Wednesday, March 20, 2013


Selatan Thai dalam proses damai..!

TRAGEDI pencerobohan berdarah pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu sememangnya harus dijadikan iktibar apatah lagi bila ada laporan yang mendedahkan bahawa pencerobohan tersebut didalangi oleh orang-orang yang rakus ingin berkuasa serta memanfaatkan slogan Matlamat Menghalalkan Cara dan lebih membimbangkan kita bilamana ada tawaran-tawara tertentu diberikan oleh pembangkang kononnya menjanjikan tanah serta wang ringgit kepada kumpulan pengganas tersebut sekiranya mereka berjaya menakluk Sabah dan mereka pula berjaya menggulingkan kerajaan.



Apa yang berlaku di Lahad Datu ini seharusnya kita memalingkan muka untuk melihat kerana dibimbangi ada pelampau-pelampau daripada Selatan Thai yang juga sedang berkira-kira untuk melakukan tindakan yang sama seperti pengganas yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu ini dan dalam masa yang sama,kita juga perlu berhati-hati dengan kumpulan PATI dari Indonesia yang menyeludup bagi mencari rezeki di bumi Malaysia ini.


Kita jangan memandang lekeh gerakan-gerakan yang sedang dirancang oleh pembangkang dalam negara kita dan kedua-dua kelompok yang disebut ini harus diberikan perhatian khusus oleh kerajaan dan tidak mustahil untuk mencapai matlamat mereka ini,ada pendatang-pendatang dari Indonesia akan dijanjikan untuk diberikan kerakyatan sekiranya mereka memerintah Negara ini sekiranya pendatang ini bersedia untuk mengkacaubilaukan negara.


Kita sedar dalam usaha pembangkang mahu menumbangkan Barisan Nasional terutama di PRU13 nanti,bukan sekadar bantuan daripada Negara asing akan mereka minta tetapi mereka bersedia untuk menggunakan apa sahaja cara termasuk merusuh dengan memperalatkan dua kelompok yang disebutkan tadi dan pihak keselamatan harus meningkat serta memperketatkan kawalan di sempadan Negara.


Apatah lagi difahamkan seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen kerap berulang alik ke Selatan Thai untuk menyumbang dana kepada masjid-masjid di Selatan Thialan dan jika diteliti  rekod perjalanan, dua negara iaitu Thailand dan Indonesia adalah negara yang paling kerap dikunjungi terutamanya oleh Anwar Ibrahim.


Kita ada sebab untuk mengsyaki sesuatu sedang dirancang oleh pembangkang apatah lagi dengan keadaan pasukan keselamatan sedang berdepan dengan tentera gila Kiram,mereka mungkin sedang melaksanakan plan baru apabila rancangan untuk menganggu gugat kedaulatan Sabah  berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan kita.


Sistem pesanan ringkas berlegar sejak semalam kononnya Anwar akan melarikan diri sekali lagi apabila terbongkar beberapa isu peribadinya dan difahamkan mangsa tersebut mengakui suka sama suka dan andainya ini benar-benar terjadi maka penyokong-penyokong beliau akan merusuh setiap hari sehingga hari PRU13 dan sekali lagi rakyat akan digunakan seperti sebelum ini.


Sekiranya ini berlaku bermakna pencerobohan berdarah di Lahad Datu dilakukan oleh Pengarah yang sama dan pembangkang akan menggunakan pendatang-pendatang yang sering ditangkap oleh kerajaan,anggota-anggota dari Selatan Thai yang sering didenda kerana menjual makanan ataupun membuka kedai makan tanpa permit dan mereka inilah antara yang berpotensi untuk digerakkan bagi merusuh. Oleh itu puak-puak ini harus dibersihkan sebelum PRU13 nanti.


Cukuplah kita bersangka baik dengan kumpulan ini sebagaimana kita bersangka baik dengan beratus orang yang ditangkap di Lahad Datu yang bersekongkol dengan pengganas yang akhirnya menjadi duri dalam daging serta musuh dalam selimut kepada Malaysia.Kesilapan Sulu ini harus kita insafi dan mengambil pengajaran darinya.


Pembangkang sedar bukan mudah untuk mengalahkan BN dalam PRU dan bagi mereka kononnya PRU13 inilah peluang terbaik mereka untuk memerintah Negara apatah lagi rakyat telah berjaya mereka kelirukan hingga ada ulamak yang tidak peduli pun sekiranya seorang yang disahkan Gay memerintah Negara ini.


Hasutan serta berbagai-bagai tawaran mewah sedia untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang sanggup bersekongkol dengan mereka untuk menumbangkan BN walaupun terpaksa menumpahkan darah anggoata keselamatan,walaupun terpaksa berperang dengan yang seagama tapi kepada mereka itu tidak penting kerana yang lebih penting adalah menumbangkan BN dan menobatkan seorang Gay sebagai Perdana Menteri.




3 comments:

Malaysia Bangkit said...

terbaik tuan...

http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/01/awastangan-tangan-ghaib-kuasai-plkn.html

Anonymous said...

bermakna ISA lebih baik ada.... dalang2 memang tak suka pada ISA sebab senang nak buat onar....kerana itulah ada segelintirnya berusaha untuk menghapuskan ISA. Sayang Malaysia.... hidup PM

Anonymous said...

tak haram ker pm salam dgn pm thai tu..mcm mana nak menegakkan islam kalo diri sendiri pon tertewas

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers