Wednesday, May 18, 2016



PERHATIAN rakyat seluruh negara kini pastinya kembali terarah kepada 2 PRK yang telah diputuskan oleh SPR yang akan berlangsung pada 18 JUN 2016 ekoran kekosongan 2 kerusi secara serentak dalam tragedi balasungkawa di Sarawak. 

Satu ketentuan Tuhan yang cuba ditafsirkan sebagai bala oleh sebahagian  orang yang telah terpesong pegangan agama malah fikiran mereka juga telah rosak kerana hanya boleh menilai sesuatu yang negatif sahaja tanpa cuba berfikir dan mentafsir peringatan Allah di dalam surah Yaasin ayat 82 dan 83 yang bermaksud :

`SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA ADALAH APABILA IA MENGHENDAKI SESUATU TERJADI, HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU “JADILAH ENGKAU”, MAKA IA PUN TERUS TERJADI. OLEH ITU AKUILAH AKAN KESUCIAN ALLAH DENGAN MENGUCAP SUBHANALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP2 SESUATU DAN KEPADANYALAH KAMU DIKEMBALIKAN…'


Pemain dan pimpinan politik parti-parti yang menyatakan minat untuk bertanding seperti BN, PAS dan PAKATAN HARAPAN melalui PAN mula berfikir dan merancang strategi bagaimana supaya kerusi ini menjadi milik mereka. BN akan berusaha sedaya mungkin  untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala di pihak yang lain pula sedang menyusun gerak kerja untuk merampas 2 kerusi itu sebagai manifestasi seolah-olah rakyat kini bersama mereka sekali pun terpaksa mengeluarkan surat dari penjara. 

Itulah adat dan resam politik dan pihak mana yang berjaya mengadun taktik dan formula berkesan, mungkin pihak itulah yang akan berjaya namun kejayaan sebenar kadangkala tidak memerlukan kepakaran tahap PhD dengan formula2 politik di dewan kuliah dan ulasan langsung di media2.

Kepada BN, apa juga taruhan dan  formula, pimpinan BN harus ingat bahawa biarpun baru mendapat mandat besar di dalam PRN Sarawak, gelombang dan semangat itu tidak sampai ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kemenangan besar di dalam PRN Sarawak ianya adalah keberkesanan strategi dan pendekatan yang hanya terpakai untuk Sarawak sahaja. Manakala di kalangan puak2 yang hanya tahu membangkang, keghairahannya adalah hanya untuk melampiaskan dendam ekoran dimalukan di Sarawak setelah berhabis duit dan strategi tumpul.

Sebab itulah di keluarkan berbagai kenyataan tidak masuk akal seperti untuk menghalang pimpinan BN Sarawak masuk ke Selangor dan lain-lain bagi menagih kembali simpati setelah kehancuran persefahaman politik sesama mereka semakin menjadi nyata.

Apatah lagi bila pimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan ini telah mula berada pada tahap sanggup menjual akal dan budi kepada “abang besar” iaitu Cina DAP dan membiarkan abang besar ini yang membuat keputusan politik tentang calon dan strategi, kononnya kerana DAP lebih berhak setelah PKR gagal menguasai suasana, mereka ingin bangkit bagaikan `harimau yang terluka' .

Secara umumnya jika berasaskan “score sheet” keputusan 2 PRU yang lepas, peluang BN untuk terus mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut tidak menjadi masaalah cuma peluangnya lebih besar dan mudah di Kuala Kangsar, manakala di Sungai Besar ianya ianya agak sengit kerana disamping menang hanya dengan angka marginal, jentera BN terpaksa berhadapan dengan jentera sebuah kerajaan negeri pimpinan PKR yang tidak lagi menjadikan Presiden sebagai rujukan utama.

Disamping itu BN juga  berhadapan dengan sejumlah pengundi yang langsung tak tahu besyukur dengan negara Malaysia yang telah memberikan kerakyatan kepada nenek moyang mereka. Sampai sekarang ada yang masih tidak tahu berbahasa Melayu dan mereka ini dikumpulkan dalam DUN Sekinchan dan mereka diberi keselesaan dengan pelbagai kemudahan asas seperti rumah urut, PUB dan lain2 kemudahan mengikut kaca mata mereka.

Maka tidak hairanlah jika antara keputusan strategik yang diambil dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Harapan antaranya adalah memberi tumpuan 120% kepada PRK Sungai Besar dengan matlamat 1:1 iaitu melepaskan Kuala Kangsar kepada BN dan akan memastikan kemenangan  untuk mereka di Sungai Besar.Itulah yang sedang mereka fikir, itulah juga yang sedang mereka tafsir.

Namun kepada BN, INI BUKANNYA HALANGAN, TETAPI  PELUANG. Ketentuan Tuhan yang memberikan peluang berterusan untuk menguji sejauh mana keberkesanan dasar, penjelasan isu daripada permainan persepsi, ketajaman dan kebijaksanaan strategi harus dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Sesiapa juga yang bertanggungjawab menerajui jentera pilihan raya harus memastikan bahawa matlamat BN bukan sekadar untuk menang, tetapi menang dengan peningkatan jumlah majoriti.

Apakah ubat paling mujarab untuk menutup mulut Tun M dan kuncu2nya yang berterusan menyerang dan cuba merosakan minda rakyat sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN? Kemanakah hilangnya rasional pemikiran seorang pemimpin dalam memastikan “KEBIJAKSANAAN POLITIK” untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa yang dalam kontek sekarang hanyalah melaui formula BN? Apakah penawar yang boleh menyebabkan bukan Melayu melihat usaha merampas kuasa politik mereka tidak akan kemana dalam konteks Negara Malaysia yang penduduk majoritinya Melayu? Hanyalah kemenangan besar dalam 2 PRK ini yang akan membuntukan mereka untuk berfikir dan membisukan mereka dari mentafsir.

Inilah sebenarnya keutamaan kita yang menuntut kebijaksanaan membuat keputusan politik yang bermula dari pemilihan siapa yang sebenarnya layak untu dicalonkan. Presiden parti yang akan membuat keputusan perlu diberi maklumat yang betul bukannya berasaskan sentimen dan adu domba.

Bakal calon bukan sahaja harus “winnable” tetapi “marketable” dan “workable”. Semua diminta berjiwa besar. Sentimen dan kehendak pimpinan UMNO dan BN setempat harus dinilai apakah ianya selari dengan kehendak rakyat dan pengundi yang jumlahnya jauh lebih besar dan menentukan kemenangan? Janganlah ketika kita bercakap matlamatnya hanyalah untuk memastikan kemenangan, tetapi mengemukakan pelbagai syarat kepada YAB Presiden. Parokial lama masih menghantui seperti calon wajib suku ini atau suku itu, calon wajib jawatan ini dan jawatan itu, malah belum apa-apa lagi pelbagai kelemahan bakal calon, sesama sendirilah  yang membuka pekongnya.

Yang lebih menarik ada juga yang mengambil pendekatan menahan lukah di pergentingan dengan harapan jika calon yang dibawa tidak di pilih, maka akan berlakulah keuntungan peribadi dengan harapan berlakulah “butter trade” yang semua sedia maklum.

Kenapa persoalan-persoalan ini terus membelenggu UMNO dan BN setiap kali berhadapan pilihan raya sama ada PRU atau PRK? Walaupun usia UMNO dah 70 tahun dan berhadapan dengan 13 kali PRU dan berpuluh-puluh  PRK? Jawabnya mudah kerana ada lagi segelintir yang meletakan kepentingan diri jauh lebih besar dan utama dari kepentingan parti.

Disaat seluruh pimpinan sedang berusaha untuk membawa sinar kemenangan ada yang cuba memadam api semangat dengan pelbagai kaedah. Bayangkan ketika Ketua UMNO Bahagian  sedang menyusun dan memberi arahan, ada yang membuat laporan polis terhadap beliau atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya ketika sedang berperang sebagaimana berlaku di Sungai Besar.Laporan polis  itu dibuat oleh orang yang kononnya juga sayang dan cintakan UMNO dan BN . 

Malah ada juga ketika senarai bakal-bakal calon sedang di perhalusi, dianalisa dengan rapi, ada juga  yang nakal mula mengejutkan  orang yang yang tidur dan tidak pernah bermimpi jadi calon, tapi diberitahu bahawa akan jadi calon dengan meminta profail dan resume kononnya arahan YAB Presiden.

Malah lebih memualkan ada yang mula turun berjumpa dengan individu-individu seperti perjumpaan di Manong Resort Kuala Kangsar untuk memilih bakal calon sedangkan itu sebenarnya bertujuan membina rangkaian politik peribadi.

Sebagai orang yang mudah geli bila di geletek,maka mula beraksilah  si hamba Allah ini dan bergolok bergadai lah turun merata peti undi dengan mencanang sesama sendiri bahawa dia adalah “winnable candidate”sebagaimana telah diiktiraf oleh PUTRAJAYA. Kesannya bila tidak terpilih, merajuk dan membawa diri, tidak lagi berkerja  untuk parti.

Apa pun yang berlaku itulah asam garam sesama kita BN bila berlaku PRU atau PRK. Memanglah pemilihan calon yang “right candidate for the right position” mempunyai implikasi yang besar dalam politik yang masih mengamal status quo ala BN. Sebab kononnya pengundi akan melihat SIAPA yang nak mereka undi, apatah lagi bila melihat kepada profail pengundi yang hampir 50% adalah pengundi muda yang tidak terikat secara  eksterim dengan  mazhab parti.

Namun siapa pun yang menjadi taruhan BN, gerak kerja terancang yang berpaksi kepada kajian kepada setiap PDM terhadap sikap dan minat pengundi adalah kunci untuk memastikan menang dengan jumlah majoriti yang lebih besar. Mana PDM dalam kawalan, PDM tumpuan, PDM tumpuan berganda, strategi mengelakan kemusnahan dan lain2 ianya harus di fikir dan ditafsir secara bersama. Semua harus bekerja atas semangat BN dengan menggerakan seluruh komponen seperti MCA dan GERAKAN dan mereka perlu membuktikan bahawa mereka bukannya “sleeping partner” dalam BN.

Biarlah bagaimana sekali pun bentuk dan corak PRK ini sama ada pertembungannya 3 penjuru atau 2 penjuru, usahlah kita meletakan harapan kemenangan atas kelemahan lawan yang semakin nanar dan kejam sesame sendiri tetapi kita yang harus menentukan kemenangan dengan kekuatan kita sendiri.

Biar kita yang menguasai “game” ini dengan segala perancangan dan taktik yang semuanya telah mengaku arif dan pakar. Kerana kemenangan besar 2 PRK akan menjadi kayu ukur sama ada pembangkang akan benar-benar diambang kehancuran  dan bertukar menjadi “PAKATAN YANG TIADA HARAPAN”atau kemenangan biasa dengan berkurangnya majoriti menjadikan pembakar semangat pembangkang untuk terus memanipulasikan isu dan menyebarkan persepsi bahawa PRU 14BN tiada lagi peluang membentuk kerajaan.

Jumlah 134 kerusi BN dalam Parlimen sekarang harus dipertahankan dengan mengekalkan kemenangan di 2 PRK. Ianya hanyalah dengan kebijaksanaan kita berfikir dan keupayaan kita mentafsir

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers