Friday, September 7, 2012

Nur Jazlan cadangkan usia 50 tahun ke bawah.
KITA setuju dengan kenyataan MP Pulai Nur Jazlan Mohamed yang mencadangkan calon-calon PRU13 akan datang Barisan Nasional memperkenalkan calon-calon yang berusia di bawah 50 tahun namun dalam masa yang sama calon-calon tersebut mestilah juga dikenalpasti sebagai calon yang mempunyai sahsiah,jati diri dan meletakkan kepentingan parti serta kerajaan melebih daripada kepentingan peribadi dan bukannya jadi pemanas kerusi di Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon tersebut hendaklah sentiasa bersedia untuk bangkit di dalam Dewan Rakyat bagi mempertahankan kepimpinan,parti dan kerajaan bila diserang,diherdik,dihina serta dicerca oleh pembangkang dan bukannya mengambil peluang untuk berbahas ataupun berhujah di dalam Parlimen ketika Perdana Menteri berada di dalam Dewan Rakyat semata-mata.

Calon-calon berumur di bawah 50 tahun seperti MP Hulu Selangor,P.Kamalanathan.MP Kota Belud,Abdul Rahman Dahalan,MP Rembau,Khairy Jamaluddin,MP Arau,Ismail Kassim,MP Lenggong, Shamsul Anwar Nasrah (sekadar menyebut beberapa nama) membuktikan pemilihan mereka oleh parti dan rakyat sebagai wakil mereka tidak menjadi sia-sia apabila mereka ini sering serta tidak membenarkan mana-mana pun pembangkang menghina ataupun mengaibkan kepimpinan,kerajaan serta parti dan bersedia pada bila-bila masa `menyekolah’ pembangkang dan paling penting mereka ini jarang ponteng daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Nama-nama yang berusia bawah 50 tahun seperti KJ dan Rahman Dahalan ini bukan sahaja berani di dalam Dewan Rakyat malah berdebat dengan pembangkang pun mereka bersedia bila-bila masa dan mereka menggunakan peluang ataupun rezeki sebagai Wakil rakyat dengan sebaik-baiknya dan tidak mengejar untuk jawatan-jawatan di GLC ataupun GOC..

KJ buktikan..!
Mereka yang berusia di bawah 50 tahun seperti yang disebutkan awal tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan dan mereka membuktikan pemilihan mereka sebagai Wakil Rakyat oleh parti mereka  tidak silap,mereka gunakan sidang Dewan Rakyat sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat,parti serta kerajaan.saat mereka ini bertegang urat dengan pembangkang,mana rakan-rakan yang seusia dengan mereka?

Kalau mahu dibandingkan dengan Nur Jazlan sendiri atau boleh tengok ataupun baca hansard Parlimen,tanya beliau berapa kalikah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat?Berapa banyak soalan bertulis ataupun soalan lisan yang beliau ajukan?Berapa kalikah beliau bangun mempertahankan kerajaan,parti ataupun pemimpin bila diserang oleh pembangkang sedangkan beliau juga dikategorikan sebagai pemimpin muda yang diberi peluang untuk jadi wakil rakyat sebelum umurnya 50 tahun.

Kita menganggap kenyataan Nur Jazlan itu seperti meludah kelangit kerana dalam kesempatan beliau diberikan peluang untuk menggantikan ayahnanda beliau,beliau gagal untuk menjadi Mohamed Rahmat kedua dan beliau cuma bernafsu besar termasuklah pernah menawarkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.Isu yang dipolemik  Nur Jazlan ini seperti membuka pekongnya sendiri dan silap PM Najib juga kerana melantik beliau jadi Pengerusi GLC Uda hingga beliau sibuk dan tidak dapat menumpukan kerja-kerja Wakil Rakyat di parlimen!

Persoalan usia calon sebenarnya tidak perlu dibangkitkan asalkan calon itu sihat serta waras dan mampu mempertahankan institusi walaupun mereka berumur lebih dari 50 tahun seperti MP Sri Gading,Mohamed Aziz,MP Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (sekadar menyebut beberapa nama) malah mereka ini jugalah yang dilihat menjadi inspirasi kepada MP-MP yang masih muda malah dalam susur galur perjuangan politik ianya tidak ada titik noktah sehinggalah dijemput Allah ke alam barzakh.

Mohamed Aziz buktikan usia bukan penghalang!
Kita perlu mengakui hakikat bahawa yang berumur lebih daripada 50 tahun lebih efisen serta bertenaga kalau mahu dibandingkan dengan usia yang dimaksudkan oleh Nur Jazlan itu malah sebelum ini  kita telah kehilangan wakil-wakil rakyat  yang berani,vokal seperti Alwi Che Ahmad (Ketereh) Mohamad Said (Jasin) Badarudin Amiruddin (Jerai) dan beberapa nama lain lagi dan kalau nama-nama ini masih ada di Dewan Rakyat dan bergabung dengan yang sedia ada ketika ini,kita percaya pembangkang tidak akan berani angkat muka untuk menyentuh peribadi ataupun  menghina perlaksanaan dasar kerajaan.

Betul kita perlu pemimpin yang muda,wakil rakyat yang bertenaga tetapi apa gunanya kalau mereka ini berada di Dewan Rakyat hanya sekadar untuk mencukupkan korum,memanaskan kerusi,makan elaun buta,cakapnya dipentas ceramah berdegar-degar tetapi menikus di dalam Dewan Rakyat dan pada Nur Jazlan.tidak payahlah mencetuskan isu kerana setakat ini selain nama-nama yang disebutkan di atas tadi merekalah sebenarnya pejuang parti yang mempertahankan kerajaan dan kepimpinan.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt tuan,

cadangan yang baik namun tidak semestinya cadangan yang baik menggambarkan pelaksanaan yang baik. berapa kerat sahaja yang berusia bawah 50-an yang berani seperti KJ? jangan menilai sebegitu tuan. yang berusia 50-an dan keatas lebih byk pengalaman dan lebih tau selok belok utk menjawab dan membidas hujahan. Pemimpin muda berdarah panas dan kurang pengalaman. I prefer older.. tq

Anonymous said...

mnscapKawan setuju Tuan, analisa Tuan adalah baik,tetapi bagi kawan tanpa analisa tu pun Kawan dah tersedak ketika Mamat tu bagi statement dulu.Dia langsung tak perform. Kalaulah kesibukan kat GLC tu di jadikan alasan untuk tak mengambil bahagian dalam Dewan, apatah lagi bangun mempertahankan kerajaan, baik suruh dia balik aje...main yoyo kat UDA. Fakta tu aje dah menjadi sebab yang menunjukkan dia tak boleh menjadi pemimpin yang boleh diharap. Kecut telornya sebab lama sangat duduk kat dalam pejabat....

Anonymous said...

Tolak jer dia dalam PRU nanti kalau dicalonkan juga oleh Tok Jib. Menumpang populariti arwah ayahnya jer!. Dah semacam liabiliti BN saja.

PUTERA TORPEDO said...

MUNGKIN SAYA SETUJU ORANG SEPERTI ITU ADA SEBILANGAN LAGI, WALAUPUN MEREKA BERGELAR...SAYA CADANG DAN MAHUKAN MEREKA MEREKA ITU FADE UNDER TO FADE OUT DALAM KERANGKA PENTADBIRAN NEGARA, DIA ORANG TIDAK KUAT SEMANGAT DAN BERKIRA PADA BANGSA DAN NEGARA. DATO' NAJIB SAYA ARAHKAN: KELUARKAN MEREKA, JANJI DITEPATI OK..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers