Monday, May 14, 2012

K.Partiban mula menelanjangi keganasan Khalid!
BALA datang bertimpa-timpa dalam pentadbiran Khalid Ibrahim seolah-olah membayangkan beliau adalah Menteri Besar yang paling majal dalam sejarah institusi Menteri Besar Selangor dan mungkin kerana sekian lama beliau menipi rakyat Selangor dan segala janji yang terkandung dalam Manifesto PRU12 dan hingga kini gagal dilaksanakan,Khalid ditimpa bala demi bala ini.

Sejarah petadbiran Khalid Ibrahim penuh dengan kekotoran,bermula ketegangan hubungannya dengan Istana Selangor,pemecatan Hassan Ali sebagai Exco dan ahli PAS,proses memurtadkan orang Islam di negeri itu, rakyat juga belum lupa kisah bersekedudukan ADUN bukit Lanjan hinggga tersebar gambar bogel Elizabeth Wong,rakyat juga masih belum lupa bagaimana rompakan pasir berlaku secara berleluasa,rakyat juga belum lupa segala janji yang parti mereka taburkan demi mahu memenangai pilhanaraya tapi sampai kini tidak tertunai,rakyat juga semakin memerhatikan bagaimana kekayaan negeri diagihkan sesama kroni.

Rakyat semakin hari semakin muak menelan segala pembohongan kerajaan pimpinan Khalid malah sejak zaman pemerintahan Khalid pusat maksiat tumbuh bagai cendawan dimusim hujan.Rumah urut dan ousat pelacuran bersepah didirikan dan Khalid demi menjaga undid an kedudukannya terus menggadaikan prinsipnya sebagai orang Islam.

Paling malang lagi bagi Khalid bila orang yang disebut-sebut bakal menggantikannya Azmin Ali dilanda kontraversi kononnya penemuan gambar aksi lucah yang dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR itu dan kini Khalid terdedah pula kepada amukan serta tekanan daripada rakyat Ijok, DUN yang beliau wakili bila lebih 200 penduduk di Kampung Baru Ijok, di sini berdemonstrasi secara aman kerana kecewa dengan pentadbiran  Khalid Ibrahim yang gagal menjaga kebajikan mereka.

Demonstrasi diketuai , K Parthiban dan beberapa ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendesak Abdul Khalid segera menghentikan sebuah projek pembinaan perumahan yang kini didakwa menceroboh kawasan lapang yang diwartakan sejak 2007.Adakah Khalid ini memang jenis yang suka menceroboh?

Penduduk yang membawa pelbagai sepanduk menyuarakan perasaan tidak puas hati, kesal pembinaan projek perumahan itu bukan saja menyebabkan mereka kehilangan padang awam, malah turut menjejaskan keluasan sebuah kuil tidak jauh dari situ.

Mereka turut mempertikaikan kewibawaan Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok kerana didakwa sukar ditemui dan jarang turun ke kawasan berkenaan untuk mendengar masalah pengundi.

 Parthiban berkata, pada 2007 kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) agar menghentikan projek itu dan memperuntukkan tanah seluas 0.8 hektar sebagai kawasan lapang untuk kegunaan orang ramai.

“ Sebaik pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan, keadaan berubah apabila projek itu diteruskan dan padang awam menjadi mangsa malah sebuah kuil yang didirikan berdekatan juga terjejas berikutan pembangunan itu,” katanya.

Rakyat Ijok mula muak dengan Khalid...
 Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya peka dan tidak  membelakangkan kepentingan ramai terutama apabila padang awam dan pondok rehat penduduk turut menjadi mangsa dan penduduk yang mengadakan demonstrasi secara aman bermula jam 10 pagi itu turut mendakwa tindakan pemaju meletakkan sekeping notis supaya penduduk mengosongkan pondok rehat yang dibina sejak berpuluh tahun lalu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Kelab Warga Tua Ijok, Tan Lin Tick, 65, berkata notis berkenaan tidak dipamerkan secara wajar sebaliknya diletakkan di pondok mereka berehat tanpa mengambil kira pandangan penduduk setempat. 

Selama ini Khalid sering menyalahkan kerajaan BN sebelum ini malah melabelkan kerajaan BN adalah perampas tanah rakyat tapi jelas Khalid umpama biawak yang lidahnya bercabang dua malah lebih zalim daripada kerajaan Yahudi. 

1 comments:

Jawa Bernam said...

salam bang..

tolong link blog

http://jawaber6.blogspot.com/

tq

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers