Wednesday, December 25, 2013

Jakel-taukeh kain jadi taukeh tanah!
TIBA-TIBA sahaja nama Jakel menjadi sebutan ramai di Wilayah Persekutuan hari ini dan Jakel yang lebih dikenali sebelum ini sebagai pemborong dan pengedar kain dalam negara tiba-tiba menjadi jutawan hartanah yang sedang menguasai sebahagian besar tanah-tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mereka merupakan antara kuasa baru pemaju hartanah di bandaraya ini walaupun sebelum ini latar belakang mereka bukan sebagai pemaju tetapi taukeh kain semata-mata.

Kita tidak tahu daripada mana ataupun kuasa mana yang berada di belakang Jakel sehingga mereka berjaya memperolehi kelulusan tanah untuk diberikan pada mereka walaupun tanah-tanah yang diluluskan itu pernah dimohon oleh beberapa syarikat tetapi ditolak oleh DBKL dan juga Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan kononnya tanah-tanah yang dipohon itu akan dibangunkan antaranya pejabat-pejabat DBKL dan juga kuarters penempatan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Salah satu tanah yang berjaya dipindahmilik menjadi hak Jackel untuk dimajukan atas dasar pengswataan adalah tanah di Cheras yang dibawah tadbiran  Jabatan Kejuruteraan DBKL dimana tanah ini sebelum ini pernah dimohon oleh sebuah syarikat milik anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk dimajukan dan juga turut dimohon oleh Yayasan Pendidikan Cheras untuk membangunkan kolej mereka tetapi telah ditolak oleh DBKL dengan alasan DBKL tidak berniat untuk mengswasta bagi dimajukan kerana tanah tersebut akan dibangunkan untuk penempatan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Hari ini kelulusan pembangunan tanah itu diluluskan kepada Jakel.

Begitu juga dengan tanah yang menempatkan Velodrom Kuala Lumpur yang terletak di Bandar Tun Razak turut diluluskan untuk diberikan kepada Jakel dan begitu juga tanah bekas tapak setinggan di belakang Puspakom Wangsa Maju turut diserahkan kepada Jakel dan tanah di Jalan Ipoh yang sebelum ini dikatakan menjadi tempat pembuangan sampah juga turut diserahkan kepada Jakel

Adakah Ahmad Phesal bersubahat?
Kita terperanjat kerana begitu mudah kelulusan demi kelulusan diberikan kepada syarikat kain ini oleh DBKL ataupun ada arahan-arahan tertentu daripada pihak tertentu supaya Jackel ini dijadikan anak emas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menjadikan seolah-olah Jackel adalah Sultan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dan mereka boleh mengatasi semua kuasa yang ada termasuklah kuasa Datuk Bandar,Menteri dan juga KSU.

Jakel yang asalnya bermula di Segamat sebagai cabang perniagaan kain dimana sebelum ini mereka beroperasi secara penuh di Singapura dilihat mula memasuk jarumnya di Malaysia dengan menjadi penaja utama kepada pemberian kain sempena bulan Ramadan lalu kepada seluruh bahagian-bahagian UMNO di seluruh Malaysia malah Jakel juga dikatakan menjadi penaja kepada semua jenis pakaian termasuklah baju Melayu dan juga baju korporat UMNO daripada Pengerusi Tetap hingga ke MT UMNO.

Apakah kerana kemurahan hati Jakel ini dibalas oleh DBKL ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyerahkan tanah-tanah yang disebutkan sabagai imbuhan kepada `jasa’ mereka itu?

Takkan sewenag-wenangnya diserahkan pengswastaan tanah ini sedangkan Jakel bukanlah sebuah syarikat yang terlibat dan berpengalaman dalam pemilikan  dan pembangunan hartanah sebegini kerana pengalaman mereka hanyalah tauke kain semata-mata.

Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan  dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur kita percaya tidak menerima tekanan daripada sesiapa pun ternasuklah Perdana Menteri untuk  meluluskan tanah-tanah ini atas nama pengswastaan dan sekiranya mereka menerima tekanan  dan meluluskan pada Jakel kerana mungkin ada pihak termakan budi dengan Jakel,alangkah malangnya kita mempunyai pemimpin yang semudah itu melepaskan tanah milik DBKL,milik rakyat kepada syarikat ini sedangkan mesyuarat pengurusan tanah DBKL sebelum ini jelas  status tanah tersebut bukan untuk diswastakan.

Patutlah Jakel bersungguh benar menaja seluruh pakaian rupa-rupanya ada niat lain yang tersirat,bagi sumbangan kain dapat upah tanah dari kerajaan!

Moga Ku Nan dan KSU tidak terlibat gadai tanah DBKL?
Kita melihat terlalu banyak penyelewengan dilakukan oleh pemaju hartanah milik DBKL ini dan sebagai contoh lain lihat sahaja pembangunan tanah yang diluluskan kepada YTL di Sentul terhadap tanah Keretapi Tanah Melayu  sebanyak 5,000 ekar jelas melanggar arahan pembangunan dimana plan pembangunan diluluskan oleh DBKL sepatutnya dibina 1,500 unit rumah kos rendah dahulu untuk menempatkan penempatan pekerja-pekerja KTM tapi apa yang YTL buat, bukan rumah kos rendah yang dibangunkan tetapi semua rumah mewah yang tidak mampu dimiliki oleh pekerja-pekerja keretapi Tanah Melayu. Asal nama berkaitan dengan Melayu sahaja pasti mangsanya adalah orang Melayu!

Kita percaya disebalik semua kelulusan yang diberikan termasuklah kepada Jakel ini ada rasuah tersembunyi ataupun ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan Tengku Adnan ataupun Datuk Bandar Kuala Lumpur meluluskan kepada Jakel walaupun sebelum ini terdapat ribuan permohonan daripada syarikat-syarikat berpengalaman namun ditolak oleh DBKL dengan alasan untuk kegunaan DBKL sendiri.

Siapa dibelakang Jakel hingga mereka dilihat menjadi kuasa besar di Wilayah Persekutuan ini?Meraka dilihat seperti seoarang Raja yang berkuasa penuh dan boleh minta apa sahaja yang mereka mahu?Adakah Tengku Adnan di belakang mereka?Datuk Bandar Kuala Lumpur di belakang mereka ataupun orang-orang tertentu yang berada di sekeliling Perdana Menteri yang menjadi `master mind’ merampas segala tanah-tanah milik DBKL dan rakyat ini?



9 comments:

Anonymous said...

jgn cerita psl JAKeEL shj..

Cuba Bongkarkan kisah BABI2 di DBKL..

Sekurang2 nya Jakel tu Muslim..

Anonymous said...

yup..betul tu sekurang-kurangnya dia adalah melayu muslim...baguslah dia byk hartanah di KL ni yang selalu semak dgn cinabeng tu...

Anonymous said...

Setuju agar Sanggah Tok Janggut mulakan tulis orang Melayu susah nak berniaga Cina mudah dapat Tanah, sepanjang jalan kepong Cina mudah dapat Tanah, minta Sanggah Tok Janggut cari dimana pengusaha melayu yang menderita kerana kerenah DBKL dan Pejabat Tanah.

Anonymous said...

tajuk.. banyak maksud yg terselindung
isi pula banyak yg tersangkut,
persoalanya,bukan siapa di belakang jakel?? tetapi apa tujuan jakel
melakukannya..

Anonymous said...

Salam. Setuju dengan komen sebelum ini. Saya rasa tak patut kita highlight Jakel..kita patut sokong perjuangan mereka kerana mereka tu satu-satunya syarikat islam yang mampu bersaing dengan cina-cina barua yang telah lama menjajah negara kita.Saya tak pasti tentang kebenaran berita Jakel membeli banyak tanah DBKL,boleh jadi DBKL menolak permohonan syarikat lain sebelum ini adalah kerana dibelakang syarikat itu semua sebenarnya cina-cina barua ni. Dan mungkin setelah dikaji,hanya Jakel satu-satunya syarikat yang genuine muslim..Kita harus berprasangka baik dalam semua perkara,kalau nak fikir negatif jek,semua masalah takkan selesai.Lagipun semua orang tahu Jakel ni Family business,anda pun mungkin terbaca arkitel-artikel berkaitan mereka di surat khabar. Mereka adik beradik berkorban banyak perkara dalam hidup mereka untuk memastikan perniagaan mereka berjaya dan ditahap sekarang..Saya adalah seorang Sarjana dalam bidang Hartanah. Utk pengetahuan pembaca saya pernah membuat kajian tentang pemilikan hartanah di lembah klang,semua hartanah-hartanah utama dikuasai oleh cina-cina barua ini dan sebenarnya kita sudahpun dijajah..Kita harus melaksanakan 'JIHAD EKONOMI' bagi memastikan islam tidak mundur..Bagi pendapat peribadi saya,apa yang Jakel lakukan ini adalah suatu langkah dalam "JIhad Ekonomi' yang mana sepatutnya semua usahawan-usahawan muslim kita patut contohi..Kalaupun benar berita Jakel bakal menguasai pasaran Hartanah,saya rasa kita sebagai umat islam harus berasa bangga kerana jakel sekurang-kurangnya membayar Zakat. Ramai orang islam yang boleh mendapat manfaat daripada kekayaan mereka. Kalu nak dikirakan kebaikan mereka pun terlalu banyak untuk dikatakan, kita selalu boleh mendengar jakel membantu anak yatim,jakel membantu pembinaan masjid,jakel sponsor carpet masjid,jakel bantu ibu tunggal dan mcm2 lagi..Dan tak salah pekerja mereka pun lebih 5000 org dimana semuanya islam..mana ada usahawan muslim kita yang ada pekerja seramai 5000 org yang semuanya islam..memang kena salute Jakel..

Teringat satu lirik lagu yang saya benar-benar sudah mula merasakan sekarang..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Daripada lirik lagu ini,moga akan membuka mata semua.."JIHAD EKONOMI"- ALLAHU AKHBAR - Drpd Hamba Allah Yang Fakir

Anonymous said...

Apa salahnya jakel tu ada tanah di kl. Support la sikit syarikat melayu. Ohh ya ko bising pasal jakel dpt tanah. Apa kata ko bongkar pulak macam mana ytl syarikat cina lahanat boleh dapat tanah beratus ekar secara total di kl.

Anonymous said...

Anak kecik tak main api lagi daaa
depa sebok main ipad tab apa bagai semua
lagu tu dah lapok ketinggalan dah tak sesuai aku ahli umno pun malulaaa nak nyanyi lagu yg melemahkan zahir dan batin...

MELAYU OH MELAYU

Anonymous said...

Assalamualaikum, pada pendapat saya Jakel adalah dari kalangan mamak...mereka bukan melayu,namun yg penting dan paling utama mereka adalah Islam. Memantapkan ekonomi org Islam dan keuntungan mereka diagihkan kepada yg memerlukan. Cuma saya berharap agar segala jual-beli perniagaan mereka dalam hartanah ataupun kain adalah mengikut syariat Islam, bkn melalui sogokan/rasuah. Kerana sekiranya melalui cara salah,secara tidak langsung memalukan umat Islam.Begitu juga usahawan Islam yg lain, berniagalah mengikut syariat.Semoga Jakel maju jaya dalam memperkembangkan ekonomi orang Islam.Wallahualam...

Anonymous said...

Kalau lah syarikat Jakel nie sbnrnya ingin membantu bumiputera, sy sbg peniaga di kl downtown night market cheras bharap pihak Jakel dpt membantu kami peniaga2 kecil melayu memandangkn tapak perniagaan kami sendiri telah dibeli oleh Jakel dan kami jg telah diarahkn berpindah ke tempat lain.. jika situasi ini tidak diselesaikn dlm suasana 'win-win situation' maka akn terjejaslah periuk nasi kami peniaga2 kecil melayu bumiputera Islam mmajoriti

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers