Monday, July 23, 2012

Rosmah terus difitnah pembangkang!
RUPANYA Rosmah Mansor masih lagi dijadikan sasaran serangan oleh pencacai-pencacai serta pemimpin pembangkang untuk kepentingan politik mereka dan sekaligus memperlekehkan kewibawaan PM Najib.

Malah serangan-serangan terbaru pembangkang terhadap keperibadian Rosmah dilihat sebagai satu tindakan yang cukup `desprate’,modal politik yang basi dan membuktikan politik pembangkang semakin hilang arah serta tujuan.

Sekian lama mereka ini mengumpulkan bahan sehingga khabarnya dilantik bekas guru dari Rembau untuk mengumpul segala macam fitnah dan direkayasakan bagi kepentingan politik separuh akal mereka dan bekas guru inilah yang dikatakan memain peranan yang cukup hebat dengan bayaran yang cukup lumayan untuk melanyak Rosmah Mansor semahu-mahunya tanpa belas,tanpa simpati.

Serangan selama ini yang mengaitkan kononnya Rosmah ada hubungan dengan Farith Ismeth hari ini terjawab apabila Farid secara terbuka menafikan pernah berhubungan malah tidak pernah berjumpa secara peribadi tetapi dimainkan fitnah kononnya Rosmah pernah berkahwin dengan Pembaca berita RTM itu.

Pengakuan dan pendedahan Farid itu sepatutnya dijadikan titik permulaan bertaubat oleh semua pencacai pembangkang termasuklah guru yang tidak lulus periksa itu yang selama ini memfitnah Rosmah bukan sahaja di media cetak milik mereka tetapi di pentas-pentas ceramah yang mereka ganyang Rosmah semaunya.

Sebenarnya apa yang kita lihat di sebalik serangan terhadap Rosmah ini adalah kerana tiupan api cemburu dan dendam para pemimpin pembangkang terhadap Rosmah yang ternyata lebih cerdik daripada isteri-isteri mereka,Rosmah jauh lebih bijak dan cerdik kalau mahu dibandingkan dengan Wan Azizah ataupun Tuan Sabariah,Rosmah juga jauh lebih cerdik dan berpelajaran kalau mahu dibandingkan dengan isteri semua pemimpin pembangkang, Rosmah tiada tolok bandingnya.

Wan Azizah akan dilihat lebih cerdik dan berwibawa daripada Rosmah seandainya Wan Azizah tahu menjaga suaminya Anwar Ibrahim dan kerana ketidakcerdikan serta kebodohan serta ketololanWan Azizahlah hingga Anwar  tertangkap melalui video sedang berzina dengan China Doll,kerana kebodohan Wan Azizahlah,Anwar dua kali ke mahkamah kerana terlibat dalam kes liwat.

Kita tidak pernah melihat Wan Azizah berjemaah di masjid.Kita juga tidak pernah melihat Wan Azizah sedang mengaji Al-Qur`an.Yang selalu kita tengok adalah Wan Azizah turun naik mahkamh mempertahankan kebejatan moral suaminya,yang selalu kita baca adalah kenyataan Wan Azizah bahawa suaminya tidak meliwat,jam Omega berada dalam simpanannya.Kalau mahu dibandingkan Wan Azizah dengan Rosmah, Wan Azizah hanyalah seorang isteri dan wanita malang dan malangnya sering datang bertimpa-timpa.

Isu bertudung yang sering dicaci oleh pembangkang,itu adalah urusan Rosmah dengan Allah.Semua orang pernah menegurnya dan kita percaya Allah akan membuka pintu hati Rosmah nanti tapi apa ertinya kalau isteri pemimpin lain bertudung seandainya mulut mereka macam mulut longkang,sering memaki hamun,mencarut sebagai contoh Zuraidah,MP Ampang itu dan bersekongkol dengan fitnah sepertimana Wan Azizah itu dan lain-lain sekutunya.Kalau kita tengok dalam pembangkang yang bertudung litup dan menutup aurat itulah yang banyak mencerca dan maki hamun orang lain.

Kerana seorang isteri yang baik sehingga ke hari ini kita belum mendengar PM Najib ditangkap berkhalwat,berliwat ataupun terlibat dengan gejala-gejala lain yang tidak bermoral dan di sini sebagai seorang isteri, Rosmah telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menentukan suami beliau tidak terlibat dalam apa sahaja keadaan yang boleh memalukan mereka dan keturunannya.

Tidak seperti Anwar ataupun pimpinan pembangkang yang sentiasa ingin menambah isteri ataupun koleksi perempuan-perempuan simpanan ataupun lelaki `jambu’ sebagai tempat melampiaskan nafsu songsang.Wajarlah Rosmah dicemburui kerana sebagai isteri,beliau telah melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.

Salahkah PM Najib meminta pandangan ataupun khidmat nasihat dari seorang wanita bernama isteri?Atau wanita lain untuk diminta khidmat itu?Dan menuduh Rosmah campurtangan dalam pentadbiran ataupun kepimpinan PM Najib hanya satu persepsi yang diwujudkan oleh pembangkang supaya rakyat melihat Najib berkerja di bawah telunjuk isteri sedangkan pada hakikatnya setiap keputusan pimpinan dibuat adalah berlandaskan mesyuarat Kabinet yang setiap minggu diadakan.

Wan Azizah lalai sebagai isteri...
Pendedahan Farith Ismet ini adalah sebahagian daripada jawapan kepada segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini dan kita percaya selepas ini akan banyak lagi bukti-bukti yang timbul ataupun individu yang pernah difitnahkan oleh pembangkang akan muncul untuk memperbetulkan segala tanggapan buruk pada Rosmah.

Tindakan pembangkang selama ini pun cukup tidak jantan.Mereka menyerang Rosmah dalam Parlimen dan berselindung di sebalik imuniti sebagai Ahli Parlimen sedangkan mereka tahu Rosmah tidak mampu menjawab dan sebab itulah mereka sewenang-wenangnya memfitnah isteri Perdana Menteri ini.

Ada yang membandingkan Rosmah dengan Siti Hasmah ataupun Toh Puan Rahah.Kita setuju tapi zaman sudah berubah,senario politik hari juga jauh berubah di mana semua pihak harus menggembelingkan tenaga dan usaha bagai menyelamatkan Negara yang sedang diporakperandakan oleh pakatan pembangkang.Bukan sahaja Rosmah yang perlu ke depan tetapi semua rakyat yang cintakan Negara ini harus berani untuk ke depan bagi mempertahankan agama,bangsa dan Negara yang sedang dikhiantai oleh pakatan jahat pembangkang ini.

Zaman isteri berada di dapur,menggemukkan badan dan tidak lekang dengan petua-petua kecantikan sudah pun berlalu.Dimensi politik Negara sedang berada di ambang kehancuran dan sedang dirosakkan oleh tangan-tangan yahudi yang menunggu masa untuk merobohkan segala jerit perih kemerdekaan Negara.

4 comments:

Anonymous said...

Serangan fitnah keatas rosmah memang berniat jahat daripada musuh musuh politik yang sememangnya mahu menjatuhkan kerajaan yang sediada

tengku faiz mansor said...

itu jer kerja yang pakatan hanya tau lakukan...aku pun dah jelik dengan permainan politik haram pakatan yang murahan..DS Rosmah menjadi mangsa fitnah PAKATAN haram..beliau dengan tabah menhadapinya..sehingga kebenaran terbukti

RH said...

Saya sendiri pun pernah percaya bahawa Rosmah adalah bkas isteri Ismeth. masa muda2 dulu ada orang bercertia beliau di"beyar" oleh najib. Gila sungguh. Macam memperdagangkan manusia pulak.
Apa nak jadi dgn pembangkang malaysia ni? Nampak Putrajayaaa saja, rakyat berterabur tak kisah.

Anonymous said...

Saya pro-kerajaan dan impress dengan PM Najib. Tapi kedegilan Rosmah dalam menutup aurat sangatlah obvious dalam gambar diatas. Beliau kelihatan sedang mengaji AlQuran yang Suci. Antara adab membaca Quran Kareem adalah menutup aurat. Malahan itulah kewajipan Muslimah i.e. menutup aurat. Tapi beliau masih 'degil' menutup seluruh rambut dah leher nya walaupun sedang mengaji. Sungguh.. kalau dia lembutkan hatinya, Insyallah salah satu ujian kepadanya dari Yang Maha Esa i.e. difitnah tanpa henti, akan terhapus.

Tuan empunya blog meletakkan gambar diatas hanya mengundang cacian pembangkang kerana selepas itu kelihatan gamba Wan Azizah yang walaupun troublesome, tapi menutup auratnya dengan sempurna. What a comparison, pada mata dan hati yang dapat melihat.

Jadi, selain dari defend Rosmah atas fitnah2 palsu ini, marilah kita doakan hatinya dilembutkan dan kedegilannya menutup aurat akan dilunturkan oleh Allah Azza Wa Jalla.

Sungguh, saya sayangkan kerajaan BN ini.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers