Saturday, January 12, 2013
Melayu jadi barua dan anjing DAP! |
Secara automatik,
agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad
tidak lagi dapat dikekang dan lebih mengecawakan apabila masih ramai di
kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua
hanyalah propaganda UMNO.
Kebanyakan mereka sukar
menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu,
kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama.
Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka,
seperti bersembahyang.
Selain itu,
masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama
Buddha sepertimana India dengan Hindu. Justeru,
ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi
Kristian.
Hakikatnya, kaum Cina dan juga India yang memilih
Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia. Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka
memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu
‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana
masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh
orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara
perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour
akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.
Tidak seperti Islam yang
tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara,
Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti
juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke
gereja yang sama.
Bagaimanapun, kaum Cina
jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina
yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak
memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam
kes murtad mudah difahami.
Mungkin kerana itulah maka
para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar
mengumumkan agama mereka. Apa yang
diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di
sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan
berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya,
bahasa dan agama asal nenek moyang mereka.Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi
rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.
Agenda Kristian DAP, seperti
yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya.
Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan
bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan,
mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan
wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.
Puak Kristian ini beroperasi
secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang
lengkap. Dengan memanggil diri mereka
‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu
mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi
serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat
tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal
iaitu agama Nasrani.
Salah satu laporan dari
laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi
kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang
dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:
1. ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi
“Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan
dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa
Diseember 2007 – May 2010.
2. ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke
‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah
lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan
En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak
tahu menahu mengenainya.
3. ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja
berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.
DAP telah terbukti merupakan
antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang
berpusat di Subang Jaya.
Pemimpin DAP, antaranya,
Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa
pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada
13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 –
Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat
Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.
Apabila kes murtad pertama
kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang
paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang
Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di
peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir
dalam kadar segera. Tidak lama kemudian,
kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin
juga merudum.
Pendedahan lanjut dibuat
oleh beberapa blog mengenai ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis
yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia
sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut
dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk
meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.
Jelas, bahawa agenda
Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah
Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin
DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan
berangkai.
Ini bermakna, ia bukan satu
paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para
blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya. Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah
tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus
bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya
dan duduk bersebelahan di singgahsana.
Atas bantuan PAS inilah maka
agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
2 comments:
Very good article. Penyokong pas dungu menang sorak agama tergadai.
Dah tahu dap macam gitu umno perlu bertindak segera, jika perlu gunakan kekerasan.