Thursday, January 17, 2013
Kalau perlu,Raja Arif adakan sidang media...
BERBAGAI-BAGAI pendedahan di buat di media maya terutama dan semuanya bermula di sini,disusuli oleh blog ini dan ini tentang penyelewengan dan salah laku pimpinan tertinggi Biro Tata Negara (BTN) membabitkan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) namun sehingga ke
hari ini tidak ada satu pun penafian bagi menjawab segala pembongkaran tersebut.


Kepimpinan BTN terus diserang.Maruah BTN terus dicarik-carik dan seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Apa Sengeh Sengeh setiap hari tanpa henti dan tanpa rasa jemu membongkar satu persatu bukan sekadar yang didakwa beliau penyelewengan tetapi berserta dengan gambar-gambarnya sekali dan terlihatlah kelibat Ketua Pengarahnya Raja Arif masuk wall cuba mempertahankan dakwaan yang dibuat oleh facebooker tersebut dan juga ada kalangan pegawai-pegawai BTN ataupun mungkin Raja Arif sendiri memberikan komen dibeberapa buah blog yang mengutip pendedahan facebooker itu untuk mencari pencerahan daripada pihak BTN.


Serangan serta pendedahan facebooker terhadap kepimpinan serta keterlibatan ABIM dalam BTN dilihat berterusan hingga mengheret Ketua Setiausaha Negara namun malangnya masih ada yang melihatnya sebagai satu isu picisan dan saya percaya jika tidak ada kenyataan khusus daripada pihak yang didedahkan,facebooker ini akan berterusan membongkar segala-gala yang berada di dalam dan luar BTN.

Tidak ada penafian khusus ataupun kenyataan tegas untuk menangkis serangan begini malah kenyataan bahawa orang-orang yang menyerang kerana gagal mendapar projek dari BTN bukan satu jawapan tetapi dilihat sebagai mahu lari dari membicarakan persoalan pokok yang dilontarkan oleh pengkritik-pengkritik ini.


Terlalu banyak yang didedahkan (rangkuman pendedahan) dan kalau kepimpinan tertinggi BTN ini berjiwa besar,berlapang dada dan mendukung prinsip berani kerana benar dan takut kerana salah,mereka boleh menggunakan medium yang sama bagi menjawab segala tuduhan yang memalukan dan boleh menjejaskan integriti pentadbiran PM Najib.


Beranikah mereka ini bersumpah bahawa apa yang didedahkan oleh facebooker dan bloger tidak pernah berlaku dalam BTN?Raja Arif perlu berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah berkata baik dalam sedar ataupun tidak yang beliau tidak mempercayai viedo seks Anwar?Raja Arif harus berani menjelaskan bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya terutama sekali membabitkan penajaan tiket kapalterbang untuk Puteri UMNO Kuala Nerus,dituduh beliau tidak menghormati Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN dan banyak lagi perkara-perkara negatif dituding kepada Raja Arif.


PRU13-katanya jangan libatkan BTN?
Haji Hanfi Harun,Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) harus berani menyanggah  dan tidak membiarkan maruahnya dipersendakan dan menyatakan kebenaran ataupun sebaliknya untuk apa pertemuan beliau dengan Ustaz Aziz Abas,bekas calon PKR dan juga Penyelidik PAS pusat di Lata Belatan,Besut Terengganu itu bersama-sama dengan Rosli Abdullah?Susah sangatkah Haji Hanafi yang dilebelkan ustaz ini untuk menjawab seandainya segala itu fitnah terhadap beliau?


Hanafi juga dituding sebagai Koordinator Angkatan Belia Islam Malaysia dan sekarang ini menghidupkan program usrah di BTN dengan menjemput orang-orang ABIM sebagai penceramah dan kita melihat bila didedahkan oleh facebooker ini tentang keterlibatan orang-orang ABIM termasuklah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah,BTN hari in seolah-olah mahu mnjadi ABIM ke 2.

Walaupun  Hanafi ini dikatakan sombong,bongkak tetapi demi mempertahankan maruahnya serta maruah BTN beliau harus berani bersuara supaya pendedahan oleh facebook dan blog adalah fitnah semata-mata tetapi selagi berdiam diri maka kita akan menganggap segala pendedahan itu benar dan tidak ada yang tidak benar kecuali yang benar belaka. 

Seandainya Hanafi juga terus memilih untuk berdiam diri,kita bimbang akan terdedah pula beberapa kenyatan beliau terhadap BTN sewaktu berusrah dengan kumpulan ABIM di waktu Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dulu.


Hanafi wajib menjawab betul atau atau tidak seperti yang didedahkan bahawa beliau mengarahkan semua pegawai BTN supaya tidak terlibat dalam PRU13 kerana katanya itu bukan kerja BTN. Apa pula kaitan Abu Nawas dengan Hanafi?

Begitu juga dengan Haji Mokhtar Sulaiman,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran),adakah beliau tidak ada keberanian untuk bersumpah dan menjelaskan bahawa segala  pendedahan facebooker dan bloger terhadap beliau adalah fitnah semata-mata terutama tentang pemberian kontrak-kontrak BTN diberikan kepada kroni seperti yang disebut sebagai Anak Abah itu dan kalau Haji Mokhtar tidak berani,bersumpahlah Anak Abah bahawa suaminya tidak pernah mendapat kontrak dari BTN,suaminya tidak pernah berurus niaga dengan BTN.



Apa misi Mokhtar ke Eropah?
Percutian beliau  ke Eropah bersama-sama Ahmad Fairuz yang dikatakan menelan belanja ratusan ribu itu dan bukannya Pengarah BTN Negeri dan juga terbaru tentang tender PA System hingga beliau dilabelkan sebagai Haji PA System oleh facebooker dan juga penyelewengan pembekalan air mineral dari Selangor ke Sabah?

Saya cuma mencadangkan supaya imej,kredibeliti serta intergriti tidak dipandang serong oleh masyrakat luar dan keberanian mereka untuk menjawab segala persoalan ini amat-amat dituntut. 

Kita bimbang kalau tidak dibuat pencerahan tentang isu yang timbul ini,akan terdedah pula apa yang berlaku di Perangkaan,KPDNKK sewaktu Mokhar bertugas di sana.Lagi mahu ditutup takut lagi banyak yang terbongkar.


Terlalu banyak pendedahan yang dibuat dan kalau selama ini blog ini pernah dilabel denga berbagai-bagai label yang jijik tetapi kali ini yang mendedahkannya bukan Sanggah Tok Janggut tetapi orang lain dan secara jujur kita harus mengganggap pendedahan ini sekiranya benar bukanlah bermaksud sentimen peribadi terhadap Raja Arf,Haji Mokhtar dan Haji Hanafi kerana tidak kira siapa jika landasan perjuangan mereka tidak jujur,mereka akan menerima padahnya.


Segala kepercayaan PM Najib dan Timbalan Menteri yang menyakinkan Perdana Menteri  agar Raja Arif  dilantik menerajui BTN jangan ,akhirnya di balas dengan pengkhianatan malah lebih malang lagi jika kepala  baru BTN tidak diyakini  sudah meninggalkan imamnya yang lama malah dikatakan masih berkiblatkan imam yang sama,maka ini merupakan satu tindakan yang tidak jujur serta menjijikkan.


Apakah dengan membenarkan vedio klip ceramah  Anwar Ibrahim sebagai bahan dalam LDK sebagaimana  berlaku di BTN Sabah itujujur pada PM?Jujur pada Ahmad Maslan?Apakah itu bukti kerja keras BTN untuk mendapatkan majority  2/3 sebagaimana yang Ahmad Maslan sedang usahakan?


Kepada balaci dan pariah upahan,saya disini hanya ingin berpesan,tidak usah menjadikan isu ini sebagai isu peribadi,cuba tanya,apakah gaji  anda berdasarkan gred terkini ini halal kerana  ikhlas membantu `the present government' atau haram kerana kamu sebenarnya pengkhianat yang sedang menjadi api dalam sekam.


Saya cuma mencadangkan kepada kepimpinan  tertinggi BTN supaya jangan melihat pendedahan yang dibuat oleh facebooker serta bloger sebagai pendedahan yang main-main.Mohon bagi pencerahan sebelum imej terus dikoyak rabakkan.Dan yang penting saya kembali semula untuk melihat BTN berdiri agam sebagai sebuah agensi yang menjadi pemangkin kepada kekuatan kerajaan di saat PRU13 yang semakin menghampiri. Maaf..saya tarik balik janji-janji saya…!

5 comments:

Ck Arief said...

Sama-sama merenung dan bermuhasabah pepatah melayu 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' dan kata bidalan 'tumbangnya pokok bukan kerana tajamnya mata kapak tapi krn pemegang mata kapak.' apalah yg boleh nak dibuat kpd org yg bila nak diberi penjelasan tapi tidak diterima, awal-awal lagi telah ditutup hati dan mindanya... berserah lah padaNya...

Anonymous said...

Kayu mènjahanamkn kayu,
Yu mènggoreng Yu;
Apakah bagaimana jarum, bègitulah kèlindannya..?

Anonymous said...

Cakap straight bro. Tak payah menyamor...

Belia Bangkit said...

Salam, Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Mohon dipautkan blog budak baru belajar ini. tq.

http://beliabangkit.blogspot.com

guashow said...

BTN Hilang “taring” dominasi “Musang berbulu Ayam” merosakkan BTN?

http://guashow.blogspot.com/2013/03/btn-hilang-taring-dominasi-musang.html

Powered by Blogger.

Terbaru

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers