
Monday, September 7, 2015
TIDAK ada yang lebih memilukan bila melihat bangsa terus dihina,deikeji serta diaibkan dan tidak terasa terhina sangat tatkala Bersih 0.1 hingga Bersih 0.3 tetapi Bersih 0.4 adalah satu perlakuan yang cukup sukar dimaafkan oleh orang-orang Melayu yang mempunyai hati serta perasaan dan jika tragedi hitam 13 Mei 1969 46 tahun yang lalu berlaku, kita faham waktu itu sebahagian orang Cina masih lagi kecewa dengan kemerdekaan Negara yang secara automatik mengangkat orang Melayu menjadi ketua.
Rasa angkuh mereka yang menguasai ekonomi menyebabkan mereka merasakan mereka lebih berhak kerana kononnya mereka lebih cerdik dan menguasai ekonomi (38% waktu itu), malah rasa sayang dan cinta kepada Tanah Melayu juga belum terbit kerana baru sahaja menjadi Warganegara.
Hasutan demi hasutan dibuat secara berpanjangan khususnya apabila Singapura disingkir keluar dari Malaysia dan mereka waktu itu cuba mengagalkan kemerdekaan Negara kerana telah menjadi syarat bahawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu akan kekal jika tiada sebarang perbalahan kaum dalam tempuh 10 tahun.
Mereka merancang dengan
sengaja untuk timbulkan perbalahan dalam tempoh itu kerana jika berlaku pasti
landskap negara akan bertukar dan mungkin mereka berpeluang memerintah negara
bila status kemerdekaan dikaji semula.
Namun syukur, perancangan jahat sebahagian Cina ini tidak berlaku dalam tempuh 10 tahun dari tarikh kemerdekaan sebaliknya berlaku 2 tahun selepas tamat tempuh perjanjian kemerdekaan. Bukan main dalam tempuh itu gerakan provokasi sebahagian Cina dibuat kepada orang Melayu dalam pelbagai kaedah. Bukan setakat kata-kata penghinaan “melayu balik kampung tanam jagung”, malah perbuatan mereka juga mencabar kesabaran orang Melayu melalui perbuatan dan tindakan yang memalukan.
Saturday, August 8, 2015
OMBAK
dan badai politik yang menimpa sesebuah parti politik dan dilalui oleh seorang
pemimpin adalah satu kurikulum dan modul wajib yang wajaib dilalui sebelum parti dan
pemimpin untuk diangkat ke satu darjat yg lebih tinggi dan Itulah yg sedang
dilalui oleh PM Najib dan parti yang sedang beliau pimpin.
Sebagai
pemerhati yang peka, vokal dan nakal,
saya sendiri seakan kehilangan kata-kata bila rakan follower dan friends dalam
dunia maya turut terperangkap antara "cubaan menegur dan cubaan
menggugur".
Saya kira tidak perlu menggulas dan menyenaraikan isu, krisis persepsi malah persoalan kredebiliti seorang PM yang sedang menjadi fokus kawan dan lawan tetapi persoalan sekarang ialah apakah kita sebagai penyokong dan pendokong turut juga terhumban ke perangkap lawan?
Tuesday, June 30, 2015
GERAKAN
DAP makin melampau dan mereka sedang hebat mengambil kesempatan di atas kemelut
yang sedang melanda bangsa Melayu dan partai-parti yang bertunjangkan kekuatan
orang-orang Melayu malah mereka sudah terlalu jauh dengan mempunyai keberanian
luar biasa menyerang kedudukan orang-orang Melayu serta agama Islam di negara ini.
Mereka
bagaikan sedar Melayu sudah hilang kekuatan,sudah mundur semangat sahsiah serta
jati diri sebagai orang Melayu yang dikatakan tuan kepada negara ini dan kerana
itu mereka mula mencorakkan politik mereka apatah lagi bila ada sebahagian
kelompok Melayu yang turut serta mempersetujui segala gerakan yang sedang
mereka lakukan ketika ini.
DAP
sudah tidak segan silu atau malu alah bila mereka menyerang institusi
Beraja,kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi
negara ini dan DAP berselindung disebalik dua tiga kerat Melayu yang semakin
lupa diri serta asal usul mereka menubuhkan Sekolah Demokrasi DAP yang
ditunjang oleh orang-orang Melyu sendiri.Mereka ini sanggup jadi alat,jadi
barua,jadi perkakas dan tali barut DAP demi memungkinkan cita-cita DAP untuk
berkuasa di Malaysia terlaksana.
Monday, March 23, 2015
![]() |
| Sampai bila mereka ini mahu mengemis kuasa? |
TIADA yang lebih menarik
perhatian seluruh para pemain dan pemerhati politik, penjawat awam dan
rakyat di pelbagai lapisan dan kedudukan serta latar belakang agama
melainkan isu hudud atau lebih tepat Pindaan Enakmen Kanun Syariah II 1993
merangkumi Hudud,Kisas dan Takzir yang pembentangannya di DUN Kelantan telah
diluluskan dengan mendapat sokongan sebulat suara termasuklah sokongan daripada 12 ADUN BN/UMNO.
Satu keputusan yang
telah menyebabkan para cyber trooper RBA dan rakan-rakan sekutu dengannya
hilang kata-kata dan telah terkunci papan keyboard masing-masing untuk terus merekayasa
fitnah dan cerita tentang 1MDB, jet baru kerajaan,GST dan juga
perkahwinan Puteri PM Najib.
Malah yang lebih menarik,
peristiwa yang akan tercatat dalam dokumentasi sejarah itu telah menjentik
telur sebahagian pimpinan politik untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan ada yang tergagap-gagap membuat
kenyataan berbaur marah,kesal dan saling ugut mengugut.
Serentak dengan itu
muncullah para penganalisis daripada kalangan `licence politician' berbekalkan
ilmu politik bertaraf PhD dan meramalkan akan berlaku itu dan ini manakala di
kalangan `experience politician' pula sanggup keluar dari pertapaan mengupas
berasaskan berapa banyak garam politik yang telah dimakan bahkan tidak kurang
juga `corporate politician' membuat analisa berasaskan disiplin bisnes
yang menjadi pegangan.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-






