Monday, September 10, 2012

Untung janda,untung lagi pemimpin PAS!
AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abby Abady sesat dan menyesatkan malah `kepulangan’ kononnya kepada sebuah Islam bagaikan tidak memberi erti apa-apa,bukan satu keinsafan malah jauh sekali mahu bertaubat,

‘Keinsafan’ Arbaiyah yang masih mencukur keningnya,bibirnya sentiasa merah menyala disapu berbagai jenama lipstik ini patut dihormati oleh sesiapa pun termasuklah orang yang tidak waras tetapi apabila beliau menjaja kecabulan mulutnya dengan menghina orang lain di sana-sini termasuklah rakan-rakan artisnya membuktikan bahawa beliau sebenarnya belum sedikit pun bertaubat dan ternyata perubahan yang beliau laungkan itu umpama bangkai yang diselindung disebalik sehelai lalang.

Semua orang tahu baik dari LembahKeramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam melalui Gerak Khas sehinggalah kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru,manusia yang lahirnya bernama Arbaiyah ini  tidak sedikit pun mempunyai pendidikan agama hingga melayakkan beliau bercakap soal hukum,halal atau haram maupun syurga atau neraka
.
Tapi pentas yang diberikan oleh PAS,parti yang sedang memperalatkan Arbaiyah ini langsung tidak menegur keceluparan serta kebiadapan penyanyi serta pelakon yang bertahun-tahun terlibat dalam seribu satu macama kemaksiatan apabila Abby yang asalnya terpekik terlolong di pentas nyanyain maupun lakonan sedang menyundalkan agama Islam yang mungkin dia tidak tahu apa-apa namun demi meraih sokongan,janda kepada Norman Hakim ini langsung tidak dihalang walaupun keceluparannya itu secara tidak langsung merendahkan maruah serta martabat agama Islam itu sendiri.

Taubatlah kerana Allah dan bukan kerana PAS!
Bacalah Tweeternya dan lihatlah bagaimana manusia yang tiba-tiba bertudung ini menghukum orang itu dan orang ini malah keceluparan beliau sendiri sebenarnya mempersendakan agama Islam,mempersendakan Allah  tapi mungkin dalam PAS segalanya ini dibenarkan sementelahan  pula guru-guru songsang sebagaimana songsangnya Arbaiyah ini mempertahankannya maka Arbaiyah ini langsung tidak takut dengan petaka yang bakal Allah turunkan pada beliau.Perubahan beliau bukan kerana takut azab Allah tapi perubahan ataupun taubat beliau ini hanya untuk mencari makan.

Kitab mana yang makhluk ini rujuk?Kalam Allah mana yang beliau gunakan?Sumber hadis dan sunnah mana yang beliau belajar hingga beliau sewenang-wenangnya menuduh orang itu dan orang ini sebagainya?Saya kenal beliau secara peribadi dan untuk peringkat ini masih beluam mahu membongkar wajah sebenarnya beliau yang sedang dilitupi dengan tudung-tudung percuma selama ini.

Kita tidak kisah Arbaiyah ini mahu berubah daripada apa sekalipun baik dari setan menjadi iblis,itu adalah hak beliau tetapi apabila Arbaiayh ini dangkat lebih tinggi daripada tokoh-toko agama dalam PAS  dengan sendiri membuktikan PAS sedang melacurkan agama dengan Arbaiyah ini menjadi perkakasnya.

Kasihan janda yang tidak tahu apa-apa ini tetapi beliau sebenarnya sedang menjahanamkan dirinya sendiri apabila membenarkan PAS `menjual;nya hanya untuk meraih undid an Arbaiyah memilih jalan berdosa yang maha panjang senadinya beliau tidak keluar daripada kumpulan yang sedang menunjukan jalan belau ke neraka jahanam.

Arbaiyah ini dimunculkan seolah sebagai guru agama yang mursid,pemimpin muda yang zuhud dan tarafnya mungkin seiring ataupun sebaris dengan Nik Aziz,Hadi Awang,Haron Din dan beberapa orang lagi yang mengaku ulamak besar dalam PAS malah keghairahan Arbaiyah ini bakal mengundang padah apabila di kalangan artis sendiri pun sudah mula berbisik kononnya Arbaiyah bukan memilih untuk berubah tetapi kerana sudah tidak laku dalam dunia nyanyian dan lakonan maka demi mahu meneruskan kehidupan glamer serta mengejar wang,beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menjadi Ustazah Segera.

Ustazah Mee segera-Bertudung bukan tiket hina orang lain
Perlu ada orang untuk memimpin  dan martabiyah Aarbaiyah ini keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa sekiranya Arbaiyah ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu kerana Arbaiyah hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.

Arbaiyah barangkali lupa atau pun bodohnya tahap melampau hingga tidak boleh bezakan parti politik dan agama.PAS itu sebuah parti semata-mata,tidak lebih dari itu,parti yanf sedang gila mahu berkuasa,mereka akan jual apa sahaja dan bukan sahaja anak-anak dara atau isteri orang di jaja ataupun dijual,janda muda seperti Arbaiyah ini pun akan dijual atau dijajanya selagi laku.

Artis lain pun ada yang bertudung tetapi mereka ini tahu menjaga mulut,adab serta sopan seorang wanita kalau mahu dibandingkan dengan Arbaiyah ini. 

Malah ada yang mendakwa elok jugalah Arbaiyah ini diceraikan oleh Norman dan dikutip oleh PAS  kerana wanita yang disangka lemah lembut ini rupanya ada dua wajah.Kalau zaman dulu-dulu pasti mulut Arbaiyah ini kena cabai!

Jangan bermain-main dengan hukum atapun ayat-ayat Al-Qur`an kalau Arbaiyah baru setahun jagung mengenalinya dan jangan sesekali menjadi Ustazah Google ataupun Ustazah Yahoo kerana dalam mendalami ilmu agama serta melengkapkan perubahan,guru sebenarnya perlu dicari dan menuntut ilmu melalui pembacaan semata-mata kita bimbangi akhirnya Arbaiyah menjadi gila isem,duduk tepi tiang letrik ataupun stesen bas bercakap sendirian.

Ingat betudung bukan tiket untuk menghina orang lain.Sertai PAS bukan modal untuk masuk syurga.Ulamak-ulamak dalam PAS pula sudah jadi macam tunggul kayu mati hingga tidak berani menunjukkan jalan Islam sebenarnya kepada bekas artis yang sedang jadi seperti ubat tamat tempoh ini.

Apa khabar Normala Sudirman bekas calon PAS DUN Tenang?Sejak ada Abby Abadi ini,bekas cikgu ini dah jadi kain alas kaki ke?

Friday, September 7, 2012

Rakyat tak tahu beza malaikat dan iblis!
KITA jadi hairan dengan rakyat Malaysia hari ini yang mengaku Melayu dan beragama Islam tetapi sanggup mendengar tazkirah yang dilbuat dalam masjid  oleh orang-orang yang sudah dikenalpasti tidak bermoral dan melakukan dosa-dosa besar malah sehingga ke hari ini masih lagi belum bertaubat.

Kita terima kalau Anwar ini latar belakang pendidikannya dalam agama Islam,pengkaji kitab ataupun Al-Qur`an dan takkan hanya kerana beliau bekas Presiden ABIM itu merupakan satu tiket untuk beliau bebas keluar masuk masjid berceramah? Takkan hanya kerana Anwar pandai serta hafal sepotong dua ayat-ayat Al-Qur`an itu sudah dikira sebagai orang yang berilmu?Takkan semudah itu rakyat negara ini menggunapakai sebagai penanda aras untuk melihat seseorang itu bijak beragama.

Mengambil contoh apa yang berlaku di dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini,wajarlah tindakan sesetengah pihak yang menghalau keluar Anwar Ibrahim malah difahamkan ada yang membaling kasut ke arah Anwar kerana bertazkirah dalam masjid kerana jelas kedegilan Anwar itu boleh memalukan masjid serta kariah itu sendiri lantaran Anwar memang diragui moralnya,tidakada tauliah untuk mengajar dan paling penting kita tidak tahu Anwar ini belajar agama di mana yang melayakkan beliau memberikan tazkirah berunsur agama itu.

Kalau di kariah lain,seseorang imam yang dilihat membeli nombor ramalan emapt ekor pun boleh dipulaukan dan tidak dibenarkan menjadi imam apatahlagi Anwar yang sehingga ke hari ini masih gagal membuktikan bahawa beliau telah bersih dari segala dosa-dosa maksiat yang dilakukannya.

Namun sayangnya masih ada orang yang beragama Islam dan mengaku beragama,tahu hukum halal haram masih sanggup menjadi makmum kepada Anwar,masih sanggup memasang telinga untuk mendengar temberang Anwar,masih sanggup duduk mengadap `tazkirah’ Anwar dalam jangka masa yang lama dan kita percaya rakyat ini sedar bahawa yang sedang menasihati mereka itu adalah orang yang tidak layak malah makan semeja pun tidak dibenarkan.

Takkan orang begini layak bercakap soal agama?
Kita mempersoalkan di mana kelayakan Anwar untuk memberikan tazkirah agama ini?Majlis Agama negeri mana yang memberikan beliau tauliahnya?Sultan ataupun Raja mana yang bersetuju Anwar mengguna ataupun memperalatkan masjid ini untuk kepentingan peribadi beliau?

Kalau mendengar video tazkirahnya di masjid di Alor Setar itu yang dimuat turun melalui  You Tube,rujukannya cuma Shiekh Yusuf Qardawi,ulamak yang diperdayakannya dalam isu liwat beliau dan pemerdayaan ini pernah diakui oleh Zulkifli Nordin bukannya kitab-kitab ataupun Al-Qur`an,sirah Nabi atau sebagainya bagi memperkukuhkan segala hujahnya,Anwar  cuma belajar melalui telinga.

Ketaksuban rakyat ataupun penyokong Anwar ini sudah sampai ke tahap paling kritikal sehingga mereka gagal membezakan yang mana malaikat,yang mana iblis ataupun syaitan dan membenarkan Anwar menggunakan masjid atau surau sebagai paltform politiknya bukan sahaja menghina golongan yang celik agama tetapi telah menghina dan mengiabkan institusi masjid itu sendiri.

Anwar masuk masjid,berdiri atas mimbar adalah kerana tidak ada tentangan daripada orang yang celik agama ini dan memilih untuk bersekongkol serta menyokong segala kerosakan yang Anwar sedang lakukan terhadap agama,bangsa dan negara ini apatah lagi Anwar juga diberikan layanan yang cukup hormat walaupun beliau bekas banduan dan terpalit dengan kes liwar serta melanggani pelacur Cina.

Menelusuri  latarbelakang moralnya itu,adakah tidak ada lagi orang alim,intelektual agama di Negeri Kedah ataupun negeri-negari lain yang mampu memberikan tazkirah di masjid itu sehingga terpaksa mengundang Anwar untuk menyampaikan tazkirah agama malah pernah satu ketika (mungkin larangannya sehingga ke hari ini) Nik Aziz sendiri tidak dibenarkan menggunakan masjid ataupun surau di Selangor untuk menyampaikan tazkirahnya,walaupun Nik Aziz itu mencacatkan agama islam namun kalau mahu dibandingkan moralnya dengan Anwar,Nik Aziz lebih baik sedikit dari Anwar itu.

Walaupun dikatakan PERKASA yang menyerang beliau di masjid itu,Anwar ataupun pengurusan masjid itu perlu menerima hakikat bahawa Anwar bukan orang yang layak untuk bertazkirah dan tindakan `menceroboh,membaling kasut,membuat bising’ bagi menghentikan kegilaan Anwar itu wajar dihormati kerana mereka ini sedar pembohongan serta temberang Anwar itu.

Moral Anwar tetap meragukan!
Anwar orang politik dan bukannya guru agama.Sudahlah PAS merosakkan Islam,Islam akan lagi rosak binasa sekiranya kelibat Anwarnyang sedang menggunakan masjid serta surau ini tidak dihalang malah orang yang beragama lain pun sedang tergelak sakan kerana kebodohan rakyat negara ini yang beragama Islam boleh menerima `guru agama’ seperti Anwar ini.

Anwar bukan sahaja tidak boleh dibenarkan menggunakan mimbar malah kalau berjemaah sekalipun,tempat beliau paling layak adalah di saf paling belakang bersama budak-budak yang baru akil baligh.Anwar ini barangkali sama sahaja dengan Salman Rushdie ataupun tokong-tokong serta berhala yang dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW suatu ketika dulu.

Cukup-cukuplah rakyat Malaysia jadi mangsa diperbodohkan oleh Anwar dan juak-juaknya ini.Kalau mahu belajar agama sekalipun carilah guru yang mursid,bergurulah dengan inteletual agama yang kita tahu latar belakangnya bersih dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil secara berpanjangan.Menunut ilmu daripada guru yang baik akan menjadikan amalan kita bertambah baik serta sempuran tetapi kalau berguru dengan Anwar ini,rasanya jiawa raga kita sudah terlalu sakit dan perlu diubati zahir serta bathin.

Nur Jazlan cadangkan usia 50 tahun ke bawah.
KITA setuju dengan kenyataan MP Pulai Nur Jazlan Mohamed yang mencadangkan calon-calon PRU13 akan datang Barisan Nasional memperkenalkan calon-calon yang berusia di bawah 50 tahun namun dalam masa yang sama calon-calon tersebut mestilah juga dikenalpasti sebagai calon yang mempunyai sahsiah,jati diri dan meletakkan kepentingan parti serta kerajaan melebih daripada kepentingan peribadi dan bukannya jadi pemanas kerusi di Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon tersebut hendaklah sentiasa bersedia untuk bangkit di dalam Dewan Rakyat bagi mempertahankan kepimpinan,parti dan kerajaan bila diserang,diherdik,dihina serta dicerca oleh pembangkang dan bukannya mengambil peluang untuk berbahas ataupun berhujah di dalam Parlimen ketika Perdana Menteri berada di dalam Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon berumur di bawah 50 tahun seperti MP Hulu Selangor,P.Kamalanathan.MP Kota Belud,Abdul Rahman Dahalan,MP Rembau,Khairy Jamaluddin,MP Arau,Ismail Kassim,MP Lenggong, Shamsul Anwar Nasrah (sekadar menyebut beberapa nama) membuktikan pemilihan mereka oleh parti dan rakyat sebagai wakil mereka tidak menjadi sia-sia apabila mereka ini sering serta tidak membenarkan mana-mana pun pembangkang menghina ataupun mengaibkan kepimpinan,kerajaan serta parti dan bersedia pada bila-bila masa `menyekolah’ pembangkang dan paling penting mereka ini jarang ponteng daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Nama-nama yang berusia bawah 50 tahun seperti KJ dan Rahman Dahalan ini bukan sahaja berani di dalam Dewan Rakyat malah berdebat dengan pembangkang pun mereka bersedia bila-bila masa dan mereka menggunakan peluang ataupun rezeki sebagai Wakil rakyat dengan sebaik-baiknya dan tidak mengejar untuk jawatan-jawatan di GLC ataupun GOC..

KJ buktikan..!
Mereka yang berusia di bawah 50 tahun seperti yang disebutkan awal tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan dan mereka membuktikan pemilihan mereka sebagai Wakil Rakyat oleh parti mereka  tidak silap,mereka gunakan sidang Dewan Rakyat sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat,parti serta kerajaan.saat mereka ini bertegang urat dengan pembangkang,mana rakan-rakan yang seusia dengan mereka?

Kalau mahu dibandingkan dengan Nur Jazlan sendiri atau boleh tengok ataupun baca hansard Parlimen,tanya beliau berapa kalikah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat?Berapa banyak soalan bertulis ataupun soalan lisan yang beliau ajukan?Berapa kalikah beliau bangun mempertahankan kerajaan,parti ataupun pemimpin bila diserang oleh pembangkang sedangkan beliau juga dikategorikan sebagai pemimpin muda yang diberi peluang untuk jadi wakil rakyat sebelum umurnya 50 tahun.

Kita menganggap kenyataan Nur Jazlan itu seperti meludah kelangit kerana dalam kesempatan beliau diberikan peluang untuk menggantikan ayahnanda beliau,beliau gagal untuk menjadi Mohamed Rahmat kedua dan beliau cuma bernafsu besar termasuklah pernah menawarkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.Isu yang dipolemik  Nur Jazlan ini seperti membuka pekongnya sendiri dan silap PM Najib juga kerana melantik beliau jadi Pengerusi GLC Uda hingga beliau sibuk dan tidak dapat menumpukan kerja-kerja Wakil Rakyat di parlimen!

Persoalan usia calon sebenarnya tidak perlu dibangkitkan asalkan calon itu sihat serta waras dan mampu mempertahankan institusi walaupun mereka berumur lebih dari 50 tahun seperti MP Sri Gading,Mohamed Aziz,MP Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (sekadar menyebut beberapa nama) malah mereka ini jugalah yang dilihat menjadi inspirasi kepada MP-MP yang masih muda malah dalam susur galur perjuangan politik ianya tidak ada titik noktah sehinggalah dijemput Allah ke alam barzakh.

Mohamed Aziz buktikan usia bukan penghalang!
Kita perlu mengakui hakikat bahawa yang berumur lebih daripada 50 tahun lebih efisen serta bertenaga kalau mahu dibandingkan dengan usia yang dimaksudkan oleh Nur Jazlan itu malah sebelum ini  kita telah kehilangan wakil-wakil rakyat  yang berani,vokal seperti Alwi Che Ahmad (Ketereh) Mohamad Said (Jasin) Badarudin Amiruddin (Jerai) dan beberapa nama lain lagi dan kalau nama-nama ini masih ada di Dewan Rakyat dan bergabung dengan yang sedia ada ketika ini,kita percaya pembangkang tidak akan berani angkat muka untuk menyentuh peribadi ataupun  menghina perlaksanaan dasar kerajaan.

Betul kita perlu pemimpin yang muda,wakil rakyat yang bertenaga tetapi apa gunanya kalau mereka ini berada di Dewan Rakyat hanya sekadar untuk mencukupkan korum,memanaskan kerusi,makan elaun buta,cakapnya dipentas ceramah berdegar-degar tetapi menikus di dalam Dewan Rakyat dan pada Nur Jazlan.tidak payahlah mencetuskan isu kerana setakat ini selain nama-nama yang disebutkan di atas tadi merekalah sebenarnya pejuang parti yang mempertahankan kerajaan dan kepimpinan.
Monday, September 3, 2012

HarakahDaily sama jijik dengan MalaysiaKini!
HARAKAHDAILY maupun tabloid Harakah merupakan portal Pas sama tidak bermoral dan corak pemberitaan yang tidak beretika sepertimana Malaysiakini dan media pembangkang lain malah mereka ini juga dilihat sebagai satu pasukan yang cukup berani melemparkan fitnah serta sambung menyambung laporan –laporan dusta dalam media mereka masing-masing.

Portal PAS ini barangkali berguru dengan `pemberita-pemberita bajingan’ dari portal MKini yang jelas menunjukkan wajah bahawa mereka adalah pendokong ataupun inspirasi kepada gerakan pembangkang dalam Negara ini dan sebagai sebuah akhbar ataupun portal milik parti PAS dan menjadi dasar parti itu sekarang untuk menyokong sebarang fitanh serta melestarikan fitnah-fitnah itu, kalangan pemberita daripada HarakahDaily mengambil langkah seumpama yang dilakukan oleh portal alternative lain.

Lihat sahaja bagaimana busuk serta jijiknya permainan HarakahDaily melalui coral pemberita yang rendah akhlak serta moralnya untuk mengaibkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bila mereka melaporkan pelajar-pelajar sebuah sekolah  tahfiz enggan bersalam dengan Isteri Perdana Menteri itu dalam satu majlis Sambutan Hari raya Aidilfitri.

Fakta sebenarnya disembunyikan oleh pemberita yang tidak bermaruah ini dan dengan bermodalkan sekeping gambar `mati’ mereka mencanangkan kepada seluruh penggemar portal HarakahDaily yang tidak bermaruh ini bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap Rosmah dan menjadikan pelajar-pelajar tahfiz sebagai alat mereka.

Beberapa keping gambar lain yang mereka `curi dari SINI tidak mereka siarkan dan dengan sekeping gambar itulah mereka jadikan modal untuk memperdayakan pembaca mereka.itulah yang dikatakan mereka ini sama sahaja sifat buruk serta perilaku songsang seperti yang menjadi amalan portal MalaysiaKini.

Mereka ini bagaikan ketandusan isu dan mereka terus berusaha mencari jalan untuk merendahkan maruah dan martabat Rosmah setelah mereka gagal mengaibkan Perdana Menteri dan sasaran mereka terus ke pihak lain dan akhirnya Rosmah jadi mangsa.

Namun laporan menggunakan pelajar-pelajar tahfiz itu adalah taktik paling jijik dan cukup hina  serta penulisan yang paling tidak bermaruah oleh sebuah portal yang partinya mendokong prinsip serta perjuangan Islam.

Gambar ini ditiadakan oleh wartawan mereka..
Mereka cuba mengelirukan pelayar ataupun pembaca  dan jelas sekali etika kewartawana yang mereka amalkan adalah bersifat longkang kerana mereka menggunakan pembohongan dan penipuan bagi meraih sokongan supaya rakyat termasuk pelajar membenci Rosmah.

Pemberita ini tidak perlu disuruh bertaubat kerana bagi mereka melakukan dosa kering seperti ini adalah amalan biasa.Malah menghina,mengaibkan Rosmah adalah pakaian yang sering mereka pakaikan sepanjang masa dan setiap masa mereka akan cuba mencari peluang untuk menipu rakyat.

Mereka akan terus berusaha untuk memberikan imej buruk kepada rakyat tentang Rosmah Mansor dan tidak hairanlah mereka ini sanggup mengeluarkan modal yang cukup besar walaupun terpaksa menggunakan wang rakyat bagi memburuk serta menjejaskan kredibilti Rosmah sebagai isteri  Perdana Menteri.

Dalam masa pemimpin mereka menyorokkan isteri,menambah bini-bini,menyundal dengan isteri orang,anak dara maupun janda,mereka cuba menutup kebejatan moral pemimpin mereka ini dengan berusaha mencari salah orang lain.

Kalau PAS itu kita lihat menjadi parti yang semakin sesat.media-media yang dikuasi mereka pula telah menjadi iblis yang bertopengkan manusia dan iblis-iblis inilah yang sedang hebat meladeni HarakahDaily untuk menjamu rakyat dengan cerita-cerita fitnah.

Pada Rosmah Mansor,biarlah anjing-anjing ini terus menyalak kerana Khalifah akan tetap berlalu jua…
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers