Friday, April 6, 2012
Mereka ini pengkhianat negara? |
BEBERAPA tuntutan Bersih 2.0 telah
pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan hingga ditubuhnya Jawatankuasa
Khas Parlimen Mengenai Pilihanraya tetapi yang bertanggungjawab untuk
menambahbaikkan sistem pilihanraya namun mereka masih juga berdegil dan bertegas mahu
mengadakan Bersih 3.0 dengan alasan tuntutan mereka tidak dipenuhi dan
pembangkang menyalak dalam parlimen mempertikaikan peranan JawatanKuasa yang
mereka juga menganggotainya
SPR telah dan sedang melakukan semakan
dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau
tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di
seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100%
tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini
rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.
Tetapi Bersih telah dengan sengaja
menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil
dicapainya walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan undi pos di mana
Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos.
Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa
setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam
satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
SPR juga telah bersetuju untuk
menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti
punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang
menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang
lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua.
Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan
penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam
demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.
Namun, yang paling mencurigakan
sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang
lebih panjang iaitu paling minimum 21 hari. Apa kena mengena
tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih? Bagaimanakah tempoh
kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi
dan pengiraan undi?
Tidakkah Bersih sedar bahawa tempoh kempen
21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya
tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?
Apakah Bersih tidak belajar dari
sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? Maka tepatlah tekaan kita
bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.
Jika dilihat dari himpunan-himpunan
yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan
kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau
telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan. Walaupun himpunan dibuat
dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang
dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan
menggugat keamanan negara.
Bayangkan jika ucapan atau ceramah
kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak
mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala
yang lebih besar.
Dan inilah sebenarnya matlamat
Bersih.
Hanya orang-orang dungu sahaja yang
sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa
diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan
terhadap negara sendiri.
Dari satu sudut, dengan bekerjasama
dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan
itu sendiri sebagai tidak bersih.
Manakan tidak, sedangkan dalam
pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut
dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.
Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara
terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai
yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di
dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.
Rasuah politik yang konon ditentang
Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang
konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal,
syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.
Bagaimana Bersih akan dapat
membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali?
Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. Atau
mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak
diri sendiri.
Justeru, tidak usahlah Bersih
berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.
Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari
pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang
sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk
membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.
Akhirnya, semua ini menjurus kepada
satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan
pengkhianat negara sedang menghasut seluruh rakyat untuk turut sama menjadi
pengkhianat seperti mereka.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
jawapan mudah:
sebab kerajaan tersangat suka melayan tuntutan nafsu serakah mereka!!!
mohon x-change link bang rafi,
bidaman.blogspot.com
Berlembut perlu ada. Tapi kalau dah mula pijak kepala maka ketegasan perlu digunakan....
Pembangkang kempen 365 hari setahun,tak cukup lg ke.kalau aku PM kempen sehari je sbb hari2 dah kempen.