Friday, May 11, 2012

Ilmunya barangkali belum cukup?
BERSIH 0.3 sudah berlalu dan telah banyak meninggalkan kerosakan dan kemusnahan sistem pada negara malah PM Najib sendiri setelah disahkan oleh pihak berkuasa mendedahkan bahawa demontrasi yang berlaku itu adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dengan mahu menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir dan dari dataran ini mereka akan jadikan ianya penanda aras untuk mendesak Najib mengosongkan Putrajaya.

Bila PM Najib bercakap,itu menandakan ada gerakan terancang serta cukup bahaya dan patut ada tindakan susulan yang keras bagi mengajar mereka ini mengenal batas sempadan serta undang-undang sedia ada malah  pihak polis sendiri pun mengesahkan bahawa demontrasi Bersih itu berniat jahat,busuk dan buruk sifatnya.

Walaupun ada Perintah Mahkamah tetapi kumpulan pengganas yang diketuai oleh Anwar,Ambiga,Azmin tetapi sehingga ke hari ini tidak ada satu pun tangkapan dibuat terhadap penderhaka ini dan polis hanya memburu pengikut yang telah diperbodohkan oleh penderhaka seperti Anwar,Azmin dan Ambiga ini.Seolah-olah rusuhan itu dianggap sebagai anak-anak `main pondok-pondok’ ketika kecil sambil tangkap belalang!

Malah pihak Peguam Negara pun dilihat hanya mendakwa` anak-anak bilis’ sedangkan jerung masih bebas berlegar di dalam Negara dan bebas pula untuk keluar Negara pada bila-bila masa.Kita jadi hairan bila pihak polis seperti `takut dan bimbang’ untuk mengambil tindakan terhadap manusia pengkhianat ini malah `bapa kera dan monyet’ ini dilihat juga seperti kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Kalau siasatan sudahpun dibuat oleh pihak polis dan kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tujuan Pendakwaan namun yang didakwa hanyalah bekas askar pencen dan peguam yang lulus undang-undang secara meniru kerana Peguam ini melanggar perintah mahkamah.

Cukup senang polis diperlekehkan!
Prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang Dan Keluhuran Perlembagaan mungkin tidak terpakai terhadap penderhaka-penderhaka ini dan pejabat Peguam Negara yang difahamkan didokong oleh sebahagian besar penyokong parti pembangkang sedang melambat-lambatkan proses pendakwaan yangf sepatutnya sudah dilakukan.

Berbeza dengan tindakan yang diambil terhadap suami Shahrizat Jalil iaitu Mohamad salleh kerana sebeum subuh lagi pihak polis sudah pun menunggu di depan rumah bekas Menteri itu untuk menangkap dan mendakwa serta merta suami Shahrizat itu walaupun suami Shahrizat bersedia untuk datang secara sukarela ke mahkamah.

Pun dalam kes itu Shahrizat sendiri menawarkan diri untuk membawa suaminya ke mahkamah tetapi mungkin kerana ada niat untuk memalukan Shahrizat sekeluarga.saat fajar belum menyingsing keretab peronda polis sudah menunggu di luar pjntu rumah beliau dan kalaulah perkara yang sama dilakukan terhadap Ambiga,Anwar dan juga Azmin barulah kita yakin bahawa undang-undang tidak mengenal siapa.

Banyak kes melibatkan pemimpin UMNO dan juga kerajaan,pihak Peguam Negara cukup efisen,polis hebat serta cekap melengkapkan kertas siasatan dan tidak perlu menunggu lama untuk mendakwa mereka ini di mahkamah tetapi dalam kes Bersih 0.3 ini walaupun terbukti dengan segala rakaman CCTV Anwar,Ambiga  dan Azmin masih tidur lena di rumah dan bebas bergerak ke mana sahaja seolah-olah mereka ini tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ketua Penderhaka dan Ketua Pengkhianat Negara..
PM Najib seolah-olah bercakap dengan tunggul kayu.Cakap Najib bagaikan tidak laku,Najib seolah perdana Menteri yang tidak mempunyai apa-apa kuasa  bila beliau merndedahkan kumpulan pengkhianat ini berniat jahat iaitu mahu merusuh dan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.Ini sekalgus bukan sahaja penentangan terhadap demokrasi itu tetapi juga penentangan terhadap DYMM YDP Agung.Kumpulan ini tidak jauh bezanya dengan Al-Maunah ataupun Al-Arqam,mereka ini cukup merbahaya kepada agama,bangsa dan Negara.

Yang polis tangkap dan Peguam Negara dakwa adalah perusuh yang telah diberikan minuma keras oleh penganjur,barangkali yang khayal dengan pil-pil dadah sehingga mereka ini sama sahaja seperti anjing menyalak di sana-sini dan salakan mereka bercempera di Dataran Merdeka,Jalan Raja Laut,jalan Tunku Abdul Rahman dan juga di KLCC.

Add caption
Kita melihat dengan jelas ketakutan polis dan juga pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan pada nama-nama besar yang mengepalai rusuhan serta tunjuk perasaan ini dan pejabat Peguam Negara serta pihak polis seolah-olah berada dibawah tapak kaki kumpulan penderhaka ini kerana jelas mereka tidak berani ataupun tiada upaya ataupun tiada undang-undang yang boleh memberkas mereka untuk di bawa ke muka pengadilan.

Atau barangkali Peguam Negara dan juga Ketua Polis Negara juga bersetuju dengan tindakan kumpulan ini merusuh sehingga boleh menumbangkan kerajaan?Dan sebab itulah mereka ini diberikan imuniti daripada sebarang tindakan.?Sehingga ke hari ini,saya masih yakin dan percaya bahawa bukan kepentimngan rakyat yang pihak polis ataupun Peguam Negara dulukan,mereka dilihat lebih menjaga kepentingan Anwar,Azmin dan Ambiga.

6 comments:

Geng ParangTer....... said...

Memeng betul laa.Aku pun perasan jugak perkara ni...Mama Keling dan Anu..ar..selamba je buat kecoh terang2 dan langgar perintah mahkamah lagi takde ape-ape pun....aku pun nak sokong dan undi mangkuk nilah kalau macam ni besok kalau aku merempit takkan nak tangkap kot ......kalau ada perintah mahkamah pun aku tak kesah sebab kalau nak tangkap aku dan masuk mahkamah aku nak soal Tuan Hakim Yang Bijak Sana kenapa tak dia orang tak tangkap berok 2 ekor tu kerana terang-terang lagi mereka tak patuh perintah mahkamah dan satu dunia pun tahu.....

Anonymous said...

Teringat zaman Tun M tahun, tegas tak kenal bulu

Anonymous said...

walau pun pembangkang belum lagi jadi pemerintah negara, nampaknya dah banya area dah mereka dah cover. selain mahkamah, hari tu aku tengok kat youtube squad posmen pejabat pos turut berdemo bersih 3.0. mungkin ada banyak lagi kalau blogger keluarkan. kerajaan terlalu passive dengan pembangkang. aku pun tak faham kenapa kerajaan terlalu takut dengan mangkok hayun dua ekor ni.

Anonymous said...

biar la peguam negara nak dakwa ker tidak. Itu ada lah hak Peguam negara sendiri. Kita jangan masuk campur urusan pegawai2 ini. Ada lah taktik yang kerajaan nak gunapakai tu.

Anonymous said...

DICEMOH/DIHINA/DICACI adalah tektik kotor yg sangat berkesan untuk melemahkan semangat untuk menegakan keadilan.. Mungkin juga pihak POLIS sudah terkena penyakit lemah semangat kerana selalu dihina dan dicaci.

Anonymous said...

SILA KAJI TRACK REKOD, SEPANJANG DUA TAHUN KEBELAKANGAN INI, PEGUAM NEGARA DAN PDRM TIDAK BERTINDAK TEGAS DENGAN ANWAR TERUTAMANYA. TETAPI KALAU KENA DIPIHAK BN, MEREKA CEPAT-CEPAT HENDAK TUNJUK MEREKA CEKAP. KENAPE BOLEH BERLAKU PERKARA SEPERTI INI? ADAKAH MEREKA SENGAJA? ATAU TIDAK MENDAPAT ARAHAN DARI dATUK NAJIB, ATAU DATUK NAJIB SENDIRI YANG TIDAK TEGAS? ATAU MEREKA SENGAJA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN KERANA BEREMOSI MENYOKONG PEMBANGKANG? BN DAN DATUK NAJIB SENDIRI YANG BOLEH MENJAWAB HAL INI.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers