Monday, April 1, 2013

GAPs sumbang RM1,000-Hamidzun.

ANWAR Ibrahim bakal berdepan dengan pendedahan demi pendedahan tentang kebejatan moralnya apabila ada usaha untuk memujuk PapaGomo  supaya bersetuju bertanding menentang Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah menurut mereka,demi perjuangan untuk rakyat PapaGomo harus memburu Anwar hingga ke lubang cacing sebelum lebih ramai lagi rakyat negara ini terpedaya,tertipu dan diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya.


Menjadi tanggungjawab dan amanah besar kepada PapaGomo sebagai orang yang mula-mula mendedahkan wajah-wajah munafik Anwar untuk terus membongkar perlakuan seks songsang,kecurangan seorang suami,penipuan seorang bapa terhadap anak-anak dan lebih penting adalah penipuan demi penipuan yang direkayasakan oleh Anwar untuk mengeliru serta membohongi rakyat jelata.
 
Menurut Saudara Hamidzun Khairuddin,Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPs,selain daripada rakyat dan kepimpinan yang sedia ada berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik serta tidak layak menjadi Imam kepada seluruh makmum dalam negara ini,PapaGomo juga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar bagi menelanjangi warna serta batang tubuh Anwar secara keseluruhannya dan selepas itu menyerahkan kepada rakyat yang celik mata hatinya untuk menilai selebihnya.

“Kita bersedia untuk melancarkan tabung kutipan bagi menampung kos pilihanraya sekiranya PapaGomo bersetuju bertanding untuk menentang Anwar di mana-mana sahaja kawasan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang Anwar pilih untuk bertanding.

“Untuk permulaan kepada gerakan ini, GAPs bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1,000 dan kita akan melancarkan secara rasmi tabung kutipan ini demi menyediakan dana kewangan untuk PapaGomo bertanding menentang Anwar Ibrahim,” kata Hamidzun sewaktu dihubungi.

Menurut Hamidzun yang juga seorang Peguam dan aktivis politik terkenal tanahair,selain mendedahkan melalui blognya,PapaGomo tidak harus memberikan peluang untuk Anwar bergerak bebas berkempen untuk diri  beiau dan partinya sedangkan hakikatnya setiap kali Anwar buka mulut untuk berceramah ataupun bercakap,segalanya adalah bohong belaka dan kesediaan PapaGomo untuk bertanding akan membuatkan Anwar ditimpa masalah ataupun musibah yang lebih besar.

“Landasan terbaik untuk PapaGomo ketika ini adalah bersetuju untuk menentang Anwar demi kelangsungan perjuangan PapaGomo yang selama ini berjaya membongkar segala salah laku termasuk skandal seks  Anwar dan rakyat sedang menunggu pendedahan selanjutnya.Paling penting Anwar mesti dikubur serta partinya ditalkinkan dalam PRU13 ini,”tegas Hamidzun lagi sambil menambah bahawa beliau yakin sebahgian besar rakyat Malaysia ini berada bersama-sama dan menyokong segala pendedahan PapaGomo selama ini.

“Taktik Anwar menyaman PapaGomo sebanyak RM10 juta itu hanyalah usaha beliau untuk menutup mulut PapaGomo daripada terus mendedahkan siapa dia sebenarnya.Itu taktik bacul yang Anwar amalkan.Takut untuk berdepan dengan realiti,takut rakyat lebih tahu siapa beliau sebenarnya.

`Sekiranya PapaGomo memilih untuk bertanding menentang Anwar dalam PRU13 ini samada di Permatang Pauh ataupun dimana-mana sahaja akan memberikan ruang yang lebih besar untuk PapaGomo menelanjagi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang Anwar pakai ketika ini,” ujar Hamidzuan lagi.

Menurut Hamidzaun lagi,terpulang kepada PapaGomo untuk menggunakan lambang apa pun atau parti apa sekalipun dan sekiranya PapaGomo menang menentang Anwar dalam PRU13 nanti,ianya akan mencatat sejarah tersendiri dan akan dikenang sampai bila-bila.

"Andai pun beliau kalah tetapi sekurang-kurangnya beliau telah memberikan bukti secara langsung kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan PapaGomo sudah tidak bersalah sekiranya rakyat terus mengundi Anwar walaupun Anwar seorang pemimpin yang tidak bermoral,:ujar Hamidzun lagi sambil menambah bahawa pihaknya hanya menunggu persetujuan PapaGomo sahaja sebelum meneruskan usaha mengisi Tabung PRU13 bagi membantu PapaGomo.





41 comments:

Anonymous said...

Setuju ....Papagomo Vs Papahomo

MaMa LiN said...

sokong...kalau kalahkah pun kalah bermaruah.puas hati saya...

PAPA GOMO said...

saya sahut cabaran....cakap sahaja pada Anwar Ibrahim dimana dia nak bertanding saya akan turun lawan dengan Papa Homo..... biar rakyat tahu kebenarannya.

Anonymous said...

Lawan Tetapppp Lwnnnnn

Anonymous said...

yes...macam mana mahu beri sedikit sumbangan untuk usaha ini! harap yang kecil ini dapat memberi impak yang besar!
izat

Anonymous said...

Papa gomo bagaikan GI Joe untuk.negara. Berani dan berani kerana ada bukti. Hidup Papa gomo.

Anonymous said...

Ya... Saya sokong papagomo 1000%

Anonymous said...

Syabas papagomo, ayuh kita lawan sesumpah tu.

Moja [Bulan] said...

haha. kena saman pun dah tak mengaku. cerita je lebat.

Anonymous said...

Tahaniah PapaGomo berani menentang Anuar Ibrahim di PRU 13. Bertanding atas tiket BEBAS. Sama-sama kita benamkan hasrat Makhluk Terkutuk Anuar Ibrahim demi agama, bangsa dan negara.
Sama-sama kita sumbang seberapa yang ikhlas demi perjuangan suci membenam Makhluk Terkutuk.

hantu mayang said...

Usah gentar papagomo..kami akan mnyokong..sebarkan kebenaran, jgn lupa talkin kan mereka (pkr)....

penyokong dr seberang laut china selatan...

Anonymous said...

lwn jgn x lwn

Anonymous said...

Kami raayat malaysia sedia membantu papagomo untuk bertanding menentang saudara anuar ibrahim pada pru 13 ini diharap ini akan menjadi kenyataan

Anonymous said...

mcm mana nak bagi sumbangan...dulu aku sokong Nuar n PKR, kami tertipu.Maaf Tun M.

Anonymous said...

haha lawak la..berani ker papagomo nak lawan..nt identiti dah terdedah sapa tu papagomo..byk saman menanti tu..ade berani ker..atau ni taktik papagomo nk jd calon..lbh baik simpan 5ribu tu utk cover nk byr saman la

Anonymous said...

setuju lagi dipersetujukannnn!!!(papazola boboiboy)kebenaran tak kenal erti kalah!!go papagomo go!!!

Anonymous said...

setuju lagi dipersetujukannnn!!!kebenaran tak kenal erti kalah(papazola boboiboy)go papagomo go!!!

Anonymous said...

kpd GAPS kalau papagomo jadi lwn papahomo jangan lupa siarkan no acc bank utk kami nak sumbangkan sedikit duit bagi membantu papagomo dlm pru13 ini

Anonymous said...

yer, aku akan menyumbang utk tabung tombangkan anuar aljuburit, GAPS istiharkan segera gerakan ini aku sokong terus.......

Anonymous said...

yer, aku akan menyumbang utk tabung tombangkan anuar aljuburit, GAPS istiharkan segera gerakan ini aku sokong terus.......

Anonymous said...

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

bong dom said...

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Pretty Boy said...

Bagus! aku sokong papagomo lawan al juburit! Londeh jangan tak londeh

Ann Cana said...

bagus lol ini idea...gua salawak sokong penuh ini gomo itu homoseks. ilu olang manyak lipu penya wa lau aee tara kerja lagi ka lia ini malukan malaysia sahja... bagus lagi kalau mahathir pun lawan lia di parlimen. homo jangan datang salawak gua olang takut sakit punggung. . . walaupun gua apek!

Anonymous said...

alahai kena saman dgn husam dah terkentut2,ini pula nk lawan dsai masa pru13....nanti ramai mati sbb gelak guling2....

Anonymous said...

hehehehe gud idea...tak pasal-pasal ko jadik mentri papagomo...chantiekkk..wa sokong

Anonymous said...

apasal tak buncit...betol ker neh

Ciara Cordelia said...

Salam & respect to all
Entri yang menarik. PRU13 memang key yang hot sekarang ni. Jentera Perang Poster dan Kempen kat luar sana just tunggu semboyan aje nak bermula. Harap-harap segalanya berjalan lancar untuk kali ke 13 ni. Yang dah layak undi jangan tak undi! Itu hak kita..

• Laman terakhir dilawati: Hootoh Blog
• Track Entri: Kata-Kata Semangat Hari Pilihan Raya
Pilihlah calon yang terbaik demi Agama dan Negara. "Ahli-ahli politik seperti lampin. Mereka perlu berubah dan selalu ditukar ganti demi menjaga kebersihan."

Kinta Menjerit said...

Salam Dato,
Blog Dato telah saya pautkan didlm blog Kinta Menjerit.
Mohon tukar pautan.

tq

http://kinta-menjerit.blogspot.com/

Anonymous said...

lawan bior depa tau kita bukan omong kosong. kita buat kalau salah dikata kerana bangsa tetapi jauh lebih penting kerana maruah agama.

Anonymous said...

Baek punye....can GI Joe askar yahudi

Malaysia Bangkit said...

http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/04/lelaki-sejati-bakal-lawan-anwar.html

mohon linkkan blog MB. TQ dato...

Malaysia Bangkit said...

http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/04/lelaki-sejati-bakal-lawan-anwar.html

mohon linkkan blog MB. TQ dato.

Anonymous said...

dedah cepat video jijik pak sheikh alpungkoq tu..biaq rakyat tengok..biaq rakyat dpt nilai sapa dia pak sheikh tu wala
upun dimata depa mengatakan itu bukan aljub..biaq la hati depa menagtakan sesuatu..

Anonymous said...

Saya setuju dengan cadangan ini. Gomo saya bisa bantu dengan RM 500.

Let get the Dana rolling.

Setiap rakyat yang mahu melihat Gomo tentang Homo tolong buat akujanji derma untuk tabung gomopru13

Misz_Clara said...

SAYA UNDI PAPAGOMO!!!!!

Anonymous said...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Anonymous said...

nanti kalau lu kalah papagomo aku tibai bontot kau pulak . mantap.... aku punya.

Anonymous said...

nanti kau kalah papagomo aku tibai bontot kau pulak..

Anonymous said...

Sokong papa gomo lawan Syeih Aljubr. Masa kempen papa gomo boleh lah buat tayangan perdana semua video yang papa gomo muatkan dalam blog. Berani kah papagomno?

Anonymous said...

BUKALAH MINDA WAHAI ORANG MELAYU……
Analisa PRU13;
Cina rasis + India lalang + Melayu haprak V Melayu UMNO = 133 MP BN
Dah menang banyak pun, pembangkang masih kata ada penipuan dan buat protes..
Apa lagi yang cina dan india mahukan. Macam2 bantuan telah diberikan, bantuan kerajaan beri;
1. Peruntukan kewangan kepada SJK (C) dan SJK (T)
2. Menaik taraf kojej swasta cina dan india
3. Tambah kuota masuk Universiti
4. Buka pintu untuk anak2 cina dan india ke sekolah berasrama penuh
5. Tambah kuota biasiswa
6. Bagi lesen & AP perniagaan
7. Permit teksi dan bas
8. Bantuan TEKUN
9. Bantuan SME
10. Bantuan perumahan
11. BR1M (datang dengan Merz dan BM pun dapat)
Masa aku jadi orang kuat PIBG, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menegah tu dewan pun tak ada, minta peruntukan tak dapat2 dah lebih 10 thn. SKJC dan SKJT dewan pun air-cond, masa kempen PRU13 macam2 beri pada SJKC dan SJKT, SK ketinggalan. Makmal computer yang ada hanya satu biji computerje, tu pun pakai window 95, Tanya kenapa tak minta ganti, jawapan dah….tapi tiada peruntukan….(paham2 je le). Kalau analisa bantuan makan (orang miskin) untuk budak2 sekolah, peratusan bantuan diberi tinggi kepada SJKC dan SJKT, SK amat sedikit tu pun kena tapis lagi. Mereka datang dengan kereta pun dapat bantuan, di SK mak bapak hantar anak dengan basikal tak dapat, tapi melayu haprak masih tutup mata lagi (aku tahu sebab waris aku kerja di SJKC, selalu kena buli dan markah pretasi pun rendah).
Aku kesian pada bekas MB Johor dan KM Melaka, mereka telah membantu banyak cina dan india, tapi yang mereka dapat….di kuis macam anjing kurap pada PRU13 oleh cina dan india.
DS Najib dan TS Mahyuddin kena buka mata….jangan menagih undi cina dan india. BN masih memerintah sebab melayu yang sayang Agama Islam, Negara dan Melayu. Kemenangan BN adalah kerana orang2 melayu bukan cina atau india….kalu tak percaya analisa setiap DUN dan Parlimen. BN menang di mana kawasan majority Melayu dan bumiputra bukan melayu banyak. PRU14 jangan minta sedekah undi dari cina dan india. Mintalah sedekah undi dari Melayu dan bumiputra bukan melayu. Kalau mereka2 ni beri undi pada BN, BN akan dapat majority lebih daripada 2/3, kalau ikut analisa aku, BN mungkin boleh dapat 180 kerusi….tapi kena mula dari sekarang le. Ds Najib mesti beri banyak jawatan Menteri kepada MP Sabah dan Sarawak. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, BN tak akan dapat menang sampai 90 kerusi pun. 30% di sumbang oleh Sabah dan Sarawak.
Aku akan sambung lagi…..banyak aku nak ceritakan hal cina rasis, india lalang dan melayu haprak yang tak sedar diri tu…hal dakwat kekal tak kekal, macam mana teknik mereka buat…sapa mulakan pengundi hantu…..dah lama dah lebih 20thn mereka buat kerja ni…bukan UMNO yang mulakan…sebab masa tu UMNO majori lebih 2/3 buat apa nak pengundi hantu…dan DSAI yang haprak tu……TUNGGUUUUUU…

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers