Wednesday, February 13, 2013
Najib dikelilingi musang berbulu ayam.. |
SUHU dan suasana politik Malaysia barangkali sudah masuk ke
edah atau frasa terakhir sebelum menjelang PRU 13 dan terlalu banyak sudah
analisis diberikan oleh pelbagai pihak terhadap pelbagai kemungkinan keputusan dan apa yang bakal berlaku pasca
PRU ke 13 nanti.
Pelbagai andaian itu timbul
berasaskan apa yang sedang berlaku sama ada isu semasa,plan gerakkerja dan
helah-helah politik yang sedang tersusun di bilik gerakan dan `war room’
masing-masing dan saat ini semua pihak yang akan menyertai proses demokrasi
dalam negara ini telah membuat congakan masing-masing terhadap kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.
BN, daripada Pengerusi sampailah
kepada jentera paling rendah jawatannya dalam struktur pilihanraya pasti yakin
bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti dan begitu juga dengan Pakatan
Pembangkang,dari Anwar sehinggalah pencacai yang paling rendah tarafnya juga
mengatakan bahawa Putrajaya bakal jadi milik mereka.
Namun realiti politik
perlulah difahami dengan baik dan matang oleh semua malah proses demokrasi melalui
PRU ke 13 dalam negara masih lagi menawarkan 222 kerusi Parlimen untuk di
pertandingkan dan setiap pihak yang bertanding perlu memperolehi 148 kerusi
untuk berdiri megah sebagai kerajaan yang kuat menguasai 2/3 majoriti dan bukti
kepada dunia bahawa ini adalah pilihan rakyat.
Gunalah pelbagai strategi
untuk mengekal dan meraih sokongan sehinggalah pengundi akan memilih siapa yang
akan layak memerintah.dan kepada BN gunakanlah kesempatan yang masih ada ini
untuk membuktikan kepada rakyat bahawa
BN harus terus disokong demi negara
ini.
Jika tidak digunakan ruang
dan peluang yang ada,maka penyesalannya nanti akan berterusan ke anak cucu
bahkan nama NAJIB akan terus dikeji dan selagi ruang dan peluang yang ada untuk
mempertahankan apa yang ada hari ini,PM Najib harus gunakan segalanya bersesuaian
dengan pesanan pujangga lama `jemurlah
kain sewaktu hari masih panas’.
Realiti politik haruslah
difahami dan dihadamkan dengan baik dan gerak kerja mencari sokongan perlu
kepada kesungguhan dan kebijaksanaan kerana persoalan sokongan politik tetap 1
kepala hanya boleh menyumbang 1 undi.
Analisis ramai pihak
menunjukkan bahawa sekarang BN telah pun mempunyai kerusi-kerusi yang putih dan
cuma perlu fokus untuk mendapat dan memastikan
2/3 majoriti sahaja dan gerak kerja kini tertumpu untuk` win over beberapa kawasan lagi.
Tanpa menyebut nama-nama
kawasan terbabit,hasil analisa mendapati setiap kawasan parlimen itu mempunyai
putara 60,000 orang pengundi berdaftar
dan dari jumlah itu kebiasaannya cuma 85% akan keluar mengundi manakala 15%
pula tidak akan keluar mengundi dan jumlah pengundi adalah sekitar 51,000
orang.
Manakala dari jumlah ini,
70% (35,700) kebiasaaanya telah menentukan
pilihan mereka maka tinggal 30% atau 15,300 orang lagi yang perlu di
perhatikan tabiat undi mereka.
Dari jumlah ini 15,300 orang
kebiasaannya, 5,000 terdiri daripada pengundi luar, 5.000 terdiri daripada
pengundi atas pagar manakala bakinya 5,300 adalah pengundi yang kali pertama
mengundi.(20% kebiasaanya mengundi ikut kebiasaan keluarga).
Meneliti contoh ini maknanya
jentera BN perlu memusatkan fokus mereka kepada kumpulan sasar yang betul untuk
memenangi pilihan raya dan strategi yang betul kepada kumpulan sasar yang betul
perlu menjadi “motto kerja” kepada jentera BN,bukan lagi kepada program-program
dalam bentuk “ceremony” dan perlu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar.
Inilah fokus sebenar jentera BN saat ini.,fokus yang memerlukan komitmen yang
sama daripada pelbagai peringkat dan penjawat parti, agensi dan orang perseorangan
yang ingin menyelamatkan akidah, agama, bangsa dan Negara dari dikhianati oleh
kegilaan pembangkang.
Matlamat kemenangan 2/3
perlu disatukan dibawah satu matlamat demi
untuk menyelamatkan agama,bangsa dan Negara demi anak cucu di masa akan datang
dan bukannya untuk pangkat,kuasa,kedudukan,peluang
perniagaan dan lain-lain dan Inilah yang perlu disatukan oleh PM Najib agar
jentera menjadi kumpulan yang hanya mempunyai “collective intent”, “collective
responsibilities” dan “collective
values”
Selebihnya pihak pimpinan PM
perlu memperkukuhkan mekanisme pertahanan agar semua gerak kerja dan keputusan
bersama oleh kerajaan dan parti dipatuhi tanpa sebarang keraguan bukan hanya
oleh parti BN tetapi juga seluruh jentera kerajaan.
Kerana jika tidak diberi
perhatian inilah antara virus yang akan merosakkan seluruh momentum dan gerak
kerja PM yang sememangnya tidak mahu menjadi PM BN terakhir dalam sejarah
negara.
Paling penting adalah pengumuman
PM bahawa Jawatankuasa Disiplin yang akan dilantik di kalangan orang yang tidak
dikenali akan memantau semua gerak kerja parti disemua peringkat amat-amat
melegakan dan disambut baik oleh akar umbi yang tak rela lagi melihat calon BN
kecundang akibat khianat sesama sendiri.
Jawatankuasa ini sudah
pastinya akan berkhidmat dengan jujur,amanah,tidak memilih bulu dan yang paling
penting bijak mencari dan memberi takrifan sabotaj dan khianat?
Cuma timbul persoalan bagaimana
pula dengan sabotaj dan khianat daripada bukan di kalangan ahli parti, tetapi berpeluang dan berniat untuk
khianat dan sabotaj BN? Apa pula mekanisme dan takrifan yang harus diberi?
Sebagai contoh tindakan
daripada individu berpengaruh yang mengetuai satu agensi kerajaan dan
menggunakan agensi itu untuk tidak memberi kerjasama malah dilihat jelas
memandul dan menghalang gerak kerja
memastikan BN menang?
Apakah perkara-perkara yang
sedang berlaku di Biro Tata Negara (BTN) sekarang tidak boleh di takrif sebagai
sabotaj BN dan kerajaan? Menukar kakitangan dan pegawai saat pilihan raya atas
alasan keperluan semasa, itu bukan sabotaj BN?
Dale Carnagie-agenda untuk siapa sebenarnya? |
Membawa masuk kumpulan
trainer “dale carnagie” atas alasan ingin tingkatkan kemahiran
pegawai,sedangkan semua trainer yang mengajar `high impact presentation’ langsung tidak dihalang untuk sentiasa juga
meratib nama Anwar Ibrahim sebagai ` role model’ pemimpin yang baik `,presenter’
yang berkesan yang secara psikiloginya sentiasa mengulang-gulang nama
Anwar,adakah itu bukan sabotaj BN?
Apakah mengukuh kembali
gerakan USRAH di Rumah Meranti JKR736 Jalan Bellamy dengan mewajibkan semua
pegawai hadir dan dikendalikan oleh ABIM itu juga bukan sabotaj BN?
Walaupun jelas dan nyata
bahawa ABIM menjelang PRU 13 ini menjulang Azizah dan Anwar melalui anugerah
Saidatina KhatiJah, BTN masih lagi menyalurkan dana dalam bentuk program dan
tunai ,itu bukan sabotaj BN atau saja-saja menghabaiskan dana BTN?
BTN cuba menghalang nama-nama
besar bertanding di kawasan-kawasan Parlimen tertentu sebaliknya menghantar
nama di kalangan mereka atau rangkaian ABIM atau bekas pegawai BTN sebelum 1999
itu bukan sabotaj BN?Tidak memberikan kerjasama yang baik kepada gerak kerja
yang disusun oleh Ketua Penerangan UMNO.Ahmad Maslan, itu bukan sabotaj BN?
Selepas ini BTN akan
memindahkan sebahagian Pengarah Negeri dan dipusatkan di ibupejabat di bawah
seliaan orang ABIM,itu bukan sabotaj BN?Tidak membenarkan nama Anwar Ibrahim
disebut sebagai pengkhianat dan pengancam keselamatan Negara, itu bukan sabotaj
BN?Membenarkan cakera padat ceramah Anwar digunakan sebagai bahan LDK oleh
pegawai bernama Shonetah Terang di Sabah itu bukan sabotaj BN?
Saat semua agensi sedang
fokus laksanakan gerak kerja membantu BN, BTN sedang fokus buat gerak kerja
kenaikan gred pegawai(untuk kumpulan ABIM) dengan menggunakan KSN dan CUEPACS, itu bukan sabotaj BN? Malah banyak lagi
aktiviti-aktiviti BTN yang ternyata tidak seirama dengan agensi-agensi pusat
yang lain saat ini sememangnya amat diragui,apatah lagi kini BTN tidak
memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada “lead agency’.
Adalah menjadi harapan kita
semua, PM jangan hanya melihat yang akan sabotaj parti ini hanya di kalangan
ahli parti sahaja malah tindakan tegas juga perlu di ambil terhadap mana-mana
agensi dan penjawat awam yang ternyata menjadi api dalam sekam dan duri dalam
daging kepada kerajaan dan BN.
Kasihan kepada rakyat dan
akar umbi yang pasti akan bekerja bermati-matian untuk kemenangan 2/3 namun
terhalang kerana manusia-manusia yang menyokong kerajaan hanya di depan PM setelah diberi pangkat dan kuasa sebaliknya masih tetap berimamkan Anwar Ibrahim dan tetap berhasrat menabalkan idola
mereka itu sebagai PM sebagaimana telah dibuktikan oleh ABIM dan orang-orang hasil usrah mereka di tempat-tempat strategik
dalam kerajaan.
Pernyataan secara simbolik sokongan
kepada Anwar dan Azizah telah dapat dilihat secara terbuka bila ABIM merasakan Azizah lebih layak menerima
Anugerah Khas Syaidatina Khatijah kalau mahu dibandingkan dengan Rosmah Mansor kerana
sememangnya itu adalah matlamat untuk mengangkat kembali darjat dan maruah
Anwar dan Azizah menjelang PRU13.
Anugerah untuk Wan Azizah menghina Rosmah |
Itulah strategi halus mereka
untuk meraih sokongan,menggunakan isteri untuk meraih simpati dan sekaligus
juga gerakan ABIM dan ahli usrahnya ini sebenarnya ingin menyindir Rosmah Mansur. Patutlah terdengar juga suara-suara
sumbang (harap ini tidak betul) Raja Arif juga antara orang yang kuat bantai
dan komen Rosmah bila Rosmah menyertai PM ke Gaza.
Cuba tanya KP BTN, apa gerak
kerja yang dibuat oleh BTN untuk menafikan semua fitnah terhadap Rosmah?Setakat
ini juga tidak ada sebarang gerak kerja dari BTN untuk `back-up’ sebarang isu
yang mengaitkan Rosmah.
Alasannya mudah, BTN hanya
akan menjual 1Malaysia,nama Rosmah langsung tidak ada dalam senarai gerak kerja
BTN walaupun dalam usrah-usrah pegawai di Rumah Meranti milik BTN,jelas ABIM
tetap akan bekerja mengalahkan kerajaan BN yang zalim, membazir(dengan merujuk
kepada Rosmah) tanpa mengambil kira Anwar salah atau tidak,tetapi BN perlu
dikalahkan.
Agaknya BTN tidak berminat
menjadi `backbencer’ ini kerana Rosmah
belum lagi hadir program `dale carnagie’ dan usrah ABIM itu yang menyebabkan
BTN tidak menjadikan nama Rosmah sebagai nama popular tidak sebagaimana Azizah
yang merupakan lepasan usrah dan “dale carnagie” dan sebab itulah penampilannya lebih memberi kesan sehingga diangkat menjadi
penerima anugerah Syaidatina Khatijah.
Anwar telah pun mengumumkan
bahawa jika mereka kalah,demokrasi di Malaysia akan disuburkan sebagaimana “Arab
spring” sebagaimana banyak pendedahan telah dibuat sebelum ini.
Sememangnya gerak kerja
politik Anwar sudah dijangka dan PM Najib bukan tidak tahu siapa musuh yang
sedang beliau hadapi dan disinilah kebijaksaan beliau dituntut dalam
menyelesaikan segala kemelut-kemelut yang sedang berlaku kerana Anwar tidak akan mengalah
dengan mudah dan sememangnya menjalankan gerak kerja dengan prinsip Machievelli
“matlamat menghalalkan cara”.
Kerana beliau,orang Melayu
sudah berpecah belah, PAS juga sudah hancur,kerana beliau berapa ramai
mahasiswa yang gagal di universiti, bahkan Anwar boleh buat apa sahaja dengan
membelakang semua undang-undang dan Perlembagaan.
Percayalah jika kita terus
membenarkan mekanisme `Arab Spring’ ini bergerak dan hidup segar, arab spring
yang beliau sebut ketika ditemuramah di Austaralia ini pastinya akan
menggugurkan PM dari Putrajaya dan masih ingatkah kita demonstrasi bersiri
setiap Sabtu 1999? Siapa yang turut menggerakannya?
Abim masih jadi lubuk perkaderan Anwar Ibrahim |
Siapakah yang berterusan
mengarahkan jurulatih BTN seluruh negara menjadi agen penyebar risalah di
masjid-masjid, menjadi pakar provokasi dalam perhimpunan dan sebahagian
jurulatih itu masih hidup dan masih bernaung dibawah Raja Arif. Apakah tragedi
itu sekali lagi sedang dirancang?
PM kena ingat bahawa
kejatuhan pemimpin dunia termasuklah di zaman Rasul SAW adalah kerana
orang-orang sekeliling beliau dan kita tidak mahu kerana PM Najib terlepas
pandang akhirnya beliau tersungkur di PRU13 nanti.
Kita tidak mahu PM Najib mengulangi
kesilapan Tun Mahathir sebagaimana pengakuan beliau, bahawa bukan tidak ada
orang yang sampaikan apa yang Anwar dan kuncu-kuncunya telah buat,`tapi saya sendiri yang tak percaya kerana
di depan saya dia pandai berlakon. Bahkan sesiapa yang sampaikan keburukan
pasal Anwar,saya akan marah sehinggalah saya sendiri menyiasat dan jumpa
bukti-bukitinya..’
Kepada PM Najib, usah ulangi
kekesalan Tun M itu. Berbuatlah sesuatu
dan MUSNAHKANLAH SEMUA PETUALANG SERTA PENGKHIANAT MENJELANG PRU13 NANTI.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
3 comments:
Baik sebagai perkongsian pendapat dan maklumat. Apa pun saya percaya
PM lebih arif dalam perkara ini. Tentang btn lebih kearah abim, peringkat atasan perlulah menjelaskan perkara ini dan kenapa perlu berlawanan dengan kehendak kerajaan BN.
Salam tuan.
Mohon dipaut blog kami,
http://parlimensembrongp153.blogspot.com/
Terima kasih.
Salam perjuangan, mohon jasa baik tuan utk pautkan blog sy di blog list tuan,
melayublues.blogspot.com