Monday, April 29, 2013
PAS mungkin menyedari bahawa
Husam Musa bakal menjadi liabaliti yang cukup besar dalam kancah politik
Kelantan apatah lagi bila Husam juga turut dikaitkan menjadi tangan-tangan
ghaib di atas tergadainya tanah-tanah rakyat di Gua Musang yang terlepas ke tangan Cina
DAP Ngeh Koh Ham dan Ngah Ko Ham satu ketika dulu malah PAS sedar sekiranya
mengekalkan Husam bertanding di Parlimendalam Negeri Kelantan akan lebih banyak lagi sampah sarap
serta bangkai najis yang selama ini tertutup hasil kelicikan Husam akan
dibongkar satu demi satu oleh Barisan Nasional.
PAS tidak ada pilihan namun
untuk tidak menawarkan Husam bertanding ianya merupakan satu penghinaan cukup
besar kerana Husam adalah Naib Presiden PAS dan bagi PAS takkan Naib Presiden
hanya bertanding di Dun Salor semata-mata dan peluang untuk menang di DUN itu
pun agak tipis kerana pengundi dalam DUN Salor sudah semakin mengenali siapa
Husam yang sebenarnya yang dikatakan orang politik yang paling kaya raya di
Kelantan.
Tindakan PAS menghantar
Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya menentang penyandang kerusi Parlimen
tersebut Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat oleh kalangan pemerhati politik
sebagai tindakan membuang Husam daripada Kelantan dan kalah atau menang Husam
di Parlimen tersebut diserahkan kepada corak politik adu domba serta putarbelit
Husam sendiri demi meraih undi kalangan penjawat-penjawat awam yang telah
dianggap kera oleh seorang pemimpin pembangkang.
Husam mungkin menganggap
penjawat-penjawat awam ataupun kaum keluarga mereka di Putrajaya adalah
orang-orang ataupun pengundi yang sama bodoh ketika memilih beliau untuk menang
di Kubang Kerian satu ketika dulu dan juga DUN Salor dan sebagai pemimpin
buangan daripada Kelantan,Husam sudah mula menabur fitnah demi fitnah kononnya
untuk menyakinkan bahawa beliau lebih baik dari Ku Nan,PAS lebih baik daripada
BN.
Kita tidak kata semua Penjawat
awam ataupun keluarga mereka semuanya menyokong BN tetapi seandainya kali ini
mereka memilih Husam hanya kerana tidak menyokong BN,malang berganda bagi
penjawat-penjawat awam yang sekarang ini menikmati hidup yang cukup selesa di
Putrajaya dan aman sentosa di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kalau mereka
menganggap kepimpinan Ku Nan itu buruk,mereka terlepas pandang bahawa Husam
jauh lebih buruk sifir politiknya yang hanya mahu menang semata-mata.
Apa aku nak rancang lagi ni? |
Husam mula bermain
sandiwara,membuka Al Qur`an bukan untuk dibaca tetapi hanya untuk diambil
gambar dan jangan terkejut selepas ini poster Husam sedang memegang Al –Qur`an
akan terpapar di setipa penjuru kawasan Putrajaya bagi menunjukkan bahawa beliau
seorang yang alim zuhud atau berbagai-bagai lagi walaupun sebelum ini beliau
telah memfitnah JAWI kononnya memecat seoarang AJK Surau.Namun apa pun kita
penuh yakin pengundi di Putrajaya akan menolak `barang buruk’ yang PAS hantar
untuk mencemarkan tanah keramat Putrajaya ini dan kita mahu warga Putrajaya
mengubur serta mentalkinkan Husam yang memakai topeng Anwar ini pada 5 Mei
nanti.
Baca juga suara hati seorang
penjawat awam ini…
PESANAN IKHLAS UNTUK WARGA
PUTRAJAYA
Terima Kasih kerana anda
baca. Sekurang-kurangnya anda dapat merasai luahan ini dan sampaikan kepada
sahabat kita yang kurang faham bagaimana berpolitik secara matang. Tidak
bermaksud mengajar itik berenang, kerana itik itu adalah haiwan secara
semulajadi dicipta oleh Allah sedemikian. Hasrat sebenarnya hanya untuk
berkongsi perasaan dan rasa ingin hidup dengan aman oleh saudara mara kita nun
jauh di negeri2 yang masih terkebelakang berbanding Putrajaya, pusat
pentadbiran kerajaan persekutuan.
Saya penuh yakin, bahawa
warga Putrajaya sebahagian besarnya adalah bukan penduduk asal Putrajaya, jika
ada pun mungkin dalam bilangan yang kecil. Rata-ratanya adalah dari negeri lain
seperti Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu dan semua negeri di
semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak. Terfikirkah kita betapa beruntung kita
terpilih diklangan 28 juta manusia di Malaysia ini, bahawa kita antara puluhan
ribu yang tersenarai oleh Allah menjadikan Putrajaya sebagai tempat mencari
rezeki?
Dalam masa yang sama kita
merasai kemewahan dan kemudahan moden di Putarajaya, dengan segala infrastuktur
dan suasana selamat di sini, masih ramai lagi sahabat kita yang ingin merasai
kehidupan seperti kita disini. Saya salah seorang warga Putrajaya yang telah
hampir 10 tahun mengecapi kehidupan disini, diberi ruang dan peluang untuk
merasai hasil titik peluh pemimpin yang berusaha menjadikan kawasan ladang
sawit dan hutan belukar dulu, bertukar menjadi antara bandar strategik,
sehingga di minati oleh semua orang, termasuk Parti Politik.
Saya rasa anda tidak lupa,
bahawa arwah Ustaz Fadhil Nor, Presiden Pas pernah berkata, "...Jika kita
dapat memerintah negara ini, KITA AKAN JUAL PUTRAJAYA..." Tetapi hasrat
beliau itu tidak sampai kerana beliau meninggal dunia sewaktu masih sebagai
Preaiden Pas. Tapi sekarang, lain pula slogan yang digunakan, HARAPAN BARU KE
PUTRAJAYA... itu kata Pakatan Pembangkang.
Apakah warga Putrajaya tidak
rasa apa-apa atas kenyataan itu? Apakah Putarajaya yang Gah ini dengan usaha
penat lelah sanggup di jual kepada orang lain? Apakah anda bersetuju, usaha
penat lelah orang lain, tiba-tiba orang lain yang bercita-cita untuk
merampasnya? Saya yakin, jika anda masih normal, anda tidak akan bersetuju.
Kita sebagai warga
putrajaya, sebolehnya kita mahu bukan 1 Putrajaya, tetapi semua negeri di
Malaysia memiliki bandar yang setaraf Putrajaya. Kita mahu setiap negeri, orang
yang berada di negeri lain juga miliki Putarajaya sendiri di tempat mereka.
Tetapi hasrat itu terlalu besar untuk direalisasikan dalam masa beberapa hari.
Kita mengambil masa puluhan tahun untuk stabil dan memiliki Putarajaya.
Terima
kasih kepada Tun Mahathir, walaupun dicerca, ditomah, dihina, digelar mahazalim
dan mahafiraun, tetapi jasa beliau merealisasikan Pusat pentadbiran Putrajaya
ini bukan satu pahala yang kecil disisi Allah.
Kepada warga Putrajaya, ada
yang akan mengundi disini dan ramai yang akan balik mengundi di negeri
masing-masing. Saya yakin bahawa kekalahan negeri Kelantan, Pulau Pinang,
Kedah, Perak Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan
pembangkang akibat daripada PENGUNDI LUAR yang balik mengundi di negeri
masing2.
Terfikirkah oleh kita,
sepanjang 5 tahun kita mencari rezeki di luar negeri masing, sahabat kita di
negeri yang diperintah pembangkang ini yang menanggung azab dan sengsaranya.
Kita yang berada dibandar, balik setahun hanya beberapa kali tidak merasai
kesusahan mereka kerana kita mewah mncari rezeki sewaktu berada di Kuala Lumpur
dan bandar besar yang lain.
Oleh sebab hukuman kita
dalam PRU lalu, oleh kerana kesilapan memilih, kita hilang negeri asal kita dan
dalam masa yang sama, tempat kita mencari rezeki juga jatuh kepada org lain.
Org melayu Kelantan yang berada di Selangor, tetapi mengundi di Kelantan
mengakibatkan kekalahan Kelantan dan dalam masa yang sama menyebabkan Selangor
juga jatuh kepada org bukan melayu. Akhirnya, sehingga kini, kita terpaksa
keluar Kelantan dan bekerja di Selangor, tetapi sebenarnya kita bekerja di
negeri yang dikuasai oleh Cina. Sampai bila kita sentiasa menjadi hamba di
negeri yang kita junjung?
Sahabat sekalian, saya tidak
nyatakan bahawa kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang sempurna. Saya tidak
nyatakan bahawa kerajaan ini adalah terbaik. Tetapi setakat hari ini dan
sehingga kini, rasanya inilah kerajaan yang terbaik jika hendak dibandingkan
dengan negara2 jiran yang lain. Brunai lebih baik kerana mereka mengamalkan
sistem yang berbeza, beraja mutlak. Singapura hanya sebuah pulau yang kecil,
lebih kurang luas Negeri Perlis.
Hari ini kita bukan hendak
pilih antara yang baik atau yang buruk....
Tetapi hari ini kita hendak
menolak antara yang buruk ATAU YANG LEBIH BURUK...
Jika UMNO dan BN itu buruk,
pada saya PKR,PAS dan DAP adalah yang lebih buruk.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5 comments:
saudara faham maksud frasa 'KITA AKAN JUAL PUTRAJAYA'?
dia kami tak heran sangat... takut dia bawak STOPA ALI turun sekali. HABIH LA ANAK DARA PUTRAJAYA!!!!!! bukti dah ada.
PAS tak dapat buat yg lbh baik berbanding dgn UMNO.. cuba kita lihat kalau PR menang.. siapa MB, menteri,ketua-ketua jabatan dan banyak lagi.PAS mampukah kekalkan spt formula yg BN amalkan skrg. belum lagi diperingkat PUSAT.siapa kata kita rasis dialah manusia paling tolol.jangan terlalu hina UMNO sebab sebenarnya UMNO adalah parti yg baik..
PAS ada kelebihan Buat Anak..Bykkan Bini.. Ceramah..modal air liur BNsi.. Perancangan ..Zero hnya air liur basi..
Wahai papa gomo...aku hanya ada satu soalan untuk kau...dalam Islam ada tak istilah SIAL?...hati2 bila memilih tajuk....hidup kita hanya seketika...bila2 maut menjemput...aku tau sekarang ni kau sanggup buat apa saja demi DUIT kerana kau tiada sumber pendapatan setelah dipecat daripada perkhidmatan POLIS...kalau terpaksa pun, jangan sampai menempah neraka..