Saturday, September 22, 2018


BANYAK sangat kekalutan politik yang berlaku sekarang ini.MP UMNO akan keluar parti,PKR sedang bergolak dan berpecah menjadi dua team, PPBM sedang memancing MP daripada parti-parti lain sehinggakan dilihat urusan mengurus negara  menjadi agenda kedua, sebaliknya mengurus catur politik kepartian menjadi tugas utama para pemimpin kerajaan PH hari ini terutamanya PM dan barisan kabinet. 

Jadi tidak  pelik lah jika tidak ada sebarang agenda negara dan  perubahan memperbaiki dasar, sebaliknya meneruskan dasar dan agenda kerajaan lama yang diberi sedikit sentuhan perubahan dinama sahaja. 

Kemuncak kekalutan politik sesama mereka yang mencemaskan pimpinan kerajaan PH hari ini pastinya bila PRK Port Dickson yang akan ditandingi Presiden PKR,Anwar Ibrahim sebagai langkah pertama untuk beliau kembali ke Parlimen bagi merealisasikan hasrat gerakan reformasi menjadikan beliau sebagai PM.

Melihat kepada fokus tumpuan media kepada DSAI dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ketika ini pun seolah-olah dapat dibaca bahawa popularitinya sudah mula mengalahkan TM. 

Ini yang menjadikan sebahagian ahli kabinet kerajaan yang ada sedikit kepanasan dan mula menghitung nasib diatas papan catur kerana pastinya akan terpalit dengan pertarungan baru.


Pertarungan Antara Siapa dengan Siapa? Ramai yang tidak menyedari siapa yang sebenarnya yang akan bertarung dalam politik di Malaysia pasca kerajaan baru PH pilihan rakyat yang baru berusia hampir 5 bulan ini. Yang pastinya Bukan antara UMNO atau PAS atau DAP atau PPBM,PKR atau parti-parti yang wujud. Yang sedang bertarung sebenarnya adalah antara TM dan DSAI.

Sejak DSAI dipecat dan di buang dari UMNO oleh TM,DSAI masih menjadi mimpi ngeri yang menghantui TM.Tidak seperti Ku Li atau Tun Musa yang tidak melawan ataupun melawan separuh jalan apabila dipecat/digugurkan,DSAI bukan saja melawan kembali malah berjaya mencetus satu fenomena kebangkitan dibawah slogan REFORMASI. Pengalaman melawan beliau ialah sehingga  keluar masuk penjara dan beliau tahu ianya diatur melalui kuasa TM.

Retorik perjuangan DSAI yang popular ialah gerakan reformasi.Tawaran reformasi terhadap segala sistem dan amalan politik dan pengurusan kenegaraan oleh DSAI lah yang telah berjaya mendapat kepercayaan rakyat.Malah sudah menjadi kelaziman laungan reformasi ialah untuk menjatuhkan TM dan menghadapkannya ke muka pengadilan.

Ini sejarah perjuangan yang masih kejap didalam hati penyokong-penyokong DSAI. Diulangi,menjatuhkan TM dan menghadapkannya ke muka pengadilan,bukannya Najib atau Zahid Hamidi tetapi TM. Itulah keazaman yang masih menyala dalam gerakan reformasi.

Lantaran itu pertarungan politik dua watak ini akan sekali lagi menjadi episod baru setelah 20 tahun berlalu. Ianya mungkin pertembungan dendam antara yang dianggap sebagai `berkarisma' dengan yang dianggap `berstrategis' namun kedua-duanya tetap akan berkisar tentang kepentingan diri dan bukannya soal perjuangan demi bangsa, negara apatah lagi agama.

Ramai yang tidak sedar,krisis TM dengan  dua PM sebagai pengganti selepas beliau mula meletus setiap kali diambang atau menjelang DSAI keluar dari penjara.Baik di zaman Pak Lah atau di era Najib.Kenapa? Ia didorong rasa fobia dan tidak selamat TM apabila DSAI dijangka diberi ruang bernafas untuk menggantikanya sedangkan TM ingin melihat politik DSAI berkubur buat selama-lamanya dengan tuduhan salahguna kuasa dan liwat.

PRU ke 14,TM tahu aura DSAI akan muncul kembali.Petanda menunjukkan DSAI semakin kuat ialah apabila anak dan isteri DSAI menang mudah di mana-mana sahaja mereka bertanding dan DSAI melalui parti pelbagai kaum PKR dan DAP sudah kukuh bekerjasama.Igauan TM adalah benar dan kemenangan DSAI adalah berita buruk bagi dirinya dan kaum kerabatnya.

Apabila semakin ketara UMNO dan DSN tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh TM,beliau tahu beliau bakal hilang perisai perlindungan 3M (money,machinery,media) yang selama ini dibawah kekuasaannya melalui kerajaan UMNO. Beliau merasakan beliau tidak lagi boleh melindungi diri  apatah lagi apabila Najib sudah tidak boleh dikawal.

Disinilah satu strategi diatur..`IF YOU CANT FIGHT THEM YOU JOIN THEM', TM merancang mula bertukar peranan untuk `DOING A FAVOUR' dengan pembangkang ketika itu dengan memposisikan dirinya sebagai `ULTRA PEMBANGKANG' dan menggunakan segala pengetahuan tentang UMNO untuk menumpaskan UMNO.

UMNO di pilih untuk dijadikan `koleteral' dalam strategi licik ini.Tun Daim,Arwah Sanusi, Rafidah, Rais Yatim, Zainuddin Maidin malah ramai lagi kroni yang mewah di zaman beliau  mula  secara aktif membuat plot `membunuh' politik DSN dan dengan itu memberi hak kepada TM melancar `coup' terhadap DSAI tanpa disedari DSAI.Istilah mudahnya TM memakai sarung harimau untuk menjinakkan harimau dan DSAI berjaya dijinakkan.

Api reformasi dipadamkan.Rakan kongsi reformasi iaitu DAP dan PAN yang dahagakan kuasa diberi kuasa asalkan mereka jinak, tidak mengganas walaupun sampai tahap mengkhianati agama dan bangsa apatah lagi negara.

Strategi KAYU MENUMBANGKAN KAYU ini cukup berjaya,sehinggakan  kayu yang menjadi hulu kapak Ini bukan saja berjaya menumbangkan pokok besar UMNO/BN tetapi juga turut menguasai mata kapak itu sendiri. Dengan kuasa yang kononnya untuk sementara,pasukan TM bertindak  bijak dengan secepat kilat menguasai setiap posisi strategik melalui CEP yang diketuai Tun Daim.

Ini wajib di lakukan kerana menyedari TM belum selamat dari pengaruh DSAI kerana jumlah kerusi PPBM yang terlalu kecil apatah lagi jika dibanding dengan UMNO yang cuba dibunuh ketika ini.Namun kedua-dua musuh TM, DSAI  dan UMNO tidak mati dan ini menambah satu lagi igauan buruk TM.

Keadaan menjadi lebih mendesak apabila UMNO dipimpin DSZH yang dianggap sebagai sejarah bakal berulang dimana DSZH di katakan `aligned' dengan DSAI satu ketika dulu untuk menurunkan TM.Sejarah DSZH sebagai Ketua Pemuda yang menjalankan arahan Anwar di Dewan Merdeka tiba-tiba tergambar semula kepada TM.

Justeru sebaik saja DSZH diumum sebagai Presiden UMNO,perkara pertama berlaku ialah beliau terpaksa berhadapan dengan SPRM.Siapa yg susun?

Terkini,pertarungan antara DSAI VS TM semakin tidak dapat disembunyikan.Kuasa hulu kapak yang ada di tangan TM dan parti kecil PPBM perlu dikekalkan.Cita-cita TM,janganlah sesekali  peralihan kuasa dalam masa terdekat berlaku kepada DSAI. Oleh itu PPBM sebagai `kucing' sahaja dalam PH perlu dijelmakan menjadi `harimau'.

Sekali  lagi DSAI sudah terperangkap.Jari jemari TM dan Tun Daim sudah merayap masuk ke PKR.Usaha melemahkan DSAI sudah pun bermula dari dalam.Beberapa panglima PKR sudah lama ditawan dan dibuaikan sehingga menjadi block yang menggerunkan sehinggalah Rafizi yang bangkit menyedarkan DSAI

Sementara itu, TM tetap mula memberi fokus kepada UMNO pimpinan DSZH yang ingin ditukar dari melukut menjadi dedak untuk proses penggemukkan PPBM daripada kucing  kepada harimau. Atas dorongan Tun Daim banyak peluang yang boleh dipikat daripada UMNO.

Strategi menghancurkan UMNO dan DSZH cukup mudah.PDRM dan SPRM mula digunakan sepenuhnya, bukan sekadar mematikan DSN tetapi semua kepimpinan UMNO yang enggan menyerah kepada PPBM. Racun dana politik DSN yang dituduh kononnya dicuri dari 1MDB digunakan untuk menekan setiap pemimpin kanan UMNO,kerana semestinya setiap dari mereka ada menerima dana parti dalam menjalankan tugas mereka.

Satu task force dibentuk di SPRM serta team AMLA di PDRM dan perlu segera digerakkan secara terancang dengan pembekuan akaun dan `harrasement investigation' kepada satu senarai pemimpin UMNO yang di sasarkan.Satu isyarat jelas di berikan iaitu `if you are with me you will be protected' diberikan melalui tindakan NOLLE PROSEQUI sebagaimana contoh LGE diselamatkan..

Namun apabila  TM terhidu `Port Dickson move' yang dilancarkan secara tiba-tiba oleh DSAI dan mendengar pula sokongan beberapa pemimpin UMNO kepada DSAI/PKR,satu gerakan besar-besaran dilancar terhadap panglima dan askar UMNO.

Satu demi satu cuba dipulas tangan dan di jinjing telinga.Ada yang sudah mula menjadi makanan dan pallet penggemukan PPBM agar `kucing' perlu lebih cepat menjadi “harimau”. DSAI mesti di checkmate, Presiden UMNO DSZH juga perlu dimandulkan dengan segera.

Bagaimana strateginya?  

UMNO dan PKR harus diberi racun dengan dua jenis racun yang berbeza. Proses meracun sedang giat dijalankan, apatah lagi bila PRK yang sengaja diadakan ini betul-betul boleh merosakkan perancangan untuk TM menyediakan plan selamat bagi dirinya dan keluarga.

Sebab  itulah PRK Port Dickson bukanlah hanya pilihanraya biasa, ianya pilihan raya yang akan menentukan siapa PM Malaysia selepas ini. Oleh itu rakyat dan pengundi PD perlu diberitahu secara jujur bahawa TM akan menyerahkan kerusi PM kepada DSAI  dan beliau juga dengan insaf perlu mengaku dan bersumpah dengan  nama Allah bahawa episod pemecatan DSAI tahun 1998 sebenarnya adalah `konspirasi teragong' ciptaan beliau bersama seluruh jentera pihak berkuasa PDRM,SPRM dan Badan Kehakiman serta menyatakan secara terbuka bahawa Anwar sebenarnya bukan peliwat dan layak menjadi PM.

Apakah TM seberani itu berterus terang dengan rakyat? Jika benar tragedi 1998 itu `konspirasi teragong' maka tidak peliklah bagi TM untuk sekali lagi mengulangi konspirasi yang sama terhadap Najib cuma tema dan garis masa sahaja berbeza tetapi matlamat politik tetap sama.

Atau apakah menjelang PRK Port Dickson ini akan ada pula `konspirasi teragung' kepada DSAI? Menarik untuk kita tunggu. Namun jika  TM masih yakin dengan keputusan beliau 20 tahun dahulu bahawa DSAI adalah seorang peliwat dengan  alasan yang kukuh dan benar, tetapi Tun M kali ini mengambil pendekatan berdiam diri sedangkan beliau mampu berkata-kata dan menghalang, maka TM lah orang paling berdosa kerana membenarkan pengundi PD memilih seorang peliwat tegar untuk menjadi PM sebuah negara Islam. Maka tunggulah balasan dan bala Allah atas keputusan itu.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat plot, skrip dan drama yang akan bermula selepas ini. Apa yang pasti, polisi `devide and rule' yang sinonim dengan TM sedang giat dilaksanakan semula. Politik `kuasa dan intimidasi' yang  menjadi `trademark' TM sewaktu memimpin  UMNO dulu juga sudah muncul kembali.

Walaupun gerakan  Reformasi juga sudah tidak kedengaran lagi namun bukanlah bermakna DSAI  boleh dijinak dan ditakutkan dengan  kucing yg digambarkan sebagai harimau.

Rupa-rupanya, pasca PRU 14 setelah PH menjadi kerajaan,diberi kepercayaan mengurus negara, mereka sebenarnya terperangkap dengan pertarungan politik sesama sendiri dan masih terikat dengan  status quo yang epic antara  TM vs DSAI.

Maka terpulang pada mereka berdua mencorakkan apa akan jadi  KECUALI ALLAH SWT ADA PERANCANGAN YANG LAIN, yang pasti akan ada pihak yang akan terus bertepuk tangan melihat dua manusia sesama bangsa dan agama yang mengeluarkan berbagai fatwa dan sabda kononnya demi masa depan bangsa, agama dan negara, tetapi terus menjadi seperti gunting yang konon bergerak ke depan tetapi hasilnya memisahkan.

Teringat sangat-sangat ayat yang diulang sebut sejak 1998 sehingga bukan Islam juga membacanya dipentas-pentas ceramah`Wamakaru wamakarallah...Wallahu kharul maakiriin'... 

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers