Friday, January 17, 2014
Najib perlu berani..! |
MASIH belum terlambat untuk
PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai
Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO
yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya
sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang
timbul makin tidak terurai.
PM Najib sedang dilihat
sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta
keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang
tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.
Selepas PRU13,seperti ada
gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu
yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta
menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang
menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan
daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama
mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.
Tidak tahu dimana silapnya
tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi
subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu
ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang
timbul.
Kegagalan PM Najib hari ini
dilihat oleh ramai pihak kerana beliau terlalu tunduk dan menjadi Yes Man
kepada PEMANDU dan juga ada pihak melihat Najib mempunyai ketakutan yang luar
biasa untuk mengambil tindakan memecat terhadap
Penasihat-penasihatnya,agensi-agensi strategi yang dibawah Jabatan Perdana
Menteri yang gagal melaksanakan teori transformasi yang beliau laungkan pada
awal pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di luar sana,PMO dijadikan
sasaran dan menyalahkan Jabatan Media Perdana Menteri semata-mata adalah tidak
adil kerana ramai lagi pihak yang harus dipertanggungjawabkan seperti Jabatan
R&D,Setiausaha-Setiausaha Politiknya dan banyak lagi yang bersangkutan yang
seharusnya menyampaikan perkara benar tentang kegelisahan rakyat dan tentang
kebencian penyokong terhadap beberapa tindakan Najib yang sememangnya tidak
popular malah membebankan rakyat.
Malang Najib bertimpa kerana
orang-orang sekelilingnya mempunyai kepentingan peribadi masing-masing dan
mereka mengambil kesempatan bukan untuk membantu Najib tetapi turut memberikan
tekanan demi tekanan kepada Najib seolah-olah seperti mahu menunjukkan jalan
keluar serta menutup pintu Putrajaya kepada Najib.
Najib jangan memandang
rendah kepada keluh kesah rakyat di luar sana dan usaha Najib kononnya untuk
menjadikan Malaysia Negara maju menjelang 2020 hanyalah tinggal impian dan
tidak bererti apa-apa sekiranya Barisan Nasional hilang kerajaan di PRU14 nanti.
Najib harus kembali kepada
persoalan asas iaitu untuk menjadi Perdana Menteri yang berani serta tahu
menggunakan kuasa malah ada yang mula membandingkan bahawa Khalid Ibrahim lebih
berani menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor daripada Najib yang
ada kuasa sebagai Perdana Menteri tetapi takut untuk menggunakannya.
Berdoalah Najib moga Allah selamatkan pentadbirannya..! |
Sehingga hari PM Najib gagal
dan takut untuk memecat Penasihat-Penasihatnya termasuklah memecat Raja Arif
Ketua Pengarah BTN (sekadar menyebut satu nama) yang dijadikan kuda tunggangan
oleh bekas Setiausaha Politik Najib sebelum ini kerana mereka inilah antara
anai-anai yang sedang memakan tiang seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ramai lagi nama-nama yang
boleh disebutkan sebagai antara orang yang menyumbang kepada kegagalan Najib
mengurus Negara ketika ini yang sepatutnya membantu Najib menguruskan keyakinan
rakyat terhadap keputusan pimpinannya dan yang paling membimbangkan kita
sekiranya selepas ini apa sahaja yang keluar dari mulut Najib, rakyat tidak
percaya dan menganggap Najib hanya sekadar retorik semata-mata dan paling kita
takutkan sekiranya PM Najib dianggap sebagai Perdana Menteri yang menipu rakyat
setelah memperolehi kuasa.
Di mana mereka yang dibayar
gaji mahal,elaun itu dan ini,projek sana dan sini di saat PM Najib dihina
dengan isu kangkung?Dimana semua mereka ini disaat keluarga Najib diserang dan
difitnah?Atau sebenarnya ada dikalangan mereka yang mengorkestrakan segala isu
tentang Najib agar Najib tertekan serta bosan dan akhirnya meninggalkan
tahtanya di Putrajaya.
Untuk mereda krisis
keyakinan rakyat terhadap pimpinannya,sekurang-kurangnya Najib cari sedikit
keberanian untuk bertindak dengan memecat mana-mana pegawainya yang menjadi
duri dalam daging,menamatkan kontrak mana-mana Ketua Pengarah agensi yang
selama ini hidup dengan hanya membuncitkan perut sendiri tanpa berusaha
membantu PM Najib menguruskan Negara.
Najib jangan simpan bangkai
dalam kepimpinannya dan demi masa depan Najib sebagai perdana Menteri,janganlah
Najib terus-terusan membela biawak-biawak hidup disekelilingnya dan sekiranya
Najib lebih pentingkan kawan-kawanya,kauma keluarganya dan penasihat-penasihatnya
daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri,yakin dan percayalah hayat Najib
sebagai Perdana Menteri akan senasib dengan Pak (Tun) Lah.
Timun pun ditangan
Najib,durian pun ditangan Najib.Terpulanglah kepada kebijaksanaan beliau.Jazakallah..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
7 comments:
Pecat ajer Ibdil lifestyle kerana gagal menjawab dengan pantas setiap serangan yang ditujukan terhadap Najib. Apa guna jawatan Ketua BMB kalau tak mampu mempertahankan bosnya.
Setuju.. demi masa depan UMNO dan org Melayu dan Islam, lagi cepat (samada berubah atau mengundur diri macam Pak Lah) lagi bagus...sebelum PRU 14. Dulu nampak tindakan PM macam teratur dan sistematik.... tapi makin lama nampak macam habuk pun tarak... ni dah dekat setahun selepas PRU13 macam takda apa2. PM oh PM.. rakyat pun tak paham apa yg PM maksudkan negara maju.... apa guna maju kalau rakyat tertekan...
PERSEPSI NEGATIF YANG MELANDA NAJIB SEKARANG ADALAH..BELIAU SELALU LAMBAT BERTINDAK, LAMBAT RESPOND, LAMBAT MEMBERI JAWAPAN. BILA ORANG RAMAI BERBAHAS, BERDEBATE, BERTEKAK DALAM INTERNET DAH BAGITU LAMA PUN NAJIB TAK BUAT APA APA.
HARAP NAJIB TUKAR ISTILAH DARIPADA KANGKUNG KEPADA ASPARAGUS SEBAB ASPARAGUS ADA NILAI YANG LEBIH TINGGI DARIPADA KANGKUNG, KUALITI YANG LEBIH BAIK, HARGA YANG LEBIH MAHAL DAN LEBIH SEDAP DARIPADA KANGKUNG. ASPARAGUS LEBIH GLOBAL DARIPADA KANGKUNG.
Sejak PRU13 jelas sungguh yg PM hanya mendengar dan membaca apa saja kata-kata PEMANDU.
Kata org lain kena tolak tepi je lah.
Jika ... Tun Mahathir menerajui PEMANDU mungkin keadaan akan berubah.
Tapi ... nanti org kata TMM gila kuasa pulak.
AGAK AGAK MAHU KE NAJIB IKUT JEJAK PAK LAH LETAK JAWATAN PM? SEKALI DITEMPIK DEK ROSMAH MAHU TERKENCING DIA DALAM SELUAR.......KAH KAH KAH
Aku sokong admin 100%. Najib terlalu takut dan sanggup jadi barua kepada pembangkang. Nampak gayanye nnt PRU14 kita akan dapat PM baru yg bermata sepet. Habis jahanam semua yg dibina oleh Tun Mahathir. Sayang sekali Malaysia mempunyai pemimipin yg lemah dan pengecut utk bertindak. Sanggup membiarkan agama islam dan bangsa melayu di hina. Sanggup menjaga hati bangsa asing dari bangsa melayu. Najib Razak lupa yg dia pernah kena kencing dgn puak mata sepet dlm PRU 13 dulu dengan panggilan Ah Jib Gor. Najib akan melakar sejarah baru apabila menjadi PM melayu yg terakhir nnt. Najib seorang yg clueless,tiada hala tuju,tiada "guts" utk bertindak. UMNO sudah jadi parti SYOK SENDIRI. Pemimpinnya sibuk nak penuhkan kantung sendiri sehingga bangsa mereka di lupakan.
Najib kelihatan terumbang ambing dalam ketakutan yang amat sangat dalam membuat apa juga keputusan.
Elok jika dia ambil cuti panjang, barang sebulan dua atau setahun dua, duduk bersendirian, jauh dari keluarga dan kawan serta melihat kembali apa yang dia lakukan selama dia menjadi PM.
Jika yang itu pun dia tidak mampu buat, eloklah mereka mereka yang berpengaruh suruh dia ambil cuti.
dari Ben