Thursday, May 10, 2012
ADA sesiapa yang boleh
beritahu Saifuddin Abdullah Timbalan menteri Perngajian Tinggi supaya berhenti
bercakap kerana setiap kali beliau buka mulut untuk mengulas sesuatu
isu,mulutnya cukup busuk kerana mempertikaikan apa sahaja keputusan kerajaan
yang mana beliau sendiri adalah anggota pentadbirannya.
Beliau sering mencetuskan
kontraversi dan suaranya dalam kabinet atau kerajaan melambangkan suara
pembangkang dan beliau juga dilihat mengambil kesempatan untuk dilihat sebagai
hero dan merelakan dirinya untuk menyokong sebarang gerakan ataupun keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Tidak ada yang hebat untuk
ditandakan kepada Timbalan menteri pengajian Tinggi ini kecuali sebagai racun
yang sedang menyerap ke setiap urat nadi dan selagi beliau berada dalam
kerajaan serta parti,Saifuddin adalah boleh diumpamakan sebagai serangga
perosak yang boleh membunhuh pohon 1MNalaysia yang digagaskan oleh PM Najib.
Sebelum ini beliau menyokong
mahasiswa menyertai demonstrasi Bershi 0.3 yang kotor segala-galanya dan
terbaru beliau mempertikaikan pula perlantikan Hanif Omar sebagai Pengerusi
Panel Penasihat Bebas dan tindakan terbaru Saifuddin ini ternyata
mempertikaikan keputusan cabinet yang bersetuju dengan senarai Panel Penasihat
itu.
Kita memang tidak berminat
untuk menulis tentang Saifuddin ini tetapi memandangkan tindakan-tindakan
beliau semakin hari semakin lari dari prinsip asas sebagai anggota pentadbiran
kerajaan yang sentiasa menyanggah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri,maka
jelaslah Saifuddin adalah antara musang berbulu ayam dan api dalam sekam yang
Najib bela dalam kabinet yang beliau pimpin.
Budaya Politik Baru yang
kononnya Saifuddin perjuangkan ini bukan satu penanda aras baru dalam gerakan
politik kebangsaan dan kalau beliau merasakan semua tindakan kerajaan salah
maka wajarlah beliau sendiri meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri ataupun
sebagai Ahli Parlimen Temerloh.
Siapa Saifuddin untuk
mempersoalkan perlantikan anggota Panel Bebas itu?Mengapa Saifudin bercakap
tentang sesuatu yang bukan dalam bidang atau kepakaran beliau malah Panel Bebas ini langsung tidak
ada kena mengena dengan kementerian yang beliau anggotai?
![]() |
| Berdemo bersama mahasiswa yang sewel! |
Saifudin juga dilihat telah berjaya
dijadikan alat ataupun perkakas oleh pembangkang dan juga portal pro
pembangkang untuk menyerang kerajaan dan bagi Saifudin mungkin beliau merasakan
bahawa beliau adalah Timbalan Menteri yang cerdik kerana sering mendapat
liputan tetapi tanpa beliau sedar beliau sedang diperbodohkan.
Atau mungkin juga Saifuddin
sedang mencari glamour yang tersendiri dan menggunakan akhbar ataupun portal
untuk mempromosikan diri beliau dan bagi mencapai glamour itu,beliau tidak
peduli walaupun terpaksa menyerang kerajaan dan parti yang beliau sendiri
menjadi Timbalan Ketua Bahagian.
Saifuddin tidak layak lagi
untuk berada di dalam kerajaan malah jauh sekali memberikannya tempat untuk
bertanding dalam PRU13 akan datang dan beliau memang layaklah kalau memilih
untuk bertanding atas tiket PKR kerana Anwar Ibrahim adalah idola serta ikon
beliau dari zaman belia lagi.
Saifuddin jangan jadi
seperti anjing,dilepas kala tersepit tetapi menggigit balik bila sudah bebas…Ahli UMNO masih tidak boleh memaafkan Saifudin yang bersekongkol dengan mahasiswa gila yang menurunkan gambar PM Najib di PWTC...
Saturday, May 5, 2012
![]() |
| Pulanglah ke pangkal jalan Azmin! |
NAMANYA
Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun dan kalau sebut nama itu mungkin ramai yang
tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda
Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya kerana beliau adalah ibu
kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.
Ketika
memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan
ayatnya yang pertama.Namun
setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis
membasahi pipi.
”
Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk
kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak
itu.
Menurut
Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata
tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya dan kata
Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah
pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.
Sejak
itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR
berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.Malah
menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk
tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
”
Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat
saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata
kesat.
” Malah
di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk
di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak
bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
”
Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik
perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri,
jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil
menahan sebak.
Che
Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua
pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap
kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki
saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Katanya,
berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika
melahirkan Azmin.
“Namun
ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom
Ketika
ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom
berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya tetapi
beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap
mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara
dan kenalan bertanyakan hal itu.
”
Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka,
bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.
Selasa
lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas
seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks
oral di dalam sebuah tandas.
Paling
mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki
menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di
dalam sebuah tandas.
Gambar
itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan
bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada
bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun,
Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama,
menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
Ketika
diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata,
beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan
tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.
![]() |
| Lukanya hati seorang ibu...! |
”
Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada
masyarakat,” katanya.
Namun
biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya tak akan buang dia, dia tetap
anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal
jalan dan bertaubatlah,” katanya
dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut
Friday, May 4, 2012
SEMUA akhbar Cina seperti Sin
Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily
menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia
bagi membantah kononnya keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika
BERSIH 3.0.
Ketua Pengarang Sin Chew
Daily Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana ramai
pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut dan
Ketua Pengarang, Nanyang Siang Pau, Chong Choong Nam pula berharap agar dengan
ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan
oleh pihak polis.
Akhbar-akhbar berbahasa Cina
di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi
yang menentang kerajaan.
Walaupun hakikatnya mereka
terus wujud, dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa
korupsi dan kekejaman kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi, mereka
tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia.
Jelas bahawa akhbar-akhbar
ini hanya mengikut gerak langkah pembangkang dan telah dibutakan oleh sifat
prejudis terhadap kerajaan. Bukanlah
keterlaluan jika dikatakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas,
terbuka dan telus adalah karut semata-mata.
Sebelum kita terbawa-bawa dengan
sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan
sebenar BERSIH 3.0. BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk
memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.
Jika akhbar-akhbar cina
tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah
berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun
diluluskan. Tinggal satu tuntutan sahaja
yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam
Pilihanraya Umum.
Bagaimanapun SPR telah
bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari. Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu
membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei
1969. Begitupun, bukan kita tidak tahu
bahawa pihak pembangkang telah lama dan sentiasa berkempen, dan untuk mereka
menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang
menyedihkan.
Tentu sekali, dalam kes
‘membersihkan senarai undi’ terutamanya 42,051 nama yang dibangkitkan oleh
BERSIH, SPR memerlukan kerjasama dari individu tersebut sendiri. Ini adalah proses berterusan yang mana,
seperti juga semua negara yang mengamalkan demokrasi tiada jaminan dapat
diberikan bahawa senarai pengundi adalah benar-benar bersih ‘sehingga
menciutkan’.
Tetapi bagi BERSIH untuk
menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan hanya kerana 42,051 nama ini,
adalah satu lakonan yang keterlaluan. Jadi,
BERSIH tidak berpuas hati dan masih ingin mengadakan bantahan untuk menunjukkan
kepada dunia bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti rakyat yang mendambakan
pilihanraya yang bersih bersinar-sinar.
Mereka diberi Stadium
Merdeka untuk ‘duduk dan bantah’ sepertimana yang dijanjikan. Malangnya, atas
sebab yang tidak diketahui, penganjur BERSIH 3.0 telah menolak tawaran ini. Dan
di sinilah puncanya kekecohan di mana akhbar-akhbar cina ini telah dengan
sengaja, terlepas pandang.
Akhbar-akhbar ini patut
bertanya kenapa BERSIH tidak menerima tempat yang ditawarkan? Dan kenapa ‘tempat’ menjadi isu penting jika
benar mereka hanya ingin menunjukkan kekuatan jumlah penyokong? Akhbar mereka juga langsung tidak bertanya
kenapa para peserta perlu berarak di jalanan dan mencabar pihak berkuasa?
Bukankah lebih mudah untuk
mengira jumlah penyokong jika mereka duduk dengan tertib di dalam stadium? Bukankah ia akan lebih aman dan teratur? Jika ini dilakukan, tentunya pihak media
tidak akan melaporkan perbezaan yang jauh dari segi angka sokongan sepertimana
yang berlaku hari ini
Dan akhbar-akbhar ini juga
tidak bertanya kenapa harus para peserta mencuba menceroboh Dataran Merdeka
sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan?
Dan kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan
jelas arahan polis agar bersurai?
Kenapa mereka perlu
melanggar undang-undang? Tidakkah akhbar-akhbar ini tahu bahawa dalam situasi
huru-hara, polis ada hak untuk menundukkan perusuh yang tidak terkawal jika
mereka enggan mematuhi arahan untuk bersurai.
Dalam BERSIH 3.0 arahan dan
amaran diberi bukan sekali, tetapi tiga kali bagi mengawal keadaan. Dan telah menjadi pengetahuan umum bahawa
polis punya hak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar
arahan. Tidak mungkin pihak akhbar cina
ini begitu naïf sehingga tidak tahu bahawa pihak media dan pemerhati juga
tertakluk kepada arahan polis dalam situasi sedemikian?
Kesimpulannya, akhbar-akhbar
ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk
menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan. Seolah-olah, bagi Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming
Daily dan Oriental Daily, profesionalisme dan etika atau mungkin juga
undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang
amat dibenci mereka, iaitu, kerajaan.
Thursday, May 3, 2012
RUSUHAN peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu, bukan sahaja telah menyerlahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mengejar impian hidupnya untuk menjadi Perdana Menteri malah Bersih 0.3 membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sekelumit daripada perancangan jahat pembangkang jika berpeluang memerintah negara.
Anwar akan sanggup membuat apa sahaja, walaupun membakar lebur negara dan bangsanya sendiri, asalkan beliau menjadi Perdana Menteri dan dari satu sudut, Bersih 0.3 boleh dikatakan satu rahmat kepada rakyat kerana mereka kini sedar siapa Anwar dan apakah kemampuan pembangkang sekiranya mereka diberi kuasa.
Bersih telah dijadikan alasan bagi PKR, PAS dan DAP untuk melancarkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan untuk menumbangkannya.
Ia sebenarnya bukan untuk menuntut penambahbaikan dalam proses pilihan raya tetapi satu agenda tersusun pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara secara kekerasan ala revolusi.
Anwar pernah menyatakan hasrat agar 'Arab Spring' yang berlaku di beberapa negara Arab yang menumbangkan kerajaan Mesir, Libya dan Tunisia juga akan berlaku di Malaysia dan beliau mengharapkan perhimpunan Bersih pada 28 April lalu mempunyai cukup momentum untuk menjatuhkan pimpinanPM Najib tapi malang bagi Anwar kerana dengan berkat ketangkasan dan kecekapan pihak keselamatan, segala onar yang dirancang mereka digagalkan.
Perarakan besar-besaran oleh penyokong DAP dan keganasan yang dilakukan oleh peserta Bersih, melayangkan kembali memori generasi rakyat Malaysia yang hidup dan melalui peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih anjuran Pakatan Rakyat saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku pada rusuhan kaum 13 Mei, 43 tahun lalu.
Imej ini kini mahu ulangi semua oleh DAP dengan bantuan, kuncu-kuncuya, PKR dan PAS.
Malah Anwar dengan licik cuba lari daripada kenyataan bahawa dia dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bertanggungjawab mengarahkan agar peserta Bersih merempuh halangan di Dataran Merdeka.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tepat menyifatkan Anwar sebagai orang yang membaling batu sembunyi tangan.
Walaupun pembangkang menafikan sebarang pembabitan dalam penganjuran Bersih tetapi pengakuan PAS bahawa parti itu membiayai peserta-peserta yang didatangkan dari seluruh negara mendedahkan rahsia sebenar motif perhimpunan haram itu.
![]() |
| Aishah juga berniat jahat! |
Paling mengejutkan, Anwar membiayai sekumpulan 'pemantau' yang dibawa daripada enam buah negara untuk mengutuk kerajaan Malaysia serta memperlecehkan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sejak merdeka lagi.
Ini menjadi bukti kukuh bahawa Anwar tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat kuasa asing untuk mencampuri urusan politik Malaysia, selagi ia memberi keuntungan kepadanya.
Untuk mendapat sokongan negara luar terutamanya blok Barat, Anwar mengaitkan kerajaan Malaysia dengan kekejaman Stalin dan Hitler.
Sesuai dengan pendirian Anwar yang menyokong fahaman Zionisme dan Israel, dengan menimbulkan nama dua tokoh yang dikaitkan dengan kejaman terhadap kaum Yahudi, beliau cuba meraih sokongan masyarakat Yahudi yang berpengaruh.
Apa pun Bersih telah berjaya menelanjangkan tembelang dan kelentong Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-











