Thursday, January 31, 2013
Anak pembangkang,bapa Ketua Pengarah..!
TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta
kerajaan bagi menarik sokongan untuk meraih undi dari rakyat namun situasi amat sekali berbeza kepada agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernama Biro Tata Negara (BTN).

Sebelum itu TAHNIAH kepada Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM,hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta factor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM,akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.

Adakah Raja Arif tidak terfikir bahawa kesan daripada kerakusan mahu menunjukkan kuasa sebagai Ketua Pengarah akan menterbalikkan momentum sokongan ahli keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa pertukaran yang terlibat atapun ini sebenarnya yang beliau mahukan iaitu mencucuk jarum halus supaya wujud sabotaj daripada kalangan kakitangan dan pegawai-pegawai BTN sendiri terhadap BN.

Paling jelas,kesan daripada kerakusan menunjukkan kuasa ini  akan memandulkan gerak kerja Ahmad Maslan yang sebelum ini banyak menggunakan pegawai dan kakitangan yg berkemahiran dalam menguruskan program berkaitan dengan sokongan rakyat. Apakah pertukaran secara beramai-ramai yang bermula saat PRU13 sudah hamper ini tidak bertujuan utk melemahkan Mat Maslan dan akhirnya beliau akan  dilihat gagal? 

Agaknya otak Raja Arif ini mungkin terletak dikepala lutut kerana tidak boleh memikirkan kesan berganda apa yang telah dimulakan ini? Apakah signifikan pertukaran pegawai dan kakitangan saat pilihan raya ini tidak diratapi oleh kaum keluarga mangsa kerakusan dan kebebalan beliau?

Apakah bila marah dan terkesan dengan apa yg berlaku,seluruh ahli keluarga tidak akan menyalahkan PM dan akhirnya undi akan diberikan kepada pihak lain? Apakah matlamat mengABIMkan BTNlebih besar dari matlamat memenangkan BN dlm PRU13? 

Jelaslah bahawa sikap Raja Arif ini sebenarnya menjadi api dalam sekam dan seolah-olah mengesahkan bahawa beliau adalah antara instrument yang aktif menggerakkan jentera Anwar Ibrahim dalam kerajaan malah sejak beliau diangkat menjadi Ketua Pengarah BTN,semua pegawai dan kakitangan ditukar sewenang-wenangnya ataupun sesuka hatinya dengan notis tidak lebih daripada 24 jam bermula dengan Pak Long Wahab,Dr Idris jadi dan terbaru pertukaran beramai-ramai dalam tempoh 48 jam tanpa mengambil kira kedudukan keluarga pegawai-pegawai yang terbabit Apakah terjemahan kaum keluarga pegawai yg terlibat termasuk saudara mara mereka dalam PRU nanti?

Raja Arif laksanakan program Amanat KSN dan sedang berpakat pula dengan Presiden Ceupacs untuk laksanakan program penjawat Awam,kononnya ucapan Tahun Baru dengan alas an untuk mendekatkan penjawat awam dengan kerajaantetapi kakitangan beliau sendiri makin jauh,serta dijauhkan dan keliru dengan  kerajaan.

Kepada yang bukan ABIM nasib mereka tidak dibela oleh Raja Arif tetapi dari kalangan bekas ahli ABIM dinaikan pangkat walaupun baru setahun berkhidmat dan sebagai contoh,Dr  Roslan dari ABIM yang telah telah disahkan oleh UMNO Perak sbg pengkhianat UMNO telah dinaikkan  gred 52 dlm tempuh 1 tahun.

Ramai lagi talibarut Anwar dalam agensi!
Di sebalik tindakan Raja Arif ini,apakah istilah yangg paling baik untuk kita gunakan kalau bukan sabotaj PM apabila beliau tidak lagi memfokuskan kepada program induk BTN iaitu Latihan kerana kini Raja Arif hanya memberi perhatian kepada program-program yang ada nilai glamour  semata-mata untuk mempopularkan dirinya seperti seminar dan akhirnya memaklumkan jumlah rakyat yangg telah hadir program BTN jumlahnya ratusan ribu bagi `segar angin’ PM tetapi kenapa tidak dilaporkan jumlah kehadiran penjawat awam di Selangor sewaktu Amanat KSN cuma sekitar 100 orang?

Kita terima kasih jugalah  kepada PM kerana  mendengar juga akhirnya pandangan rakyat apabila dikhabarkan (harap betul khabar ini)nama Raja Arif sudah tiada dalam senarai bakal calon sama ada di Parlimen Kuala Nerus dan DUN Bukit Tunggal tetapi malang juga sekiranya dengan mengekalkan beliau dalam perkidmatan awam,beliau seakan menjadi barah yg boleh menyebabkan rasa marah penjawat awam makin meluap-luap,tanyalah apa respon ataupun pandangan penjawat awam terhadap program  Amanat KSN tersebut.

Kini langkah seterusnya seperti yang disebutkan awal,beliau mula menyusun program dengan CUEPAC dan telah pun mengadakan pertemuan dengan  Omar Osman,ini semuanya memungkinkan akan menjadikan penjawat awam yang lain marah dengan kerajaan dan paling dibimbangi kemarahan mereka ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada pihak pembangkang.

Kepada Pengarah Negeri,pegawai dan kakitangan BTN,saya sarankan,jika anda ingin kekal dlm BTN dengn selesa dan cepat naik pangkat ataupun Gred gaji,cepat-cepatlah cari borang ABIM dan sertai usrah-usrah yg dikendalikan oleh Hanafi di Jalan Bellamy dan anda akan menjadi lebih selesa lagi bila anda terus memuji anwar ibrahim dan tanamkan kepercayaan bahawa Anwar akan jadi PM selepas PRU13 nanti.

jika tidak, anda juga harus padamkan harapan untuk kenaikan pangkat serta  bersiap-siaplah dan maklumkan awal-awal kepada keluarga masing-masing bahawa anda akan bertukar bila-bila masa kerana anda tidak sanggup menjadi penjilat kepada pemuka-pemuka Anwar dalam BTN dalam tempoh 48  jam.Tahniah Raja Arif..good job!

18 comments:

Anonymous said...

aku sebenarnya pun curiga ngan omar osman tu...hati aku berat manyatakan yg dia tu adalah dari pihak sebelah...harap jangkaan aku silap...mmm

Anonymous said...

7 bulan dulu dh perasan pekara ni...tp umno lalai dan leka tdak meyedari ada gunting dlm lipatan....hancusss ...BN kali ni...dijabatan dan agensi yg lain pun serupa...JBATAN AGAMA ISLAM SELRUH NEGARA...50% adalah pembangkang totok....

usin said...

AHMAD MASLAN!!!!! BANGUN!!! TENGOK BTN SAMA, JGN SIBUK DGN MAZLAN ALIMAN JE.....

Anonymous said...

sampan digerak kerana pengayuh manusia jadi hamba krn WANG , FIKIR

Anonymous said...

Bkn 50% tp 80%..bkn Jab Agama shj tp termasuk sekolah2 agama, Institusi Pengajian Tinggi yg berteraskn agama..siswa/siswi termasuk pensyarah adalah pembangkang totok..pensyarah menghasut pelajar utk sokong pembangkang..

Anonymous said...

Salam td saya berkesempatan menjadi peserta program LGBT dan Raja Arif ada bagi ceramah,, macam mana seorang KP boleh bg ceramah yg kosong, hampeh sedangkan audien org penang dia cakap bahasa trengganu?? isi merapu dan ramai peserta keluar masuk waktu dia tengah ceramah.. 1 more kenapa diambil hushim?? lecturer UM??? ceritanya sama x ada perubahan.. Kerajaan terutama ahmad maslan kena ingat Hushim ni popular waktu anuar zaini jd VC UM dan semua tahu anuar zaini orang anuar ibrahim.. tlg aleart.. gunting dalam lipatan byk sgt dh skg ni.. terutamanya RAJA ARIF.. dia sgt bbeza dgn datuk nordin kardi.. ilmu raja arif cetek cuma bcita-cita nak jadi calon PRU 13..ida dgn datuk nordin karn bagai langit dgn bumi..

Anonymous said...

dua2 sama je..kera jaan pembangkang dua2 pukimak mkn rasuah kuat..tp BN ag r fuckimak...nk mtk kje nk kne ada kabel baru sng dpt xkire owgtu ada rekod penjara ke x..ko rekod bersih cmne pun ssh nk dpt lau xde kabel owg dlm...fuckimak r BN..

Anonymous said...

Hendaknya sampai la msg yg nak di berikan kepada yg berkenaan.. jangan hanya kita berkokok di dlm blog, tapi hasilnya x sampai ke mana. Fwd2 la artikel kepada org yg sepatutnya. Jangan sampai terlewat.

Anonymous said...

Nampak nya cerita lama (tahun 1988) berulang kembali semasa saya bertugas d BTN...masa tu ramai pegawai BTN / Jurulatih BTN yang bukan ABIM di tukar atau di tamatkan kontrak dan digantikan dengan org ABIM seperti Hassan Ali, Johari Abdul, Ruslan Kassim dll. Nampaknya 'grand design' untuk mengABIMkan BTN masih berlaku kerana Anwar Ibrahim percaya tentang keberkesanan BTN (yang diABIMkan)seperti yang beliau lakukan semasa mula2 menjawat jwtn dlm kabinet Dr.M...sedikit demi sedikit pengaruh Pak Lah pada zaman tersebut telah terhakis...mungkin Pak Den (Dato Tajudeen Wahab - Pengarah MKN - bekas SUP Pak Lah) maklum perkara ini. Awas berhati-hatilah.

Anonymous said...

Pelik jugak, Ahmad Maslan & Najib takkan tak sedar perkara ini, sedangkan semua bloggers yg hebat-hebat mainkan isu ini.. Jika ini satu fitnah, takkan bloggers2 besar mainkan isu ini, boleh jadi ini ada benarnya.. Ahmad Maslan sbagai menteri yang jaga BTN harus segera siasat sebelum terlewat... Takkan nak duduk makan gaji menteri jer.. Sila peka sikit isu besar ni..

Anonymous said...

tu biasalah ada duri dalam daging mana2 agensi kerajaan..apa nak heran..semua orang nampak...

Anonymous said...

Sebenarnya rara ni dah lama menghidupkan pergerakan ABIM dalam BTN..... dia menggunakan segala duit BTN bagi menampung segala perbelanjaan utk program mengarut... rara bersama arkitek nya Mokhtar Sulaiman membuang pegawai & staff btn dalam reorganisasi BTN...mokhtar juga bersenang lenang bercuti ke luar negara menggunakan duit BTN.... Mokhtar juga menggunakan kaedah ugut semua pegawai& staff bagi mengikut segala telunjuk nya....

Pok Leh said...

Ini masaalah menunjukkan kelemahan Ahmad Maslan juga. Segala progrem dibiarkan kepada KP yang handle.. If u let others think for u, u end up STUPID, now u looks stupid.

Ck Arief said...

Si Cerdik Pandai dan Si Pandai, Si Cerdik Pandai akan berbuat sesuatu pada masa yg sesuai, tempat yg sesuai dan cara yg sesuai. Manakala Si Pandai hanya berbuat sesuatu tapi tidak pada masanya, pada tempatnya dan caranya. Harap pendedahan2 yg dilakukan tidak men'sabotaj'kan PM pula. Walaupun niatnya itu nampak murni dan mulia tapi kaedahnya biarlah juga murni dan mulia.

Anonymous said...

Hoi.......dr hanafi tu macamana.......shahrir, khalid, khailani tu semuanya barua rara kan..kan.

Anonymous said...

Anawarisme dalam BTN?, hooo...bahaya...!!!!. Sabelum PRU13 tukarlah cepat Ketua Pengarah niiihhh... Orang UMNO akar umbi buat kerja kila nak menangkan BN, Raja Arif jadi setan nak sabo BN.

Anonymous said...

hahahhahaha...ko ni CK Arief kipas macam haram... aku tau, ko ni pun antara pegawai kontrak yang terpaksa kipas RARA dan mokhtar PA sistem tu demi nak jaga kontrak ko... semua blogger2 besar mainkan isu ni, masakan takde angin, takkan pokok bergoyang....hahhahah walaumcm mana pun, aku faham situasi kamu, teruskan perjuangan...hehehehehhe

Anonymous said...

Ck Arief duk diam jela kat KBN Alor Gajah.Jaga kem tu jgn sampai sampai kena tendang keluar.Tandatangan jela kontrak drpd kroni rara tak pasal nanti kena checkmate.Ko tak kesian ke pd pegawai seperti che min, fauzi yg terpaksa berhenti sbb tekanan dr rara.cikgu zaidi yg baik n tak join mana2 team pun kena buang cam tu je.Dah lama tak dengar pasal dia,krn program BTN takde jemput pegawai yg diberhentikan.Kalau pembangkang cerdik boleh guna kepandaian n pengalaman pegawai2 ini dlm menjatuhkan kerajaan pasal BTN pun tak peduli lg dia org ni.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers