Saturday, August 8, 2015


OMBAK dan badai politik yang menimpa sesebuah parti politik dan dilalui oleh seorang pemimpin adalah satu kurikulum dan modul wajib yang wajaib dilalui sebelum parti dan pemimpin untuk diangkat ke satu darjat yg lebih tinggi dan Itulah yg sedang dilalui oleh PM Najib dan parti yang sedang beliau pimpin.


Sebagai  pemerhati yang peka, vokal dan nakal, saya sendiri seakan kehilangan kata-kata bila rakan follower dan friends dalam dunia maya turut terperangkap antara "cubaan menegur dan cubaan menggugur".


Saya kira tidak perlu menggulas dan menyenaraikan isu, krisis persepsi malah persoalan kredebiliti seorang PM yang sedang menjadi fokus kawan dan lawan tetapi persoalan sekarang ialah apakah kita sebagai penyokong dan pendokong turut juga terhumban ke perangkap lawan? 



Soal menegur PM Najib ini rasa ianya bukan baru kepada blog  SanggahTokJanggut ini kerana  lebih 4 tahun tulisan-tulisan di blog ini dilihat menentang arus bahkan mengundang pelbagai tuduhan daripada kawan-kawan yang sekali gus menyebabkan saya kehilangan banyak keistemewaan sebagaimana yang di perolehi oleh kawan-kawan yang seninya hanya menjilat..Namun disaat PM Najib sudah dilihat berani dan mula keluar dari kepompong politik Najib yang dulu, kenapa ianya terus menerus mahu dipersalahkan?


Bermula dengan "political will" yang digunakan untuk membina pasukan kabinet baru menghadapi "kemelut politik semasa", kemudian diteruskan dengan "operasi pembersihan" pasukan perkhidmatan (operasi tidak harus diberhentikan sehingga matlamat tercapai) kenapa tindakan PMNajib  terus ingin dipersalahkan?


Dimensi yang cuba dibuat oleh PM  Najib inilah yang menjadi sentuhan dan bahan teguran blog ini dan kawan-kawan lain (yang peka permainan politik lawan) yang secara konsisten menegur PM Najib sebelum ini. Persoalan Timbalan Pesuruhjaya SPRM (http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/10/prinsip-siasatan-sprm-shukri-mula.html ) , Peguam Negara (http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/06/peguam-negara-sudah-terlalu.html ) malah ramai lagi dimana selama ini kita yang memberi pandangan agar PM Najib berani mengambil tindakan kerana tindakan-tindakan mereka sebelum ini jelas memberi kesan yang negatif kepada keyakinan rakyat (hal ini sudah menjadi rahsia umum) , kenapa bila tindakan diambil oleh PM, kita seakan-akan marah dan mula bertindak seperti pembangkang?Bukankah itu yang kita mahukan?Kita mahu musang berbulu ayam,gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dihapuskan dalam kabinet hari ini.


Pada ketika PM Najib tidak bertindak, kita melontarkan berbagai-bagai kecaman terhadap beliau, kita aibkan PM Najib sebagai PM yang pengecut, tiada telur dan berbagai-bagai label diberikan sepanjang sebelum tindakan pembersihan ini dibuat tapi bila PM Najib menunjukkan tanda-tanda mahu membersihkan kabinet serta penjawat awam secara total, kita pula menyerang PM Najib dan menyanggah tindakan yang beliau lakukan.


Pembersihan liabiliti kepada kerajaan dan PM Najib ini tidak harus terhenti setakat itu sahaja kerana masih banyak 'musang berbulu ayam' yang menabur duri dan paku dijalan yang mahu dilalui oleh PM Najib dan pasukannya dan tindakan perdana Menteri ini perlu diberi sokongan. 


Agensi-agensi strategik seperti Biro Tata Negara yang Ketua Pengarahnya semua pimpinan kerajaan dan UMNO tahu latar belakangnya, Pengarah Strategik PMO, pegawai-pegawai di PMO,RD, KEMAS, JASA malah disemua tempat strategik perlu dibersihkan agar cacing tidak naik ke mata. 


Setiap bulan mereka ini mengaut keuntungan dari gaji dan elaun, tetapi mulut dan pemikiran mereka setiap hari memesongkan pemikiran rakyat dan pengundi agar menentang kerajaan. Marilah kita bertawakuf seketika mencari makna dan menilai, apakah kita ingin menegur atau menggugur?


Jika kita memang senada ingin menegur maka berilah ruang untuk PM Najib yang telah terjaga dari lena ini dan bertindak sebagai Perdana Menteri untuk  menyelamatkan parti, Bangsa Agama dan Negara, kecualilah kita memang berniat ingin menggugur beliau. 


Jika itu memang nawaitu kita, maka marilah berlapang dada. Bukan perkara pelik pun kerana Ali pernah bersengketa dgn Muawiyah sehingga tercetusnya perang Siffin yang akhirnya Muawiyyah mendapat kuasa, bukan perkara pelik pun apabila Maharaja Asoka melaluiPperang Kalinga sanggup mengorbankan saudara untuk kekal berkuasa.

6 comments:

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dgn tulisan STJ kali ini,dulu saya pun selalu megkritik PM Njib kerana kelihatan agak lemah dalam menangani musuh luaran dan juga dalam selimut.Tpi sekarang kelihatan agak berbeza,namun apa yg PM Najib buat sekarang masih tak sampai 50% dari apa yg pernah di buat oleh Mantan PM Mahathir dahulu.Malangnya suara kritikan terhadap beliau sudah pula riuh rendah di sana sini.Sebenarnya apa kah yg mareka mahukan?.Sikap lembut,keras,memejamkan mata ,atau sebenarnya mereka mahu negara di perentah oleh 'pendatang' secara proksi?.

Kita juga mendengar cerita,bahawa ada mush dalam selimut yg sanggup berkerjasama dgn musuh nyata utk menjatuhkan PM Najib.Walau pun kita tidak mempunyai bukti kukuh,tapi tindak tanduk pihak berkenaan memperlihatkan desas desus tersebut mempunyai asasnya,dan bagi pihak saya sendiri saya memang mempercayainya.Saya tidak memihak kepada sesiap,tapi saya mahu negara yg aman,makmur dan bermaruah dengan Melayu Islam sebagai tunggaknya.

Anonymous said...

Memang Benar fakta yg di postkan dlm blog ini.

Sebelum ini, Najib kelihatan 'sabar, tak apa, tunggu dan lihat' dgn perkara2 yg sepatutnya di ambil tindakan segera.

Mungkin, waktu itu Najib masih berharap dan berhati2, dgn harapan agar 'mereka2' itu akan berubah dan membantu beliau. Tetapi harapan itu tidak berlaku.

Yang jelas, selepas rombakan kabinet,menggugurkan Muhyidin, dan memilih Zahid sebagai pengganti, Najib seperti mendapat bantuan kekuatan semangat utk berani bertindak.

Diharapkan, Najib dan Zahid terus bekerjasama dan terus membuat 'pembersihan'.

Musang berbulu ayam, gunting dlm lipatan telah lama beranak pinak.

Kini, masa utk bertindak.

Jangan hangat2 tahi ayam sudah la.

Anonymous said...

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)
And cover not Truth with falsehood, nor conceal the Truth when ye know (what it is).

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(An-Nisaa' 4:135)
O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily Allah is well- acquainted with all that ye do.

Nak Taujer said...

Setiap tindakan Najib
Pada Peguam Negara
Pada SPRM
Membayangkan hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Itu silapnya. Itu kelemahannya

Mengapa dahulu bila ramai suarakan sikap double standart badan2 ini pada bangsa melayu tidak di endahkan?

Mengapa bila sudah melibatkan batang hidung sendiri barulah mahu gunakan kuasa yang ada.

Adakah Najib bertindak dengan ikhlas atau hanya untuk kepentingan survival politik beliau?

Kepincangan utama pada Najib adalah hanya kerana Isu 1MDB.
Tiada isu 1MDB pasti Najib memerintah dengan bergaya dan tiada rombakan kabinet.
Itu belum masuk isu tanaman semula Felda & Pembelian FGV di Indonesia.
Maka memang jelas ada kepincangan cara Najib mentadbir & urus Negara.
Maka tak perlulah timbul jabatan2 musang yang berbulu ayam. Kerana pasti sudah lama Najib sedia maklum.
Sikap tidak apalah itu yang makin hari makin menjerat beliau.

Dek Kerana Menari Sumbang
Janganlah pula salahkan lantai yang tidak rata.

Anonymous said...

Terlalu banyak yang berlaku yang menunjukkan Najib Cuba menyembunyikan sesuatu sehingga berlaku percanggahan dalam tindakan Dan kata-katanya. Kebanyakan tindakan2 yang dilakukan adalah seolah2 untuk menyelamatkan diri dan menutup 'bangkai'. Saya perasaan dalam penulisan tuan bahawa tuan seolah2 berat sebelah serta tidak objektif terhadap isu2 yang dibangkitkan mengenai 1gedibi Dan duit yang berbilliong masuk dalam akaun peribadi yang dikatakan pulak sebagai 'derma' kalau berkaitan raja artful, dibalun2 cukup2.

Anonymous said...

Kalau wsj tidak dedahkan, maka Kita semua tidak tahu apa yang Najib sudah buat. Duit rm 2.6 billion pun rakyat tidak Akan tahu wujud dan dah ke mana lesap. Ye, dulu aku percaya pada Najib tetapi nampaknya tertipu. Aku dah naik menyampah dan meluat bukan sahaja mula dia Bahkan dengar Nama dia pun sama.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers