Wednesday, February 6, 2013
Kemelut BTN turut dilaporkan akhbar tempatan.. |
SAAT populariti dan simpati
rakyat pada Wan Azizah telah hilang akibat perbuatan beliau yang terbukti sebagai
pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tiba-tiba muncul sebagai organisasi yang kembali
mengangkat darjat Presiden PKR itu melalui anugerah Syaiditina Khadijah dan apa
maksud serta tujuan sebenarnya ABIM menganugerahkan gelaran sedemikian kepada
wanita yang dilihat munafik seperti Wan
Azizah ini?
Syaiditina Khadijah bukan
sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam
yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status
tersendiri dan apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah ini malah dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan
keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding
Syaiditina Khadijah.
Kita juga melihat alasan
ABIM langsung tidak masuk akal bahawa anugerah itu adalah mengiktiraf keberanian Azizah
‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan,ini alasan gila kerana walaupun Azizah punya keberanian ianya tiada
kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan.
Benar Wan Azizah berani,
tetapi beraninya membela peliwat dan penzina, berani bersubahat untuk menggulingkan
kerajaan pimpinan Melayu Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani
menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai
zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa
perubahan ke arah liberalisasi.
Hasil dari anugerah ini,berbagai-bagai persoalan timbul
bilamana saat PRU13 hampir tiba,ABIM tiba-tiba mewujudkan anugerah sedemikan rupa serta
berprestij ini dan kita melihat tujuan ABIM ini adalah tidak lain dan tidak bukan bermatlamat untuk menarik
kembali sokongan serta simpati rakyat menjelang PRU13 ini terhadap Anwar dan
berkemungkinan ABIM juga bakal menyediakan anugerah Abdullah Bin Ubbai kepada Anwar,ikon serta idola yang masih menjadi tulang belakang ABIM sehingga ke hari ini bagi menjamin sokongan kembali rakyat kepada Anwar.
Bohong kalau ada yang mengatakan bahawa ABIM telah bersih dari pengaruh Anwar dan majlis penganugerahan ini sebagai bukti bahawa ABIM adalah Anwar,Anwar adalah ABIM.
Bohong kalau ada yang mengatakan bahawa ABIM telah bersih dari pengaruh Anwar dan majlis penganugerahan ini sebagai bukti bahawa ABIM adalah Anwar,Anwar adalah ABIM.
Andainya Anwar telah
mengarahkan ABIM untuk memberi anugerah itu kepada Wan Azizah,bagaimana pula
dengan agensi yang dikuasai oleh orang-orang ABIM terutamanya di Biro Tata Negara (BTN)? Adakah BTN
tidak bercadang untuk mewujudkan juga anugerah kepada tokoh-tokoh pejuang
bangsa dan bangsat seperti Kamaruddin Jaafar atau Anwar Ibrahim sendiri dan
tokoh-tokoh lain seperti Sidik Fadhil serta Mohd Nor Manuty atau anugerah khas
Abdul Rahman Al-Aus kepada Rahim Ghause?
Khabar yang dibisikkan ke
telinga saya,Ketua Pengarah BTN Raja Arif telah pun mengadakan beberapa
pertemuan dengan Rahim Ghause di Melaka.(Ini saya tulis kemudian).
Pendedahan demi pendedahan yang
dibuat sebelum ini sehingga saya dianggap ada masalah peribadi dengan Raja Arif sebenarnya bertujuan untuk mendedahkan `grand
design’ Anwar yang merancang dengan cukup bijak serta licik bagaimana untuk
menghancurkan kerajaan dari dalam dengan mempergunakan segala pemimpin ataupun
penjawat awam yang menyokong serta bersimpati dengan beliau kerana Anwar cukup mengetahui
bahawa bukan mudah mengalahkan BN secara terbuka dalam PRU13 kecuali menyusun gerak kerja melalui jentera dalam
kerajaan.
Ternyata dengan meletakkan Raja
Arif di BTN, jentera BTN ketika ini termasuk pegawai dan tenaga penggerak yang
menjadi penceramah dan fasilitator tidak lagi berani menyebut Anwar dan
Wan Azizah sebagai musuh agama,bangsa
dan negara apatah lagi untuk disampaikan kepada rakyat tentang kebejatan moral
serta perilaku suami isteri ini dan matlamat pertama ini, Anwar sudah berjaya menutup mulut para penggerak BTN.
Kita setuju BTN hari ini
meratib nama Najib dan 1Malaysia setiap hari tetapi apakah dengan meratib nama
PM dan 1Malaysia sudah cukup untuk menarik sokongan rakyat untuk menyokong kerajaan dan BN? Pada Anwar ini satu permulaan
pada kejayaan yang lebih besar dan sebab
itulah Raja Arif perlu membawa lebih ramai pendokong Anwar terutamanya
dari ABIM ke dalam BTN demi memastikan langkah demi langkah akan berjaya dan BTN bukan lagi instrumen yang boleh digunakan untuk mendedahkan segala kebejatan moral Anwar.
Langkah seterusnya adalah
dengan memandulkan semua Pengarah Negeri yang sedia ada dan yang masih merasakan Anwar
adalah musuh negara dengan cara memindah dan pusatkan mereka semua di ibu pejabat agar
Raja Arif boleh memantau dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan)Hanafi boleh mentarbiah mereka ini pada setiap Selasa dan Sabtu
agar fikiran mereka juga akhirnya mengakui bahaw Anwar adalah pejuang bangsa serta perlu dipastikan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Jika
akhirnya masih ada yang gagal ditarbiahkan, mereka ini akan ditamatkan kontrak
atau dihantar balik ke jabatan asal mereka sebelum di pinjam ke BTN.
Pemusatan sebahagian besar
Pengarah Negeri dan Pegawai Kanan BTN ke ibu pejabat dalam satu takungan bekas
yang sama adalah bertujuan memudahkan kawalselia oleh Hanafi ke atas Pegawai
dan Pengarah yang dianggap 'keras kepala' ini.yang enggan menurut perintah serta bersekongkol membersihkan Anwar dari segala tuduhan.
Namun begitu, walaupun gred
mereka naik, tetapi mereka terpaksa bekerja di bawah seorang Pengarah lain yang
jauh lebih junior dari mereka dan kepada Menteri Besar ataupun Ketua Menteri di
negeri yang terlibat, selepas ini jangan berharap untuk mrnggunakan khidmat
Pengarah Negeri ini lagi.
Timbul pula persoalannya,
kerusi kosong Pengarah Negeri yang terlibat akan dipenuhi oleh siapa pula?
Apakah akan di isi oleh PTD? Pegawai KPDNKK? Sahabat lama BTN atau ahli ABIM?
Bersedialah kita untuk melihat penyusunan semula ABIM bukan sahaja di BTN pusat tetapi
di negeri-negeri lain yang terlibat.
Raja Arif tidak ubah menggunakan kuasa yang
ada padanya seperti menyusun jawatankuasa parti di peringkat bahagian ataupun
mengamalkan undang-undang buang daerah kepada pegawai BTN yang tidak mengikut
telunjuknya.
Bukti BTN menyalurkan dana kepada ABIM |
Jika ABIM menganugerahkan
Anugerah Khas Syaidatina Khatijah kepada Wan Azizah,apa agaknya pandangan ABIM
kepada Rosmah Mansor dan Raja Arif antara
orang yang rapat dengan Anwar sehingga jemaah mereka memberikan anugerah
sedemikian tentu boleh mendapatkan jawapan tentang pandangan mereka terhadap
isteri Perdana Menteri yang bertungkus lumus berjuang terutamanya mengangkat
masa depan kanak-kanak melalui program Permata.
Apakah Raja Arif gagal menyakinkan
usrah ABIM bahawa Rosmah juga patut dicalonkan atau sememangnya jemaah ABIM
memandang sebaliknya kepada Rosmah?
Antara isteri PM dan Wan Azizah,akhirnya ABIM memilih Wan Azizah dan ini ini menyakinkan bahawa menjelang PRU13 nanti jemaah ABIM lebih berminat menyokong Anwar berbanding dengan Najib, jadi makin menjelaskan kepada kita bahaw Ketua Pengarah BTN juga akan berpendirian sama sebagaimana pendirian jemaah meraka. Lantaran itu sudah terang lagi bersuluhlah siapa Raja Arif sebenarnya
Antara isteri PM dan Wan Azizah,akhirnya ABIM memilih Wan Azizah dan ini ini menyakinkan bahawa menjelang PRU13 nanti jemaah ABIM lebih berminat menyokong Anwar berbanding dengan Najib, jadi makin menjelaskan kepada kita bahaw Ketua Pengarah BTN juga akan berpendirian sama sebagaimana pendirian jemaah meraka. Lantaran itu sudah terang lagi bersuluhlah siapa Raja Arif sebenarnya
Penganugerahan kepada Wan Azizah oleh ABIM ini juga adalah satu sindiran
sinis kepada Rosmah Mansor dan jelaslah kepada kita bahawa secara halus mereka
telah menolak keperibadian dan keterlibatan Rosmah dalam membina imej PM dan juga
jelas kepada kita bahawa ABIM (yg masih di taja dari segi kewangan oleh BTN)
adalah pendokong dan penyokong kuat Anwarista.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
10 comments:
KSN HARUS SEGERA BENDUNG WABAK INI DARI TERUK BERLELUASA.SEKARANG NI PUN RAMAI PENJAWAT AWAW YG BELOT PADA KERAJAAN DAN AKUR JANJI MEREKA.HARAP AGAR BERITA INI SAMPAI KEPADA PUCUK PIMPINAN NEGARA
Panggilan serta anugerah dari nama-nama Umu Mukminin dan sahabat Rasullulah kepada seseorang hendaklah bersesuaian dengan akhlak, peribadi serta kemuliaan yang ada pada diri empunya yang asal.
Kalau tidak pun 100% memadai lah jika jaraknya tidak begitu jauh. Janganlah mencemarkan nama-nama ini dengan hanya untuk kemasyhoran, politik dan sebagainya.
Kerana "ambilan" dari nama-nama Sahanat dan Ummu Mukminin ini akan mencacat dan menyebabkan nama dan jasab yang asal akan tercuit dengan tingkah laku manusia diakhir zaman yang sanggup mempermain-mainkan nama yang semulia itu tampa sesuatu yang boleh diterima dengan sewajarnya...walahualam
Pelik tapi benar, kebanyakkan orang2 anwar berada di Jabatan2 strategik dlm kerajaan, adakah semua ini telah disusun oleh pihak2 tertentu? Walaupun bloggers2 besar telah mainkan isu ini, namun sehingga kini tiada apa apa tindakan atau siasatan dilakukan...
Apa nak buattttt.... Ahmad Maslam asyik memantau mazlan aliman kat felda, sampai terlupa apa yang terjadi dlm BTN. Itu juga satu strategi, melalikan musuh dgn perkara lain.
Jangan kita bijak dlm mengambil hati rakyat marhain, tapi lemah dlm membaca strategi musuh yang kini berada dlm rumah sendiri.... Menteri2 tak kata apa pun.... Tengah lena ke?
Nampaknya, PR semakin dekat kepada kemenangan PRU kali ini menjatuhkan kezaliman,rasuah dan kronisma, segala kepincangan dalam kerajaan sedia ada. Bukan tak ada yang bagus dalam kerajaan, tapi kalau BN nak menang, kena gantikan mereka-mereka ini dengan orang yang lebih bersih.
MASALAHNYA SEBAHAGIAN KERAJAAN ADA DALAM PENGARUH ANUW TAPI YANG PELIKNYA BANYAK PENGECUT DALAM KALANGAN PEGAWAI KERAJAAN. SESUATU PERLU DILAKUKAN SEGERA KERANA MEREKA INI WALAUPUN TERBUKTI ADA VIDEO SUMBANG TAPI MASIH MENARUH SIMPATI KPD ANUW. SINGKIRKAN SAJA ANUW TAK GUNA TU... ADA KE DALAM PARTI SATU JAWATAN UNTUK DIA SAJA TAK BOLEH DI TANDINGI.. INI SATU PENUNJUK DIA INI TAK ADA DEMOKRATIK DAN TAK GUNA PUNYA ORANG..BUKAN NAK BERKHIDMAT TAPI NAK BERMEGAH...
ABIM adalab lubuk kepada Anuar Ibrahim berkubang bagi meccuci segala najis yang dilakukan nya. Tak tahu lah macam Wan Azizah di anugerah Syadatina Khadijah-ape jasa beliau dalam memperjuangkan islam, bahkan suami beliau sanggup memperdagangkan khalimah Allah kepada kafir harbi DAP.
ABIM adalab lubuk kepada Anuar Ibrahim berkubang bagi meccuci segala najis yang dilakukan nya. Tak tahu lah macam Wan Azizah di anugerah Syadatina Khadijah-ape jasa beliau dalam memperjuangkan islam, bahkan suami beliau sanggup memperdagangkan khalimah Allah kepada kafir harbi DAP.
Apa kah jasa Wan Azizah terhadap ugama, bangsa, dan negara. Yang di ketahui beliau hanya memperjuangkan nasib suami beliau sahaja yang terang terang mempunyai masaalah moral. Anuar Ibrahim jadikan ABIM lubok berkubang untuk mencuci najis najis yang ada pada beliau.
ABIM-ADALAH LUBOK BAGI ANUAR MECUCI NAJIS NAJIS-YANG TERLEKAT PADA BELIAU