Friday, March 2, 2012

KITA sedar dan akui bahawa bloger yang menggunakan nama Papagomo.Com sewajarnya merasa kecewa bila beliau dikatakan menjadi punca Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ditamatkan perkhidmatannya sedangkan hakikatnya Panglima tersebut memilih untuk bersara dan tidak ada kena mengena dengan kebenaran yang diberikan kepada bloger tersebut untuk turut sama menaiki kapal selam sewaktu pameran LIMA dulu.

Kita juga tidak tahu apa masalah sebenar hingga wujudnya pertentangan pendapat begitu hebat serta kritikal antara bloger-bloger ini dan hanya mereka tahu punca serta sebabnya bila keputusan Panglima itu dikaitkan dengan kebenaran menaiki kapal selam itu.

Kita tidak berniat untuk memanjang apa yang berlaku antara mereka namun kita amat berharap dengan penjelasan yang diberikan oleh Panglima ini menutup segala ruang serta perdebatan terbuka antara bloger-bloger hebat ini kerana fokus sebenarnya adalah mempertahankan agama,bangsa dan negara serta kerajaan yang sedang dipimpin oleh PM Najib ketika ini.

Biar kita noktahkan segalanya disini kerana hasil dari pertikaian secara terbuka ini ianya lebih menguntungkan pembangkang yang sememangnya mahu bloger-bloger pro kerjaan berbalah sesama sendiri hingga antara mereka hilang fokus.

Baca tulisan PapaGomo disini…

Kerajaan dan BN sedang menghadapi tekanan serta fitnah yang sentiasa direkayasakan oleh pembangkang dan dengan penjelasan daripada Panglima ini kita harap ianya menutup segala fitnah yang dilemparkan sesama sendiri kerana mereka semua ini adalah bersama-sama mendokong aspirasi kerajaan serta bala tentera siber yang diharapkan oleh PM Najib untuk mempertahankan kerajaan hari ini.

Mari kita cari titik persamaan untuk kita membina kekuatan.Kerbersamaan dalam fikrah kita akan menjamin halangan yang cukup besar untuk pembangkang mengkhianti kerajaan ini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers