Monday, July 23, 2012
Rosmah terus difitnah pembangkang! |
RUPANYA Rosmah Mansor masih
lagi dijadikan sasaran serangan oleh pencacai-pencacai serta pemimpin
pembangkang untuk kepentingan politik mereka dan sekaligus memperlekehkan
kewibawaan PM Najib.
Malah serangan-serangan terbaru pembangkang terhadap keperibadian Rosmah dilihat sebagai satu tindakan yang cukup `desprate’,modal politik yang basi dan membuktikan politik pembangkang semakin hilang arah serta tujuan.
Malah serangan-serangan terbaru pembangkang terhadap keperibadian Rosmah dilihat sebagai satu tindakan yang cukup `desprate’,modal politik yang basi dan membuktikan politik pembangkang semakin hilang arah serta tujuan.
Sekian lama mereka ini
mengumpulkan bahan sehingga khabarnya dilantik bekas guru dari Rembau untuk
mengumpul segala macam fitnah dan direkayasakan bagi kepentingan politik
separuh akal mereka dan bekas guru inilah yang dikatakan memain peranan yang
cukup hebat dengan bayaran yang cukup lumayan untuk melanyak Rosmah Mansor
semahu-mahunya tanpa belas,tanpa simpati.
Serangan selama ini yang
mengaitkan kononnya Rosmah ada hubungan dengan Farith Ismeth hari ini terjawab
apabila Farid secara terbuka menafikan pernah berhubungan malah tidak pernah
berjumpa secara peribadi tetapi dimainkan fitnah kononnya Rosmah pernah
berkahwin dengan Pembaca berita RTM itu.
Pengakuan dan pendedahan
Farid itu sepatutnya dijadikan titik permulaan bertaubat oleh semua pencacai
pembangkang termasuklah guru yang tidak lulus periksa itu yang selama ini
memfitnah Rosmah bukan sahaja di media cetak milik mereka tetapi di pentas-pentas
ceramah yang mereka ganyang Rosmah semaunya.
Sebenarnya apa yang kita
lihat di sebalik serangan terhadap Rosmah ini adalah kerana tiupan api cemburu
dan dendam para pemimpin pembangkang terhadap Rosmah yang ternyata lebih cerdik
daripada isteri-isteri mereka,Rosmah jauh lebih bijak dan cerdik kalau mahu
dibandingkan dengan Wan Azizah ataupun Tuan Sabariah,Rosmah juga jauh lebih
cerdik dan berpelajaran kalau mahu dibandingkan dengan isteri semua pemimpin
pembangkang, Rosmah tiada tolok bandingnya.
Wan Azizah akan dilihat
lebih cerdik dan berwibawa daripada Rosmah seandainya Wan Azizah tahu menjaga
suaminya Anwar Ibrahim dan kerana ketidakcerdikan serta kebodohan serta ketololanWan Azizahlah
hingga Anwar tertangkap melalui video sedang
berzina dengan China Doll,kerana kebodohan Wan Azizahlah,Anwar dua kali ke
mahkamah kerana terlibat dalam kes liwat.
Kita tidak pernah melihat
Wan Azizah berjemaah di masjid.Kita juga tidak pernah melihat Wan Azizah sedang
mengaji Al-Qur`an.Yang selalu kita tengok adalah Wan Azizah turun naik mahkamh
mempertahankan kebejatan moral suaminya,yang selalu kita baca adalah kenyataan
Wan Azizah bahawa suaminya tidak meliwat,jam Omega berada dalam simpanannya.Kalau
mahu dibandingkan Wan Azizah dengan Rosmah, Wan Azizah hanyalah seorang isteri
dan wanita malang dan malangnya sering datang bertimpa-timpa.
Isu bertudung yang sering
dicaci oleh pembangkang,itu adalah urusan Rosmah dengan Allah.Semua orang
pernah menegurnya dan kita percaya Allah akan membuka pintu hati Rosmah nanti
tapi apa ertinya kalau isteri pemimpin lain bertudung seandainya mulut mereka
macam mulut longkang,sering memaki hamun,mencarut sebagai contoh Zuraidah,MP Ampang itu dan
bersekongkol dengan fitnah sepertimana Wan Azizah itu dan lain-lain sekutunya.Kalau
kita tengok dalam pembangkang yang bertudung litup dan menutup aurat itulah yang
banyak mencerca dan maki hamun orang lain.
Kerana seorang isteri yang
baik sehingga ke hari ini kita belum mendengar PM Najib ditangkap
berkhalwat,berliwat ataupun terlibat dengan gejala-gejala lain yang tidak
bermoral dan di sini sebagai seorang isteri, Rosmah telah berjaya melaksanakan
tanggungjawabnya untuk menentukan suami beliau tidak terlibat dalam apa sahaja
keadaan yang boleh memalukan mereka dan keturunannya.
Tidak seperti Anwar ataupun
pimpinan pembangkang yang sentiasa ingin menambah isteri ataupun koleksi
perempuan-perempuan simpanan ataupun lelaki `jambu’ sebagai tempat melampiaskan
nafsu songsang.Wajarlah Rosmah dicemburui kerana sebagai isteri,beliau telah
melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.
Salahkah PM Najib meminta
pandangan ataupun khidmat nasihat dari seorang wanita bernama isteri?Atau
wanita lain untuk diminta khidmat itu?Dan menuduh Rosmah campurtangan dalam
pentadbiran ataupun kepimpinan PM Najib hanya satu persepsi yang diwujudkan
oleh pembangkang supaya rakyat melihat Najib berkerja di bawah telunjuk isteri
sedangkan pada hakikatnya setiap keputusan pimpinan dibuat adalah berlandaskan
mesyuarat Kabinet yang setiap minggu diadakan.
Wan Azizah lalai sebagai isteri... |
Pendedahan Farith Ismet ini
adalah sebahagian daripada jawapan kepada segala fitnah yang dilemparkan oleh
pembangkang selama ini dan kita percaya selepas ini akan banyak lagi
bukti-bukti yang timbul ataupun individu yang pernah difitnahkan oleh
pembangkang akan muncul untuk memperbetulkan segala tanggapan buruk pada
Rosmah.
Tindakan pembangkang selama
ini pun cukup tidak jantan.Mereka menyerang Rosmah dalam Parlimen dan
berselindung di sebalik imuniti sebagai Ahli Parlimen sedangkan mereka tahu
Rosmah tidak mampu menjawab dan sebab itulah mereka sewenang-wenangnya
memfitnah isteri Perdana Menteri ini.
Ada yang membandingkan
Rosmah dengan Siti Hasmah ataupun Toh Puan Rahah.Kita setuju tapi zaman sudah
berubah,senario politik hari juga jauh berubah di mana semua pihak harus
menggembelingkan tenaga dan usaha bagai menyelamatkan Negara yang sedang diporakperandakan
oleh pakatan pembangkang.Bukan sahaja Rosmah yang perlu ke depan tetapi semua
rakyat yang cintakan Negara ini harus berani untuk ke depan bagi mempertahankan
agama,bangsa dan Negara yang sedang dikhiantai oleh pakatan jahat pembangkang
ini.
Zaman isteri berada di
dapur,menggemukkan badan dan tidak lekang dengan petua-petua kecantikan sudah
pun berlalu.Dimensi politik Negara sedang berada di ambang kehancuran dan
sedang dirosakkan oleh tangan-tangan yahudi yang menunggu masa untuk merobohkan
segala jerit perih kemerdekaan Negara.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
Serangan fitnah keatas rosmah memang berniat jahat daripada musuh musuh politik yang sememangnya mahu menjatuhkan kerajaan yang sediada
itu jer kerja yang pakatan hanya tau lakukan...aku pun dah jelik dengan permainan politik haram pakatan yang murahan..DS Rosmah menjadi mangsa fitnah PAKATAN haram..beliau dengan tabah menhadapinya..sehingga kebenaran terbukti
Saya sendiri pun pernah percaya bahawa Rosmah adalah bkas isteri Ismeth. masa muda2 dulu ada orang bercertia beliau di"beyar" oleh najib. Gila sungguh. Macam memperdagangkan manusia pulak.
Apa nak jadi dgn pembangkang malaysia ni? Nampak Putrajayaaa saja, rakyat berterabur tak kisah.
Saya pro-kerajaan dan impress dengan PM Najib. Tapi kedegilan Rosmah dalam menutup aurat sangatlah obvious dalam gambar diatas. Beliau kelihatan sedang mengaji AlQuran yang Suci. Antara adab membaca Quran Kareem adalah menutup aurat. Malahan itulah kewajipan Muslimah i.e. menutup aurat. Tapi beliau masih 'degil' menutup seluruh rambut dah leher nya walaupun sedang mengaji. Sungguh.. kalau dia lembutkan hatinya, Insyallah salah satu ujian kepadanya dari Yang Maha Esa i.e. difitnah tanpa henti, akan terhapus.
Tuan empunya blog meletakkan gambar diatas hanya mengundang cacian pembangkang kerana selepas itu kelihatan gamba Wan Azizah yang walaupun troublesome, tapi menutup auratnya dengan sempurna. What a comparison, pada mata dan hati yang dapat melihat.
Jadi, selain dari defend Rosmah atas fitnah2 palsu ini, marilah kita doakan hatinya dilembutkan dan kedegilannya menutup aurat akan dilunturkan oleh Allah Azza Wa Jalla.
Sungguh, saya sayangkan kerajaan BN ini.