Wednesday, October 31, 2012
Benarkah JJ yang menyusun calon PRU13? |
BILA Setiausaha Agung
UMNO,Tengku Adnan Tengku Mansor mendedah serta menafikan bahawa UMNO maupun BN
tidak pernah melantik ataupun memberi
izin kepada mana-mana individu untuk
memilih atau mengenalpasti nama-nama calon bagi disenaraikan pada PRU13 nanti sekaligus menutup gerakan seorang pemimpin
UMNO yang juga dikatakan sebagai orang kepercayaan PM Najib yang sedang ligat
menyusun senarai calon-calon ketika ini.
Kenyataan tegas Tengku Adnan
itu juga mungkin lahir setelah beliau menyedari ataupun dimaklumkan oleh
pihak-pihak tertentu bahawa ada yang mengaku rapat dan diberi kuasa oleh
Presiden parti bagi menyenaraikan nama-calon untuk PRU13 nanti dan tindakan Ku
Nan ini betul dan tepat pada waktunya kerana UMNO ada lebih kurang 16 agensi
yang membantu mengenalpasti calon-calon `winnable candidate’ dan bukannya
`cable candidate’ dan tugas mengenal pasti calon ini bukan dari individu
terbabit.
Malah pemimpin yang
dimaksudkan sudah pun menjelajah ke beberapa buah negeri termasuklah mengadap
Ketua Negeri masing-masing yang bukan sahaja berkenaan dengan nama calon malah
difahamkan memohon restu untuk pertukaran nama Menteri Besar dengan nama yang
beliau cadangkan termasuklah di Johor dan di Pahang,negeri kelahiran Presiden
UMNO bila pemimpin ini secara semborono
mahu melakukan transformasi politik mengikut acuan beliau,alasannya Presiden
parti yang suruh dan beliau orang kepercayaan Presiden.
Malah di kawasan beliau
sendiri pun,beliau tidak menyenaraikan kesemua pemegang jawatan ADUN dan mahu
digantikan dengan semua muka baru dan tindakan ini dilihat seperti beliau mahu
membentuk empayar politiknya tersendiri tanpa cabaran terutamanya dalam
pemilihan parti nanti dan kesemua nama-nama calon yang dikenalpasti bukan dari
kalangan yang `boleh menang’ tetapi menyirat kepentingan peribadi.
Seandainya PM Najib
terpedaya dengan helah individu yang dikenali sebagai rakan rapatnya ini ataupun `inner circle;nya ini, nasib Najib
akan sama dengan Pak Lah apabila terlalu mempercayai orang-orang yang rapat
dengannya dan menelan bulat-bulat keputusan yang dibuat itu tanpa
menyelidiki asas pencalonan tersebut,segala tansforamsi politik serta
janji Najib untuk menolak pencalonan walaupun dari kalangan rakan rapatnya demi
mementingkan kemenangan besar parti dalam PRU13 nanti hanya tinggal cakap-cakap
semata-mata.Najib kena ambil iktibar di atas segala kejadian yang menimpa Pak
Lah.
Malah pemimpin yang
dikatakan penuh dengan masalah moral ini termasuklah satu kes polis jika tidak
dibendung lajaknya menentukan senario politik tanahiar ianya bakal memberikan
kesan buruk bukan sahaja kepada PM Najib malah kepada UMNO itu sendiri dan
Najib harus berhati-hati bagi menjamin survival politik UMNO dan dikatakan juga
pemimpin ini bakal menjadi liabaliti kepada Najib dan UMNO jika terus kekal
bertanding nanti.
Menjaja nama Najib yang
suruh cari calon merupakan satu tindakan ataupun perbuatan yang paling tidak
bermoral kerana calon-calon yang disenaraikan itu boleh diibaratkan ramai yang
kalah sebelum bertanding dan sebarang laporan mengenai prestasi calon ini di
kawasan masing-masing perlu ditapis sewajarnya kerana ada juga yang mendakwa
laporan dari agensi seperti JASA ataupun
BTN harus mengikut telunjuk beliau sebelum disampaikan kepada PM Najib.
Kenyataan tegas Ku Nan tutup spekulasi! |
Najib tidak akan terus kekal
sebagai Perdana Menteri jika hanya beliau seorang sahaja yang menang dalam
PRU13 nanti dan Najib kena yakin dan percaya andainya ada berita disampaikan
kepadanya oleh pemimpin ini,itu semua cerita bohong dari orang yang bodoh
sombong!
Bila kenyataan Tengku Adnan
itu timbul,ramai yang menuding jari dan berpaling ke arah Jamaludin Jarjis (JJ) yang dikatakan
sedang menjalankan gerakan menyusun nama-nama calon ini dan kita berharap bukan
JJ yang dimaksudkan dan kalaulah benar JJ orangnnya di sebalik semua gerakan
ini,PM Najib bakal menerima petaka sepertima mana zaman Pak Lah satu ketika
dulu apabila 3K dikaitkan sebagai
punca kejatuhan Pak Lah dari tahta Perdana Menteri.
Kita tidak nafikan JJ
mempunyai hubungan yang amat akrab dengan PM Najib tetapi PM Najib pula janganlah
menganggap keakraban itu sebagai satu tiket untuk beliau menyerahkan segala
tanggungjawab parti kepada JJ kerana kita bimbang keakraban tersebut disalahgunakan
dan kalau benar Najib tidak memberi izin kepada mana-mana pemimpin termasuklah
JJ sendiri,PM Najib perlu berterus terang bahawa JJ bukan orangnya dan
bersetuju dengan kenyataan Ku Nan bahawa tidak ada pemimpin poilitik yang
beliau arahkan bagi mengenalpasti calon-calon untuk PRU13 nanti kerana beliau
ada kaedah tersendiri.
Dan kalau JJ merasakan
bahawa bukan beliau individu yang dimaksudkan,beliau kena berterus terang dan
membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak berkuasa menentukan siapa calon dan
bukan orang yang dimaksudkan sedang menyusun
senarai calon-calon bagi PRU13 nanti.
Kita tidak mahu semua usaha
keras Najib selama ini memperkasa parti dan mereformasikan politik UMNO menjadi
sia-sia sekiranya dalam masa yang sama beliau dikelilingi oleh musang-musang
berbulu ayam yang mengkhiantinya dari dalam. Kita tidak mahu Najib tersalah
pilih calon,Najib ingat winnable tetapi rupanya `cable candidate’ yang disusun
oleh orang-orang tertentu.
Dan Najib haru mengarahkan
gerakan menyusun calon-calon ini dihentikan dan kalau terus dibiarkan
berterusan,Najib kena bersedia untuk menjadi imam bagi mentalkinkan UMNO dan BN
selepas PRU13 nanti.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
Salam,
JJ nie memang penyakit. Dengar citer masa nak buat sambutan merdeka ogos lalu pun dia sibuk melantik diri sendiri menjadi pengurusi acara sambutan hari merdeka.
Tanya la dgn staff kementerian yg dia jaga dulu.. Banyak tak suka sikap mata duitan dia nie..