Tuesday, June 4, 2013
Semua pihak harus bersatu pertahankan Terengganu! |
TAHNIAH kepada Ahmad Said kerana terus diberikan mandat
serta mendapat kepercayaan untuk terus memimpin kerajaan dan parti di
Terengganu dan perlantikan beliau pastinya bersandarkan satu kepercayaan serta
keyakinan yang membawa berbagai-bagai harapan dan sarat dengan segala agenda
yang tersurat serta tersirat.
Meneliti keputusan PRU13, BN
Terengganu cuma memperolehi kelebihan 2 kerusi
untuk Dewan Undangan Negeri dan hanya menang empat kerusi daripada lapan
kerusi Parlimen sememangnya sesuatu yang menarik dan lagi tambah menarik
kerana akibat daripada keputusan itu polimik sesama kita yang tidak
pernah berkesudahan, seolah-olah semua beban akibat daripada keputusan tersebut hanya Ahmad Said atau pun
Menteri Besar yang perlu tanggung, begitulah dibuat dan kambing hitam dicari.
Dalam saat kita sepatutnya
menganalisis untuk mencari kekuatan baru dan memperbaiki kelemahan yang ada,ada pula sesetengah kelompk yang sedang mengambil kesempatan untuk mengorbankan
sesama sendiri,semata-mata ingin melepaskan kemarahanatas sebab-sebab peribadi.
Rakyat Terengganu seharusnya
bersyukur kerana masih lagi diperintah oleh BN malah sokongan kerajaan pusat
semakin bertambah kerana disamping Menteri Besar,kini ada dua Menteri dan seorang
Timbalan Menteri dari Terengganu yang turut akan berkhidmat kepada rakyat Terengganu,sesuatu
yang rakyat Terengganu perlu berbangga serta pertahankannya.
Namun di saat Ahmad Said
mendapat kepercayaan Perdana Menteri dan
kerajaan pusat,kenapa pula masih ada
lagi tangan-tangan nakal serta suara-suara
sumbang yang sedang menyusun agenda menganggu rentak Menteri Besar
Terengganu untuk menyusun agenda kepimpinan demi rakyat Terengganu?
Tidak cukupkah lagi dengan pembunuhan karektor yang dilakukan oleh
musuh-musuh politik sebelum PRU13 yang
lepas hingga memberi kesan kepada
keputusan pilihanraya tersebut dan kenapa perlu diganggu lagi pelbagai cerita fitnah kononnya Ahmad Said dapat
jawatan kerana mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika tidak dilantik
semula.Agenda siapa ini hingga begitu sekali Ahmad Said cuba dimalukan?Kita
tahuagenda siapa!
Tidak cukup memfitnah Ahmad
Said,diadu dombakan cerita kononnya ada dikalangan wakil rakyat sekarang
ni pun ada yang akan melompat keluar
parti bagi tujuan meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu
pimpinan Ahmad Said malah berbagai-bagai cerita karut lagi yang dicetus sesama
sendiri dan juga pembangkang tetapi disambut pula dengan deraian ketawa seakan-akan
mengiakannya oleh akar umbi dan setengah-setengah pemimpin UMNO?
Lebih malang dan cukup
mengecewakan lagi apabila ada pula pemimpin di peringkat Bahagian yang kini sedang
mengukuhkan kedudukan dengan mempergunakan nama
Ahmad Said dan bekas MB iaitu Idris Jusih seakan-akan ingin menyirami kembali
api yang telah padam sebelum ini.
Alangkah baiknya jika
kekuatan kedua-dua tokoh ini
digembelingkan untuk kebaikan rakyat dan UMNO
Terengganu untuk` kembali kukuh dan menjadi `safe deposit’ bagi berdepan
dengan PRU14 nanti.
BN Terengganu sudah tidak ada
pilihan lain,melainkan bergerak sederap,serentak dan menyanyikan lagu
perjuangan yang sama,senada seirama dan seluruh ADUN seramai 17 orang itu harus
berpegang tegauh pada paksi demokrasi bahawa MB Terengganu,Ahmad Said adalah Ketua yang
perlu dipatuhi dan antara mereka tidak seharusnya ada sikap pepat diluar tapi rencong di dalam.
Kekuatan bersama perlu di gunakan
untuk mencurah bakti kepada rakyat dan parti dan diketika pembangkang yang akan
mengembelingkan kekuatan untuk seramai 15 org bagi menekan kjaan,amat malang
jika ADUN BN dan Exco bersikap seperti enau dlm belukar ,melepaskan pucuk
masing-masing dan hanya berfikir untuk memperkukuhkan kedudukan di kepimpinanBahagian sahaja.
Setiap ADUN dari Besut
hingga ke Kemaman harus bercakap,bersuara
dengan satu suara dan satu nada iaitu melupakan segala sengeta lama sekiranya
ada iaitu berkhidmat kepada rakyat dan
memulihkan kekecewaan rakyat selama ini pada BN berpaksikan Manifesto PRU13
lalu.
Langkah drastik perlu
diambil oleh Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu untuk mengenal pasti
apa yang sebenarnya berlaku danada sumber yang mendakwa bahawa dalam PRU13
baru-baru ini,ada juga tangan-tangan ghaib yang menganggu dalam diam dengan
mengadakan perjumpaan sulit dengan Pegawai-Pegawai Tadbir Terengganu (TCS) agar
tidak memberi sokongan kepada Ahmad Said dengan harapan jika tidak menang
besar,Menteri Besar akan bertukar( dan kita harap dakwaan ini tidak benar.
Namun kalau dakwaan ini benar dan itu menjadi faktor kepada gangguan terhadap kelancaran apa yang telah
dibuat, MB Terengganu tidak ada pilihan
melainkan harus bertindak tegas supaya virus ini tidak jadi pembunuh dalam diam.
Jika sebenarnya ada di
kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang mencaturkan kedudukan dengan mengorbankan
keputusan PRU13,ianya harus juga diambil tindakan.
`Politicall will’ini
amat-amat dituntut daripada Menteri
Besar,Ahmad Said,keberanian sebagai mana yang ditegaskan setelah dilantik
bahawa kerajaan BN hanya akan fokus pembangunan di kawasan-kawasan yang BN
menang,kenyataan yang berani memerlukan `political will’ ini juga harus di lakukan
oleh Ahmad Said untuk berhadpan dengan gangguan-gangguanselepas mendapat mandate
dan jika dibiarkan oleh Ahmad Said,ianya pasti akan jadi beban yang bakal memperlahankan proses untuk mengembalikan kekuatan BN di Terengganu.
Jika dikenal pasti faktornya
kerana penolakan pengundi muda,maka MB Terengganu perlu menjadikan kumpulan ini
sebagai fokus utama,barangkali tidak cukup dengan Dana Bakti Remaja tetapi MB Terengganu
perlu melihat setiap sen yg dibelanjakan dengan political impak yang akan
diperolehi oleh kerajaan dan BN apatah lagi Terengganu sebuah negeri yang
mempunyai kekuatan jauh lebih tinggi dari segi sumber kewangan,oleh itu setiap
dasar dan agenda perlu digunakan dengan baik.
Terengganu harus menggunakan
semula infra struktur yang ada seperti Kem-Kem Latihan seperti Kem Sri Kluang,Kem Bari,Kem Jenagor malah
Pusat Membina Semanagat Teluk Kalong tempat Ahmad Said pernah terbabit dalam melatih manusiaharus
digunakan untuk mendidik anak-anak Terengganu tentang erti patriotism dan kenegaraan malah mendidik
anak-anak Terengganu dengan pendidikan politik yang sebenarnya.
Kerajaan Terengganu dibawah Ahmad Said perlu menyusun semula program latihan kepada
kakitangan Kerajaan Negeri khususnya dan kakitangan Kerajaan Pusat yang ada di
Terengganu untuk mereka lebih faham dan tahu tentan ancaman terhadap
agama,bangsa dan negara dan Negeri Terengganu
perlu menjadi benteng mempertahankan kedudukan agama,bangsa dan Negara ini
apatah lagi negara kita ketika ini sedang diusahakan susunannya oleh bukan
Melayu.
Keyakinan ini perlu diberi
dan kekuatan ini perlu disumbangkan oleh semua ADUN dan Exco untuk menjadi orang
yang pertama menyokong padu Menteri Besar dalam menjayakan usaha ini.
Pimpinan politik Terengganu
janganlah menjadi orang yang memerah asam limau ke atas luka yang sedang
berdarah,Pegawai-Pegawai Tadbir Terengganu juga jangan jadikan hasutan sebagai
panduan dalam melaksanakan tugas dan ingatlah bahawa dengan kedudukan cuma 17 orang ADUN BN dalam Dewan
Undangan Negeri,dengan serangan dan propaganda pembangkang yang berterusan yang
berhasrat menumbangkan BN di Terengganu,jika sokongan padu kepada MB Terengganu tidak diberi,yang rugi bukan orang
Cina di Pulau Pinang,yang rugi bukan orang Cina di Selangor dan Kuala lumpur,yang
akan kehilangan nikmat itu ialah rakyat Terengganu sendiri,orang Islam dan
Melayu dalam negara secara keseluruhannya dan orang Islam dan Melayu di
Terengganu khususnya.
Apakah jika PAS perintah kembali
Terengganu DAP tidak akan bergembira dan bersorak riang? Sebab itulah semua pihak harus hentikan semua
polimik yang cuba menganggu-gugat kedudukan Ahmad Said sebagai MB Terengganu,hentikanlah
propaganda yang cuba mengadu domba..
Semua YB harus mula bekerja
dengan mengemukakan `blue print’ untuk
pembangunan DUN masing-masing bagi
tempuh 5 tahun dari sekarang dan bukannya bekerja hanya semata-mata untuk menentukan kedudukan
masing-masing dalam parti yang akan
berhadapan dengan pemilihan nanti.
Dan ketika dalam Dewan Undangan
Negeri,buktikanlah bahawa 17 ADUN yang ada sekarang mampu mempertahankan kerajaan
BN dengan kematangan berhujah,kebijaksanaan memberi fakta,sehingga kekuatan ini
turut mendatangkan gerun kepada pembangkang dan inilah kekuatan kita.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
Setuju sangat dengan komentar ini. Saya juga percaya perkara ini bukan saja berlaku di Trengganu malah ia juga berlaku di semua senegeri yg di kuasai UMNO/BN . Kepada para ahli ahli UMNO saya menyeru agar kita merepatkan barisan kita utk PRU14. Mulai sekarang sepatutnya hanya ADA SATU KEM saja di semua negeri ini iaitu KEM YAB MB/KM SAHAJA. Kem kem ini harus sealiran dengan KEM PM kerana di peringkat Pusat TIDAK ADA KEM LAIN SELAIN KEM PM SAHAJA. BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT ialah cogan kata yg kita ahli ahli UMNO pegang sejak dahulu lagi. Demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA.