Wednesday, April 18, 2012

Begini sekali Najib dihina!
EDIT atau tidak gambar ini,`super impose' atau sebagainya adalah merupakan satu tindakan yang paling kurang ajar dan biadap andainya ia dilakukan oleh generasi muda hari ini dan ternyata tangan sesiapa yang menjadikan gambar PM Najib dalam keadaan ini sudah hilang jati diri Islamnya.

Kalau yang mengerjakan gambar sebegini adalah dari kalangan orang-orang Islam,maka sudah wajarlah kita mempersoalkan akidah mereka dan sepatutnya mereka ini bertaubat dan memohon maaf  kerana penghinaan sebegini sudah melampaui tahap sebagai orang Melayu Islam.

Gambar sebegini muncul tatkala demo PTPTN dan anak-anak Melayu yang diperalatkan menjadi begitu bangga untuk menghina pemimpin Melayu malah bukan sahaja gambar Najib diposekan dalam keadaan begini,gambar Khaled Nordin juga dikalungkan seperti orang India mati.

Andainya mereka mahu menang sekalipun dalam PRU13 atau mahu tuntutan mereka dipenuhi,takkanlah sampai begini tindakan mereka atau kumpulan mahasiswa yang berarak sebelum ini telah dijamu dengan minuman keras ataupun disuntik dadah hingga mereka berani dan sanggup bertindakan sedemikan rupa,?

Nampak jelas niat mereka bahawa isu PTPTN bukan perkara utama untuk mereka demokan.Mereka ada niat lain yang tersembunyi,pelajar-pelajar yang separuh matang ini dipergunakan semaksimum mungkin oleh pemimpin yang mempunyai kepentingan diri untuk mengkacaubilaukan Negara dengan menjadikan isu PTPTN sebagai alternative sedangkan hakikatnya mereka cuba menggerakkan gelombang demonstrasi menjelang PRU13 nanti.

Golongan mahasiswa menjadi seperti golongan yang dirasuk syaitan.Mereka jadi Pak Turut dengan upahan gula-gula yang tidak seberapa.Mereka menunut dihapuskan PTPTN tetapi dalam masa yang sama,mereka inilah yang menghabiskan pinjaman itu untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Mereka didoktrinasikan dengan cerita-cerita palsu dan gambaran yang buruk-buruk  tentang kerajaan dan PTPTN oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya malah gerombolan mahasiswa (ada juga yang menggelarkan mereka sebagai mahasisewel) dilihat sebagai makhluk haus yang baru turun di bumi ini tanpa mengetahui apa-apa dan menurut sahaja arahan serta perintah daripada manusia bangsat yang berkepentingan.

Atas nama PTPTN,mereka berdemo tetapi sepanduk yang dijulang mereka bukan PTPTN semata-mata.kata-kata yang mereka laungkan bukanlah penghapusan PTPTN tetapi lebih kepada menghina kerajaan serta pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Segala ungkapan dan sepanduk yang mereka tayangkan langsung tidak relevan dengan isu yang kononnya mereka perjuangkan.Mereka berkhemah di Dataran Merdeka,sesuatu yang tidak masuk akal kalau ianya untuk menuntut pemansuhan PTPTN yang mana mereka sepatutnya berarak ke Parlimen bagiu mendesak PTPTN itu dihapuskan.

Sudah ada yang membayangkan bahawa mahasiswa ini adalah sekelompok anjing belaan yang kerja mereka hanya untuk menyalak dan akan dilepaskan daripada kandang dan mereka ini bukan lagi bertaraf mahasiswa tetapi telah menghina nilai intelektual yang sepatutnya ada dalam diri mereka.

Kumpulan mahasiswa ini juga menjadikan mereka sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur dan dalam masa yang sama mempunyai akal pendek bagi mencatur kehidupan masa depan mereka dan mahasiswa seperti Adam Adil yang dibuang dari UPSI itu adalah gambaran kepada betapa bodohnya kolej ataupun university yang mempunyai pelajar-pelajar seperti ini malah anak-anak Tadika lebih cerdik dan bijak pandai daripada mereka ini.

Menyedari kebodohan yang ada dalam diri sebahagian mahasiswa ini,Anwar dan para baruanya mengekspolitasikan kebodohan mereka itu untuk dijadikan mereka ini sebagai pejuang bagi mencapai hasrat Anwar ke Putrajaya.

Bertebaranlah anak-anak  Melayu yang sepatutnya bertungkus lumus di menara gading menjllat serta mencium bontot Anwar dengan harapan mereka akan dinobatkan sebagai  pejuang sedangkan hakikatnya mereka sedang bersama-sama dengan kumpulan pengkhianat untuk menhancurkan Negara ini dan membunuh kepimpinan Melayu.


4 comments:

Anonymous said...

Inilah padahnya jika menurut kehendak minoriti yang melampau2.Salah pemerinah yang bagaikan hilang pegangan .. Berpijaklah dibumi nyata..dan berpandulah dengan kitabullah nescaya kepincangan yang kononnya arus kemajuan dan bertamaddun itu hanyalah gambaran yang membawa kehancuran.Selarikan dengan AQ insyaAllah yang bathil tu akan hapus.Cukup2lah berlembut...memenuhi khendak segelintir perosak belum tentu membawa kejayaan.

Anonymous said...

SAYA SANGAT SETUJU DENGAN KOMEN DI ATAS,KERAJAAN TERLAMPAU TURUT SANGAT KEHENDAK PENGKIANAT DAN PENGHANCUR
NEGARA,CUKUP CUKUP LAH,JANGAN BAGI MUKA LAGI KEPADA MEREKA,TINDAKAN TEGAS PERLU DI AMBIL DGN SEGERA!!!!

Anonymous said...

pendapat anda saya sokong, pemimpin sekarang dah hilang arah tuju yg sepatutnya....tidak ada bezanya antara Pas dengan BN.....kedua-duanya umpama padi yg telah dilanda banjir....

Anonymous said...

pemimpin umno memang patut diajar macam jadi rakyat biasa.mereka ini bukannya pernah hidup susah.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers