Tuesday, September 18, 2012

KATA Naib Presiden UMNO,Ahmad Zahid Hamidi Barisan Nasional telah menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Bagaimana pun katanya,hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN daripada PM Najib dengan jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi hanya 505 kerusi dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi adalah kerusi DUN Sarawak yang sudah pun mengadakan Pilihanraya Negeri pada April tahun lalu.

Saya tertarik untuk mengulas tentang CALON dan WATIKAH ini seperti yang disebut oleh Naib Presiden UMNO itu dan kenyataan Ahmad Zahid ini dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar tempatan hari ini kerana  sudah ada pun yang mendakwa mereka telahpun dipilih  dan dimuktamadkan oleh Najib untuk menjadi calon di kerusi Parlimen-parlimen tertentu dan sudahpun menerima watikah daripada PM Najib yang mengesahkan bahawa merekalah calonnya.

Ahmad Zahid yang dipetik sebagai berkata `Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan,kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon..’jika benar adakah  dakwaan dua tiga orang yang mengaku diberikan watikah itu sudah dimuktamadkan sebagai calon dan bagaimana dengan 724 calon yang lain-lain itu?Jadi benarkah kenyataan Zahid ini?

Kalau benar mereka ini sudah mendapat watikah,adakah PM Najib sudah mendapat persetujuan semua Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden parti-parti komponen sebelum memberikan watikah ini ataupun mereka ini sengaja `melacurkan’ nama Najib kerana kegilaan mereka untuk menjadi calon pilihanraya?

Kerana penyakit `gila’nak jadi calon ini mereka ini beriya-iya mempengaruhi orang-orang di bawah kononnya PM Najib telah pilih mereka sebagai calon pilihanraya dan orang-orang di bawah diberikan keyakinan apatah lagi apabila melihat calon-calon yang mendakwa itu mempunyai hubungan rapat ataupun secara langsung dengan Perdana Menteri.

Barangkali mereka ini benar.Watikah yang diterima oleh PM Najib itu juga benar dan kalau semuanya benar,PM Najib perlu menguar-uarkan dan juga memberikan watikah kepada bakal-bakal calon di 724 kerusi tersebut supaya Najib dilihat tidak pilih bulu dan sekaligus memudahkan mereka ini berkerja demi memenangkan pilihanraya nanti.

Kata Ahmad Zahid Hamidi lagi, nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan dan kalau ada pun watikah ianya watikah kosong yang tidak mempunyai nama sesiapa dan persoalan timbul kepada kita, adakah PM Najib telah melaksanakan satu transformasi politik dengan memberikan watikah yang telah pun diisi dengan nama-nama calon ataupun mereka sendiri yang meletakkan nama mereka sebagai calon di parlimen-parlimen tertentu walaupun belum dimuktamadkan lagi?

Tidak adil seandainya PM Najib hanya bersetuju memberikan watikah perlantikan sebagai calon kepada orang-orang tertentu sahaja sedangkan beratus lagi kawasan-kawasan lain dan mungkin termasuk Najib sendiri pun belum ada watikah seperti yang disebutkan itu ataupun sekadar wayang untuk memberikan tekanan kepada Najib supaya bersetuju memilih mereka yang disebutkan itu sebagai calon walaupun belum ada keputusan muktamad.

PM Najib juga perlu mengumumkan persetujuan pertukaran kawasan Parlimen milik parti komponen yang diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi kerana kita bimbang apabila melihat dibeberapa buah kawasan Parlimen  yang asalnya bukan milik UMNO,ada usaha  dijalankan untuk merampas kerusi tersebut daripada menjadi milik parti komponen.

Adakah kerana mereka ini Ketua Bahagian,Ketua Wanita,Ketua Pemuda dan juga Ketua Puteri,mereka wajib dipilih sebagai calon?Adakah juga kerana mereka ini pegawai-pegawai Najib,Menteri ataupun Timbalan Menteri,itu adalah tiket atau `Kad Hijau’ untuk mereka lepas tanpa sebarang halangan untuk menjadi calon?

Taktik menjaja nama Najib akhir-akhir ini makin menjadi-jadi dan walaupun kita percaya dan penuh yakin bahawa PM Najib tidak akan mudah tergoda dengan sandiawara yang dimainkan ini namun kebimbangan kita ada apabila ada juga konspirasi antara pegawai-pegawai agensi yang diberikan tugas untuk mengenalpasti calon mencadangkan nama-nama dari kalangan mereka boleh menggelapkan mata Najib.

Sebagai  contoh musim Rumah Terbuka Aidilfitri lalu, kita melihat bukan agenda ukhwah yang menjadi keutamaan tetapi rata-ratanya bercakap tentang siapa calon dan ada yang tidak segan silu menegaskan sekiranya bukan Ketua mereka dicalon,mereka akan gerakkan ahli untuk sabotaj parti.

Barangkali kerana terdengar kenyataan sebeginilah,Timbalan Presiden memberikan amaran akan memecat sesiapa sahaja yang mensabotaj parti dalam RU13 nanti

1 comments:

Anonymous said...

bubuh la sapa pun....cuma jgn bubuh mat bangla dgn mat nepal sudahlah....

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers