Wednesday, April 23, 2014
Rafizi sanggup bunuh bangsa sendiri? |
PENDEDAHAN MP Pandan Rafizi
Ramli tentang geran yang baru dipohon oleh NSE Resource (M) Sdn Bhd membuktikan
betapa buruk dan jijiknya serta membuktikan bahawa sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan rancangan jahat dan bangsat beliau dengan
menohmah serta memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari kononnya
keterlibatan secara langsung PM Najib dalam isu yang beliau sedang hangat beliau gunakan
sekarang ini.
Tindakan beliau juga
merupakan satu tindakan yang cukup terdesak untuk memancing undi melalui
pertandingan partinya dan memperlihatkan beiau ketandusan isu sehingga sanggup
berbohong kononnya beliau mempunyai kredibilti untuk menyerang PM Najib dan
syarikat berkenan.
Rafizi juga memilih
perenggan-perengan tertentu dalam surat yang beliau dedahkan bagi memberikan
gambaran berlaku penyelewengan serta rasuah bilamana syraikt tersebut memohon
geran daripada MOSTI.
Saya berkesempatan bertemu
dengan pihak yang ada kaitan dengan syarikat ini dan berikut saya catatkan
penjelasan awal bagi menjawab segala pembohongan MP Pandan ini yng ternyata
sebenarnya beliau sedang berusaha untuk membunuh syarikat yang 100 peratus
milik Bumiputra ini
NSE Resource Corporation (M)
Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat usahasamadimana 25% pegangan sahamnya
dimiliki oleh Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan
yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan
(MoF Inc.). Baki 75% pegangan sahamnya
dimiliki oleh 2 orang pakar tempatan iaitu En. Azhar bin Anuar dan En. Shahrul
Sazali bin Ahmad Safian yang berpengetahuan dan berpengalaman luas di dalam
bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy (tenaga boleh diperbaharui).
Syarikat inijuga merupakan
sebuah syarikat berasaskan teknologi tinggi yang mula beroperasi sejak tahun
2002 dan memegang 5 hakcipta yang dipatenkan menerusi MyIPO. Selain daripada itu, syarikat ini telah
mendapat pelbagai pengiktirafan dari sudut teknikal dan teknologi perintis
termasuk melalui Bioeconomy Transformation Programme (BTP)yang diperkenalkan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri dimana syarikat ini telah berjaya melepasi
penilaian intensif selama 6 minggu berturut-turut dalam bioeconomy lab yang
dinilai oleh pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa.
Pengiktirafan dan justifikasi dari sudut
teknikal, teknologi hijau, prospek komersil dan risiko pelaburan juga telah
dinilai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selain daripada agensi
perunding antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC).
Merujuk tulisan di laman
blog bertarikh 21 April 2014 bertajuk “Perdana Menteri Campur Tangan Dalam
Urusan Geran MOSTI, Anugerah RM100 Juta Kepada Projek Komersil”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/perdana-menteri-campur-tangan-dalam-urusan-geran-mosti-anugerah-rm100-juta-kepada-projek-komersil/
Para 1 dan 2:
`Kenyataan Timbalan Menteri
Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Md Diah semalam yang
menafikan berlakunya salahguna dalam pengurusan geran R&D MOSTI menunjukkan
beliau sendiri tidak arif dengan perkara yang berlaku di bawah kementerian beliau.
Beliau turut dipetik sebagai
berkata bahawa setiap geran R&D perlu melalui proses penilaian yang ketat.
Proses itu turut melibatkan pembentangan kepada satu jawatankuasa yang
dianggotai oleh kumpulan pakar’.
Itu kata Rafizi,hakikatnya kenyataan
daripada Timbalan Menteri MOSTI adalah merujuk kepada artikel lain di laman
blog Rafizi yang bertarikh 15 April 2014 yang menuduh MOSTI tidak
bertanggungjawab terhadap agihan geran Penyelidikan & Pembangunan
(R&D). Artikel berkenaan langsung
tidak menyebut tentang geran kerajaan kepada NSE Resource Corporation (M) Sdn.
Bhd.
(rujuk:
http://rafiziramli.com/2014/04/tiada-seliaan-ketat-dan-pertanggungjawaban-dalam-geran-mosti/)
Para 3 dan 4:
`Saya boleh mendedahkan
bahawa salah satu geran yang terbesar pernah diberikan di bawah skim geran
R&D MOSTI ini adalah hasil campur tangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Tun Razak sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur yang dinyatakan
oleh Timbalan Menteri itu.
Saya sertakan surat
kelulusan dari Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI kepada NSE Resources
Corporation (M) Sdn Bhd yang secara terang-terangan menunjukkan bagaimana
keputusan mengenai geran R&D dibuat dan diluluskan dengan arahan dan campur
tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak’.
Sebenarnya lampiran surat daripada MOSTI yang disertakan
di dalam artikel berkenaan langsung tidak mencatatkan tentang Skim Geran
R&D oleh kerana skim geran berkenaan kebiasaanya digunakan untuk permohonan
pembiayaan penyelidikan daripada syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di
institusi pengajian tinggi.
Syarikat NSE Resource
Corporation (M) Sdn. Bhd. bukan hanya telah selesai melalui fasa R&D, malah
telah berjaya menyiapkan projek seumpamanya di Sabah. Syarikat ini juga telahpun bersedia untuk
memulakan operasinya untuk projek biomass berasaskan kayu serpai (wood chip)
yang dicadangkan di Kerteh Bio-Polymer Park, Terengganu melalui pelaburan awal
setakat inisebanyak RM 44.5 juta dengan pinjaman sebanyak RM20.4 juta daripada
Bank Islam Malaysia Berhad. Pelaburan
ini telah membolehkan syarikat tersebut memetrai pejanjian bernilai RM 700 juta
dengan syarikat konglomerat dari Korea dan Perancis untuk pembekalan steam bagi
tempoh konsesi asas 10 tahun. Ia juga
menjadi faktor utama menjayakan pelaburan mereka berjumlah RM2 Billion di
Kertih Biopolymer Park Terengganu.
Bersandarkan kepada
keyakinan dan kepercayaan pelabur luar negara terhadap syarikat ini, rundingan
susulan untuk membekal renewable energykepada beberapa syarikat konglomerat
luar negara yang lain di Gebeng Industrial Estate, Pahang berada dalam proses
akhir rundingan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah syarikat yang 25% sahamnya
turut dipegang oleh kerajaan, maka syarikat ini telah memohon kepada pihak
MOSTI sejumlah peruntukan untuk membiayai pembangunan projek tersebut.
Rafizi tidak akan dapat
mendatangkan bukti untuk menunjukkan PM
Najib “mengarah” ataupun “campur tangan” di dalam proses kelulusan geran
ini. Sebaliknya, memo sokongan yang
diberikan oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk
kepada pertimbangan dan S.O.P. Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak
memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.
Para 5, 6 dan 7:
`Lebih dari itu, pemberian
geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersil yang melibatkan
dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja. Ini
bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di
bawah MOSTI seperti berikut:
1. Geran R&D diberikan
dalam jumlah yang kecil bagi satu projek/geran. Geran maksima yang dilaporkan
bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta
dibawah Technology Acquisition Fund (TAF)
2. Geran R&D diberikan
bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya satu projek
komersil yang melibatkan dana ratusan juta..’
Sebagaimana diperjelaskan,
geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation
(M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh
Rafizi.
Syarikat ini dikhabarkan
akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan
dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan
menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.
Para 8:
`Jika syarikat ini diberikan
geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia
mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil
seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran
untuk membiayai projek-projek mereka?’
Rafizi sepatutnya
membangkitkan dan menjelaskan “sekiranya ada” mana-mana syarikat yang mempunyai
pengiktirafan dan keupayaan teknologi serta track-record seperti NSE Resource
Corporation (M) Sdn. Bhd. yang telah gagal dalam permohonan untuk mendapatkan
pembiayaan.Persoalan yang seharusnya berbangkit bukan kenapa NSE Resource
memperolehi geran tersebut; sebaliknya “syarikat Melayu” yang mana yang selain
NSE Resource yang sepatutnya memperolehi geran tersebut? Maka, jawabnya, tidak ada.
Para 9:
`Oleh kerana jumlah RM100
juta yang diberikan ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources
Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada
kerajaan. Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya
geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta
yang diberikan sebagai geran…;
Kenyataan ini menunjukkan Rafizi gagal dan tidak tahu menahu berkenaan 25% pegangan saham oleh
kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP). Pegangan saham berkenaan akan membolehkan
kerajaan menerima keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut.
Para 10 dan 11:
`Ini hanyalah satu projek
yang menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan
memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah
projek komersil. Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan
seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D
adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion.
Saya menunggu penerangan dan
penafian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin mengenai
pemberian dana RM100 juta ini kerana saya ada dokumen-dokumen lain yang lebih
lengkap…’
Dana RM 1.1 billion yang
dinyatakan oleh Rafizi adalah Skim Dana R&D yang disediakan untuk
pembiayaan penyelidikan syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi
pengajian tinggi. Ianya tidak
bersangkut-paut dengan geran kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.
Jelasnya, PM Najib tidak
“campurtangan” atau “memberi arahan” untuk kelulusan geran ini, sebaliknya
sokongan yang diberikan lebih cenderung bedasarkan minat dan kesungguhan beliau
untuk :-
i. menjayakan Bioeconomy Transformation
Programme (BTP) dan mengupayakan syarikat-syarikat berkaitan teknologi hijau.
ii. membina imej negara Malaysia sebagai
peneraju dalam bidang bio-teknologi dengan menyediakan fasiliti pengeluaran
renewable energymenggunakan biomass (serpai kayu) yang berskala besar mencecah
180 ton sejam steam atau 60 MW tenaga.(Fasiliti penjanaan tenaga
biomass yang terbesar di Eropah hanya boleh menjana sebanyak 144 ton sejam
steam)
iii. menjimatkan sehingga RM 1.6 billion peruntukan
subsidi dalam jangkamasa 10 tahun sekiranya gas asli digunakan untuk menjana
steam di kawasan-kawasan kilang yang dinyatakan diatas.
iv. membolehkan syarikat-syarikat konglomerat
asing yang datang melabur di Malaysia mengurangkan kos tenaga elektrik dalam
sekaligus menarik pelaburan asing (FDI) berjumlah sekitar RM 7.0 billion.
Serangan sembrono oleh Rafizi
Ramli secara jelas menampakkan kejumudan pemikiran kerana terikat dengan cara
lama pembangkang yang mengkritik apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada
pujian dan pengukuhan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Barisan
Nasional. Kegagalan beliau untuk
mengenalpasti dan mempertimbangkan projek-projek yang berupaya menjadi
kebanggaan negara (national pride) menunjukkan kedangkalan akal fikirannya.
Jika dahulu Tun Dr. Mahathir
Mohamad berjaya membangunkan Proton sebagai satu-satunya pengeluar kereta dari
kalangan negara Islam sehingga negara Malaysia dikagumi di seluruh pelosok
dunia, projek renewable energy berasaskan biomass ini berupaya mengangkat nama
negara di mata dunia dari sudut penguasaan teknologi hijau, membangunkan
pengusaan ekonomi bio, sekaligus menaikkan nama Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun
Razak sebagai seorang tokoh negarawan yang hebat dan berpandangan jauh. Perkara seperti inilah yang sebenarnya paling
ditakuti oleh pembangkang kerana mereka tidak akan mampu untuk berhadapan
dengan “The Second Mahathir”.
Rafizi berniat jahat terhadap PM... |
(Merujuk tulisan di laman
blog bertarikh 22 April 2014 bertajuk “Dana R&D Disuntik Ke Projek Komersil
Yang Tidak Mendapat Keyakinan Bank”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/dana-rd-disuntik-ke-projek-komersil-yang-tidak-mendapat-keyakinan-bank/
Para 1:
`Saya sertakan utusan
surat-menyurat di antara pemohon (NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd)
dan Dato’ Seri Najib Tun Razak lanjutan dari pendedahan semalam bagaimana dana
untuk tujuan R&D telah digunakan untuk membiayai projek komersil…’
Sebagaimana diperjelaskan,
geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource
Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut
oleh Y.B. Rafizi.
Syarikat ini dikhabarkan
akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan
dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan
menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik terhadap syarikat
ini.
Para 2 hingga 5:
`Dari surat ini, saya dapat
mengesahkan bahawa: 1. Dato’ Seri Najib memberi
arahan sendiri melalui minit supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan
dari tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI
2. Projek yang diusahakan
oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang
dibina di Kerteh
3. Kontrak pembekalan stim
pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE
Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh
kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources…’
Daripada surat yang
dilampirkan oleh Rafizi, tidak ada langsung ayat yang berbaur “arahan” yang
dicatatkan. Minit yang dicatatkan oleh Perdana
Menteri diatas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:
“Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin,
Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan
jika projek ini sesuai.”
Merujuk perenggan (7) dan
(8) di dalam surat permohonan geran, bantuan geran yang dipohon ini bukan hanya
tertumpu kepada pelaburan syarikat ini di Kerteh, Terengganu; sebaliknya juga
untuk memenuhi permintaan renewable energy di Gebeng, Pahang.
Tuduhan yang mengatakan
kontrak yang dimeterai oleh NSE Resource “tidak melibatkan sebarang pegangan
modal oleh kerajaan” adalah pembohongan yang melulu. Harus diketahui, permohonan ini dibuat oleh
syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.yang mana 25% sahamnya dipegang
oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti
perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Menteri
Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).
Pegangan saham ini bermakna pihak kerajaan akan turut mendapat pulangan
sekiranya syarikat ini mencatatkan keuntungan.
Harga pembekalan RM55 satu
tan dan berasaskan teknologi hijau menjadikan tarikan utama kepada pelaburan
asing (FDI). CJ-Arkema telah memilih melabur di Malaysia sebanyak RM2 Billion
berbanding Thailand atau pun Brazil.
Para 6:
`Perenggan (7) surat dari
NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek komersil ini tidak
mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi
kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta
menimbulkan kebimbangan di pihak Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana projek
komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi kewangan
(seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan
kewangan yang tidak baik. Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan
dari projek tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke
dalam projek ini…’
Dalam perenggan (7) surat
permohonan geran daripada NSE Resources, terdapat kenyataan “kekangan kewangan”
yang membawa kepada fitnah dan tohmahan oleh Rafizi kononnya projek ini “tidak mendapat
dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran
mendapatkan pinjaman bank”.
Perenggan (7) seharusnya
dibaca bersama dengan perenggan (8) yang mencatatkan: “sepertimana yang pihak
Y.A.B. Dato’ Seri sedia maklum”, yang memberi gambaran bahawa suatu penjelasan
yang lebih terperinci telahpun dibuat kepada Perdana Menteri.
Untuk makluman, syarikat ini
telah menerima pinjaman berjumlah RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia
Berhad pada tahun 2013 untuk membangunkan fasa-2 yang kini telah 93% siap. “Kekangan kewangan” yang dimaksudkan pada
perenggan (7) ialah keperluan modal tambahan bagi menampung pembangunan strategik
fasa ke-3 sebagaimana yang telah dibentangkan semasa memberi penjelasan kepada Perdana Menteri.
Para 7:
`Sewajarnya, Dato’ Seri
Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan
dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D.
Keputusan beliau memberi saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi &
Inovasi untuk mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran,
adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.,,;
Sebagaimana diperjelaskan,
geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource
Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut
oleh Rafizi.
Berhubung dengan
pertimbangan Y.A.B. Perdana Menteri, rujuk ulasan untuk Para 10 dan 11 dalam
artikel terdahulu.
Para 8 dan 9:
`Pada pendapat saya, projek
komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk mendapat geran atau bantuan
modal sebesar ini berdasarkan perkara berikut:
1. Teknologi dan perusahaan
menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu atau bahan lain bukanlah
teknologi terkini atau unik kepada Malaysia. Semakan menunjukkan bahawa boiler
yang menggunakan kaedah ini sudah lama dipasarkan (contohnya melalui syarikat
http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan stim atau syngas
dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar
mendapat suntikan dana sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia
teknologi terkini yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah
perusahaan biasa yang ada di pasaran..’.
Teknologi yang diguna pakai
dibangunkan dibahagikan kepada 2 komponen iaitu membabitkan fabrikasi dandang
steam 100% tempatan dan pembangunan pada skala besar gasifier yang 100%
pengeluaran tempatan. Tindakan ini telah menyelamatkan pengeluaran wang keluar
ke negara asing berjumlah tidak kurang dari RM360 juta.
Ianya juga telah menaikkan
imej fabrikasi dan kebolehan kejuruteraan membangunkan alat berasaskan tenaga
hijau ke mata dunia apabila syarikat konglemerat asing seperti CheilJedang Corp
Korea dan Arkema SA Perancis telahmemeterai perjanjian jangka panjang
pembekalan steam dengan NSERC.
Para 10:
`2. Pembekal stim atau
syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana kilang pembeli sedang
dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul keperluan kilang stim milik NSE
Resources ini menjadi daya tarikan pelaburan di situ. PETRONAS sudah mempunyai
satu kilang iaitu Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh
PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun,
iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu…’
Kilang CJ Arkema adalah
kilang pengeluaran Methionine hijau yang pertama seumpamanya didunia.
Pengeluaran steam oleh PETRONAS CUF berasaskan gas asli mempunyai nilai karbon
yang tinggi serta dibekalkan pada harga minima RM70 setan pada kadar gas asli
di “subsidi” iaitu RM16.07 per mmBTU (dimana PETRONAS sepatutnya boleh menjual
keluar negara pada harga RM45 per mmBTU) menjadikan projek ini tidak “viable”
di Malaysia.
NSERC mampu mengeluarkan
steam hanya pada RM55 se tan menggunakan biomass serta mempunyai nilai karbon
yang rendah menjadikan keseluruhan
rantaian pengeluaran yang jauh lebih hijau dan viable untuk pelaburan di Malaysia
berbanding di Thailand atau Brazil oleh CJ Arkema.
Para 11 hingga 13:
`Utusan surat-menyurat yang
saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato’ Seri Najib
yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat
untuk mengusahakan projek komersil yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.
Saya pasti geran RM100 juta
ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang
dilantik oleh MOSTI seperti mana penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’ Seri Najib tidak boleh
terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini – atau hanya menyertai larian
anti-rasuah – beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi
yang akan saya dedahkan…’
Sekiranya benar ada keraguan
terhadap prospek untung rugi syarikat ini, bagaimana Bank Islam Malaysia Berhad
boleh memberikan pinjaman sehingga RM 20.4 juta?
Ketika Tun. Dr. Mahathir
Mohamad mengambil keputusan untuk menggunakan dana awam yang bertujuan untuk
membangunkan Proton, bukan hanya pihak bank yang meragui keupayaan Proton untuk
mencatatkan keuntungan, tetapi juga pihak pembangkang yang menganggap projek
kereta nasional itu sebagai suatu pembaziran dan tidak menguntungkan. Akan tetapi, apabila kedudukan Proton mula
mengukuh dalam pasaran automotif tempatan, bukan hanya pihak bank memberikan kepercayaan,
tetapi juga pihak pembangkang sendiri memilih untuk membeli kereta Proton. Begitulah realiti dan perumpamaan untuk
mana-mana syarikat yang membawa suatu produk baru ke dalam masyarakat.
Berkenaan saringan
teknologi, syarikat ini telahpun melalui beberapa saringan teknologi oleh panel
pakar R&D yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu,
syarikat ini juga telah memperolehi pengiktirafan daripada Malaysian Industrial
Development Authority (MIDA) dan pengesahan industri hijau daripada
PricewaterhouseCoopers (PwC). Dengan
fitnah yang menggugat kredibiliti syarikat tersebut oleh Y.B. Rafizi, syarikat
ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM 200 juta terhadap beliau
dalam masa yang terdekat.
Kesimpulannya, Rafizi telah
masuk ke dalam jerat yang diciptanya sendiri.
Pada kali ini, dengan dokumen-dokumen bukti yang ada di pihak syarikat,
Rafizi akan berhadapan dengan kes saman fitnah dan buruk sangka yang akan
mengeheretnya jatuh ke lubang kubur yang digalinya sendiri. Ini kerana, segala-galanya adalah fitnah yang
berpandukan maklumat yang salah dan tersasar.
Tidak ada satupun dokumen bukti yang dapat menunjukkan penyelewengan
atau penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam urusan
ini. Kenyataan-kenyataan yang dibuat
lebih menjurus kepada tohmahan liar, sangkaan buruk dan hati perut busuk untuk
mengkhianati syarikat yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang berpotensi
mendapat bantuan kerajaan. Rafizi
dicadangkan meminum perfume sebagai cubaan untuk mewangikan kembali hati
perutnya.
Walaubagaimanapun, pokok persoalannya, kenapa Rafizi
membangkitkan isu ini?
Adakah terdapat
saudagar-saudagar dari bangsa lain yang memainkan peranan supaya isu ini
dicipta dan dibangkitkan oleh beliau?
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
8 comments:
kiranya apa yang dikata dan didedahkan olih rafizi ni FITNAH semata2, kenapa biarkan syaitan malaun seekor ni terus bermaharajalela bercakap..
dah tau dia fitnah dan bohong...
apa lagi.. ada bukti, sumbat aje dia dalam penjara agar AL-JUBURI ada teman sepermainan disana...
fitnah mcm ni jika kena AL-JUBURI, dah berjela-jela saman kt mahkamah..
eerrrr.. geram pulak pak maun dibuatnya....
Saman saja sisotong Rafizi ni bagi dia pengajaran sikit asyik menfitnah syarikat Melayu swasta saja...syarikat cina tak berani pula
Rafizi & Saifuddin Bodoh macam Lembu Haram macam Babi!!!
Kerajaan /MOSTI saman je mamat gay ni. Dok fitnah orang siang malam sampai badan pun dah semakin gedabak tembun dan kapla pun semakin botak.
apa rafizi nak sibuk pasal geran-geran kerajaan ni, jaga parlimen pandan pun gagal. ada staf pun kejap2 berhenti, berbulan2 baru dapat ganti. dah tu bila orang kutuk bos sikit, melenting bagai nak rak. tapi orang pandan serba bijaksana, memang bagi undi buat kat rafizi, dulu dan selamanya......
Saudara Rafizi ni anak didik Anwar.Kaki Kelentong je.Tak payahlah nak menipu.Rakyat Malaysia yang sukakan kedamaian tak akan terikut-ikut dengan cara dan gaya anda.Ubahlah gaya dengan menjadikan bangsa melayu kehadapan daripada bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini.
PKR parti anak beranak.Kau ni tidak cerdiklah Rafizi.Malukan orang Melayu je.Kalau Cina depa senyap2 je
RAFIZI BUNUH SYARIKAT KRONI....