Thursday, December 27, 2012


Najib jangan terpedaya....

KITA setuju dengan pendekatan dan juga sikap  PM Najib yang tidak menggemari cerita-cerita kurang menarik anggota kabinetnya, Menteri-Menteri Besar ataupun Ketua Menteri ataupun  kepimpinan di peringkat Bahagian disampaikan kepadanya dan sikap ini boleh kita puji tetapi PM Najib tidak boleh menolak mentah-mentah apa yang disampaikan kepada beliau oleh sesorang yang mungkin berniat baik supaya Najib tidak terpedaya ataupun diperalatkan oleh orang-orang yang berkepentingan.


Malah kita amat yakin sebagai Perdana Menteri PM boleh mengakseskan segala maklumat yang beliau terima untuk diserahkan kepada pihak berwajib bagi menyiasat segala laporan atauun cerita-cerita peribadi orang-orang sekeliling beliau bagi mencari kebenaran dan tidak boleh menganggap segala laporan itu ringan ataupun bertujuan untuk menjejaskan keperibadian seseorang itu.


Sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti,tugas dan tanggungjawab beliau amat berat dan dalam kesibukan beliau menguruskan Negara serta parti,kebimbangan yang dilahirkan oleh pihak-pihak tertentu adalah  khuatir PM Najib terlepas pandang beberapa perkara yang boleh menjejaskan imej beliau.


Dalam saat Najib bergerak aktif  untuk mengembalikan keyakinan rakyat hingga memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen menjelang PRU13 ini,ada pula  Naib Presiden yang sibuk menyusun gerakan politik untuk memperkukuh kedudukan dalam hiraki kepimpinan UMNO.


Dalam usaha Najib melestarikan slogan Rakyat Didahulukan,Pencapaian DiUtamakan,di Selatan tanahair kepimpinan Menteri Besar mula diragui oleh rakyat.Pembangunan projek mega dengan mengenepikan kepentingan Melayu mula menjadi buah mulut apatah lagi apabila hanya orang-orang tertentu sahaja BACA DISINI memonopoli projek-projek mewah di negeri itu.


Najib mungkin menolak segala laporan yang diberikan ataupun dibisikkan ke telinga beliau apa yang sedang berlaku di Johor hingga sudah ada seorang pemimpin yang melantik satu syarikat konsultan untuk membuat kaji selidik siapakah yang bakal menjadi Menteri Besar dan kerana konsultan itu beliau yang bayar maka namanya berada di tempat teratas sedangkan mengurus sebuah perbadanan pun penuh dengan masalah.


Mana mungkin PM Najib boleh melihat di depan mata sendiri baru beliau mahu yakin dan percaya apa sahaja kebejatan ataupun kerakusan rakan-rakan ataupun saudara mara beliau kerana tuntutan tugas serta tanggungjawab Najib begitu besar pada agama,bangsa dan Negara.


Najib ada agensi,Kementerian,polis dan tentera bagi membantu beliau mengumpul maklumat serta menyiasat segala laporan yang disampaikan kepadanya beliau dan beliau perlu menggunapakai laporan tersebut supaya tidak terjadi seperti zaman sebelum ini hingga BN hilang 2/3 di Parlimen serta kalah di beberapa buah negeri lantaran sikap pemimpin utamanya yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada laporan pihak terbabit.


Begitu juga dalam soal mengurus dan menentukan calon-calon pilihanraya dan kerana sikap bersangka baik Najib terhadap orang-orang sekelilingnya,ada yang mengambil kesempatan menjaja bahawa mereka diarahkan oleh Perdana Menteri ataupun Presiden parti untuk mencari,memilih serta menilai calon-calon untuk diketengahkan dalam PRU13 ini dan kesempatan ini diambil oleh manusia rakus ini untuk memperkenalkan calon-calon dari kalangan mereka sekaligus memalsukan laporan-laporan daripada pihak agensi tentang latar belakang calon-calon itu.


Najib juga mesti berani berkata TIDAK ATAU NO,No atau tidak kepada sahabat,kawan lama,saudara mara,budak pejabat,Setpau,Pegawai Khas. Najib mesti juga berani kata NO kepada yang buat rayuan melalui Sultan ataupun Raja,Rosmah dan orang keliling supaya mereka ini dipilih menjadi calon pada PRU13 nanti.Dalam setiap kata maupun ucapan,Najib terbukti ada ketegasannya tapi dalam bertindak,setakat ini belum nampak lagi hasilnya.

Najib juga harus berani berkata No kepada yang merayu pegang lutut beliau supaya dipilih jadi calon,No juga kepada yang mengugut, NO juga kepada yang memiliki  DR palsu. ataupun PHD palsu,No juga kepada yang kata dia  winnable,No juga kepada yang tidak ada interaksi media baru. NO juga kepada Wanita atau Puteri kononnya kerana mahu lebih penyertaan wanita dalam kerajaan atau pembuat polisi sebab PRU13 ini adalah perang dan bukan untuk bersuka ria. Najib mesti cari askar perang yang sanggup mati mempertahankan UMNO dan BN.

Najib juga mesti juga berani kata NO kepada agensi yang kononnya cari calon seperti BTN, JASA dan lain-lain malah kalau ada bukti yang sabotaj,pancung sekarang dan Najib jangan tunggu. Najib mesti ada sifat berani macam Tun Razak,kalau Tun Razak dulu,beliau cuma berdehem orang sudah  takut, diamserta akur.Najib harus tahu bahawa sikap kuku besi itu mesti ada pada pemimpin.`you have to be cruel in order to be kind'.

Sikap Najib ini terpuji tetapi Najib lupa kerana keenganan beliau untuk mendengar dengan teliti laporan sikap pemimpin yang disampaikan kepadanya,ada yang mengambil kesempatan termasuklah mengumpul kekayaan dengan memperolehi berbagai-bagai projek mewah dengan menjual nama Najib kononnya yang merestui segala tindakan itu atas nama parti.BACA DISINI.


Najib sedang dikelilingi oleh lalat dan langau dan mereka ini berada di dalam kelompok orang-orang yang sememangnya jujur serta ikhlas untuk membantu Najib mengurus kerajaan dan parti tetapi kerana lalat dan langau ini maka ada cacatnya didalam ketulusan Najib memimpin Negara.


Kita mohon Najib sedar bahawa masih ada lagi yang sedang memegang belati berada di belakang Najib untuk menikam beliau bila sampai waktunya.Kita mohon Najib sedar bahawa masih ada orang-orang yang masih setia kepada Anwar tetapi berpura-pura menyokong Najib sedang mengelilingi beliau ataupun mungkin kerana Najib terlalu ramai dikelilingi oleh orang-orang Anwar ini hingga Najib sendiri sudah tidak berdaya untuk mengenal yang mana musuh,yang mana kawan.


Menjelang PRU13 ini,PM Najib perlu membuat pemutihan.Menyingkirkan musang berbulu ayam,mengenepikan musuh dalam selimut serta memadamkan api yang sedang membakar sekam kerana Najib dan UMNO perlu pemimpin yang menjunjung Perlembagaan parti dan tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi hingga rakyat menjadi muak seta menyampah dengan sikap pemimpin yang bermuka-muka.

Cakap berjuang untuk rakyat tetapi yang jelasnya adalah sibuk  untuk mengisi nafsu tembolok sendiri.

2 comments:

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah. Pemimpin memerlukan keberanian luar biasa. DSN pun ada kekuatan beliau dan kelemahannya. Your strength is your weaknesses.

Anonymous said...

Satu teguran yg mempunyai 1000 makna.harap najib razak berani membuat keputusan dan mengecualikan pemimpin yg tiada agenda,misi dan visi terhadap org melayu...selain dari itu najib perlu bebas dari sebarang pengaruh dlm menentukan calon.najib juga perlu mengawal rosmah suapaya jgn terlalu over acting ...rosmah perlu sedarlaki dia adalah pm.bkn nya rosmah...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers