Tuesday, October 23, 2012
Usaha memurtadkan Melayu melalui lagunya..
LAGU Harapan Bangsa yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor merupakan satu lagi usaha terancang pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan  anak-anak Melayu di negara ini terutama sekali  golongan muda serta generasi baru yang meminati dunia muzik tempatan ataupun yang mengagumi penyanyi itu sendiri.

Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan tidak harus melihat lagu ini sebagai hiburan semata-mata tetapi lagu ini harus dilihat sebagai usaha dakwah Kristian untuk memurtadkan anak-anak muda di negara ini dan harus bertindak menyekat lagu ini dari disiarkan ataupun diedarkan secara terbuka.
 

Meskipun penyanyinya mendakwa beliau menyanyikan lagu tersebut bagi peminatnya di Sabah dan Sarawak namun beliau lupa bahawa kedua buah negeri itu pun masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia dan kalau mahu peminat Kristiannya menggemari dan mengangkat lagu tersebut sabagai usaha dakwah mereka,mengapa tidak dinyanyikan dalam bahasa lain selain dari Bahasa Melayu.

 
Berkongsi pandangan dengan Zahid Mat Arip,Mursyidul Am TIBAI,beliau ternyata resah dan kecewa bila lagu ini disiarkan secara berleluasa di You Tube dan didendangkan oleh penyanyi tersebut dalam majlis-majlis terbuka.
 
“Saya mohon  Menteri mengarahkan SKMM menarik balik atau `mengnyahkan’ lagu tersebut daripada You Tube sebagaimana dilakukan terhadap filem yang menghina Nabi SAW baru-baru ini dan gesaan ini dibuat bukan sebagai Mursyidul Am Tibai tetapi sebagai seorang bapa kepada anak,abang kepada adik dan sebagai seorang anggota masyarakat bergama Islam kerana penyebaran lagu ini bertentangan dengan  prinsip Perlembagaan Persekutuan FASA (1) Perkara 3 yang memperuntukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
`Menteri mesti nyahkan lagu tersebut dari Youtube'-Zahid
“Adakah Rais Yatim ataupun sesiapa sahaja orang Islam dalam negara ini mahu anak-anak mereka menyanyikan lagu ini?Menghafal lagu ini? Lagu ini jelas mengundang keresahan masyarakat dan langsung tidak bernilai untuk memupuk perpaduan nasional,”tegas Zahid  Mat Arip.
 
“Kita percaya hari ini sudah ada anak-anak Melayu yang menyanyikan lagu ini.Mungkin mereka menganggap ianya sebagai hiburan tetapi mereka lupa dalam masa yang sama,mereka boleh menjadi syirik,murtad kerana memuja Tuhan lain selain daripada Allah SWT,” katanya lagi.
 
Bila lagu ini dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia,jelas ianya bertujuan jahat.Secara halus usaha memurtadkan anak-anak Melayu dilakukan oleh Jaclyn bila dihalusi seluruh senikata lagu tersebut dan memberi makna bahawa mereka menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menobatkan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
 
Lagu ini jelas bertujuan jahat kerana dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan tidak dinyanyi dalam Bahasa Inggeris.Jelas secara halus ada usaha terancang pihak Kristian untuk memurtadkan orang Islam.

 
Agenda penyanyi,pencipta dan penulis lirik lagu ini menyamai agenda politk DAP yang mendapat pelindungan khas dari Mursyidul Am PAS Nik Aziz bila didedahkan dalam Parlimen baru-baru ini bahawa DAP akan menukarkan kedudukan agama rasmi Negara termasuklah seluruh Perlembagaan Persekutuan.
 
PAS langsung tidak menentang agenda tersirat lagu ini dan semua pemimpin Melayu seperti berdiam diri barangkali terhibur dengan nyanyian penyanyi tersebut hingga mereka lalai melihat segala kandungan lirik-liriknya.
 
Walaupun sebagai penyanyi,pihak Kristian berjaya memperalatkan populariti penyanyi ini untuk menerus ataupun mengukuhkan agenda mereka dan sesiapa sahaja anak-anak Melayu yang meminati penyanyi ini harus merasa tersinggung dengan lagu Harapan Bangsa ini.
 
Lagu ini perlu ditentang sebelum ianya disebarluaskan dan Rais Yatim harus bertindak sebelum ianya menjadi perang agama yang sukar dibendung nanti.

19 comments:

Unknown said...

PAS mna bole buka mulut,nanti kna sound ngan DAP sape nk jwab??xdpt la undi cina utk PAS..lagikan agama blh digdai oleh PAS,inikan pulak bnda2 mcm ni..

Afiq KLtown said...

kita tentang lagu ni abes abesan !!13 implearl

Anonymous said...

Jaclyn Victor harus di gam oleh pengusaha media hiburan.

Anonymous said...

Saya sebagai bangsa melayu dan bangsa malaysia tidak meletakkan harapan sebegini,atas lagu "Harapan bangsa"...saya lebih kepada penyatuan pelbagai bangsa dalam rumpun bangsa malaysia yg makmur dan harmoni,bukan berteraskan intrument agama.Hak mereka yg beragama sememangnya sudah termaktub di dalm perlembagaan.Maka,saya amat membantah atas lagu tersebut, yg mempunyai tajuk lagu yg salah dan perlu di ubah dan sesuai utk melagukannya,hanya di gereja dan tidak di tempat umum, sebab ramai peminat muzik adalah di kalangan org melayu beragama islam dam di dalam utube.Yang merisaukan saya,ia akan menimbulkan sentimen yg boleh menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara.Ini adalah agenda utk menghuru-harakan negara sebab,ianya boleh mendatangkan marah pada bangsa melayu beragama islam.Malah lagu tersebut telah melanggar etika,dari segi pengisian utk tajuk lagu.Lagu agama yg terselindung ada nama harapan bangsa.Ini adalah satu penipuan.

Anonymous said...

Tolonglah respek majoriti bangsa melayu beragama islam,yer.Fokus lahu harapan bangsa,utk penyatuan semua bangsa dlm ertikata bangsa malaysia yg aman dan harmoni.bukan berteraskan satu2 agama.Jaclyn Victor perlu di gam,d atas segaja dan sentiviti pelbagai bangsa dan agama.

Man driver said...

dalam diam-diam penyanyi kristian ni cuba utk menerapkan agama kristian dikalangan org-org Melayu Islam, kerana la menyayikan lagu tersebut di dala bahasa Melayu.secara tidak langsung penyanyi ini telah meresapkan unsur-unsur kristian secara halus menggunakan lagu ini utk didakyahkan dikalangan org2 Islam dinegara ini. Ini menggambarkan bahawa puak kristian berusaha menggunakan penyanyi kristian yg sudah mesra dikalangan org2 Melayu/Bumiputera dan islam utk menyebarkan agenda agama kristian secara halus melalui berbagai cara, tetapi dlm kontek ini ialah lagu yg dinyanyikan oleh jaclyn victor. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap penyanyi ini mengikut mana-mana akta yg ada supaya perbalahan agama menjadi marak di negara ini. Penyanyi petualang agama ini perlu di haramkan lagunya dimainkan disemua stesen radio atau tv atau apa-apa media hiburan dinegara ini sampai bila-bila pun. penyanyi ini sgt bahaya kepada keharmonian agama dinegara ini. Dasar penganut agama ini yg tak sedar diri dan berterima kasih kpd rakyat islam dan raja-raja Melayu yg menjadi penaung kpd agam,a islam di negara ini.

Anonymous said...

produk tv3...Pas pulak yang salah?fokus pada isu..penguasa ambil tindakan!

wakjebon said...

jangan sebab marahkan nyamuk kelambu di bakar..sdra2 semua, islam tidak mengajar kita utk bertelagah tetapi bertoleransi sesama umat manusia sejagat.jgn kerana lagu kita bermusuhan. apa yg perlu kita lakukan ialah menguatkan lagi iman kita disisi ALLAH supaya tidak mudah goyah..kaum lain tu(yg bkn Islam), hari2 dikumandangkan dgn kelunakan suara Azan, adakah tergugat apa yg mereka anuti? jgn hanya asyik memandang pada yg tersurat tetapi carilah apa yg tersirat.

bebo said...

bangsa asing ptt respek islam sbb ni negara islam

abang ajis said...

bab2 ni pas ddk diam tkt nnt dap marah tak undi pas..pas kan gila kuasa tp berlakon konon kuat agama tp bab org mainkan agama dia senyap je

Anonymous said...

Yg bersalah dalam hal ialah pemimpin Tertinggi Pas ... Kerana Menbenarkan Agama Lain selain Islam Menggunakan Kalimah Allah

Anonymous said...

Kita boikot Jaclyn Victor

Unknown said...

amboi bila bab dap pas diam je takut nak bunyi eh...sbb takut kurang undian ke?????

Semboyan said...

Ingat DAP anti Islam! Jangan kita layan karenah DAP nie!

Anonymous said...

Hot.fm memang pukimak, terutama anak dara tua lahanat Farah fauzana tu, gatal sangat nak berlaki, tiap-tiap pagi cerita pasal suami curang, bini curang, laki kahwin lagi, kisah suami isteri je. Babi punya farah fauzana, pukimak puki gatal. Dalam rancangan Nona pun muka macam gatal je. Puki berair, hitam legam tak sedar diri, sebab tu lambat dapat jodoh. Allah tu maha Kuasa.

Anonymous said...

Najib dan pemimpin tertinggi Malaysia semua kena bertaubat nasuha.

Anonymous said...

Dah habis isu ke? Pasal lagu bodoh tu pun ramai murtad ke? memang lagu tu tak sesuai. Ban saja. Jangan komen cam orang tak tamadun.

Anonymous said...

p mampus la kmu smua hahahaha... e2 pun na jd kn isu.. bodo punya melayu..

Anonymous said...

bnyk betul komen2 yg seakan bodoh. sapa nk pelihara islam,peliharalh betul2... jgn anggap perkara ni remeh... kdg2 saya termenung,kerana terlalu ramai rakyat malaysia yg bangang yg tak guna otaknya. memang jd isu lah,,, baca betul2 lirik tu betul2.. jgn tak faham kemudian komplen ikut emosi, org ikut emosi,jiwanya tak tenang. org yg jiwa x tenang,bukan faham pun apa yg nk dihuraikan.. sama lah klau mkcik pkai skirt,kemudian kita pun bgtau... ''alaaa,isu itu pun nk kecoh...''. tu jawapan org bodoh tu

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers