Wednesday, February 6, 2013


Kemelut BTN turut dilaporkan akhbar tempatan..

SAAT populariti dan simpati rakyat pada Wan Azizah telah hilang akibat perbuatan beliau yang terbukti sebagai pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tiba-tiba  muncul sebagai organisasi yang kembali mengangkat darjat Presiden PKR itu melalui anugerah Syaiditina Khadijah dan apa maksud serta tujuan sebenarnya ABIM menganugerahkan gelaran sedemikian kepada wanita  yang dilihat munafik seperti Wan Azizah ini?

 
Syaiditina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri dan apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah ini malah dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Syaiditina Khadijah.  



Kita juga melihat alasan ABIM langsung tidak masuk akal bahawa anugerah itu adalah mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan,ini alasan gila kerana walaupun Azizah punya keberanian ianya tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. 
  

Benar Wan Azizah berani, tetapi beraninya membela peliwat dan penzina, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi.


Hasil dari anugerah ini,berbagai-bagai persoalan timbul bilamana saat PRU13 hampir tiba,ABIM tiba-tiba mewujudkan anugerah sedemikan rupa serta berprestij ini dan kita melihat tujuan ABIM ini adalah tidak lain dan tidak bukan bermatlamat untuk menarik kembali sokongan serta simpati rakyat menjelang PRU13 ini terhadap Anwar dan berkemungkinan ABIM juga bakal menyediakan anugerah Abdullah Bin Ubbai  kepada Anwar,ikon  serta idola yang masih menjadi  tulang belakang ABIM sehingga ke hari ini bagi menjamin sokongan kembali rakyat kepada Anwar.

Bohong kalau ada yang mengatakan bahawa ABIM telah bersih dari pengaruh Anwar dan majlis penganugerahan ini sebagai bukti bahawa ABIM adalah Anwar,Anwar adalah ABIM.


Andainya Anwar telah mengarahkan ABIM untuk memberi anugerah itu kepada Wan Azizah,bagaimana pula dengan agensi yang dikuasai oleh orang-orang ABIM  terutamanya di Biro Tata Negara (BTN)? Adakah BTN tidak bercadang untuk mewujudkan juga anugerah kepada tokoh-tokoh pejuang bangsa dan bangsat seperti Kamaruddin Jaafar atau Anwar Ibrahim sendiri dan tokoh-tokoh lain seperti Sidik Fadhil serta Mohd Nor Manuty atau anugerah khas Abdul Rahman Al-Aus kepada Rahim Ghause?


Khabar yang dibisikkan ke telinga saya,Ketua Pengarah BTN Raja Arif telah pun mengadakan beberapa pertemuan dengan Rahim Ghause di Melaka.(Ini saya tulis kemudian).


Pendedahan demi pendedahan yang dibuat sebelum ini sehingga saya dianggap ada masalah peribadi dengan Raja Arif  sebenarnya bertujuan untuk mendedahkan `grand design’ Anwar yang merancang dengan cukup bijak serta licik bagaimana untuk menghancurkan kerajaan dari dalam dengan mempergunakan segala pemimpin ataupun penjawat awam yang menyokong serta bersimpati dengan beliau kerana Anwar cukup mengetahui bahawa bukan mudah mengalahkan BN secara terbuka dalam PRU13 kecuali menyusun gerak kerja melalui jentera dalam kerajaan.


Ternyata dengan meletakkan Raja Arif di BTN, jentera BTN ketika ini  termasuk pegawai dan tenaga penggerak yang menjadi penceramah dan fasilitator tidak lagi berani menyebut Anwar dan Wan  Azizah sebagai musuh agama,bangsa dan negara apatah lagi untuk disampaikan kepada rakyat tentang kebejatan moral serta perilaku suami isteri ini dan matlamat pertama ini, Anwar sudah berjaya menutup mulut para penggerak BTN.


Kita setuju BTN hari ini meratib nama Najib dan 1Malaysia setiap hari tetapi apakah dengan meratib nama PM dan 1Malaysia sudah cukup untuk menarik  sokongan rakyat untuk menyokong kerajaan dan BN? Pada Anwar ini satu permulaan pada kejayaan yang lebih besar dan sebab  itulah Raja Arif perlu membawa lebih ramai pendokong Anwar terutamanya dari ABIM ke dalam BTN demi memastikan langkah demi langkah akan berjaya dan BTN bukan lagi instrumen yang boleh digunakan untuk mendedahkan segala kebejatan moral Anwar.


Langkah seterusnya adalah dengan memandulkan semua Pengarah Negeri yang sedia ada dan yang masih merasakan Anwar adalah musuh negara dengan cara memindah  dan pusatkan mereka semua di ibu pejabat agar Raja Arif boleh memantau dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan)Hanafi boleh mentarbiah mereka ini pada setiap Selasa dan Sabtu agar fikiran mereka juga akhirnya mengakui bahaw Anwar adalah pejuang bangsa serta perlu dipastikan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika akhirnya masih ada yang gagal ditarbiahkan, mereka ini akan ditamatkan kontrak atau dihantar balik ke jabatan asal mereka sebelum  di pinjam ke BTN.


Pemusatan sebahagian besar Pengarah Negeri dan Pegawai Kanan BTN ke ibu pejabat dalam satu takungan bekas yang sama adalah bertujuan memudahkan kawalselia oleh Hanafi ke atas Pegawai dan Pengarah yang dianggap 'keras kepala' ini.yang enggan menurut perintah serta bersekongkol membersihkan Anwar dari segala tuduhan. 


Namun begitu, walaupun gred mereka naik, tetapi mereka terpaksa bekerja di bawah seorang Pengarah lain yang jauh lebih junior dari mereka dan kepada Menteri Besar ataupun Ketua Menteri di negeri yang terlibat, selepas ini jangan berharap untuk mrnggunakan khidmat Pengarah Negeri ini lagi.



Timbul pula persoalannya, kerusi kosong Pengarah Negeri yang terlibat akan dipenuhi oleh siapa pula? Apakah akan di isi oleh PTD? Pegawai KPDNKK? Sahabat lama BTN atau ahli ABIM? Bersedialah kita untuk melihat penyusunan semula ABIM bukan sahaja di BTN pusat tetapi di negeri-negeri lain yang terlibat.

Raja Arif tidak ubah menggunakan kuasa yang ada padanya seperti menyusun jawatankuasa parti di peringkat bahagian ataupun mengamalkan undang-undang buang daerah kepada pegawai BTN yang tidak mengikut telunjuknya.


Bukti BTN menyalurkan dana kepada ABIM
Jika ABIM menganugerahkan Anugerah Khas Syaidatina Khatijah kepada Wan Azizah,apa agaknya pandangan ABIM kepada Rosmah Mansor  dan Raja Arif antara orang yang rapat dengan Anwar sehingga jemaah mereka memberikan anugerah sedemikian tentu boleh mendapatkan jawapan tentang pandangan mereka terhadap isteri Perdana Menteri yang bertungkus lumus berjuang terutamanya mengangkat masa depan kanak-kanak melalui program Permata.


Apakah Raja Arif gagal menyakinkan usrah ABIM bahawa Rosmah juga patut dicalonkan atau sememangnya  jemaah ABIM  memandang sebaliknya kepada  Rosmah?

Antara isteri PM dan Wan Azizah,akhirnya ABIM memilih  Wan Azizah dan ini  ini menyakinkan bahawa menjelang PRU13 nanti jemaah ABIM lebih berminat menyokong Anwar berbanding dengan Najib, jadi makin menjelaskan kepada kita bahaw Ketua Pengarah BTN juga akan berpendirian sama sebagaimana pendirian jemaah meraka. Lantaran itu sudah terang lagi bersuluhlah siapa Raja Arif sebenarnya


Penganugerahan kepada  Wan Azizah oleh ABIM ini juga adalah satu sindiran sinis kepada Rosmah Mansor dan jelaslah kepada kita bahawa secara halus mereka telah menolak keperibadian dan keterlibatan Rosmah dalam membina imej PM dan juga jelas kepada kita bahawa ABIM (yg masih di taja dari segi kewangan oleh BTN) adalah pendokong dan penyokong kuat Anwarista.

10 comments:

Anonymous said...

KSN HARUS SEGERA BENDUNG WABAK INI DARI TERUK BERLELUASA.SEKARANG NI PUN RAMAI PENJAWAT AWAW YG BELOT PADA KERAJAAN DAN AKUR JANJI MEREKA.HARAP AGAR BERITA INI SAMPAI KEPADA PUCUK PIMPINAN NEGARA

Pakcu Rantau Panjang said...

Panggilan serta anugerah dari nama-nama Umu Mukminin dan sahabat Rasullulah kepada seseorang hendaklah bersesuaian dengan akhlak, peribadi serta kemuliaan yang ada pada diri empunya yang asal.

Kalau tidak pun 100% memadai lah jika jaraknya tidak begitu jauh. Janganlah mencemarkan nama-nama ini dengan hanya untuk kemasyhoran, politik dan sebagainya.

Kerana "ambilan" dari nama-nama Sahanat dan Ummu Mukminin ini akan mencacat dan menyebabkan nama dan jasab yang asal akan tercuit dengan tingkah laku manusia diakhir zaman yang sanggup mempermain-mainkan nama yang semulia itu tampa sesuatu yang boleh diterima dengan sewajarnya...walahualam

Anonymous said...

Pelik tapi benar, kebanyakkan orang2 anwar berada di Jabatan2 strategik dlm kerajaan, adakah semua ini telah disusun oleh pihak2 tertentu? Walaupun bloggers2 besar telah mainkan isu ini, namun sehingga kini tiada apa apa tindakan atau siasatan dilakukan...

Anonymous said...

Apa nak buattttt.... Ahmad Maslam asyik memantau mazlan aliman kat felda, sampai terlupa apa yang terjadi dlm BTN. Itu juga satu strategi, melalikan musuh dgn perkara lain.
Jangan kita bijak dlm mengambil hati rakyat marhain, tapi lemah dlm membaca strategi musuh yang kini berada dlm rumah sendiri.... Menteri2 tak kata apa pun.... Tengah lena ke?

Anonymous said...

Nampaknya, PR semakin dekat kepada kemenangan PRU kali ini menjatuhkan kezaliman,rasuah dan kronisma, segala kepincangan dalam kerajaan sedia ada. Bukan tak ada yang bagus dalam kerajaan, tapi kalau BN nak menang, kena gantikan mereka-mereka ini dengan orang yang lebih bersih.

Anonymous said...

MASALAHNYA SEBAHAGIAN KERAJAAN ADA DALAM PENGARUH ANUW TAPI YANG PELIKNYA BANYAK PENGECUT DALAM KALANGAN PEGAWAI KERAJAAN. SESUATU PERLU DILAKUKAN SEGERA KERANA MEREKA INI WALAUPUN TERBUKTI ADA VIDEO SUMBANG TAPI MASIH MENARUH SIMPATI KPD ANUW. SINGKIRKAN SAJA ANUW TAK GUNA TU... ADA KE DALAM PARTI SATU JAWATAN UNTUK DIA SAJA TAK BOLEH DI TANDINGI.. INI SATU PENUNJUK DIA INI TAK ADA DEMOKRATIK DAN TAK GUNA PUNYA ORANG..BUKAN NAK BERKHIDMAT TAPI NAK BERMEGAH...

Anonymous said...

ABIM adalab lubuk kepada Anuar Ibrahim berkubang bagi meccuci segala najis yang dilakukan nya. Tak tahu lah macam Wan Azizah di anugerah Syadatina Khadijah-ape jasa beliau dalam memperjuangkan islam, bahkan suami beliau sanggup memperdagangkan khalimah Allah kepada kafir harbi DAP.

sondol adlin said...

ABIM adalab lubuk kepada Anuar Ibrahim berkubang bagi meccuci segala najis yang dilakukan nya. Tak tahu lah macam Wan Azizah di anugerah Syadatina Khadijah-ape jasa beliau dalam memperjuangkan islam, bahkan suami beliau sanggup memperdagangkan khalimah Allah kepada kafir harbi DAP.

sondol adlin said...

Apa kah jasa Wan Azizah terhadap ugama, bangsa, dan negara. Yang di ketahui beliau hanya memperjuangkan nasib suami beliau sahaja yang terang terang mempunyai masaalah moral. Anuar Ibrahim jadikan ABIM lubok berkubang untuk mencuci najis najis yang ada pada beliau.

Anonymous said...

ABIM-ADALAH LUBOK BAGI ANUAR MECUCI NAJIS NAJIS-YANG TERLEKAT PADA BELIAU

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers