Tuesday, August 6, 2013

Firdaus banyak tidak tahu tentang BTN!

MEMBACA laporan Utusan Malaysia tentang saranan Ahli Dewan Negara Dato' Dr Firdaus Abdullah ketika berucap di Dewan Negara supaya Biro Tata Negara (BTN) kembali berperanan dalam proses pembinaan Negara Bangsa, menjadikan saya terkejut dan terkasima buat seketika dan dalam fikiran saya terus dihujani dengan pelbagai persoalan, apakah niat dan tujuan Dr Firdaus sebagai seorang ahli akademik terkemuka melontarkan cadangan tersebut?

Apakah beliau juga tidak mengikuti perkembangan semasa atau sebagai orang yang tajam pemikiran beliau cuba mengajar seseorang melalui kaedah pukul anak, sindir menantu dan pada hari yang sama saya ingin menulis maklum balas terhadap cadangan beliau di Dewan Negara tersebut namun niat itu ditahan-tahan supaya bersabar untuk melihat dahulu respon daripada pihak BTN yang disebut di dalam Dewan Negara itu.

Tapi tunggu punya tunggu sampai ke hari ini, BTN melalui pegawai-pegawai kanan yang sepatutnya terus menyediakan jawapan balas kepada Timbalan Menteri yang sepatutnya menjawab segera kerana ianya penting untuk Razali Ibrahim sebagai pemimpin yang disebut-sebut akan bertanding Majlis Tertinggi UMNO, sampai ke 28 Ramadhan ini, tiada jawapan, maka biarlah penjelasannya saya berikan untuk makluman Dr Firdaus dan orang-orang Melayu keseluruhannya yang sama fikiran dengan Dr Firdaus.


Maklum balas segera ini sepatutnya dibuat oleh anak abah yang baru dinaikan pangkat ke Gred 52 berasaskan hubungan peribadi dengan Mokhtar PA System (Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran) dan bukannya berasaskan senioriti dan kebolehan (sekarang di BTN kenaikan pangkat hanya berasaskan hubungan baik dengan Mokhtar dan Hanafi Abu Nawas sahaja dan bukan ada asas lain), kerana kononnya beliaulah yang bertanggungjawab terhadap hubungan luar BTN dan penyelidikan atau apa-apa isu yang berhubungkait dengan BTN tetapi barangkali buat masa ini masih lagi sedang terkial-kial menyusun bahasa paling retorik untuk diberikan penjelasan mengikut persetujuan pengurusan BTN dan Anwar Ibrahim (PM of the future ikut tafsiran pengurusan BTN)

Yang menjadikan saya lebih terkasima sebenarnya, apakah Dr Firdaus tidak dimaklumkan oleh rakan-rakan beliau bahawa apa yang beliau sebut tentang BTN itu sebenarnya menunjukkan bahawa beliau tidak tahu apa-apa tentang BTN hari ini yang impian dan saranan beliau itu sebenarnya sudah tidak releven dengan dasar BTN dibawah pengurusan Raja Arif Raja Ali, salah seorang anak raja yang berasal dari Negeri Terengganu Darul Iman,seorang yang konon hebat dan diakui kehebatannya oleh kawan dan lawan sehingga dianugerahkan Darjah yang membawa gelaran Dato dari  dua buah negeri, pemegang lesen untuk latihan dari Dale Carnalgie.

Suara Firdaus yang dilaporkan Utusan..
Sememangnya hasrat dan cadangan beliau itu amat tepat dan kena pada masanya jika BTN yang disebut oleh Dr fFrdaus itu adalah BTN yang mengendalikan program sebagaimana beliau pernah hadir sebagai peserta,BTN yang berani mendedahkan siapa petualang negara, berani bercakap tentang ancaman masa depan negara, BTN yang berani menghuraikan nasib bangsa Melayu dan kedudukan Perlembagaan negara bahkan BTN yang berani menghadapi kritikan musuh DAP, PKR dan PAS di parlimen, juga BTN yang sanggup berdepan dengan MCA dan MIC dalam perbincangan.

Namun semua itu kini sudah tinggal sejarah dan kenang-kenangan kerana kebijaksanaan Anwar dalam menyusun strategi politiknya, BTN kini adalah BTN yang sudah mandul dalam menghadapi musuh politik negara kerana Anwarinas juga sudah mula bertunjang dan menjadi pengurus kepada agensi yang diharapkan oleh Dr Firrdaus untuk membina negara bangsa.

Saya kira bukan hanya Dr Ffirdaus sahaja bahkan ramai lagi pemikir dan pihak yang bertanggungjawab menganalisa kedudukan negara berasaskan senario politik semasa merasakan tindakan segera perlu dilakukan untuk umenghadapi PRU 14 khususnya dalam menyediakan generasi baru bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan dengan geopolitik baru Negara yang antaranya ialah bagaimana rupa paras politik negara setelah orang bukan Melayu yang selama ini sanggup berkongsi undi,hari ini tidak lagi sanggup mengundi BN kerana BN didominasi oleh UMNO atau orang Melayu. 

Persempadanan kawasan pilihanraya dalam negara kita menunjukkan berapa banyak kerusi marginal Melayu yng kalah dan bakal kalah, jika tidak ada gerakan segera yang terancang,menyusunnya dari sekarang memang tidak salah kepada Dr fFrdaus menyarankan agar BTN sebagai salah satu agensi yang perlu terkedepan menyahut cabaran ini khususnya di dalam menyediakan 'mind setting' negara bangsa tetapi malangya pemikiran pihak pengurusan BTN hari ini tidak sebagaimana yang diinginkan oleh majoriti bangsa Melayu.

Pemikiran pengurusan BTN hari ini ialah, dia lebih tahu dan bijak menilai apa yang perlu dibuat oleh BTN. Put First Thing First mengikut ajaran Steven Covey yang menjadi amalan mereka dan yang pastinya menjadi keutamaan mereka ialah bagaimana menggunakan agensi dan duit agensi untuk menaikan reputasi dan kedudukan sebilangan daripada ahli jemaah sama ada dalam BTN atau di luar BTN untuk kedudukan yang terbaik dalam kerajaan atau politik,sesiapa yang tidak bersetuju,mereka akan ditunjukan jalan keluar daripada BTN dan jemaah mereka dan inilah dailog yang sering Raja Arif ucapan.. 'U tak terima idea KP, u letak jawatang..'

Terepadaya Idris dengan `nyanyian'BTN!
Lihat sahajalah apa yang berlaku di PRK Kuala Besut dan bagaimana Raja Arif sebagai Ketua Pengarah menggerakan operasi PRK yang secara khusus diberikan oleh Command Centre (boleh dirujuk kepada Idris jusoh) untuk menjaga satu peti undi iaitu peti undi Kg Nail dan diberikan KPInya oleh Command Centre BN untuk dicapai dan apakah BTN berjaya? 

Mari kita lihat secara mendalam apa yang berlaku dan secara jujurnya apakah BTN berjaya dalam operasinya untuk PRK kuala Besut dibawah pimpinan Raja Arif yng hebat dan dibantu oleh Pengarah BTN Terengganu Norzilam yang menjadi taruhan Raja Arif dan kononnya Norzilam ini anak Terengganu yang hebat akan dapat membawa harapan baru di Terengganu seolah-olah pimpinan Terengganu amat berbangga dan rasa bertuah bila Norzilam dibawa balik sebagai Pengarah BTN Terengganu? 

Apa nilai kejayaan sumbangan BTN? Apakah KPI yang telah diberikan oleh Idris Jusoh berjaya dicapai? Peti undi Kampung Nail dalam PRU13 telah menang majoriti 299 undi manakala dalam PRK yang lepas juga menang majoriti 299 undi, tidak berlaku pun sebarang peningkatan majoriti setelah BTN berkampung di situ lebih 2 minggu dan menghabiskan peruntukan yang agak besar,adi apa makna sebenar? Apakah kejayaan BTN mahu diukur dengan kejayaaan Raja Arif memberi duit tunai kepada sebahagian YB untuk bergerak dan kepada Idris Jusoh itu sudah dikira sudah berjaya dan kalau itu nilai kejayaan, ianya adalah untuk reputasi diri agar menjadi orang yang disukai oleh orang politik tetapi gagal dalam gerakan nasional atau BTN dengan mudah cuba meletakan kambing hitam kepada jumlah yang keluar mengundi agak kecil berbanding dengan PRU13? 

Mampukah Razali?
Apakah BTN boleh yakin jika jumlah keluar mengundi sama dengan PRU13, jumlah majoriti akan meningkat atau sebenarnya berkurang? Ini adalah sekadar satu contoh kepada Dr Firdaus mengharapkan BTN boleh dan akan mengerakan gerakan nasional yang dinamakan pembinaan negara bangsa dan kalau jaga satu peti undi pun masih gagal, apa pula nasib negara jika betul BTN yangg dipertanggungjawabkan selagi Raja Arif Raja Ali mengurustadbir BTN.

Contoh yang lain yang boleh juga dilihat ketika Dr Firdaus mencadangkan kepada Dewan Negara agar BTN meluaskan peranannya ialah, ketika seluruh negara tertumpu untuk melihat kepada proses membina generasi muda sebagai generasi sedar diri, sedar keadaan negara dan sedar peranan politik, BTN pula menggunakan seluruh kepakaran dipimpin oleh Hanafi, Timbalan Ketua Pengarah Latihan berbengkel dan berseminar tak henti-henti membina modul baru untuk generasi muda kononnya. seluruh pegawai dikerah mengumpulkan idea dalam sesi sumbang saran tetapi akhirnya semua ditolak, yang diterima hanyalah dari idea Hanapi sahaja kerana hanya beliau yang ada daya intelektualan yang tinggi. 

Belaiu mendapat Master zaman Nordin Kardi menjadi KP BTN (beliau menggalakan pegawai melanjut pengajian) dan mendapat Phd sewaktu Shagul Hamid menjadi KP BTN itu pun dibuat secara ponteng kerja tanpa pengetahuan Shagul Hamid dan kini menjadi orang yang paling mahir kerana 'kononnya' antara pegawai paling senior dalam BTN walaupun tidak tahu membezakan PDM, Ketua Cawangan dan Ketua Peti Undi dalam sistem pilihanraya.Bangang punya TKPPL!

Apa yang paling mengejutkan ialah keseluruhan daripada bengkel yang dikatakan untuk digunakan dalam menghadapi peserta generasi muda kerana ianya menjadi golongan sasar penting, rupa-rupanya ianya adalah untuk mengendalikan kursus kepada 9 buah Sekolah Berasrama Penuh yangg terpilih sahaja,antaranya ialah Sekolah Menengah Alam Shah dimana KPnya adalah salah seorang murid tua dan kilang mencerna pemimpin seperti Aziz Bari, pakar perlembagaan PKR, Sekolah Menengah Pokok Sena kerana Shalan  Ismail 'sparing partner' kepada Raja Arif adalah calon PRU13 yang kalah, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu kerana Raja Arif bercita-cita dan cuba membina pengaruh dengan kerajaan Negeri Terengganu dan mungkin ada cita-cita politik disana untuk masa depan.

Apa yang ingin ditegaskan ialah walaupun banyak pihak mengharapkan BTN akan menjadi agensi yang menggerakan gerakan nasional bagi menghadapi PRU 14, rupa-rupanya dibawah Raja Arif ini ianya tetap bergerak dalam parokial wilayah pengaruh dan kenegerian sempit dalam proses membina reputasi dan masa depan politik peribadi yang tinggi, sehinggakan tetap melihat dengan sinis dan memperlekehkan semua Pengarah Negeri yang bertugas di Negeri yang mengalami kekalahan dalam PRU seperti Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan, seolah-olah mereka semua tidak berkualiti.

Beliau juga sinis dan sanggup memperlekehkan apabila negeri sendiri Terengganu yang hampir tumbang, Parlimen Kuala Nerus dimana Raja Arif sebagai salah seorang AJK Bahagian kalah teruk bahkan negara hanya memperolehi 133 kerusi dan gagal mendapat 2/3 majoriti sedangkan agensi ini adalah bertaraf nasional yang menjaga Negara dan bukannya jaga hanya satu peti undi dlm pilihan raya,jadi apakah taraf dan tahap seorang Ketua Pengarah sedemikian boleh diharapkan oleh Dewan Negara untuk bercakap dan merancang soal negara bangsa?

Maka memang menjadi tugas sukar kepada Timbalan Menteri,Razali Ibrahim yang hari ini ditugaskan mengawalselia BTN untuk menjawabnya di Dewan Negara bahkan di Dewan Rakyat jika perkara ini turut dibangkitkan malah beliau mungkin makin gagap menjawabnya di Perhimpuanan Agong UMNO nanti jika ada perwakilan yang meminta penjelasannya berkaitan dengan BTN, sesukar beliau untuk menang sebarang jawatan yang di tandingi selagi beliau tidak sudi dan bersungguh-sungguh mewujudkan BTN Baru,BTN yang memahami tentang politik negara, BTN yang menjuarai gerakan nasional berbanding dgn agensi-agensi lain dan yang paling penting BTN yang tidak diresapi dengan fahaman bahawa Anwar  Ibrahim akan jadi PM selepas ini.

Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua warga BTN terutamanya KP, TKPP dan TKPL BTN dengan  ucapan Maaf Zahir Batin- kalian menjadi sumber inspirasiku...!

11 comments:

Anonymous said...

Tutup saja btn tuuu, mana boleh agensi yang guna bajet Kerajaan buat kerja parti politik, tak akan berkat dan seluruh manusia yang terlibat akan mendapat laknat semua pembayar cukai, terutama yang bukan bermazhab umno.

Shamsuri Ismail. said...

Rupanya begitukah keadaan BTN sebenar hari ini.Sedih dan hampa sekali.
Soal ada master atau Phd bukanlah kayu ukur sangat.
Hari ini nak dapat ijazah tanpa ilmu bukanlah sukar.Yang penting ada wang.
Ijazah boleh dibeli.
Jangan percayalah terutama Ijazah konon dari luar negeri.
Pernah seorang tokoh tunjuk sekeping Ijazah Sain Politik dari luar negeri.Tapi bila diminta tunjuk transkrip ternganga apa itu transkrip.

BTN perlu di gerakkan semula.PM Najib kena susun semula.Pilihlah pada yang boleh buat kerja.

BTN memang tak ada idea.Apa kerja dan strategi pun masih kelabu.

Eloklah isu Dr Firdaus ini disebar dan dipanjangkan pada semua pejunag Melayu kini.

Anonymous said...

article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??

Anonymous said...

BTN bukan agensi yang menindokrinasi peserta tetapi memberitahu perkara yang sebenar kepada rakyat.Contoh nya pelembagaan di Singapura masih kekal spt di malaysia tetapi tidak dilaksanakan. Di Singapura orang Melayu tidak boleh jual kepada sesama melayu. BTN menceritakan perkara yang benar. Tetapi kini BTN dihampaskan oleh pemimpin yang takut dengan pembangkang seperti terhapus nya ISA dan EO.Oleh itu BTN sengaja dilemahkan supaya tidak menjadi isu kpd pembangkang.

Anonymous said...

BTN banyak buat kursus kpd Geng Syiah....

BTN juga buat program membenci Cina ... Laantas Cina Marah...Lantas depa tak undi BN...depa undi DAP

BTN buat prog Bantu DAP...sebab itu DAP banyak menang..

nordin said...

Modul BTN sepatutnya di ubah keseluruhannya kerana modul sekarang hanya kearah memenangi pilihanraya saja. Sepatutnya modul BTN ialah untuk memberikan kefahaman kepada peserta tentang jati diri dan cinta kepada negara. Bila ini dapat dilakukan peserta dengan sendirinya deapat berfikir dan dapat memilih yang mana yang terbaik. Insyaallah.

Anonymous said...

Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Papagege said...

Apa hubungan Raja Arif, Shahlan Ismail, Alies Anor abdul, Idris Jauzi , Johari bedol dgn Anwar semasa mereka sama2 berkhidmat di BTN 1987?

Quincy said...

Gorgeous!

Anonymous said...

OT dan Tuntutan perjlanan pegawai dan staff pun sangkut nak byr..mana pegi smua peruntukkan.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers