Wednesday, June 13, 2012
![]() |
Berhempas pulas Khalid cuba menipu rakyat! |
GURUH
berdentum sekarang.Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sedang bergelut
untuk membuktikan Selangor Boleh bagi menunjukkan kepada dunia kerajaan pakatan
pembangkang boleh melaksanakan pendidikan percuma.
Menteri Besar,bekas orang
korprat itu mengumumkan Selangor akan meneruskan cadangan mencairkan aset
Universiti Selangor sekalipun Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah
menarik balik pembekuan pinjaman yang sebelumnya di umum oleh Menteri Pengajian
Tinggi,Khalid Nordin.
Ikut
ceritanya RM30 juta,sebahagian dari hasil penjualan itu akan digunakan untuk
merintis jalan tujuan memberi pendidikan percuma di universiti itu.
Maka
berbagai langkah sedang diatur termasuk akan mengadakan mesyuarat dengan
lembaga pengarah Unisel untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan pelajar
dan universiti itu.
Apakah
ini satu lagi langkah 'mi segera'?
Dalam
suasana pilihanraya yang semakin hampir apa pilihan yang kerajaan Selangor
ada.Boleh ke tidak boleh belakang kira.Janji sudah ditabur dalam kenyataan dan
ceramah diserata ceruk kononnya mereka ada cara untuk memberi pendidikan
percuma tanpa PTPTN.
Ramai
yang sedang mengintai telatah kerajaan pakatan pembangkang yang terbaru ini.
Siapa
yang boleh lupa pada kisah bagaimana Khairy Jamaluddin membidas
pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi
Ramli di Shah Alam pada malam 22 Mei lalu.
Pada
pengulungan perbahasan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,telah menghentam apa yang
didakwanya kekagalan mereka melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008 yakni
pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika.
Baginya
apa yang nak sembang tentang pendidikan percuma untuk pelajar institusi
pengajian tinggi sedangkan bagi murid tadika pun tidak tertunai.
Ingat
balik bagaimana dua hari lepas debat itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri
Selangor,Halimah Ali hadir pada Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012 di Shah
Alam.
Halimah
mengumumkan seramai 3,000 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di
Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang
berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.
Pemberian
bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan
Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya
umum pada tahun 2008.
![]() |
Papan tanda ajelah! |
Apapun
Halimah dengan tegas menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid
tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN.
"Saya
tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada
kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat
program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya memberi alasan.
Pada
awal bulan Mei Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata kegagalan
kerajaan Selangor menunaikan satu daripada janji pilihan rayanya wajar
menjadi "pembuka mata" kepada rakyat mengenai kredibiliti kerajaan
negeri terdiri gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.Ini
katanya termasuk janji untuk mengurangkan cukai pintu.
Menurut
beliau gelagat kerajaan Selangor itu membuktikan bahawa segala janji yang dibuat
sebelum ini hanyalah sekadar "fantasi" untuk meraih sokongan
pengundi.
"Mungkin
ada pihak yang termakan dengan janji-janji ini sebab bila sebut penurunan cukai
dan sebagainya memang merupakan sesuatu yang diterima oleh sebahagian daripada
pengundi.
"Saya
berharap semua orang akan sedar bahawa apa yang penting bukanlah janji tetapi
apakah janji itu mampu ditunaikan...antara janji dan realiti, antara sesuatu
yang mungkin dicakap sebagai percakapan politik, tetapi mereka tahu ia tak
mungkin dapat ditunaikan," katanya.
Sehari
sebelum itu Menteri Besar Selangor berkata keputusan untuk tidak melaksanakan
pengurangan cukai itu dibuat kerana keadaan ekonomi negeri itu belum mencapai
tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji itu dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Katanya
pengurangan hanya dilaksanakan tahun ini jika kerajaan negeri mempunyai
kewangan yang mencukupi kerana pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan
(PBT)juga memerlukan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab
kepada rakyat.
![]() |
Habuk pun tarak! |
Antara
janji-janji lain yang terkandung dalam manifesto PKR dan PAS ialah cuti
bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran
Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan
kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan
pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti.
Najib
berkata kerajaan Barisan Nasional sejak awal lagi telah menjangkakan bahawa
kerajaan Selangor tidak akan melaksanakan janji itu.
Beliau
berharap senario itu akan menjadikan rakyat lebih bijak dalam menilai
janji-janji parti politik dalam usaha memilih kerajaan yang benar-benar
bertanggungjawab.
"Sesuatu
yang dibuat sebelum pilihan raya diadakan atau waktu pilihan raya diadakan
bukanlah penilaiannya (kepada pengundi) tetapi (yang penting) kemungkinan
sesuatu itu dilakukan selepas pilihan raya," katanya.
Menteri
Pengajian Tinggi,Khaled Nordin berkata sememangnya sukar untuk
melaksanakan janji itu kerana semasa pilihan raya pembangkang membuat pelbagai
janji.
"Banyak
benda mereka janji, sudah tentulah tidak mampu dilaksanakan kerana ada banyak
yang perlu dipertimbangkan.
"Seperti
juga janji mereka untuk memberikan biasiswa percuma kepada semua, kalau semua
duit kita peruntukkan untuk pendidikan dan tidak cukup untuk membangunkan
ekonomi, pelajar keluar universiti nanti hendak kerja apa.
"Selagi
kita tidak diberi tanggungjawab, kita tidak akan faham segala masalah, isu dan
cabaran (berkaitan pentadbiran) jadi kita boleh bercakap dan berjanji sesuka
hati sahaja," katanya.
Setelah
empat tahun berlalu, ramai rakyat Selangor kedengaran merungut dan
tertanya-tanya apa istimewanya kerajaan pakatan pembangkang kalau hendak
dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional dulu.
Kata
mereka pusing kiri pusing kanan tidak nampak ada sesuatu yang 'sangat hebat' di
negeri ini.Apa
yang nampak ialah papan tanda propoganda di sana sini.Ini
menepati gelaran lucu 'kerajaan papan tanda' yang semakin rancak berlegar
sekarang
Saturday, June 9, 2012
![]() |
Akhbar Inggeris agen putabelit! |
PADA
25 Mei lepas, saya diundang merasmikan Bengkel Cyber Troopers Pemuda Barisan
Nasional (BN) Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Seperti biasa, saya
berucap tanpa menggunakan teks. Topik bengkel berkaitan langkah menangani
cabaran dunia siber. Luas dan umum sifatnya.
Dalam
ucapan selama kira-kira 30 minit itu, saya menyentuh banyak perkara. Antaranya,
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing. Slogan `Sabah
for Sabahan' yang dicanangkan pembangkang. Perjanjian 20 Perkara. Juga saya
sentuh mengenai pembangunan.
Saya
katakan, semua isu itu perlu diberi perhatian oleh generasi muda. Lebih
penting, ia perlu diperjelaskan kepada rakyat. Supaya rakyat tidak keliru atau
dikelirukan oleh pihak pembangkang.
Esoknya,
sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengambil isu 20 Perkara sebagai
tajuk utama di muka hadapan. Terkejut juga saya bila melihatnya. Sebab seingat
saya, saya cuma menyentuh hal itu secara sepintas lalu, kira-kira lima minit.
Saya mendapatkan akhbar lain. Ternyata tiada satu pun tulis mengenai 20
Perkara. Akhbar lain mengambil topik politik biasa dan isu pembangunan.
Di
situlah bermulanya polemik dan kontroversi. Akhbar yang sama menyiarkan reaksi
dan susulan, komen dan ulasan pelbagai pihak. Semuanya menghentam saya secara
peribadi.
Saya
mengingati kembali ucapan saya. Saya langsung tidak menyentuh soal `kesahihan'
20 Perkara sebagaimana yang tergambar dalam laporan akhbar itu.
Saya berucap
dalam Bahasa Melayu, tetapi apabila ditulis dalam Bahasa Inggeris, ia
barangkali dibuat berasaskan persepsi wartawan yang menulis, yang kemudian
dirumuskan mengikut kefahaman editor ketika membuat tajuknya. Sebab itulah,
tajuk yang dibuat tidak sama dengan isi yang ditulis dalam laporan tersebut.
Saya
memahami kebebasan media dalam konteks sistem demokrasi. Sebab itu, saya tidak
membuat penafian atau menyalahkan sesiapa. Dua hari selepas itu, saya sekadar
membuat penjelasan menerusi Bernama mengenai kedudukan dokumen 20 Perkara itu,
setelah membaca bermacam-macam komen negatif mengenainya, yang semuanya
bersifat emosi dan peribadi.
Di
dalam penjelasan itu, saya nyatakan bahawa penjelasan sebenar berhubung dokumen
20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia perlu dibuat
bagi mengelak parti pembangkang memperalatkannya untuk kepentingan politik.
Soal
kesahihan sebenarnya tidak berbangkit kerana pada hakikatnya, 20 Perkara itu
hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani. Dan ada antara
perkara tersebut yang telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia
dan Perlembagaan Negara.
Secara
peribadi, saya menerima dan menghormati segala pandangan dan komen yang
diberikan. Tapi apa yang boleh saya katakan bahawa sebahagian besar komen
tersebut bersifat emosional dan peribadi, bukan bersandarkan fakta atau prinsip
perundangan. Dalam isu serius seperti 20 Perkara ini, kita tidak seharusnya
tenggelam dalam emosi sehingga lupa apa sebenarnya yang diungkapkan.
![]() |
Perkara 20 yang menjadi benteng Sabah.. |
Saya
berasa agak sedih juga sebab ulasan-ulasan yang diberikan kebelakangan ini
sudah terkeluar daripada topik asal, sehinggakan ada yang meminta saya memohon
maaf, malah ada yang mendesak saya meletakkan jawatan. Itu semua tidak masuk
akal, dan didorong elemen politik.
Jika
diamati penjelasan yang saya telah berikan bahawa soal kesahihan 20 Perkara
tidak pernah berbangkit, maka komen atau ulasan hendaknya tidak berulang-ulang
mengenai `kesahihan' lagi. Lebih penting, komen seharusnya lebih fokus dan
mereka yang mengulas hendaklah memahami bahawa dokumen 20 Perkara itu bukannya
perjanjian, cuma memorandum.
Di
sini elok barangkali saya ringkaskan terjemahan saya mengenai apa yang disebut
dalam dokumen 20 Perkara.Terjemahan saya ini mungkin dipersetujui ataupun tidak
oleh pembaca. Ini adalah perkara biasa dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan
kebebasan memberi pandangan sesuai dengan sistem demokrasi. Saya hormati
sebarang terjemahan dan mungkin kita boleh "bersetuju untuk tidak
bersetuju."
Pada
saya secara umum, 20 Perkara merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan
parti-parti politik utama Sabah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan
(Inter-Governmental Committee) yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan
merangka draf Perlembagaan baru untuk Persekutuan Malaysia yang baru dengan
mengambil kira perlindungan dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak.
Memorandum
20 Perkara ini merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima yang
Pakatan parti-parti politik Sabah mahukan. Wakil-wakil Sarawak juga telah
bentangkan Perkara 18 mereka untuk tujuan yang sama.
Saya
mendapati Jawatankuasa IGC sudah menggabungkan atau memasukkan
perlindungan-perlindungan Perkara 20 dan 18 ini bila mereka membuat
pindaan-pindaan relevan terhadap Perlembagaan Malaya ketika itu. Semua
pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di dalam Bab 3 Laporan
Jawatankuasa IGC ini.
Dari
sisi undang-undang, saya rasakan Perkara 20 sebagai memorandum perkara-perkara
minima untuk perlindungan khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah dokumen
undang-undang yang boleh mengikat atau berkuasa. Ianya cuma relevan untuk
menjadi bahan rujukan apabila Mahkamah tidak boleh menafsirkan Perlembagaan
Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia secara tepat.
Artikel
8 dalam Perjanjian Malaysia pula teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan
Malaya, Sabah dan Sarawak untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun
eksekutif untuk merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B)
sekiranya ia tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia.
Oleh itu, sekiranya salah satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh
Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di dalam pengesyoran Bab 3 Laporan IGC,
maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke tahap itu. Hak-hak yang termaktub di
dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan IGC yang menjadi sumber asas untuk
Perjanjian Malaysia dan seterusnya Perlembagaan Malaysia.
Sebagai contoh, salah satu Perkara 20 yang tidak direkodkan ke dalam Laporan
IGC merupakan Perkara No. 3 yang mengharuskan setiap pindaan terhadap
Perlembagaan Sabah perlu mendapat persetujuan rakyat (melalui referendum).
Namun ini tidak dilihat di dalam Laporan IGC. Maka dengan itu, Perkara 3 ini
tidak lagi relevan untuk masa sekarang.
Kita seharusnya mengkaji Bab 3 dari Laporan IGC untuk mengenal pasti
pengesyoran mana yang belum lagi dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan
kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dan bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana
ia bukannya dokumen undang-undang yang relevan untuk masa kini.-8/6/2012 - OLEH
SALLEH SAID KERUAK,TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH DAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN
NEGERI SABAH
Friday, June 8, 2012
TIDAK keterlaluan jika
dikatakan bahawa isu Scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh
pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan dating kerana kebanyakan isu-isu
lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana
terlalu mudah untuk dipatahkan.
Tetapi, apabila sesuatu isu
membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam Scorpene
dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan
rakyat.
Alasan seperti bukti tidak
boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan
pembangkang mempermainkan rakyat. Justeru, segala tuduhan dibuat
sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa.
Memetik kata-kata Cynthia
Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik
kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat
Perimekar.” Jelas, jumlah yang menjadi
pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.
Tetapi, apabila pihak
kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat
penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM
tiba-tiba menukar angkanya.
Kini, angka yang disebut
sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1
bilion atau RM3.8 billion pula. Menurut
SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa PM Najib, pada ketika itu Menteri
Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd
sebagai komisyen.
Adalah penting untuk kita
memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil
pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terperangkap bohong.
Perlu diingatkan bahawa
nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion. Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene
termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO
969.15 juta. Selebihnya EURO114.96 juta
ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan
sokongan.
Kesemua dokumen jual beli
dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan
sebagai bukti.
Jika benar PM Najib ada
meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan
secara percuma kepada Malaysia. Ini
kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai
iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:
USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.
Memandangkan keseluruhan
bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran
yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam
hanyalah ilusi semata-mata.
Nampak benar SUARAM hanya
bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang
berminat untuk menghalusi fakta dan angka.
Sudah sampai masanya rakyat
Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar
tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan
semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.
![]() |
Terima kasih Khalid kerna bantu Selangor! |
SESEKALI Khalid Nordin
bersuara,pencacai PKR dan pembangkang lain tidak tentu arah dan Kahlid mula
dituding dan dicerca berbagai sedangkan apa yang Khalid Nordin lakukan adalah
untuk membantu kelicinan perjalanan pemerintah PKR di Selangor malah tanpa
Khalid Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi,kerajaan Serlangor tidak mungkin
dapat melaksanakan janji mereka untuk memberikan pendidikan percuma bermula di
UNISEL.
Khalid,Anwar dan sesiapa
sahaha harus mengucapkan terima kasih kepada PM Najib dan juga Khalid Nordin
kerana keputusan yang dibuat mengelakkan kepimpinan Selangor terjebak dal;am
munafik tetapi Kerajaan Selangor sudah mula menggelabah.Perangkap yang mereka
pasang menjerat mereka sendiri.
Mereka ingat isu pendidikan
percuma boleh memerangkap kepimpinan Najib sebab itulah selama ini mereka
bersungguh-sungguh termasuklah menghasut para mahasiswa untuk berkhemah di
Dataran Merdeka menolak skim PTPTN dan Anwar terpekik terlolong menjaja sistem pendidikan
percuma andainya mereka memerintah dan juga membakar mahasiswa setipa hari
supaya tidak membayar pinjaman PTPTN.
Namun tidak sampai dua hari
kerajaan membekukan pinjaman untuk pelajar-pelajar baru UNISEL,Khalid Ibrahim
sudah mula berkira-kira untuk menjual harta kerajaan negeri Selangor dan ayam
katek yang lemah gemalai Rafizi mula menyerang keputusan kerajaan itu.Sepatutnya
mereka ini menyokong tindakan kerajaan itu yang meluruskan segala jalan sulit
mereka selama ini untuk memberikan pendidikan percuma di Selangor.
Keputusan Khalid itu juga
satu tamparan hebat kepada Anwar,keputusan yang memalukan Anwar yang selama ini
begitu yakin mampu memberikan pendidikan percuma namun ternyata Anwar,Rafizi
dan sesiapa sahaja yang selama ini berjuang kononnya untuk menghapuskan skim
PTPTN itu merupakan satu pembohongan semata-mata dan segala tindakan mereka itu
hanyalah umpan politik untuk meraih sokongan mahasiswa.
![]() |
KPT tolong tunaikan janji Anwar! |
Adakah dana Selangor yang
Khalid cairkan itu untuk dijadikan bantuan tidak perlu dibayar balik oleh
pelajar?Kalau pelajar perlu bayar balik,apa bedanya dengan PTPTN itu?Andainya
pelajar tidak membayar apa yang diberikan oleh Selangor kepada mereka,bagaimana
pula tindakan kerajaan negeri?
Khalid perlu menyalahkan
kegilaan Anwar dan para barua-barua yang sebelum ini begitu hebat menekan
kerajaan pusat supaya membatalkan PTPTN dan mempertikaikan keputusan kerajaan
itu seperti mereka meludah kelangit dan akhir mereka terpaksa menelan kahak mereka
sendiri.
Tindakan PTPTN perlu kita
sokong dan dianggap sebagai bijak kerana apa gunanya memberikan pinjaman kepada
seseorang yang pasti tidak akan membayarnya balik malah kerana keengganan
mereka ini membayar balik pinjaman tersebut akan memberikan kesan jangka
panjang kepada kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar lain.
Khalid perlu ingat bahawa
hanya pinjaman di UNISEL sahaja yang dibekukan oleh kerajaan kerana rata-rata
pelajar di UNISEL itu tidak bertngganungjawab,mereka menangis meraung masa
meminjam dan bersetuju dengan apa sahaja syarat yang ditetapkan oleh pihak
PTPTN tetapi bila sampai saat membayar,mereka enggan bayar balik kerana dihasut
oleh petualang negara bernama Anwar Ibrahim.
Hari ini pelajar jadi mangsa
kebobrokan serta penipuan yang dilakukan oleh pembangkang.Suara yang mereka
luangkan selama ini untuk memberikan pendidikan percuam kepada pelajar hanyalah
suara iblis semata-mata dan akibatnya
pelajar-peljar yang tidak mampu terpeksa berdepan dengan seribu
kuslitan,kesulitan yang dipta oleh pemimpin idola mereka.Padan muka!
Namun adakah rakyat Selangor bersetuju segala harta
kerajaan dicairkan untuk dijadikan wang bagi membiayai pelajar-pelajar yang
mula mendaftar untuk memasuki UNISEL ini kerana harta yang Khalid mahu cairkan
itu bukan harta mak bapak Khalid tapi itu harta rakyat Selangor.
Ini juga saat kerajaan
Selangor menunaikan segala janji-janji mereka seperti yang tertulis dalam Manisfesto
PRU12 untuk memberikan pendidikan percuma hingga ibu bapa terpedaya dengan
mengundi mereka hingga membolehkan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor
malah inilah ujian pertama kerana selepas ini akan banyak lagi keputusan kerajaan
yang tidak akan memihak kepada Khalid dan kerajaan pimpinannya.
Apa agaknya reaksi Anwar dan
rasanya ini bakal kenyataan dia…serahkan Putrajaya kepada kami,kami akan
hapuskan segala bentuk pinjaman membabitkan pelajar dan akan memberikan
pendidikan percuma daripada tadika hingga ke peringkat tertinggi…Bab bohong
Anwarlah pakarnya…
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
2136402
Bila Keris Di Asam Limau

- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-