Saturday, December 21, 2019
HAMPIR dua tahun berdiam diri, setelah lama memerhati,sejak bertukar kerajaan dari BN kepada PH,sejak PH mengistiharkan Manifesto bukan kitab suci dan tidak perlu dipatuhi.

Sejak melihat saban hari harta negara mula dijual satu persatu, rakyat terus terbeban,pemimpin lebih buruk dengan retoriknya. 

Agama Islam mula dijajah, maka SanggahTokJanggut akan kembali semula mengurus massa.

Pengkhianatan kerajaan ini terhadap rakyat tidak boleh dibiarkan.Pencabulan pada demokrasi berParlimen perlu ditentang.Penderhakaan pada Perlembagaan Persekutuan perlu disanggah habis-habisan.


DAP mula menunjukkan belang dan wajah sebenar mereka.Meskipun semua yang memegang tampuk utama dari Perdana Menteri dan KSN,PAT dan IGP,mereka hanyalah pelapik kaki pada DAP.Pemimpin Melayu ini sudah mula diludah oleh rakyat.

Kesalan rakyat sudah tidak bererti untuk tempoh sekitar lima tahun ini.Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang hanya tinggal di atas kertas semata-mata.Undang-undang sudah menjadi undang-undang pilih kasih.

Nasib bangsa Melayu sudah berada dihujung tanduk.Mereka sedang merompak dan menyamun harta negara.Rakyat terkebil-kebil menyaksikan hak mereka,harta mereka,rumah mereka dan kistimewaan mereka sebagai bangsa Melayu dirampas satu demi satu. Mereka sudah menjadi seperti anjing menyalak bukit,mengadu kepada Perdana menteri,Perdana menteri memekakkan telinga,mengadu kepada pemimpin setempat,pemimpin mereka sibuk mengira komisyen dan pendapatan yang bakal diperolehi.

Tinggallah rakyat yang menggunakan doa sebagai senjata terakhir mereka untuk menumbangkan kerajaan yang zalim terhadap mereka ini.
 

Kita akan mengupasnya nanti..



Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers