Saturday, November 17, 2012

Jangan ada lagi sesiapa cuba khinati Najib!

UMNO tidak boleh silap lagi dan sebarang pengkhianatan yang cuba dilakukan terhadap UMNO perlu ditentang dan dihalang dengan apa cara sekalipun kerana tempoh UMNO berdepan dengan rasa dukacitanya  harus dihentikan segera daripada terus dimamah oleh pengkhianat-pengkhianat yang brselindung di sebalik nama ahli ataupun  pemimpin--pemimpin tertentu yang sedang menjaja mimpi.

Kita mula mengesan bila semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke 13,semakin galak puak-puak tertentu  yang mengaku rapat dan intim dengan pejabat Perdana Menteri sedang menjaja nama Presiden,Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung kononnya mereka telah diarahkan oleh pucuk pimpinan supaya menyenarai pendekkan nama-nama calon untuk diketengahkan dalam pilihanraya nanti.

Mereka ini mengaku diarah oleh Perdana Menteri,ada juga yang mengaku mereka lah sebenarnya Setiausaha Agung UMNO yang boleh memanggil semua ketua-Ketua bahagian bagi mengadakan mesyuarat di hotel-hotel tertentu untuk mengenalpasti nama-nama calon ataupun mengarahkan nama-nama orang-orang tertentu supaya dicalonkan dan mereka akan berusaha menyakini Presiden bahawa itulah `winnbale candidate’nya.

Dari Utara sampai ke Selatan termasuklah ke Sabah dan Sarawak mereka bergerak dengan pasukan yang mereka lantik sendiri  walaupun tugas mengenalpasti calon ini bukan tugas mereka apatah lagi penyenaraian calon-calon yang mereka lakukan adalah mengikut naluri mereka sendiri termasuklah menyenaraikan Setiausaha Politik mereka sendiri sebagai calonya.

Tidak cukup dengan itu mereka semakin melampui batas dengan mengadap Sultan ataupun Raja-Raja di negeri-negeri tertentu dengan menyembahkan senarai calon-calon baru untuk mengantikan Menteri Besar sedia ada,mereka cuba mempengaruhi Sultan ataupun Raja di negeri masing-masing kononnya itu adalah arahan daripada Perdana Menteri.Setakat yang kita tahu mereka ini telahpun mengadap Sultan Johor dan Sultan Pahang.

Gerakan mereka ini mengimbau kembali zaman Pak Lah yang dikaitkan dengan onar daripada Tingkat Empat hingga Pak Lah hilang 2/3 pada PRU12 setelah mencapai kejayaan gilang gemilang pada PRU11 dan gerakan yang didalangi oleh orang-orang tertentu ini jika tidak dibendung olh PM Najib,beliau bakal mengulangi nasib yang sama seperti Pak Lah ataupun berkemungkina besar PM Najib akan hilang kerajaan yang mahu dipertahankan ini.

Rakyat ataupun  ahli-ahli di peringkat akar umbi berusaha gigih dengan transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama kelibat orang-orang yang mengaku rapat dengan Najib sedang mengatur rakan-rakan terentu termasuklah sudah bersedia dengan nama-nama Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru.

Kita tidak tahu adakah Najib sedar ataupun tidak ataupun sememangnya Najib merelakan tentang kelibat orang-orang yang mengaku rapat dengan beliau ini yang begitu gigih menjual nama beliau ini dan mereka ini akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk mengumpulkan semua Ketua-Ketua Bahagian dan dijanjikan dengan bermacam-macam janji,penyakit mereka ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang berjanji jawatan Timbalan Perdana Menteri serta jawatan-jawatan Menteri kepada setiap orang yang ditemuinya.

Kita amat yakin UMNO dan BN akan terus memerintah negara ini walaupun pembangkang menggunakan segala cara untuk meruntuhkan Barisan nasional hinggalah mengadakan Solat Hajat sempenan Muktamar PAS di Kelantan baru-baru ini tetapi  membiarkan paraist-parasit ini mengawal parti dari dalam.UMNO akan terus berada di jalan sukar  untuk mempertahankan kerajaan selagi parasit-parasit ini tidak dinyahkan dari parti.

Najib harus bertindak walaupun terpaksa mengambil tindakan bukan sahaja terhadap rakannya sendiri tetapi kalau terpaksa mengambil tindakan terhadap saudara maranya, Najib harus lakukan kerana beliau pernah berjanji dalam Perhimpunan UMNO Ke 11 bahawa untuk menang besar beliau bersedia untuk mengorbankan sesiapa sahaja dengan tidak menyenaraikan mereka sebagai calon baik calon baru ataupun yang mempertahankan kedudukan.

Untuk PRU13 ini Najib perlukan pasukan baru yang hebat serta kuat bagi memenangi hati rakyat.Najib tidak boleh lagi menyimpan calon-calon yang sedang merantaikan perjalanan Najib untuk terus berjuang untuk rakyat dan bukannya mengikat Najib supaya tunduk kepada percaturan peribadi mereka.

UMNO jangan sesekali mengulangi semula kesilapan 2008.Saat pembangkang semakin gila,sasau,nyanyuk serta bercelaru ini,UMNO harus terus bangkit menerajang masa silam mereka yang pernah luka.Lepada parasit-parasit ini,cukup dan hentikanlah buat kerja-kerja gila ini...!

2 comments:

nazatul shima said...

mana ada lagi percalonan nama pasal menteri2 baru utk pru13 sedangkan perdana menteri pun tak kata apa2 lagi pasal pru13, kenapa ada perasit2 yg tak tahu malu yg dah mulakan kerja yg tak sepatutnya.

jinjai said...

kenapa terlalu dengki dgn parti UMNO sampaikan sanggup jadi perasit dan jaja nama PMkita kononnyan suruh cari muka baru. tak payahlah nak sibuk menghadap raja dan beri nama calon2, nampak sgt perasit ini semua takut sebenarnya yg mereka tak akan menang.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers