Friday, August 3, 2018
`SEBUAH sistem organisasi kerajaan yang hancur'. Itu sahaja perkataan yang paling sesuai digambarkan utk BTN, Biro Tatanegara yang satu ketika dahulu gah sebagai sebuah agensi psywar kerajaan.

Sesuatu yang tidak mengejutkan telah benar-benar berlaku. Terpampang dimuka depan akhbar arus perdana, menjadi berita utama media sosial bahkan turut dijadikan tajuk utama berita oleh stesen TV tentang berita kes tuntutan palsu dan penyelewengan BTN Sarawak sehingga hampir semua pegawai telah ditahan reman malah ada yang reman mereka masih dilanjutkan.

Dengan kata lain, operasi pengurusan dan pentadbiran BTN Sarawak seakan lumpuh kerana semua telah di tahan untuk siasatan oleh SPRM.


Menurut sumber berita, mereka terbabit dalam penyelewengan dan tuntutan palsu pada tahun 2016, iaitu tahun permulaan BTN di ketuai oleh Ketua Pengarahnya (KP) yang namanya Ibrahim Saad, mantan Pengarah BTN Sabah yang diangkat oleh YB DS Azalina selaku Menteri di JPM pada masa itu.

Apa signifikannya kedudukan KP dalam kes-kes berkaitan kerana pejabat KP BTN di Putrajaya, bukannya di Sarawak? 

Apa yang berlaku dan menjadi perhatian ialah bagaimana gagalnya seorang KP agensi penting ini dari sudut pengurusan yang membiarkan aktiviti songsang dan tidak bermoral berlaku dalam agensi kerajaan, atau sememangnya diketahui tetapi dibiarkan atau terus di beri galakan kerana merasa diri hebat kerana kononnya ketika itu rapat dengan Rosmah Mansor dan tidak boleh boleh disentuh?

Mungkin juga satu kemungkinan kerana mengikut bukti aktiviti songsang dan tidak bermoral ini juga sebenarnya turut beliau lakukan diperingkat pengurusan di pejabat KP sendiri sebagaimana bukti yang ada dalam urusan membekalkan bendera, aktiviti jualan baju BTN dan aktiviti kewangan lain. ‘Ikan kalau buruk di kepala, pasti, buruknya sampai ke ekor!’

Maka benarlah pepatah selalu menyebut, bapa borek, anaknya pasti rintik atau pun gurunya kencing berdiri, pasti anak murid kencing berlari.

Maka dengan itu, SPRM  bukan sahaja perlu menyerbu BTN Sarawak. Bagaimana dengan BTN Pulau Pinang yang di dipimpin oleh sahabat tidur sebantal KP sekarang yang juga terlibat dalam  urusan membeli bendera daripada syarikat di Penang?

Bagaimana di Perlis dan Kedah yg Pengarah Negeri juga menjadi orang kesayangan KP? Apatah lagi di HQ BTN yang bertanggungjawab mengurus penyaluran peruntukan  kewangan ke BTN Negeri-Negeri atau Bahagian-Bahagian tertentu yang mengurus politik pada PRU lepas dengan peruntukkan yang besar dan banyak? Jika apa yang disiasat oleh SPRM ialah memalsukan tuntutan, apakah aktiviti tersebut tidak berlaku di HQ BTN? 

Maka SPRM perlu membuat siasatan menyeluruh kerana  kegagalan KP mengurus hal-hal ini tidak mungkin hanya berlaku di Sarawak sahaja.
.
Apakah dalam mengurus kewangan dan penggunaan peruntukan, pihak pengurusan BTN tidak membuat audit dalaman ke setiap negeri dan setiap tahun? Jika ada audit, kenapa Jawatankuasa Audit Dalaman tidak melaporkan salah laku ini lebih awal dan megambil tindakan dalaman sehingga dari 2016 sampai 2018? Apa keutamaan  kerja KP BTN ? Ops!! maaf mungkin keutamaan ketika itu ialah mendekati Rosmah Mansor dan mengumpulkan kekayaan melalui jualan baju dan berselindung disebalik program kayuh basikal.

Sampai sekarang memang kita pelik, apa keutamaan sebagai  seorang KP agensi? Dengarnya yag dipentingkan ketika ini  ialah menamatkan semua kontrak pegawai-pegawai yang beliau secara peribadi tidak suka, bukannya kerana prestasi kerja tetapi pegawai yangg kononnya tidak sealiran. Jika tidak sealiran walaupun cemerlang dari segi prestasi tetap ditamatkan kontrak.

Berapa ramai pegawai pinjaman dari Kementerian Pelajaran yang telah ditamatkan tanpa notis panggilan balik pun dari Kementerian Pelajaran. Tetapi yang bermasalah dan buruk prestasi tetapi kononnya sealiran atas dasar kawan rapat, tetap dikekalkan.

Minggu ini sahaja berapa ramai pula pegawai kontrak yangg tidak disambung kontrak tanpa dia fikir pun nasib dan periuk nasi pegawai BTN. Tetapi dlm mesyuarat bukan main kononnya dia masih bertahan, tidak berhenti atau meletakkan jawatan kerana memikirkan nasib pegawai dan kakitangan BTN. 

Yang jelas, yang nama Ibrahim Saad ini memang manusia tidak bermaruah dan gagal. Sebab itulah bila BTN Sarawak telah digempur oleh SPRM, sebagai KP,beliau langsung tidak mengambil tanggungjawab bertanya khabar dan menghantar pegawai untuk mengurus soal kebajikan mereka yang ditahan, sebaliknya cuba berlagak baik dengan mengarahkan pasukan audit untuk turun buat semakan semula. Apa bangang manusia seperti ini?

Tapi malangnya kebangangan, kebodohan dan kejahatan yang telah dan sedang dilakukan sekarang ini mula disandarkan pada orang lain. Tanpa rasa malu, sekarang mula menggunakan nama Tan Sri Nordin Kardi sebagai perisai dalam tindakannya, Mentang2lah Pak Din telah menguruskan pertemuan KP ini dgn PM!

Semua ini belum lagi termasuk kegagalan KP BTN mengurus penyelewengan yg berlaku dalam Akaun Amanah di Negeri-Negeri..


Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers