Thursday, May 10, 2012

ADA sesiapa yang boleh beritahu Saifuddin Abdullah Timbalan menteri Perngajian Tinggi supaya berhenti bercakap kerana setiap kali beliau buka mulut untuk mengulas sesuatu isu,mulutnya cukup busuk kerana mempertikaikan apa sahaja keputusan kerajaan yang mana beliau sendiri adalah anggota pentadbirannya.

Beliau sering mencetuskan kontraversi dan suaranya dalam kabinet atau kerajaan melambangkan suara pembangkang dan beliau juga dilihat mengambil kesempatan untuk dilihat sebagai hero dan merelakan dirinya untuk menyokong sebarang gerakan ataupun  keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Tidak ada yang hebat untuk ditandakan kepada Timbalan menteri pengajian Tinggi ini kecuali sebagai racun yang sedang menyerap ke setiap urat nadi dan selagi beliau berada dalam kerajaan serta parti,Saifuddin adalah boleh diumpamakan sebagai serangga perosak yang boleh membunhuh pohon 1MNalaysia yang digagaskan oleh PM Najib.

Sebelum ini beliau menyokong mahasiswa menyertai demonstrasi Bershi 0.3 yang kotor segala-galanya dan terbaru beliau mempertikaikan pula perlantikan Hanif Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas dan tindakan terbaru Saifuddin ini ternyata mempertikaikan keputusan cabinet yang bersetuju dengan senarai Panel Penasihat itu.

Kita memang tidak berminat untuk menulis tentang Saifuddin ini tetapi memandangkan tindakan-tindakan beliau semakin hari semakin lari dari prinsip asas sebagai anggota pentadbiran kerajaan yang sentiasa menyanggah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri,maka jelaslah Saifuddin adalah antara musang berbulu ayam dan api dalam sekam yang Najib bela dalam kabinet yang beliau pimpin.

Budaya Politik Baru yang kononnya Saifuddin perjuangkan ini bukan satu penanda aras baru dalam gerakan politik kebangsaan dan kalau beliau merasakan semua tindakan kerajaan salah maka wajarlah beliau sendiri meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri ataupun sebagai Ahli Parlimen Temerloh.

Siapa Saifuddin untuk mempersoalkan perlantikan anggota Panel Bebas itu?Mengapa Saifudin bercakap tentang sesuatu yang bukan dalam bidang atau kepakaran  beliau malah Panel Bebas ini langsung tidak ada kena mengena dengan kementerian yang beliau anggotai?

Berdemo bersama mahasiswa yang sewel!
Saifudin juga dilihat telah berjaya dijadikan alat ataupun perkakas oleh pembangkang dan juga portal pro pembangkang untuk menyerang kerajaan dan bagi Saifudin mungkin beliau merasakan bahawa beliau adalah Timbalan Menteri yang cerdik kerana sering mendapat liputan tetapi tanpa beliau sedar beliau sedang diperbodohkan.

Atau mungkin juga Saifuddin sedang mencari glamour yang tersendiri dan menggunakan akhbar ataupun portal untuk mempromosikan diri beliau dan bagi mencapai glamour itu,beliau tidak peduli walaupun terpaksa menyerang kerajaan dan parti yang beliau sendiri menjadi Timbalan Ketua Bahagian.

Saifuddin tidak layak lagi untuk berada di dalam kerajaan malah jauh sekali memberikannya tempat untuk bertanding dalam PRU13 akan datang dan beliau memang layaklah kalau memilih untuk bertanding atas tiket PKR kerana Anwar Ibrahim adalah idola serta ikon beliau dari zaman belia lagi.

Saifuddin jangan jadi seperti anjing,dilepas kala tersepit tetapi menggigit balik bila sudah bebas…Ahli UMNO masih tidak boleh memaafkan Saifudin yang bersekongkol dengan mahasiswa gila yang menurunkan gambar PM Najib di PWTC...

3 comments:

usin said...

sabar. tak lama dah. nama beliau takde dalam senarai calon bn utk pru13. sekarang dah boleh isi borang keahlian pkr. anwar boleh bagi nombor keahlian special lg.

Anonymous said...

I sincerely hope that Saifudin no longer be the winable candidate...biar dier rasa

Anonymous said...

saya sarankan YB Saifuddin ikut jejak langkah Tan Sri Kadir Sheikh Fazir...buat apa jadi gunting dalam lipatan?..Tak salah sekirannya mengeluarkan pendapat sendiri tetapi apabila mempertikaikan banyak perkara yang boleh dianggap bertentangan dengan arahan kerajaan maka lebih baik 'join' mereka di sebelah sana...

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers