Friday, January 17, 2014

Najib perlu berani..!

MASIH belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.

PM Najib sedang dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.


Selepas PRU13,seperti ada gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.

Tidak tahu dimana silapnya tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang timbul. 

Kegagalan PM Najib hari ini dilihat oleh ramai pihak kerana beliau terlalu tunduk dan menjadi Yes Man kepada PEMANDU dan juga ada pihak melihat Najib mempunyai ketakutan yang luar biasa untuk mengambil tindakan memecat terhadap Penasihat-penasihatnya,agensi-agensi strategi yang dibawah Jabatan Perdana Menteri yang gagal melaksanakan teori transformasi yang beliau laungkan pada awal pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Di luar sana,PMO dijadikan sasaran dan menyalahkan Jabatan Media Perdana Menteri semata-mata adalah tidak adil kerana ramai lagi pihak yang harus dipertanggungjawabkan seperti Jabatan R&D,Setiausaha-Setiausaha Politiknya dan banyak lagi yang bersangkutan yang seharusnya menyampaikan perkara benar tentang kegelisahan rakyat dan tentang kebencian penyokong terhadap beberapa tindakan Najib yang sememangnya tidak popular malah membebankan rakyat.

Malang Najib bertimpa kerana orang-orang sekelilingnya mempunyai kepentingan peribadi masing-masing dan mereka mengambil kesempatan bukan untuk membantu Najib tetapi turut memberikan tekanan demi tekanan kepada Najib seolah-olah seperti mahu menunjukkan jalan keluar serta menutup pintu Putrajaya kepada Najib.

Najib jangan memandang rendah kepada keluh kesah rakyat di luar sana dan usaha Najib kononnya untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang 2020 hanyalah tinggal impian dan tidak bererti apa-apa sekiranya Barisan Nasional hilang kerajaan di PRU14 nanti.

Najib harus kembali kepada persoalan asas iaitu untuk menjadi Perdana Menteri yang berani serta tahu menggunakan kuasa malah ada yang mula membandingkan bahawa Khalid Ibrahim lebih berani menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor daripada Najib yang ada kuasa sebagai Perdana Menteri tetapi takut untuk menggunakannya.

Berdoalah Najib moga Allah selamatkan pentadbirannya..!
Sehingga hari PM Najib gagal dan takut untuk memecat Penasihat-Penasihatnya termasuklah memecat Raja Arif Ketua Pengarah BTN (sekadar menyebut satu nama) yang dijadikan kuda tunggangan oleh bekas Setiausaha Politik Najib sebelum ini kerana mereka inilah antara anai-anai yang sedang memakan tiang seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ramai lagi nama-nama yang boleh disebutkan sebagai antara orang yang menyumbang kepada kegagalan Najib mengurus Negara ketika ini yang sepatutnya membantu Najib menguruskan keyakinan rakyat terhadap keputusan pimpinannya dan yang paling membimbangkan kita sekiranya selepas ini apa sahaja yang keluar dari mulut Najib, rakyat tidak percaya dan menganggap Najib hanya sekadar retorik semata-mata dan paling kita takutkan sekiranya PM Najib dianggap sebagai Perdana Menteri yang menipu rakyat setelah memperolehi kuasa.

Di mana mereka yang dibayar gaji mahal,elaun itu dan ini,projek sana dan sini di saat PM Najib dihina dengan isu kangkung?Dimana semua mereka ini disaat keluarga Najib diserang dan difitnah?Atau sebenarnya ada dikalangan mereka yang mengorkestrakan segala isu tentang Najib agar Najib tertekan serta bosan dan akhirnya meninggalkan tahtanya di Putrajaya.

Untuk mereda krisis keyakinan rakyat terhadap pimpinannya,sekurang-kurangnya Najib cari sedikit keberanian untuk bertindak dengan memecat mana-mana pegawainya yang menjadi duri dalam daging,menamatkan kontrak mana-mana Ketua Pengarah agensi yang selama ini hidup dengan hanya membuncitkan perut sendiri tanpa berusaha membantu PM Najib menguruskan Negara.

Najib jangan simpan bangkai dalam kepimpinannya dan demi masa depan Najib sebagai perdana Menteri,janganlah Najib terus-terusan membela biawak-biawak hidup disekelilingnya dan sekiranya Najib lebih pentingkan kawan-kawanya,kauma keluarganya dan penasihat-penasihatnya daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri,yakin dan percayalah hayat Najib sebagai Perdana Menteri akan senasib dengan Pak (Tun) Lah.

Timun pun ditangan Najib,durian pun ditangan Najib.Terpulanglah kepada kebijaksanaan beliau.Jazakallah..

7 comments:

Anonymous said...

Pecat ajer Ibdil lifestyle kerana gagal menjawab dengan pantas setiap serangan yang ditujukan terhadap Najib. Apa guna jawatan Ketua BMB kalau tak mampu mempertahankan bosnya.

Anonymous said...

Setuju.. demi masa depan UMNO dan org Melayu dan Islam, lagi cepat (samada berubah atau mengundur diri macam Pak Lah) lagi bagus...sebelum PRU 14. Dulu nampak tindakan PM macam teratur dan sistematik.... tapi makin lama nampak macam habuk pun tarak... ni dah dekat setahun selepas PRU13 macam takda apa2. PM oh PM.. rakyat pun tak paham apa yg PM maksudkan negara maju.... apa guna maju kalau rakyat tertekan...

Anonymous said...

PERSEPSI NEGATIF YANG MELANDA NAJIB SEKARANG ADALAH..BELIAU SELALU LAMBAT BERTINDAK, LAMBAT RESPOND, LAMBAT MEMBERI JAWAPAN. BILA ORANG RAMAI BERBAHAS, BERDEBATE, BERTEKAK DALAM INTERNET DAH BAGITU LAMA PUN NAJIB TAK BUAT APA APA.

HARAP NAJIB TUKAR ISTILAH DARIPADA KANGKUNG KEPADA ASPARAGUS SEBAB ASPARAGUS ADA NILAI YANG LEBIH TINGGI DARIPADA KANGKUNG, KUALITI YANG LEBIH BAIK, HARGA YANG LEBIH MAHAL DAN LEBIH SEDAP DARIPADA KANGKUNG. ASPARAGUS LEBIH GLOBAL DARIPADA KANGKUNG.

Anonymous said...

Sejak PRU13 jelas sungguh yg PM hanya mendengar dan membaca apa saja kata-kata PEMANDU.

Kata org lain kena tolak tepi je lah.

Jika ... Tun Mahathir menerajui PEMANDU mungkin keadaan akan berubah.

Tapi ... nanti org kata TMM gila kuasa pulak.

Anonymous said...

AGAK AGAK MAHU KE NAJIB IKUT JEJAK PAK LAH LETAK JAWATAN PM? SEKALI DITEMPIK DEK ROSMAH MAHU TERKENCING DIA DALAM SELUAR.......KAH KAH KAH

Mohamed Z said...

Aku sokong admin 100%. Najib terlalu takut dan sanggup jadi barua kepada pembangkang. Nampak gayanye nnt PRU14 kita akan dapat PM baru yg bermata sepet. Habis jahanam semua yg dibina oleh Tun Mahathir. Sayang sekali Malaysia mempunyai pemimipin yg lemah dan pengecut utk bertindak. Sanggup membiarkan agama islam dan bangsa melayu di hina. Sanggup menjaga hati bangsa asing dari bangsa melayu. Najib Razak lupa yg dia pernah kena kencing dgn puak mata sepet dlm PRU 13 dulu dengan panggilan Ah Jib Gor. Najib akan melakar sejarah baru apabila menjadi PM melayu yg terakhir nnt. Najib seorang yg clueless,tiada hala tuju,tiada "guts" utk bertindak. UMNO sudah jadi parti SYOK SENDIRI. Pemimpinnya sibuk nak penuhkan kantung sendiri sehingga bangsa mereka di lupakan.

Anonymous said...

Najib kelihatan terumbang ambing dalam ketakutan yang amat sangat dalam membuat apa juga keputusan.

Elok jika dia ambil cuti panjang, barang sebulan dua atau setahun dua, duduk bersendirian, jauh dari keluarga dan kawan serta melihat kembali apa yang dia lakukan selama dia menjadi PM.

Jika yang itu pun dia tidak mampu buat, eloklah mereka mereka yang berpengaruh suruh dia ambil cuti.

dari Ben

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers