Saturday, March 9, 2013


Ketua Penerangan-cabaran besar menanti Ahmad Maslan

MENJELANG PRU13,Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk berdepan dengan serangan terancang pembangkang yang menggunakan taktikal ataupun strategi Blitzkrieg bagi menghasut rakyat dan sekaligus menggunakan strategi tersebut untuk meraih undi dan simpati.



Kalau sebelum ini mereka telah berjaya menjadikan Badan Kehakiman, SPRM ,Institusi Raja-Raja Melayu dan berbagai-bagai lagi badan berkanun dicemuh dan akhirnya diperlekehkan rakyat yang terpedaya dengan janji manis mereka,sasaran mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti akan lebih memberikan tekanan demi tekanan sehingga UMNO dan BN terkial-kial untuk menepis segala fitnah yang mereka rekayasakan.


Isu pencerobohan Lahad Datu adalah sebahagian daripada pelan tindakan mereka untuk mendaruratkan Negara .menggagalkan kelancaran PRU13 dan kumpulan pembangkang ini tidak boleh menolak tentang keterlibatan mereka apabila banyak laporan-laporan dari luar Negara dengan bukti-buktinya menjurus bahawa mereka adalah sebahagian darpada penceroboh tersebut dan ini adalah sebahagian kecil daripada Revolusi Warna yang pernah ditulis sebelum ini.


Namun di peringkat seterusnya pembangkang pasti akan mengitar semula isu Saiful Bukhari,isu cincin Rosmah,kapal selam Scorpene, enjin jet, PKFZ,KFC, SPR,FELDA, Deepark serta Balasundram dan kita yakin serta penuh percaya isu-isu ini akan menjadi modal mereka apabila Parlimen dibubarkan dan operasi kilang fitnah mereka akan menjadikan isu ini sebagai makanan untuk disuapkan kepada pengundi sepanjang kempen PRU13 nanti.Jadi bersedialah BN!


Blitzkrieg adalah satu merupakan satu strategi mengumpul isu dan isu-isu yang dikumpulkan akan dilemparkan pada waktu yang sesuai dan BN dalam menyerap tekanan kononnya tragedi berdarah Lahad Datu dikaitkan dengan mereka yang mana isu ini adalah isu keselamatan yang perlu ditangani oleh polis serta tentera jangan sesekali lalai dengan strategi yang sedang digunapakai oleh pembangkang ini.
Isu PKFZ

BN seharusnya sudah bersedia baik jawapan secara berdokumen ataupun jawapan bersifat politik kerana kita percaya pembangkang sudah pun bersiap sedia apatah lagi dengan penglibatan barua-barua seperti Saifudin Nasution serta Rafizi Ramli yang dilihat cukup pakar menyusunatur fitnah-fitnah yang akan dimainkan sepanjang kempen PRU13 nanti


Mereka menggunakan  pendekatan "blitzkrieg iaitu Lightning war “ yang cepat dan akan menyebabkan UMNO dan BN  terpaksa bertahan hingga rakyat lebih banyak melihat kesalahan dari kejayaan parti itu membangunkan rakyat dan Negara. 


Anwar mahukan blitzkrieg ini dijayakan sepenuhnya bagi menutup isu moral beliau,isu Lahad Datu,isu dana asing,melanggan pelacur Cina,isu Kalimah Allah,isu LGBT serta kebebasan beragama dan berbagai-bagai lagi dan malangnya UMNO ataupun BN dilihat seperti sengaja membiarkan segala isu yang timbul tidak terjawap. 


Saat ini mereka sedang berusaha untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan mengalih isu dan sebab itulah isu bapa Saiful Bukhari didendangkan supaya rakyat tidak lagi bercakap tentang mereka yang dikatakan ada kaitan dengan pencerobihan penggans di Timur Sabah itu.


Pembangkang akan kulum semaunya isu cincin ini..
Mereka mempunyai jentera media yang sentiasa bersekongkol untuk  melebarkan fitnah bagi menyakin rakyat memilih ataupun mengundi mereka dan jentera  Penerangan BN harus berada dalam keadaan siap siaga bagi menangkis segala hujah fitnah daripada kumpulanpembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.


BN akan menjadi terlalu bodoh  dan jahil politik seandainya  menganggap bahawa isu-isu yang disebutkan di atas tidak boleh mempengaruhi rakyat apatah lagi dalam keadaan rakyat yang semakin keliru untuk mentafsir kebenaran mengatasi kepalsuan apatah lagi dalam masa yang sama kumpulan pembangkang kali ini dilihat mempunyai peruntukan yang amat besar sehinggakan pembelian bot-bot laju dan kelengkap perang canggih di Lahad Datu dikaitkan hasil peruntukan kewangan yang mereka salurkan kepada kumpulan penceroboh itu.


Anwar dan para baruanya cukup menyedari bahawa PRU13  ini sahaja peluang yang mereka ada untuk menggulingkan kerajaan dan mereka tidak ada pilihan senadainya mahu terus kekal dalam radar politik tanahair,mereka perlu menggunakan apa sahaja termasuklah menggunakan pihak asing termasuklah Nur Misuari dan juga rakan-rakan mereka yang berada di dalam agensi-agensi kerajaan bagi menjayakan matlamat tersebut.


Enjin jet ini juga akan jadi modal fitnah
BN sebelum ini tatkala mendepani isu-isu yang disebut di atas  dilihat gagal menanganinya kerana kebanyakan mereka yang sepatutnya ke depan mempertahankan parti tidak efektif,mereka tiada bahan baru dan sudut pandang yang luas untuk menyanggah segala isu-isu yang pembangkang mainkan dan sebab itulah mereka ini dilihat menggelabah tidak tentu arah, dan ini kejayaan pembangkang.


Bersedialah BN untuk menangkis segala serangan dan fitnah selama kempen PRU13 nanti dan kepada rakyat,terpulanglah kemana undi anda.Tepuk dada tanya selera tapi kalau anda berfikir untuk mempertahankan akidah agama,bangsa dan Negara BN yang harus jadi pilihan anda tapi kalau anda akhirnya termakan dengan persona nan grata,pilihlah parti yang bakal menghancurkan Negara ini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers