Tuesday, November 6, 2012


Kebanggaan rakyat Johor bakal dijual pada Cina?

SEMUA tersentak bila kerajaan Negeri Johor melalui anak syarikatnya Johor Corporation sedang menimbang cadangan untuk menjual Kentucky Fried Chicken(KFC) kepada seorang usahawan Cina sedangkan semua orang tahu KFC adalah aset paling berharga yang dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan  negeri itu.

KFC adalah tonggak kejayaan Johor Corparation malah jenama ini bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi turut di kenali di seluruh dunia malah telah melahirkan ramai-usahawan Melayu yang boleh menyumbangkan segala hasil kepada KFC.

Tindakan Menteri Besar Johor  mahu menimbang cadangan untuk menjual KFC ini kepada usahawan Cina menimbulkan berbagai-bagai persoalan apabial sudah banyak aset-aset milik rakyat Johor sebelum ini dijual  terutama sekali melibatkan tanah kepada Cina dan mereka mempersoalkan,berapa banyak lagi harta orang Melayu Johor mahu dijual ataupun digadaikan kepada Cina yang berkepentingan?

Penyakit jual harta rakyat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi turut berlaku di Negeri Johor ini di mana nama seorang Cina yang dikenali sebagai  Lim Kam Hoo sering disebutkan sebagai antara Cina yang mendapat segala kemudahan untuk membeli aset-aset Melayu di negeri itu hingga timbul cakap-cakap,takkan semua harta Johor mahu dijual kepada Cina ini?

Tindakan mahu menjual aset amat berharga ini sekiranya dipersetujui oleh Ghani  akan membuktikan bahawa Ghani semakin hilang akal kerana kalau semua kepentingan Melayu mahu dijual,apa lagi yang boleh Melayu Johor bangga-banggakan dan  adakah Ghani mahu namanya disebut dan dikenang sepanjang hayat sebagai Menteri Besar  yang langsung tidak tahu menjaga harta ataupun kepentingan orang Melayu di negeri itu.

KFC sepatutnya terus dikembangkan agar dapat memberikan faedah kepada orang-orang Melayu yang menceburi bidang yang berkaitan dan bukannya bilamana KFC disebut di merata dunia ekoran kejayaannya,kerajaan negeri Johor pula  mengambil pendekatan mahu menjualkannya.

Adakah idea penjualan ini datang dari Zaki Zahid ataupun Lembaga Pengarah Johor Corporation yang baru dilantik menduduki jawatan tersebut?

Ghani makin hilang kawalan....
Atas alasan apa sekalipun,kerajaan negeri Johor tidak boleh sama sekali memasang niat untuk menjual aset tersebut dan sebarang penjualan yang kiranya dilakukannya juga akhirnya adalah pengkhianatan kepada rakyat Johor,penderhakaan kepada bangsa Melayu Johor itu sendiri.

Dalam masa isu penjualan tanah dengan harga yang murah kepada invidu tertentu  yang dikaitkan dengan orang-orang tertentu masih belum reda, kini timbul pula isu ini seolah-olah menggambarkan MB Johor semakin  terdesak untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar malah rakyat johor mula melihat MB Johor ini gagal membawa aspirasi  sebenar rakyat negeri itu.

Rakyat Johor harus bangkit untuk menolak cadangan ini kerana KFC adalah antara lambang kebanggaan Negeri Johor,diusahakan oleh melayu Johor sehingga terkenal seantero dunia  dan Ghani  Othman perlu menolak sebarang cadangan penjualan KF C sekiranya beliau meletakkan kepentingan negeri dan rakyat melebih kepentingan politiknya ataupun kepentingan individu tertentu yang lain.

Adakah kerana terlalu lama Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor menjadikan beliau kurang cakna menimbang baik buruknya  cadangan penjualan tersebut hingga beliau menjadi hilang pertimbangan bagi menjaga serta mempertahankan hak rakyat negeri itu dan rakyat Johor pula jangan sewenang-wenangnya membiarkan segala kerakusan berlaku di depan  mata sebarang tindakan ataupun bantahan.

Kerakusan ini perlu dihentikan adan andainya Ghani semakin hilang kawalan mentadbir Johor dengan bijaksana,berundurlah!

28 comments:

Anonymous said...

Harap sgt jual lah pd Syed Mokhtar Al-Bukhari. Jgn khianat pd agama dan negara wahai Org JOHOR!

Anonymous said...

ada niat lain lot...senjata...nak terus jadi MB

Anonymous said...

membohong ahh... wa tak cayaa....

berita ni sengaja di buat oleh musuh politik ghani yg terbukti dah byk berjasa pada negeri johor...

Pujangga Buta said...

Allahuakhbar...Ingtkn isu nie da slow...Tok Ghani jgn jdkn kami UMNO akar umbi semakin parah...Jagalh kepentingan Agama,Bangsa & Negara...Tok...UMNO Johor tahu tok mmg prO Cina tp Biarlh brpada-pada...jgn smpi maruah tergadai...

Anonymous said...

Bodoh tak boleh di ajar.
Yang cerdik bodoh nak mampus.
Jual lah semua hak2 orang melayu.
Brapa banyak sibangang melayu yang menjual dan menjadi alibabba kepada si kafir harbi keparat.
pantang nampak duit.
Apa punya manusia.
Kepada melayu2 bangsat yang tergadai,terjual dan tertipu oleh simelayu bangsat yang menjual segala aset melayu kpd si kafir harbi,jangan jadi bangsa yang bangsat selama2nya.

Anonymous said...

KEPADA MB JOHOR; kalau perkara ni tak betul, saman jer mereka yang buat fitnah!!!
bungkus sampai kekubur, jangan biarkan fitnah ni terus tersebar seolah-olah jadi hal yang betul kerana tiada tindak balas, tak guna jawatan jer menteri besar tapi tak berani berkata benar. bagi orang kampong buat kerja.

JANGAN sampai rakyaat bercakap; dah jemu jadi MB agaknya atau dah lama sangat jadi MB tu lah sebab makin nyanyuk.

Anonymous said...

kalau cerita ni benar (jual KFC kepada cina (lebih malang kalau singaporean), jangan salahkan kami kalau ala tsunami 2008 BN berulang dijohor. Tok Najib tlg tengok skit. aku sokong Syed Mokhtar Al-Bukhari yg ambil aset kfc

Anonymous said...

Jual beli adalah kebiasaan dipasaran bebas. Satu ingin jual dan satu ingin beli jadilah ! Jual beli ini jangan berkaitan perkauman. Siapa sanggup bayar lebih ia dapat. Inilah panggil niaga !

Zach said...

Harap maklum, perkara ini adalah kekeliruan kpd blogger mahupun pembaca yg kurang faham.. Sebenarnya pemegang saham terbesar masih lagi JCorp. Tiada yg lbh berkuasa selain pemegang saham terbesar dan juga I.Allah selagi teraju dia org Melayu, syrk melayu ini masih terbela dan dalam proses menambah baik sebenarnya.

Asrar Ahmad said...

Jual Kfc, aku undi PR lah ,tak payah umno lagi la ,barua jual bangsa

Yop Perkasa said...

Kes ini bukan di Johor saja nampak gayanya.. di Melaka pun mcm tu jugak Ali Ketam dgn Ghani Kupang 2 x 5 sj gadai tanah melayu demi nak kenyangkan tembolok masing - masing

Anonymous said...

ini berita keliru ni...yg nak beli QSR & KFCH tu ialah satu syarikat milik-sama JCorp jugak...ini nampak hanya lah perstrukturan semula korporat je...sbb KFCH dimiliki QSR...QSR dimiliki Kulim yg dimiliki JCorp jugak...mana dtg cerita cina nk beli aku pun heran....

Anonymous said...

Tanye la DAP apsal kuat hentam Bukhari. Kalo tak perkauman takkan DAP nk hentam.

Anonymous said...

KFC???agama..bangsa..negara..cam wierd je..hehe

adik 80 said...

aku sokong dgn anon November 6, 2012 6:25 PM...kalau betul nak jual aku harap sangat syed mokhtar membelinya sbb ttp bisnes itu akn menjadi milik usahawan islam

Anonymous said...

untung juta-juta bonus ciput.....zaman kegemilangan hanya masa ada tan seri.....

Anonymous said...

ini lah akibat bila melayu tak bersatu,bangsa lain pasti akan ambil kesempatan dari kelemahan kita sendiri.Pemimpin2 Melayu harus sedar,bila mana mereka bergantung kepada bangsa2 ini,pasti akan tunduk kepada kehendak mereka.Harap pemimpin2 meLAYU sedar bahawa bangsa Melayu hanya boleh jadi KUAT bila bersatu,bukan bersatu dengan bangsa lain.ini bukan isu perkauman,ini maruah..sudah byk tanah2 &aset melayu tergadai bukan saja di JOhor malah seluruh negara.Ayuh bangsaku yg beragama Islam bangunlah dari mimpi..

Anonymous said...

Kenapa nak jual dgn cina. Sedangkan dewan perniagaan melayu malaysia telah hantar proposal beli kfc. Harga lg tinggi. Kalau x tahu ujung pangkal jgn pandai sangat nak menyokong. Jilat lah mb bangang tu

Aku laa said...

ni yg payah kalau ada dua menteri besar

Anonymous said...

Cina Tangkak aku rasa cina ni yang juga kawan baik ghani.

Anonymous said...

Jual kepada syed Mokhtar je, buat apa jual pada cina. Tak kan lah barang makanan orang Islam yang ada Halal kita nak harapkan cina suapkan kita. Lebih baik Syed Mokhtar je amik sekurang kurang nya dia bayar zakat. fikir fikirkan lah

Anonymous said...

2007 dulu, pemuda PAS Johor war2kan yg negeri Johor ni akan bangkrap 2012, tapi dah penghujung tahun takde ape pun? .

Mungkin ramai seronok agaknya kena tipu, sbb tu cerita2 camni tak pernah habis..

Yg bahlul2 penyokong pakatam pun mcm biasa menyalak bertempik2 tak tgk fakta, siap main isu perkauman... Puii..

Lantak ko le budak, janji aku dok Johor ni bahagia dgn UMNO & BN.

Anonymous said...

ald8Aku harap ini cuma salah faham dan kekeliruan ..
jangan cepat melatah ...
Aku harap Ghani buat penjelasan segera ...

Bon Long said...

Dah terlebey makan babi lah gamaknye tuh...
Apa cina yg bg lu makan ka?
Tak ade cina lu mati ka?
MB nampak pandai tapi otak bahlulz typo khinzir urban...
Apa crita lu ghani?
Budduhnya bertimpa-timpa...berkoyan-koyan.

Kenal balik alif..ba..taa..ghani..
Kalau tak..kasi lan#*au sama lu.

Anonymous said...

Jual beli perkara biasa. Siapa bayar lebih dia dapat jangan kira bangsa. Best man win !

Anonymous said...

Semua yg komen ayat lebih kurang sama aje menunjukan org yg sama bg komen.klau setakat cakap x da fakta x pyh la nk buat fitnah.16 tahun ghani jd mb apa cite yg bole korang buktikan dgn report polis atau sprm.aku anak johor yg ikut perkembangan isu yg korang buat cite ni.x da pun cite nk jual pada cina.jangan bodohkan org johor dgn fitnah dajjal ko ni.korang ni mechinery 1 org yg musuh dgn hisham di pusat dan yg nk jd mb akan dtg di johor kot...1orang sama yg nk jatuhkn dua pemimpin johor

Anonymous said...

mgkin DS ghani dah tau ini pgal trakhir bliau jd MB. so dia cba kmpul kkayan dgn plbagai cara wlaupun haram dan dtentang.

Anonymous said...

mgkin DS ghani dah tau ini pgal trakhir bliau jd MB. so dia cba kmpul kkayan dgn plbagai cara wlaupun haram dan dtentang.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers