Monday, May 14, 2012

Mereka menyokong pesalah undang-undang..
SUHAKAM bukan lagi badan bebas malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini sudah terjebak malah menjebakkan diri dalam politik kepartian dan ada angggota mereka berselindung di sebalik nama Hak Asasi sedangkan dalam masa yang sama sedang mencucuk jarum serta memainkan peranan untuk Suruhanjaya ini menjadi tunggangan kepada pembangkang.

Suruhanjaya Hak Asasi ini yang sepatutnya berfungsi sejajar dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada dalam konteks Negara Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dan  Raja Berperlembagaan sudah tergelicir dari landasan asas penubuhan mereka kerana suruhanjaya ini lebih mengambil pendekatan hak asasi Negara barat untuk diaplikasikan dalam Negara ini.

SUHAKAM menyokong gerakan Bersih untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan kerana kononnya itu adalah hak asasi rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka,Suhakam menyokong kempen LGBT kerana kononnya rakyat berhak memilih selera nafsu masing-masing sedangkan Islam adalah agama Persekutuan yang ada halal dan haramnya.Atau adakah Suhakam ini kumpulan haramjadah?

Kita hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong pesalah undang-undang?Mereka boleh menyokong penjenayah,mereka boleh mengenepikan undang-undang sedia ada kononnya kerana mahu mempertahankan hak asasi.Kita juga hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong rusuhan yang berniat untuk menggulingkan kerajaan dan kita lagi hairan,kerajaan seperti tidak pedulia dengan tindakan Suhakam yang semakin menyelwenag peranan dan tanggungjawab mereka?Makan gaji butakah mereka ini?

Lebih malang lagi Pesuruhjaya Suhakam adalah orang Islam tetapi dalam masa yang sama menyokong segala gerakan seks bebas sedangkan dalam Islam adalh haram kahwin sejenis,lesbian,gay,biseksual dan transesksual namun inilah yang Pesuruhjaya beragama islam ini sokong dan galakkan.

Empat ahli SUHAKAM penyokong kuat pembangkang?
Suhakam sudah jadi badan yang cukup mengarut dan tidak pelik juga kerana empat orang anggota Suhakam tersebut dilihat begitu condong menyokong parti pembangkang dan sebab itulah apa sahaja yang pembangkang lakukan walaupun tidak mendapat sokongan majority rakyat tetapi akan disokong oleh Suhakam,mereka ini akan meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan serta agensi penguatkuasaan lain.

Mereka akan bersungguh menyiasat ataupun membuat pendengaran awam dan selepas itu mereka akan buat keputusan mengecam kerajaan ataupun polis kerana tindakan melanggar hak asasi manusia ataupun rakyat Negara ini malah sejak penubuhan Suhakam,mereka ini dilihat  sebagai antara penyumbang kepada kemusnahan tamadun bangsa di Negara ini dan menjadikan Negara lebih huru hara.

Setakat ini tidak ada keputusan mereka menyebelahi rakyat terbanyak ataupun kerajaan,mereka lebih menjaga hak asasi pembangkang daripada hak asasi rakyat lain yang berjuta lagi membenci segala keganasan dan kerosakan yang pembangkang lakukan dan kesempatan kerana ada empat orang anggota Suhakam yang menyokong.pembangkang sentiasa diberikan tonik untuk menyegarkan gerakan pengkhianatan mereka terhadap agama,bangsa dan Negara ini.

Sikap Suhakam yang terlaku memberikan muka kepada pembangkang cukup memualkan dan mereka juga dilihat mahu menjadi satu badan politik sedangkan asas penubuhan mereka yang bernaung terus di bawah DYMM YDP Agong adalah sebaliknya dan hak asasi seperti yang disebutkan awakl tadi haruslah berpkasi kepada tamadun ataupun budaya dan agama anutan ramai di Negara ini.

Pesalah undang-undang yang dibela Suhakam..
Sikap berat sebelah Suhakam cukup ketara.mereka bukan jadi agen ataupun pelaksan mempertahankan hak asasi manusia tetapi mereka telah bersama-sama menjadi penceroboh menganggugugat hak asasi ramai dan kalau beginilah sikap serta tingkah laku Suhakam,mereka tidak layak untuk bersuruhanjaya di Malaysia ini.

Kalau Majlis Peguamnya yang kita sifatkan sebagai ladang menghimpunkan golongan pengganas bertauliah dan perlu dibubarkan,Suhakam juga perlu diambil tindakan merombak struktur ahli-ahli Suruhanjaya mereka.Bak kata sendaan,mereka ini `menghabihkan boreh’ semata-mata dan kalau diumpamakan mereka ini seperti malukut tepian gantang,ada tak menambah,tiada tidak mengurang.

PM Najib harus mengadap semula DYMM YDP Agung untuk mengambil  titah Tuanku bagi merombak struktur kepimpinan suruhanjaya ini bagi digantikan dengan kepimpinan baru yang benar-benar menjiwai aspirasi rakyat,undang-undang dan kedudukan Negara ini malah lebih penting Suhakam bukan sahaja dilihat bebas tetapi perlu menjadi bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh ataupun tekanan politik.

3 comments:

Anonymous said...

BUBAR SUHAKAM....BUBAR 'MAJLIS PEGUAM'...mengabihkan boreh je...

Anonymous said...

Apa nak kata bro..Negara yang sudah sekian lama MERDEKA...masih mempunyai rakyat yang minda dan kehidupan nya masih dijajah.Yang kononnya bebas namun berfahaman PENJAJAH..

Ada baiknya mereka yang mengadaptasikan budaya dan fahaman barat nie berambus je dan tinggal di negara2yang mereka Agung2kan tu.

Untuk maju Negara menggalakkan pengimpotan TEKNOLGI bukan budaya yang menjahanamkan.Tak pernah Merdeka diorang nie.

Anonymous said...

Mereka lakukan semua ini oleh kerana cemburu kepada pemerintahan Melayu dan Islam..kesimpulanya mereka anti Melayu/Islam.

Allah hidupkan semula Persewkutuan Tanah Melayu.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers