Thursday, January 17, 2013
Kalau perlu,Raja Arif adakan sidang media... |
Kepimpinan BTN terus
diserang.Maruah BTN terus dicarik-carik dan seorang facebooker yang
menggelarkan dirinya Apa Sengeh Sengeh setiap hari tanpa henti dan tanpa rasa jemu membongkar satu persatu
bukan sekadar yang didakwa beliau penyelewengan tetapi berserta dengan
gambar-gambarnya sekali dan terlihatlah kelibat Ketua Pengarahnya Raja Arif
masuk wall cuba mempertahankan dakwaan yang dibuat oleh facebooker tersebut dan juga
ada kalangan pegawai-pegawai BTN ataupun mungkin Raja Arif sendiri memberikan
komen dibeberapa buah blog yang mengutip pendedahan facebooker itu untuk mencari
pencerahan daripada pihak BTN.
Serangan serta pendedahan facebooker terhadap kepimpinan serta keterlibatan ABIM dalam BTN dilihat berterusan hingga mengheret Ketua Setiausaha Negara namun malangnya masih ada yang melihatnya sebagai satu isu picisan dan saya percaya jika tidak ada kenyataan khusus daripada pihak yang didedahkan,facebooker ini akan berterusan membongkar segala-gala yang berada di dalam dan luar BTN.
Tidak ada penafian khusus
ataupun kenyataan tegas untuk menangkis serangan begini malah kenyataan bahawa
orang-orang yang menyerang kerana gagal mendapar projek dari BTN bukan satu
jawapan tetapi dilihat sebagai mahu lari dari membicarakan persoalan pokok yang
dilontarkan oleh pengkritik-pengkritik ini.
Terlalu banyak yang didedahkan (rangkuman pendedahan)
dan kalau kepimpinan tertinggi BTN ini berjiwa besar,berlapang dada dan
mendukung prinsip berani kerana benar dan takut kerana salah,mereka boleh
menggunakan medium yang sama bagi menjawab segala tuduhan yang memalukan dan
boleh menjejaskan integriti pentadbiran PM Najib.
Beranikah mereka ini
bersumpah bahawa apa yang didedahkan oleh facebooker dan bloger tidak pernah
berlaku dalam BTN?Raja Arif perlu berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah
berkata baik dalam sedar ataupun tidak yang beliau tidak mempercayai viedo seks
Anwar?Raja Arif harus berani menjelaskan bagi menjawab segala tuduhan yang
dilemparkan kepadanya terutama sekali membabitkan penajaan tiket kapalterbang
untuk Puteri UMNO Kuala Nerus,dituduh beliau tidak menghormati Ahmad Maslan sebagai
Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN dan banyak lagi
perkara-perkara negatif dituding kepada Raja Arif.
PRU13-katanya jangan libatkan BTN? |
Haji Hanfi Harun,Timbalan
Ketua Pengarah (Latihan) harus berani menyanggah dan tidak membiarkan maruahnya dipersendakan
dan menyatakan kebenaran ataupun sebaliknya untuk apa pertemuan beliau dengan
Ustaz Aziz Abas,bekas calon PKR dan juga Penyelidik PAS pusat di Lata
Belatan,Besut Terengganu itu bersama-sama dengan Rosli Abdullah?Susah sangatkah
Haji Hanafi yang dilebelkan ustaz ini untuk menjawab seandainya segala itu
fitnah terhadap beliau?
Hanafi juga dituding sebagai
Koordinator Angkatan Belia Islam Malaysia dan sekarang ini menghidupkan program
usrah di BTN dengan menjemput orang-orang ABIM sebagai penceramah dan kita
melihat bila didedahkan oleh facebooker ini tentang keterlibatan orang-orang
ABIM termasuklah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah,BTN
hari in seolah-olah mahu mnjadi ABIM ke 2.
Walaupun Hanafi ini dikatakan sombong,bongkak tetapi
demi mempertahankan maruahnya serta maruah BTN beliau harus berani bersuara
supaya pendedahan oleh facebook dan blog adalah fitnah semata-mata tetapi selagi
berdiam diri maka kita akan menganggap segala pendedahan itu benar dan tidak
ada yang tidak benar kecuali yang benar belaka.
Seandainya Hanafi juga terus memilih untuk berdiam diri,kita bimbang akan terdedah pula beberapa kenyatan beliau terhadap BTN sewaktu berusrah dengan kumpulan ABIM di waktu Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dulu.
Seandainya Hanafi juga terus memilih untuk berdiam diri,kita bimbang akan terdedah pula beberapa kenyatan beliau terhadap BTN sewaktu berusrah dengan kumpulan ABIM di waktu Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dulu.
Hanafi wajib menjawab betul atau atau tidak seperti yang didedahkan bahawa beliau mengarahkan semua pegawai BTN supaya tidak terlibat dalam PRU13 kerana katanya itu bukan kerja BTN. Apa pula kaitan Abu Nawas dengan Hanafi?
Begitu juga dengan Haji
Mokhtar Sulaiman,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran),adakah beliau tidak ada
keberanian untuk bersumpah dan menjelaskan bahawa segala pendedahan facebooker dan bloger terhadap
beliau adalah fitnah semata-mata terutama tentang pemberian kontrak-kontrak BTN
diberikan kepada kroni seperti yang disebut sebagai Anak Abah itu dan kalau
Haji Mokhtar tidak berani,bersumpahlah Anak Abah bahawa suaminya tidak pernah
mendapat kontrak dari BTN,suaminya tidak pernah berurus niaga dengan BTN.
Apa misi Mokhtar ke Eropah? |
Percutian beliau ke Eropah bersama-sama Ahmad Fairuz yang dikatakan menelan belanja ratusan ribu itu dan
bukannya Pengarah BTN Negeri dan juga terbaru tentang tender PA System hingga beliau dilabelkan sebagai Haji PA System oleh facebooker dan juga
penyelewengan pembekalan air mineral dari Selangor ke Sabah?
Saya cuma mencadangkan
supaya imej,kredibeliti serta intergriti tidak dipandang serong oleh masyrakat
luar dan keberanian mereka untuk menjawab segala persoalan ini amat-amat
dituntut.
Kita bimbang kalau tidak dibuat pencerahan tentang isu yang timbul ini,akan terdedah pula apa yang berlaku di Perangkaan,KPDNKK sewaktu Mokhar bertugas di sana.Lagi mahu ditutup takut lagi banyak yang terbongkar.
Kita bimbang kalau tidak dibuat pencerahan tentang isu yang timbul ini,akan terdedah pula apa yang berlaku di Perangkaan,KPDNKK sewaktu Mokhar bertugas di sana.Lagi mahu ditutup takut lagi banyak yang terbongkar.
Terlalu banyak pendedahan
yang dibuat dan kalau selama ini blog ini pernah dilabel denga berbagai-bagai
label yang jijik tetapi kali ini yang mendedahkannya bukan Sanggah Tok Janggut
tetapi orang lain dan secara jujur kita harus mengganggap pendedahan ini
sekiranya benar bukanlah bermaksud sentimen peribadi terhadap Raja Arf,Haji
Mokhtar dan Haji Hanafi kerana tidak kira siapa jika landasan perjuangan mereka
tidak jujur,mereka akan menerima padahnya.
Segala kepercayaan PM Najib
dan Timbalan Menteri yang menyakinkan Perdana Menteri agar Raja Arif dilantik menerajui BTN jangan ,akhirnya di
balas dengan pengkhianatan malah lebih malang lagi jika kepala baru BTN tidak diyakini sudah meninggalkan imamnya yang lama malah
dikatakan masih berkiblatkan imam yang sama,maka ini merupakan satu tindakan
yang tidak jujur serta menjijikkan.
Apakah dengan membenarkan
vedio klip ceramah Anwar Ibrahim sebagai
bahan dalam LDK sebagaimana berlaku di
BTN Sabah itujujur pada PM?Jujur pada Ahmad Maslan?Apakah itu bukti kerja keras
BTN untuk mendapatkan majority 2/3
sebagaimana yang Ahmad Maslan sedang usahakan?
Kepada balaci dan pariah
upahan,saya disini hanya ingin berpesan,tidak usah menjadikan isu ini sebagai
isu peribadi,cuba tanya,apakah gaji
anda berdasarkan gred terkini ini halal kerana ikhlas membantu `the present government' atau
haram kerana kamu sebenarnya pengkhianat yang sedang menjadi api dalam sekam.
Saya cuma mencadangkan
kepada kepimpinan tertinggi BTN supaya
jangan melihat pendedahan yang dibuat oleh facebooker serta bloger sebagai
pendedahan yang main-main.Mohon bagi pencerahan sebelum imej terus dikoyak
rabakkan.Dan yang penting saya kembali semula untuk melihat BTN berdiri agam
sebagai sebuah agensi yang menjadi pemangkin kepada kekuatan kerajaan di saat
PRU13 yang semakin menghampiri. Maaf..saya tarik balik janji-janji saya…!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
Sama-sama merenung dan bermuhasabah pepatah melayu 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' dan kata bidalan 'tumbangnya pokok bukan kerana tajamnya mata kapak tapi krn pemegang mata kapak.' apalah yg boleh nak dibuat kpd org yg bila nak diberi penjelasan tapi tidak diterima, awal-awal lagi telah ditutup hati dan mindanya... berserah lah padaNya...
Kayu mènjahanamkn kayu,
Yu mènggoreng Yu;
Apakah bagaimana jarum, bègitulah kèlindannya..?
Cakap straight bro. Tak payah menyamor...
BTN Hilang “taring” dominasi “Musang berbulu Ayam” merosakkan BTN?
http://guashow.blogspot.com/2013/03/btn-hilang-taring-dominasi-musang.html