Wednesday, April 4, 2012

MAKIN dekat dengan PRU13,kegilaan serta penipuan pembangkang terutama sekali  Anwar Ibrahim makin menjadi-jadi malah kegilaan terbaru beliau untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat.

Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila hingga sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat peribadi

Semua rakyat menyedari bahawa PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk mereka kecuali kepada orang yang sengaja meminjam tetapi tidak mahu membayar dan kerana adanya PTPTN inilah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi baik awam mahupun swasta.  

Menurut Anwar,  beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia tetapi dalam masa yang sama Anwar mengakui bahawapihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.

Lihatlah bagaimana liciknya permainan poilitik Anwar untuk menipu rakyat malah Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.  

Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.  

Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN.  Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan.  Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.  

Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.  

Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.  

Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.  

Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia.  Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun.   

Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi.  Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.  

Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan.  

Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup. Bagaimanakah dengan nasib mereka?   

Anwar gila?
Nampaknya Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan.   Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya.  

Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?  

Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.  

7 comments:

Anonymous said...

semakin sempit jalan keputrajaya semakin banyak janji ditabur,dengan harapan ada salah satu janji itu dapat melebarkan jalan keputrajaya. walaupun seribu janji setinggi gunung diumumkan tetapi daleh telah siap untuk menangkis tuntutan janji itu.cuma daleh puak-puak ni tak umumkan,

Anonymous said...

good artkel

nak hapus ptptn

HABIHLAH CINA CINA CIKAI DAN SEDARHANA TAK DAPT SAMBUNG BELAJAR

ROGILAH UNDI CINA TAK DAPAT NUAR...ROGI. CHIMPENG PUN SUDAH EMail gua menyatakan kekesalan krn anda nak menutup PTPTN..

DENGA TU SHIEKH ULAMAK Pojaan dah sound AL- Chimpeng al komunis..

Fenomena said...

tak pandai habis nak tabur janji.... yang lama belum selesai nak buat janji baru lagi...

Anonymous said...

Kalu najib umumkan nak hapuskan PTPTN agk2 sume org stuju x?msti sume suke kan

Anonymous said...

1. yg dah setel bayar "pinjaman PTPTN" berpuluh ribu ringgit ni nk cerita mcm mane? "Parti Keldaikan Rakyatnya" nk bayar blek reimburse ke?

2. dah nama pun pinjaman...senang cerita mcm ni..kalau tanak pakai duit PTPTN atau tak mampu nk bayar balik kelak, JGN AMIK PTPTN tu...pakai duit mak bapak ko

3. dulu time skolah menengah, sape suruh tak score SPM kaw2..kalu score dah kompom2 bole dpt biasiswa..tak payah nk kecoh2 pasal PTPTN nih..

Johan said...

Amat tidak praktikal PTPTN dihapuskan. Sepatutnya pelajaran di IPTA dibiayai penjaga pelajar, namun ramai penjaga yang kini ramai bergaji besar tetapi banyak hutang....tidak mampu membiayai anaknya ke Universiti, nakkan biasiswa tidak boleh disebabkan bergaji besar manakala kelulusan anak hanya cukup makan. Pinjaman melalui PTPTN diwujudkan bagi membantu pelajar berkenaan. PTPTN itu boleh juga dibayar oleh penjaga, namun seperti biasa melalak kerana hutang keliling pinggang...tapi taklah dihebohkan bab hutang, yang dihebohkan 'harga minyak petrol naik, bayar tol, bayar cukai, income tax, haraga barang naik dan macam-macamlah... Sebenarnya kita bernasib baik ada skim PTPTN, skim itu pula dipermudahkan dengan pelbagai kaedah bayaran... penjaga boleh bayar, anak bila bekerja juga boleh bayar... apahal pula nak bantah dan diungkit kerajaan mewujudkan hutang kepada pelajar...

Anonymous said...

kecewa apabila pemuda umno pun nak gesa kerajaan hapuskan caj 1% ptpt.kenapa pemuda umno pun nak desak kerajaaan dan bebankan kerajaan?nak pancing undi mahasiswa mahasiswi ker?idea dari pembangkang jugak korang nak jadikan modal politik..

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers